Saya Seorang Yang Pemalas!

Saya nak buat pengakuan kat sini .. saya sebenarnya adalah seorang yang pemalas dalam mencari duit secara online tapi tetap boleh maintain selama 2 tahun.. (sampaikan nak tulis post ni pun agak-agak malas… hahaha)

ye lah kan… ingat senang kew nak cari keyword , cari produk yang betul ,cari idea,  nak tulis artikel, buat video , buat blog,  submit blog, daftar akaun social, digg, submit video ,zzz….zzzzzz…….zzzzzzz….zzzz etc etc etc..

banyaknya kerja!

Yer memang banyak…ini semua kerja orang rajin!

namun semua ni boleh diatasi dengan gerak kerja yang konsisten! Gerak kerja yang konsisten amat-amat diperlukan untuk menjana wang secara online walaupun anda seorang yang pemalas.

setiap hari kita diberi masa sebanyak 24 jam.. tak lebih dan x kurang.. jika anda menceburi dalam bidang IM, pastikan anda mempunyai jadual kerja!

Tak perlu jadual yang rumit sangat atau lengkap sangat macam jadual kelas zaman sekolah dulu-dulu…hihihi :D

cukup sahaja dalam format begini,

Isnin – aktiviti  1

selasa -aktiviti 2

rabu – aktiviti 3

dan seterusnya….

cuba curi masa setiap hari untuk melakukan aktiviti yang dirancang… kalau tak boleh 3 jam buat 2 jam kalau tak boleh jugak buat 1 jam.. kalau still x boleh buat 30 min.. kalau still x boleh15 min pun jadilah.. janji anda buat aktiviti yang dirancang untuk hari itu..

seperti saya…

Hari isnin saya set untuk buat backlink profile.. .saya akan buat at least 1 atau 2 kalau ada lebih masa saya buat sampai 10 profile.. (biasanya saya buat 1 jer… haha.. masa lebih sy jalan2 kat facebook,chatting & berforum kat carigold… ngeh ngeh)

Hari selasa saya semak statistik trafik ,  optimasi balik apa-apa yang perlu….

dan seterusnya…

saya harap anda mempunyai jadual kerja sendiri.. namun terpulang kepada individu masing-masing .. ada yang boleh follow tapi ada pula yang rimas .. hehehe

Sniper site? Ranked kat google & dapat hasil cara mudah!

Post hari ni berdasarkan satu thread di forum wangcyber berkenaan sniper site (baru semalam saya tau istilah sniper site walaupun dah lama ada sniper site :D )

sniper site nama diberi gempak! haha..ok apa itu sniper site?

sniper site ialah blog atau website anda yang berjaya menduduki muka depan google dengan keyword yang anda target disamping usaha yang minimum .. biasanya keyword jenis sebegini sangat berkualiti tinggi & lebih senang untuk di letakkan di mata google..

contoh keyword.. saya ambil contoh untuk produk kesihatan teh minum ” tava tea”

tava tea review

best tava tea review

tava tea online store

tava tea scam

tava tea testimonials

tava tea does it work

is tava tea really work

where to buy tava tea online

diatas hanyalah contoh sahaja antara keyword yang berkualiti… saya tak semak ada atau tidak carian di atas tapi cuba anda fikir adakah keyword sebegini mustahil untuk di taip oleh mereka yang benar-benar ingin membeli tava tea?

saya ada test untuk satu produk clickbank dalam niche relationship…

kebetulan memang terjumpa keyword yang senang nak rank & hasilnya….

hanya 8 klik sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan sebanyak usd63.28 lebih kurang RM180 ringgit.. boleh la tahan kan…anda jangan salah  faham pulak yang 8 klik tu bukan untuk sehari tapi lebih kurang seminggu :D pada mulanya saya cuba test-test sahaja & tak yakin sangat.. mana taknya.. keyword dah lah panjang lepastu carian pun kurang tapi x sangka sangat-sangat berkualiti rupenye…

tapi saya tak selesa dgn teknik ni sebab kalau pesaing dapat tahu senang-senang saja dia bole potong.. hoho! tapi kalau pesaing belum dapat tau.. anda relax sahaja.. kalau dah rank diam2 sudah.. hahaha…

kesimpulannya.. carilah produk yang benar2 berkualiti , banyak testimonial , kalau boleh yang   femes kat TV lagi bagus.. lepastu buat kajian kata kunci terhadap nama produk .. pastikan keyword2 seperti scam , review , testimonial, does it work  ada pada keyword…

anda boleh cari produk di clickbank namun sy tak sarankan sebab saya dah banyak kali siasat (penat tau!) memang semua dah kena serang dengan mereka-mereka yang dah nampak terlebih awal teknik ni.. hehe.. (tapi x salah kalau anda nak siasat & cuba juga :D )

tapi anda tak perlu risau.. masih banyak affiliate network yang lain & produk-produk baru yang berkualiti di luar sana…

p/s: post diatas adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan hasil maklumat daripada  forum-forum luar bincang2 pasal produk gsniper dari george brown tu… saya just follow jer.. hehe..

Statistik Pelawat ke Blog Anda? Anda Semak Tak?

Hai semua… hari ni  rasa bersemangat pulak nak tulis blog :D

Tahukah anda betapa pentingnya statistik ini? bagi saya ianya sangat-sangat penting,, jika anda tidak mengetahui dari mana pelawat anda datang  ibarat anda menerima tetamu yang entah dari mana datang masuk ke rumah anda.. anda x kenal & anda tidak tahu apa yang mereka inginkan.. :p

Begitulah juga jika anda mempunyai blog ,anda mestilah mengetahui dari mana datangnya pelawat blog anda, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan teknik SEO untuk pemasaran blog… seperti saya sendiri.. saya mengambil berat soal pelawat yang datang dari google & yahoo…  ini memudahkan saya untuk mengetahui kata kunci apa yang mereka taip pada kotak enjin carian… misalnya kata kunci yang saya gunakan untuk blog saya ialah “make money with  blog” namun setelah semak statistik saya dapati ada yang datang ke blog saya setelah menaip kata kunci  ” make money with fever.com” ,  haaa! disitu kita boleh buat post yang baru mengenai “make money with fever.com”  untuk menguatkan lagi kedudukan blog kita pada muka depan google dengan kata kunci tersebut..

Bagaimana untuk mengetahui statistik  ini?

Gunakan sahaja statpress =)  sangat bagus malah yang paling best ianya percuma tak per beli software yang mahal2.. hehe

dengan menggunakan plugin statspress ini anda boleh mengetahui semuanya mengenai statistik pelawat anda., dari mana datang , negara mana, kata kunci yang digunakan pada google, ip Cialis address , & macam-macam lagi, rasanya lebih molek sekiranya anda gunakan sendiri dan lihat hasilnya :D

nak install plugin ini senang ajer…

nampak x? tekan add new plugin kemudian taipkan statspress lepastu install kemudian activate.. DAH SIAP! ok selamat mencuba dan maju jaya! hohoho!

p/s: lepas ni nak tulis pasal apa erk??

Jom hasilkan jualan dengan clickbank! YARGH!!!!

Ok.. first sekali saya nak mintak maaf sebab dah berbulan x update :D kih kih~ terang terang saya katakan sy bukan lah seorang yg berjiwa penulis.. walaupun dalam kepala banyak benda nak cerita tapi bila bab menulis saya kurang energy.. adakah mungkin lepas ni saya akan guna video pulak? haaa! kasi sound saya sikit supaya buat video! (kadang kalo dh kene sound baru nak buat.. bahaha!)

Ok terus kepada point.. Jom buat duit dengan clickbank sekarang! sudah bersedia??

saya andaikan anda sudahpun mempunyai product clickbank untuk dipromosi… kalau belum ada produk sila rujuk blog post saya yang sebelum ini ok :) Sebelum kita teruskan … saya ingin ingatkan kepada anda bahawa saya bukanlah marketer handalan yang hebat-hebat macam yg kat luar sana tu… saya tak buat riban2 dengan clickbank…  jadi kalau anda nak dapat earning clickbank sampai beratus-ratus dolar setiap hari..ini bukan tempatnya…

LANGKAH PERTAMA

Kajian kata kunci untuk produk clickbank

Bila sebut mengenai kajian kata kunci (keyword research) ramai dah yang mula pening kepala, relax-relax..cuba fikir balik..anda pening kepala sebab tak tau buat atau sebab nak cepat? hehe..  bagi mereka yang dah biasa pastinya akan menggunakan google keyword tool untuk melakukan kajian bukan?

(klik pada gambar kalau x jelas)

Dari situ kita boleh lah melihat dan mengkaji kata kunci yang berpotensi untuk dijadikan kunci pemasaran & menghasilkan jualan untuk kita kelak :D

Apa karakteristik yg bagus dalam pemilihan kata kunci? berdasarkan pengalaman yg tak seberapa..  dibawah adalah ciri-ciri kata kunci yg bagus untuk kita SERANG! hoho…

  • mempunyai jumlah advertiser yg tinggi – lihat di bahagian competition – tengok gambar kat atas tu
  • mempunya jumlah carian yang tinggi dan tidak terlalu rendah… bagi saya lebih dari 2000 carian sudah mencukupi
  • jumlah persaingan di enjen carian jugak tidak terlalu tinggi (akan dibincangkan pada post yg akan datang)
  • lagi panjang keyword lagi bagus

selain daripada google keyword tool ini, anda juga boleh menggunakan sumber lain seperti keyword question tool & juga wordtracker tool untuk mendapatkan kata kunci yang lebih senang untuk di letakkan pada muka depan google..

(sila dapatkan 5 – 10 kata kunci yg bagus dan simpan dalam notepad anda ok)

LANGKAH KEDUA

BINA BLOG!  saya pasti ramai yang boleh buat blog sendiri bukan? sekiranya ada modal silalah beli domain & hosting sendiri jika tidak gunakan sahaja blogger.com ;)

dua-dua platform ini ada kelebihan & kelemahan jadi pastikan anda pilih mengikut cita rasa anda ok.. sekiranya anda serius saya sarankan anda menggunakan blog dot com sendiri sebab mana tahu suatu hari kelak anda memerlukan emergency money anda hanya perlu jual sahaja di flippa dengan kenuntungan 500%.. hoho!

ciri-ciri dalam pembinaan blog:

  • pastikan terdapat main keyword pada domain yg dipilih..  (domain lagi panjang lagi bagus sekiranya anda target untuk seo marketing untuk jangka masa panjang)
  • kemas & teratur
  • mempunya kandungan yang berkualiti berdasarkan kata kunci yang telah anda pilih tadi  dan linkkan pada produk affiliate yang anda mahu promot (ini penting untuk menampakkan anda seorang yg profesional pada mata pelawat)
  • pastikan anda hanya promosikan SATU PRODUK SAHAJA UNTUK SATU BLOG (sangat penting jika anda serius dalam affiliate)

sekiranya anda mempunyai blog yg melengkapi ciri-ciri di atas percayalah bahawa anda tidak memerlukan pelawat yag banyak untuk menghasilkan jualan… hehehe~~ :D

LANGKAH KETIGA

Melakukan pemasaran~~~

sebelum memulakan sebarang pemasaran , anda mestilah mempunyai perancangan yang lengkap & teliti sebelum melakukan apa-apa tindakan terutama jika melibatkan kos.

Untuk kali saya hanya sarankan anda menggunakan teknik yang paling mudah sekali & paling berkesan iaitu article marketing & juga video marketing.. buat masa ini ,sila abaikan teknik-teknik yang lain ..buat 2 teknik ini dahulu, dapatkan trafik kemudian barulah fikirkan  teknik marketing yang lain.

1- Daftar sebagai penulis di ezinearticles.com

–  Tulis article berdasarkan kata kunci yang telah anda pilih sekurang-kurang nya 5 article tapi kalau lagi banyak lagi bagus.. (ezineartikel hanya akan menerima artikel yang berkualiti sahaja.. jika anda bukan seorang penulis yang baik upah sahaja orang lain untuk tujuan menulis )

– kata kunci mestilah beradapada tajuk artikel manakala dalam kandungan artikel mestilah di ulang sekali setiap 100 perkataan… misalnya jika artikel anda mempunya 500 patah perkataan, keyword yang diletakkan dalam artikel tersebut adalah sebanyak 5 kali..

– publish artikel anda dan tunggu dalam masa 7 hari untuk proses semakan

2- daftar akaun youtube (boleh gunakan yang sedia ada)

– hasilkan video berbentuk slide show.. anda boleh menggunakan animoto untuk hasil yang lebih baik & nampak lebih profesional :)

– cari video yang sama niche dengan anda yang mempunya jumlah view yang tinggi .. copy  video title , description & juga yang penting sekali tag.. dan paste pada video anda.. tapi pastikan anda edit sedikit mengikut kreativiti anda sendiri… ini bertujuan untuk meletakkan video anda pada bahagian related video..

– buat 5 video slide show…

LIHAT.. ANDA SUDAH MEMPUNYAI  5 ARTIKEL & JUGA 5 VIDEO YANG AKAN BEKERJA UNTUK MEMPROMOSIKAN BLOG ANDA.

SELAGI ARTIKEL & VIDEO ANDA WUJUD SELAGI ITULAH ANDA AKAN TETAP MENERIMA PELAWAT…

sekian buat masa ini.. pastikan anda cuba dan buat ok… jangan malas!!! :D