Duit Dari Paypal Cara Mudah?

Anda ada akaun paypal tapi tiada duit dalam tu?  jangan bimbang mari kita penuhkannya… haha! ingat senang ker nak dapat duit dari paypal?  Oleh itu , Hari ni nak cerita sikit macam mana kita boleh dapat duit dari paypal guna cara yang paling simple & mudah untuk diaplikasikan. tapi sebelum tu anda mestilah mempunyai akaun paypal ok.. kalau belum ada sila dapatkan panduan membuka akaun paypal  di http://www.duitdigital.com (Pakej yang cukup lengkap dari saudara Smartzul)

ok dah sedia…?  seperti biasa saya hanya akan kongsikan apa yang saya buat.. sebab saya jenis yang walks the talks bukan jenis yang suka cakap besar tapi sendiri tak serupa bikin.. dibawah adalah contoh email yang saya terima semalam.. banyak tak? 0.70 usd tu..haha! (jadi sila lah abaikan gelaran otai terhadap sy yang diberikan oleh sesetengah orang yg tersalah paham..adehh)

Bayaran di atas tu adalah hasil jualan dari produk digital yang saya letakkan di tradebit.com dan berharga 1 dollar  :) (lagi 30 sen tu diorang caj lah) jadi bayangkanlah Cheap Brand Cialis jikalau anda ada 10 produk yang berharga 7 dollar setiap satu & setiap hari ada saja jualan masuk…( lepas  bayar astro bulan-bulan..hoho! )

Apa itu Tradebit?

Tradebit merupakan halaman yang menyediakan kemudahan percuma untuk anda memasarkan produk digital anda. Anda hanya perlu upload & publish kemudian bawa trafik ke halaman jualan anda untuk terima bayaran :)

Jadi bagaimana caranya Zyan?

Sangat senang! budak darjah 5 pun boleh buat…

Produk mana nak cari?

pernah dengar pasal produk PLR ,MRR , RR kan??  Saya pasti kat komputer anda ada banyak.. ekeke… x perlu buang masa lagi.. mana-mana yang x pakai.. upload & jualkannya terus menggunakan tradebit.. :)

ok kita sambung.. saya nak anda berikan perhatian pada tajuk & description .. pastikan anda memilih kata kunci yang sesuai dan letakkannya di bahagian tajuk & description..

untuk format tajuk anda boleh gunakan seperti di atas

HOT ITEM!! –  kata kunci anda

kata kunci – HOT HOT HOT!!

kata kunci – Exclusive offer!! limited!

contoh :

HOT ITEM!! –  Learn to plant tomatoes

Tajuk & kata kunci sangat penting!

tajuk yang bagus dapat memberi perhatian lebih kepada mata pelawat.. kata kunci yang betul juga bagus untuk SEO.. lagipun google amat sukakan tradebit :D

tapi pastikan kata kunci anda tidak terlalu belakang sangat sebab kita mahukannya muncul pada URL  produk jualan kita supaya google lebih senang baca & tempatkan link ini di page hadapan…. hehe..

http://www.tradebit.com/filedetail.php/xxxxx-1-kata-kunci-anda-disini-hot-hot

langkah seterusnya adalah dengan mempromosikan link di atas.. gunakan sahaja pelbagai cara yang anda tahu.. nak buat backlink? nak letakkan kat singnature forum? facebook? xde masalah… bak kata sesetengah orang.. belasah ajer… yang penting kita buat! sekarang masih ada lagi masalah nak dapat duit dari paypal x?

ada soalan ,kritikan & cadangan lain sila komen ok… like x?

p/s: saya tak pernah keluarkan duit paypal untuk kegunaan peribadi.. semua habis upah orang tulis artikel … ngeh ngeh…

p/s/s: saya harap anda dapat kongsikan post ini bersama teman-teman anda di facebook .

Masalah Newbie Nak Dapat Duit Online (Pengalaman Sendiri)

Anda nak buat duit secara online?   Dah belajar macam-macam teknik & rahsia tapi masih tiada hasil?

Saya dulu pun macam tu juga, bila dapat tahu internet ni boleh buat duit saya terus cari , cari dan terus cari maklumat macam mana nak buat duit kat internet… perkara pertama yang saya belajar ialah kita boleh jual barangan fizikal kita sendiri secara online dengan membuat website sendiri & lakukan pemasaran ke atas website tersebut .. kita hanya bekerja dari rumah tinggal tunggu order sahaja. Nampak macam senang tapi bila nak buat memang susah.. lepastu saya dapat tahu pula mengenai Affiliate, sistemnya mudah hanya daftar secara percuma Buy Brand Cialis & lakukan promosi untuk dapatkan  komisen. Namun tak dapat jugak hasilnya.. kemudian dapat tahu pula pasal ebay .. pun nampak senang bila buat x jadi2 juga… berterusan sampai ke episod yang ntah bila akan sampai penamatnya….

Pernah tak anda hadapi situasi seperti ini?  Berikut merupakan punca utama yang saya dapat kesan ke atas diri saya sendiri apabila mahu mulakan sesuatu untuk dapat duit kat internet.

1-  Semua benda saya nak belajar.. apa-apa sahaja peluang yang boleh buat duit kat internet semua saya angkut masuk dalam kepala. akhirnya dapat penyakit informasi overload.

2- Ingin menguasai setiap Ilmu dengan cepat ( bila baca sesuatu info saya suka skip & baca cepat-cepat kononnya mungkin sebab dah tahu padahal benda asas yang terlepas pandang boleh beri impak yang sangat besar)

3- Bila ingin memulakan sesuatu mesti tak buat sampai habis sebab ada sahaja halangan yang datang. Perkara ni sebenarnya biasa sebab ianya merupakan suatu ujian untuk kita sama ada kita layak atau tidak untuk menerima ganjarannya kelak.. kalau kita x boleh terima cabaran secara automatik ganjaran pun kita x layak terima.

4- Semua benda nak buat cepat.. belajar nak cepat.. duit nak dapat cepat… akhirnya kita yang akan cepat mengalah. Anda harus faham dalam dunia perniagaan tak kira dunia offline mahupun online. kesabaran itu penting .

5- Malas tahap melampau – Tidak bertindak.. ilmu dah masuk kepala tapi satu tindakan pun tiada. ilmu super power tahap ninja pun kalau tak diaplikasikan ibarat sampah. terbiar begitu sahaja.. bikin penuh hard disk sahaja..

Post di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri… :)

Produk A bukan Untuk Marketing Cara B

Semasa saya singgah di blog Saudara Ammar Zahar saya tertarik dengan post beliau yang mengenai asas buat duit dengan clickbank dalam post tersebut beliau ada nyatakan bahawa setiap trafik adalah berbeza untuk setiap produk.. ya! ini memang benar dan terjadi pada saya secara saya tidak sedar!

Pernah x anda promosikan produk habis-habisan tapi tak pernah dapat jualan ? walaupun trafik datang tapi jualan tetap juga tiada! Apa sudah jadi ? (masa tu mula lah garu kepala sorang-sorang sambil buat muka berkerut..)

Sebab itu lah ramai newcomers yang gagal dapatkan hasil walaupun dah belajar banyak perkara mengenai pemasaran secara online. Sedangkan mereka telah lakukan kesilapan kecil yang mereka sendiri tidak sedar  ! (pengalaman saya ni..) Antara kesilapan tersebut ialah mereka promosikan produk yang salah menggunakan teknik marketing yang salah atau tidak berapa tepat.

Sebagai Contoh mempromosikan software antivirus menggunakan  pemasaran artikel. cara ini tidak salah namun agak payah untuk menghasilkan jualan kerana semua orang sudah tahu apa itu anti virus. Jadi anda tidak perlu lah buat artikel panjang-panjang cerita pasal kelebihan antivirus , keburukan antivirus , tips-tips menjaga komputer dari di serang virus.. berbanding pula jika kita buat blog/laman web review mengenai setiap antivirus yang ada di pasaran lalu kita lakukan SEO ke atas halaman tersebut

Ok anda nampak?

Ali nak beli antivirus adakah dia akan beli dari link yang terdapat pada artikel atau link yang terdapat pada blog/website yang memberi ulasan setiap software antivirus? :)

sama juga dengan Cik Bedah yang ingin membeli gelang tangan adakah dia akan beli pada orang yang menjual di tepi jalan (walaupun orang tersebut dah cerita macam-macam pasal mutu gelang tersebut) atau beli di kedai gelang terus?

Jadi kesimpulannya disini ialah sebelum  melakukan apa-apa promosi secara online, anda mestilah mengkaji dahulu produk tersebut, kaji permintaan, fahami bagaimana produk tersebut bekerja/membantu bakal pembeli. Kemudian barulah anda boleh melakukan promosi dengan tenang =)

Mari saya kongsikan sesuatu untuk produk CB :D hehehe~ (hanya yang saya tahu..kalau anda nak tambah sila-sila lah komen)

Pemasaran artikel – semua produk mengenai  kesihatan  (ebook)

Pemasaran video – panduan main gitar , main piano , belajar nyanyi , (apa-apa selain dari ebook),  software (kasi tunjuk demo.. jualan pasti mantap!)

Blog Ulasan/perbandingan – Software , ebook

Pemasaran email –  kesihatan & Make money

Forum – Make money

Pay per click (kene bayo ni) – sori jangan tanya yang ni.. saya x buat marketing bayar-bayar untuk dapat klik..

Blogging – semua boleh! hahaha.. (yg ni saya agak jer.. sebab sy bukan otai blogger lagipun setiap blogger ada cara masing-masing)

suka ker?? Like button please :D

Cara mencari permintaan tinggi di pasaran antarabangsa! produk fizikal

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan di arena antarabangsa secara online, anda mestilah mengetahui apa yang mereka mahukan, apa yang telah mereka beli secara online, apa yang menjadi kegilaan mereka sehingga sanggup mengeluarkan wang!

Caranya adalah dengan mengkaji di website-website popular yang menjalankan urusan jual beli (e-commerce website) .

Antaranya ialah:

Amazon.com

Bila sebut sahaja Amazon ramai yang ingat amazon ni hanya menjual buku-buku fizikal tapi sebenarnya amazon banyak menjual produk-produk lain seperti barangan elektrik, dvd & lain-lain lagi.. jadi bagaimana untuk mencari permintaan tinggi? caranya adalah dengan melihat pada best seller disini http://www.amazon.com/gp/bestsellers

Ebay.com

Halaman ebay pula menyediakan http://pulse.ebay.com/ yang mana anda boleh mengetahui barangan apa yang paling laris untuk di jual di ebay. sekiranya anda berminat untuk berniaga di ebay, ebay pulse  adalah rujukan yang paling sesuai.

Onsale.com

Onsale pun lebih kurang sama dengan ebay, anda boleh melihat di    http://www.onsale.com/n/Top-100-Searches/msc-146 anda boleh nampak top 100 barangan apa yang mereka cari & sudah tentunya ingin membeli ;)

senarai di atas adalah untuk barangan-barangan fizikal jadi sekiranya anda ingin mempromosikan produk fizikal seperti amazon affiliate. Kajian di atas sudah tentunya sangat membantu :

Macam mana nak buat? pilih satu barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Lakukan kajian kata kunci seperti yang saya tunjukkan pada post saya yang sebelum ini ;) nama produk adalah lebih baik!

Buat masa ni saya masih lagi enjoy dengan mempromosikan produk digital  manakala  produk fizikal mungkin akan dilakukan pada tahun hadapan lagipun sekarang dah hujung tahun… lebih molek sekiranya pergi bercuti & rehatkan minda..

Ok selamat hari raya Aidiladha & Selamat bercuti :)

Pemasaran Video & Pemasaran Artikel? Mana Bagus?

Post kali ni saya akan berkongsi sedikit mengenai pemasaran video & juga pemasaran melalui artikel :)

saya sebenarnya sudah menggunakan kedua-dua teknik ini.. dan apa yang saya nampak & perhatikan.. kedua-dua teknik marketing ini adalah bagus namun bergantung pada produk atau offer yang kita promosikan..

Sekiranya anda menggunakan video marketing , bidang CPA (cost per action) adalah yang terbaik , saya kata begini lepas saya melihat hasil kejayaan mereka di forum-forum luar & dalam negara… contoh terdekat , saudara Zamrie di wangcyber berjaya menghasilkan lead yang banyak hanya menggunakan video.

Kenapa ini terjadi?

ini kerana pelawat yang datang dari  laman video seperti youtube hanya singgah untuk berentertaiment bukan untuk mencari maklumat… kalau nak cari maklumat pun kebanyakannya mahukan yang FREE sahaja..  jadi tidak hairanlah CPA menjadi sumber pendapatan yang masyuk sebab hanya perlu buat survey ,isi borang dan sebagainya.. tidak perlu keluarkan kredit kad.

Bagaimana  pula dengan pemasaran artikel?

Bila sebut artikel sahaja pasti ramai yang mengeluh kata tak reti or tak pandai buat artikel nak upah orang pulak mahal lagipun trafik bukannya tinggi sangat pun… kalau video senang sikit..buat slide show pastu upload then siap!!  hehe… betul x? ok cuba perhatikan gambar di bawah (pliss think positif ok.. bukan niat nak menunjuk..apa lah sangat. x banyak pun)

Gambar di atas ni adalah hasil dari 2 kempen yang berbeza menggunakan pemasaran video & juga artikel.. cuba teka mana satu video & mana satu artikel??

yup! betul tu.. yang bawah tu adalah hasil dari  promosi di youtube.. jikalau anda lihat visitor yang klik link affiliate hampir 700 orang namun yang beli hanya 2 orang sahaja.. manakala yang atas tu adalah hasil dari artikel yang saya letak di ezinearticles.com .. cuma 40 orang pelawat yang klik link affiliate saya tetapi menghasilkan 5  jualan! (yang tengah tu tak payah cite lah..sales sesat ntah dari mana sb tu kasi sensor..wakaka)

sekarang anda sudah nampak kan? jika offer anda adalah berdasarkan pay per sale (kena pakai kredit card atau paypal untuk urusan jual beli) Artikel marketing adalah antara yang paling sesuai lebih-lebih lagi jika anda mempromosikan info produk seperti ebook… ebook = golongan yang suka membaca .. membaca pula sering dikaitkan dengan artikel.. sekiranya mereka amat berpuas hati dengan tips yang diberikan dalam artikel tersebut sudah tentu mereka lagi berminat dengan produk yang direkomenkan melalui artikel yang dibaca.. faham?

Lain pula mereka yang menonton video tiba-tiba dapat offer suruh beli ebook.. x pasal-pasal dapat komen yang pedas-pedas.. haha..

(kalau pay per sale guna video marketing saya sarankan produk  entertaiment seperti movie download , video tutorial belajar alatan music, belajar nyanyi. apa-apa selain dari ebook )

Jadi janganlah takut rugi ataupun malas dalam melakukan pemasaran artikel anda.. yang penting pastikan artikel tersebut berkualiti & tidak menjemukan pembaca.. berikan apa yang mereka mahukan.. kalau anda tidak pandai menulis artikel,anda boleh berlatih dahulu, (praktis make perfect) kalau malas sangat boleh upah orang jerk :P

macam biasa lah..penat juga kerja menaip blog post ni.. so tekan lah butang like supaya saya lebih bersemangat nak share lagi.. :D

ok nak tidur selamat malam..