Rahsia Duit Dari Youtube Version 2~ PANAS

Minta maaf yer bagi sesiapa yang lama menunggu untuk sambungan entri yang lepas, saya harus jawab email-email yang saya terima mengenai laporan clickbank, Alhamdulillah ada yang sudah hasilkan dollar yang pertama syabas saya ucapkan kepada beliau (member wc tapi tak aktif berforum sangat suka jadi silent reader jerk..jgn main2 Tevez tu… haha )

ok mari kita sambung disebabkan hari ni hari cuti saya ada masa nak menulis blog ni.. sekarang kita akan bincangkan macam mana nak dapat views yang tinggi untuk video kita di youtube.

sebelum itu saya nak bagi tahu anda 2  faktor yang mempengaruh jumlah views video anda. antaranya ialah:

1) Niche video

2) Kualiti video

Niche video

Jika niche anda hot di youtube maka lebih mudah anda akan mendapat views. Untuk mengetahui sama ada video anda akan mendapat sambutan ialah dengan melihat video orang lain yang sama niche dengan anda.. Adakah video mereka mempunyai views yang tinggi? Cara yang terbaik sekali untuk melakukan edisi siasat siasatan ialah melihat video yang di upload pada bulan  atau dalam minggu tersebut.. sekiranya ada video yang sama niche dengan anda diupload pada minggu lepas pun mendapat views cecah 3 angka ini bermakna video yang bakal anda upload juga berpotensi untuk mendapat views yang lebih kurang sama

Namun jika views video mereka tidak mencecah sehingga 3 angka pun itu bukanlah bermakna video anda nanti langsung tidak akan ditonton.. Penonton nya ada tapi untuk jangka masa panjang..  :) Sebagai contoh video yang saya tunjukkan iaitu niche penanaman tomoto dalam laporan buat duit dengan clickbank bukanlah sesuatu yg hot di youtube tetapi untuk mendapat kadar trafik yang berterusan untuk jangka masa panjang adalah sesuatu yang sangat penting lagipun teknik ini percuma tiada apa yang merugikan.

Kualiti Video

pills without prescription justify;”>Sekiranya anda berjaya menghasilkan video yang membuatkan penonton berasa WOW! (kagum) views anda akan meningkat dengan drastiknya disebabkan oleh viral marketing oleh pengguna youtube itu sendiri.. Jika anda mempunyai produk sendiri, syarikat sendiri & ingin menggunakan video sebagai medium mempromosi maka anda perlu menghasilkan video yang sangat-sangat berkualiti & disukai oleh penonton.. ini adalah fakta yang kita sendiri boleh nampak seperti mana video yang di gunakan oleh syarikat-syarikat besar mahupun syarikat-syarikat kecil yang baru nak menapak.

Namun dalam pemasaran affiliate seperti mempromosikan produk clickbank. Kualiti video bukanlah sesuatu yang perlu tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda sampaikan apa yang penonton mahukan. Kita bukannya mahu penonton ingat video kita sehingga terbayang-bayang dalam mimpi mereka sebab kita hanyalah affiliate.  cukup sekadar berikan apa yang mereka mahukan berdasarkan kata kunci yang telah anda kaji. Bagi yang ingin mengetahui video jenis macam mana haruslah download laporan clickbank. kuikui :P

Mengoptimasikan Video Anda Di Youtube

Langkah ini sangat penting supaya video anda mesra youtube. Jika anda melakukan optimasi blog agar mesra enjen carian begitu juga dengan video anda di youtube. Antara caranya ialah :

Pastikan keyword anda berada pada tajuk video , deskripsi , & juga tag. Untuk bahagian tag anda juga boleh copy paste video tag orang lain yang mempunyai views yang tinggi, dengan cara tersebut video anda berpeluang untuk muncul pada halaman related video  yang hot tersebut. mudah kan?

Selain itu anda juga perlu memaksimumkan penggunaan annotation yang disediakan. Suruh mereka like & komen pada video anda. (oh~ bab ini saya lupa nak beritahu dalam laporan clickbank.. sori yer :D ) Sekiranya anda mendapat jumlah like , komen & views yang banyak video anda akan sentiasa mendapat perhatian di mata carian youtube… ehehe…

Ada apa-apa soalan? sila komen insyaAllah saya akan jawab. Selamat Beruploading ! :)

p/s: pastikan kelajuan internet anda berada pada tahap maksima :P

Rahsia Duit Dari Youtube.. Shhsss~

Sedap tak tajuk post kali ni? hehe.. sebab semua orang sukakan rahsia walaupun sebenarnya tak lah rahsia sangat. Ok tanpa bercakap panjang, saya terus mulakan macam mana kita nak dapat duit dari youtube? Kita bukannya nak pihak youtube membayar kita tetapi kita akan gunakan youtube sebagai medium untuk mendapatkan pelanggan :D

Ada banyak cara kita boleh dapat duit dari youtube antaranya ialah dengan mempromosikan produk kita sendiri, produk orang lain (affiliate), program pay per click , cpa  (cost per action) & banyak lagi.

1) Daripada Produk Sendiri

Jika anda mempunyai kedai online sendiri, blog perniagaan sendiri, stor online sendiri (seperti lelong , ebay , mudah.my) atau apa-apa sahaja yang bertujuan untuk menjual secara online, youtube ialahi antara tempat yang terbaik untuk anda melakukan promosi. Anda boleh menggunakan pelbagai cara untuk menghasilkan video seperti merakam produk yang anda ingin jual tunjuk pada viewers bagaimana ianya berfungsi, atau anda boleh rakam diri anda sendiri perkenalkan produk (ala-ala iklan di TV tuuu…) . Yang penting apa yang disampaikan oleh anda JELAS agar penonton lebih yakin untuk melakukan pembelian. Nampak memang macam susah sebab kita belum cuba kan?  tapi kalau dah cuba barulah kita tahu.

2) Program Affiliate , PPC ,CPA

Ini adalah sumber pendapatan yang tidak memerlukan produk sendiri, seperti mempromosikan produk clickbank , program adsense  & cost per action.  Ramai orang di luar sana menjana pendapatan sehingga 5 angka malah lebih lagi hanya dengan menggunakan video sebagai medium mempromosi jika kena pada caranya. Sebagai contoh jika anda mempromosikan produk clickbank berharga $47 komisen pula $33 dalam sebulan untuk mendapatkan RM1000 anda hanya memerlukan sebanyak 10 jualan sahaja. manakala jika untung cost per action (CPA)  ialah $3 untuk setiap lead (setiap kali pelawat ambil tindakan seperti isikan borang, isi email) anda hanya perlukan 120 orang untuk jana RM1000+ . Namun untuk menjana pendapatan sebanyak itu tidaklah semudah yang disangka. Kalau mudah semua orang sudah kaya dengan mempromosikan produk/offer di youtube.

3) Pengiklanan & Jual Beli Akaun

Jika  anda mempunyai video yang mempunyai jumlah view yang banyak. Anda boleh membuka tawaran pengiklanan kepada sesiapa sahaja. Malah belum sempat anda membuat tawaran pasti ada pihak yang akan hantar email atau mesej melalui akaun youtube anda untuk beriklan di  video anda. Sebagai contoh ini antara mesej yang saya dapat dari mereka yang ingin beriklan website mereka di video saya kerana website mereka masih baru dan kekurangan bajet  untuk pengiklanan :D

Selain itu anda juga boleh terus jual akaun youtube anda dengan harga sehingga cecah beratus atau beribu dollar bergantung pada tahap kefemesen video-video anda.

Tapi bagaimana kita nak dapatkan view yang tinggi untuk video kita? Nantikan post yang akan datang. Namun anda boleh mulakan kajian sendiri dengan pergi ke youtube sekarang dan lihat video-video yang femes & tinggi view, Lihat macam mana mereka lakukan video apa yang mereka upload & etc.

Antara blogspot & wordpress?

Saya banyak kali ditanya mana yang bagus untuk  digunakan sebagai landing page? blogspot atau wordpress? mari saya ceritakan pengalaman sebenar saya. Untuk pengetahuan anda saya masa mula-mula dulu ketika tiada modal saya pakai blogspot sahaja dan sehingga kini blog blogspot yang saya gunakan tersebut masih lagi mendatangkan jualan.. apabila saya sudah ada modal saya guna  wordpress untuk produk lain pula, masa tu mulalah saya belajar sendiri daftar domain, hosting,nak install blog,install plugin, dan macam-macam lagi..

Jadi jawapannya disini jika anda masih baru dan tiada modal, gunakan sahaja dahulu blogspot, lagipun blogspot juga adalah milik google sendiri & kini ditambah lagi dengan fungsi-fungsi baru beserta template yang lebih menarik..tapi jika anda  ada modal beli domain & hosting, tahu install blog dot com sendiri seperti blog saya yang cantik ni. gunakan sahaja blog dot com, sebabnya bukan lebih mudah mendatangkan jualan,(jualan tu bergantung pada trafik bukan jenis blog) tetapi lebih mudah digunakan dan mesra pengguna. Dan paling best sekali jika anda nak jual ke flippa, senang anda nak transfer blog tersebut ke owner yang baru, di youtube ada banyak tutorial macam mana nak tukarkan. Blog yang dapat sekurang-kurangnya satu jualan pun boleh laku beratus-ratus dollar tau.. letak sahaja “make at least $30 dollar per month with my simple blog” lepastu letak screenshot bukti satu jualan yg anda dapat, & jangan terkejut nanti jika blog anda di bid sehingga $300-$800 dollar..  hoho.

Ada pula yang tanya saya,  Zyan buat artikel sendiri ke upah orang?

Jawapan saya lebih kurang sama seperti diatas, ketika saya tiada modal dulu, saya tulis sendiri apabila sudah dapat hasil saya upah orang lain pula tulis artikel untuk saya :) penulisan artikel sebenarnya tidak susah jika sudah biasa tulis, pertama kali tulis mungkin mengambil masa sehingga 1 jam untuk satu artikel walaupun baru 300 patah perkataan (ni saya lah orangnya..hihi)  namun jika anda sudah biasa dalam masa 5 minit pejam sebelah mata pun boleh siap ;) kalau anda buat sendiri lepastu anda hantar artikel tersebut bila dapat trafik nanti anda akan berasa sangat puas! bila dapat sale walaupun sedikit anda pasti akan merasa kegembiraan yang teramat sebab semua tu hasil dari usaha anda sendiri..

Apabila anda sudah ada modal hasil  dari usaha anda sendiri barulah anda  akan berasa lebih yakin untuk keluarkan duit upah penulis untuk menjimatkan lebih masa & tingkatkan keuntungan :)

Ok sekian buat masa ini, post ini berdasarkan pertanyaan asas yang banyak saya terima daripada pembaca laporanclickbank saya.

p/s: post kali ni tiada gambar sebab saya sangat sibuk :p

Laporan Clickbank – Disebalik Email

Hari ni dapat email dari pembeli pembaca laporan clickbank bertanyakan mengenai sistem clickbank. Jika seorang yang tanya. saya andaikan 10 orang pun ingin bertanya soalan yang sama  juga tetapi segan.. Maklumlah orang kita ni kan jenis yang pemalu.. ehehe..

penyelesainya ialah…. (kalau x jelas klik untuk zoom diagram yang cantik molek warna warni ni)

Selain itu ada yang tanya….

Apa beza landing page dengan blog? Jawapannya tiada beza, landing page itu hanyalah tempat yang pelawat datang sebelum mereka melakukan offer yang ditawarkan oleh anda. Boleh jadi offer affiliate link (blog) , offer download percuma (contoh laporanclickbank.com )

Banyak lagi soalan yang saya dapat dan Alhamdulillah semua saya sudah balas.. Terima kasih kepada mereka yang bertanya, memberi pendapat,memberi testimoni dan macam-macam lagi perkara yang buat saya senang hati.. TERIMA KASIH!

Sesiapa yang belum download dapatkannya segera di laporanclickbank.com kini saya menyediakan pembelajaran secara berperingkat melalui email! selepas download nantikan email dari saya kerana setiap maklumat yang saya hantar mengandungi rahsia-rahsia yang dijaga rapi oleh sesetengah orang yang suka makan duit usd senyap-senyap.. Cheewaahhh!!! haha

USD1000.00 Sehari? Mustahil atau tidak…

Siapa kata nak buat 1000 dollar sehari dengan clickbank mustahil? x mustahil & sebenarnya tak susah pun.. hanya buat kerja 4 jam seminggu ataupun hanya beberapa klik jer.. terkejut ?? masih tak percaya? cuba tengok gambar dibawah.

huh!!! lagi terkejut??! itulah juga reaksi saya kalau nampak screenshot macam ni dulu-dulu ketika saya baru tahu apa itu clickbank. Gambar diatas tu saya ambil dari google , saya taip jer kat google image clickbank screenshot ke clickbank earning ke.. nanti macam-macam la keluar (bukan ambil dari akaun saya ok, tapi kan kalau lah saya punya..  setiap minggu pergi melancong &  mengembara lepastu setiap 3 bulan sewa roket tengok bumi. Anda yang datang lawat blog ni pun hari-hari saya bagi free iphone, ipad, itable , iboard & macam-macam lagi lah termasuk kos penghantaran pun free.. haha)

Disebabkan gambar-gambar macam ni lah saya dahulu jadi mangsa keadaan apabila setiap kali dapat email dari mat salleh promosi produk berkenaan make money. Bila orang yang kita percaya hantar email rekomenkan produk macam mana nak buat sampai usd1000 sehari siapa yang tak nak beli kan? Sudah tentu lah saya beli kononnya nak tambah ilmu… tapi segalanya indah daripada rupa..  surat jualan yang indah-indah yang tunjuk pendapatan super power semuanya hanyalah gebang semata-mata. Lagipun bila saya fikir balik kenapa mereka nak jual panduan/software buat duit dengan harga serendah sehingga usd37 sedangkan pendapatan mereka dah cecah lebih usd5oo.00 – usd7000.00 sehari? logik tak?

Bagi mereka yang baru sahaja tahu ataupun dah lama tahu mengenai clickbank (LAPORAN PERCUMA) saya mahu anda berjaga-jaga sebelum membeli produk-produk berkenaan buat duit melalui clickbank yang rata-rata mempunyai surat jualan yang indah bak mentari di ufuk timur…

Tapi Zyan, macam mana nak tahu sama ada produk tersebut berbaloi atau tidak?

Caranya adalah dengan membaca review di forum pahlawan (worrior forum) di forum tersebut semua produk ada (gunakan sahaja fungsi search lagi cepat)  dan yang bagi review pun adalah dari kalangan mereka yang benar-benar jujur.. berbanding review di blog atau email yang hanya ditulis bertujuan supaya anda membeli melalui link affiliate mereka (kalau x beli x dapat bonus…adeh.. memang pyhsco kan? :P )

Namun adalagi cara yang terbaik iaitu anda BELI sendiri dan lihat sendiri kalau TAK PUAS hati REFUND (dalam masa 60 hari) cara nak mintak refund senang jer, kalau anda beli produk melalui clickbank nanti anda akan terima email yang bertajuk “Receipt for your ClickBank Order #xxxx”  lepastu kat penghujung email tu ada link service support

Anda select sahaja option refund tapi kalau dah lebih 60 hari option ni sudah tiada. Maknanya anda sudah tak boleh minta refund walau dengan apa cara sekalipun.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang untuk belajar clickbank?

  1. Pastikan anda sudah pun muat turun laporan percuma buat duit dengan clickbank dan mengisi nama email anda di www.laporanclickbank.com sebab saya akan memberikan anda update pembelajaran mengenai clickbank secara berperingkat
  2. Jika anda ingin membeli mana-mana produk buat duit  dengan clickbank , pastikan anda lihat dahulu review di worrior forum ataupun beli terus kalau tak puas hati lakukan sahaja tindakan refund.
  3. Lakukan secara berkumpulan bukan sorang-sorang.. anda boleh share maklumat laporan clickbank yang saya bagi tu dengan kawan-kawan anda. kongsikannya di facebook… kesilapan saya selama 6 bulan dulu ialah buat kesemuanya seorang diri..
  4. Jika anda dah dapat hasil, anda hanya perlu ulang dan ulang untuk dapat keuntungan berganda..

Anda tak nak ker capai suatu tahap nanti dimana anda dah tak perlu buat apa-apa tetapi komisen clickbank tetap mengalir :D kalau nak, lakukan kerja-kerja promosi selama 7 – 12 bulan tanpa putus asa.. nanti anda akan nampak hasilnya..percayalah!

Namun persoalannya disini masih belum terjawab.. USD1000 sehari? Mustahil atau tidak..

Jawapannya sudah tentu tidak..gambar yang saya tunjuk kat atas tu mungkin tipu tapi mungkin juga betul.. tapi macam mana?

Ada beberapa cara nak dapat pendapatan sebanyak itu ataupun lebih antaranya ialah:

  • Anda sebagai vendor clickbank (penjual) yang aktif. Jika anda mempunyai produk sendiri yang berjaya menembusi pasaran US maka usd1k tu tak mustahil. sebagai contoh produk weight loss for idiots dari clickbank tu. owner dia dah buat berbilion dollar dan sehingga kini masih lagi aktif jualan
  • Anda mempunyai senarai mailing list yang sangat tinggi dan responsive. katakan anda mempunyai senarai sebanyak 50 ribu orang dan kesemuanya adalah pengikut anda yang setia.. anda hantar jer email promosi.. dalam masa satu hari pendapatan anda pasti meletop..
  • Anda melakukan Joint venture dengan Internet marketer yang berpengaruh dan mempunyai senarai mailing yang besar semasa pelancaran produk anda sendiri biasanya produk yang berkaitan dengan buat duit dan menggunakan surat jualan yang indah-indah juga… :P
  • beberapa lagi cara yang saya sendiri belum ketahui..kalau anda tahu silakan Cheap Cialis Professiona Soft kongsi..

ok anda nampak? jadi tidak hairanlah jika ada surat jualan yang  siap tunjuk bukti video log in masuk akaun berapa banyak yang dia dapat. Sudah tentu mereka menggunakan salah satu cara di atas ataupun cara lain yang masih rahsia rahsia lagi :P

ok cukup buat masa ini..sekian terima kasih :)