Ebook Teknik Clickbank Masih Lagi Berkesan

Ada yang bertanya saya teknik dalam ebook saya ni masih lagi berkesan atau tidak? Jawapannya sudah tentu berkesan kalau tak berkesan takkanlah saya nak  post kat blog saya ni :D Nak bukti yang lebih solid? Jom tengok video yang saya baru jer rakam pagi ni..maaf lah sebab kurang terang saya rakam guna henpon jer..

Dah tengok video kat atas? Banyak tak pendapatan sampingan yang saya dapat tu? Bulan depan pun saya tak perlu risau sgt sebab dah siapkan income santai sebanyak RM1700+ tanpa perlu fikir apa-apa lagi dan tidak menggangu projek lain yang lebih penting..

mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli ebook teknik clickbank manakala yang dah beli pula mungkin ragu-ragu nak mencuba. Teknik yang didedahkan dalam ebook saya tu saya dah praktikkannya selama 2 tahun . Bukan saya sahaja malah ramai affiliate yang lebih hebat pun melakukan perkara yang sama kalau lain cara pun tak jauh sangat.  Semua orang buat perkara yang sama.

Jadi apa yang terkandung dalam ebook teknik clickbank yang konon-kononnya hebat sangat? Biar saya ceritakan sedikit.

Langkah pertama anda mesti pilih produk di clickbank! kalau tak pilih macam mana nak ada produk untuk kita promosi betul tak? Dalam ebook ini saya tunjukkan cara bagaimana memilih produk yang bagus.. (kalau anda pilih pakej upgrade saya akan bagi senarai produk-produk di clickbank yang laris jualan)

Langkah kedua anda mestilah melakukan kajian kata kunci. kata kunci atau mat salleh panggil keyword ini sangat penting sebab menjadi asas kepada segala pemasaran anda kelak! (Saya tunjukkan langkah demi langkah dalam ebook ini.. Anda ikut anda pasti dapat!)

Langkah ketiga anda hasilkan landing page! ada yang panggil sebagai money site.. landing page ni boleh jadi bermacam jenis.. ada yang suka guna squidoo , weebly , blog wordpress , blogpsot mengikut cita rasa masing-masing.. ada yang guna squezzpage untuk dapatkan email dahulu & bermacam jenis lagi landing page. Tapi dalam ebook teknik clickbank saya tunjukkan bagaimana menggunakan blogspot lagipun blogspot ni kepunyaan google juga.

Langkah keempat .. promosikan landing page tersebut dalam pelbagai medium seperti artikel & video & seo. Ini adalah langkah yang paling penting untuk mendapatkan trafik ke landing page anda!

Anda ikut apa yang saya tunjuk pasti akan dapat hasil.. Tapi kalau anda asyik persoalkan boleh dapat hasil ke tak? Untung ke tak? Masyuk ke?  Buat teknik tu berkesan ke tak?  Teknik ni berkesan ke tak?  Jawapannya tetap sama… No action No money…

Anda tak buat anda takkan dapat apa-apa…

Anda buat tapi belum dapat duit… At least ada pengalaman…

Pengalaman = menjadikan anda lebih berilmu & seterusnya akan berjaya capai apa yang anda usahakan!

Saya dah lalui semua ni :) giliran anda bila lagi?

Itu sahaja..

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TEKNIK CLICKBANK

(HARGA NAIK RM10 ISNIN 3/10/2011)

Mari Jual Ebook!

Tahukah anda menjual ebook merupakan satu bisnes yang paling mudah dan menguntungkan? buktinya saya sendiri sudah menjual ebook dan hasilnya sangat mengagumkan. Bukan saya sahaja malah ramai lagi yang menceburi bidang penjualan ebook walaupun mereka terdiri dari pemain ebay, affiliate , pemain cpa , pemain amazon ,  penjual produk fizikal dan banyak lagi.. Ini kerana bisnes ebook ini mudah dilakukan dan sangat lumayan! tapi bagaimana nak jual ebook & jana keuntungan daripadanya?

Pakej pakar ebook ada menunjukkan cara-caranya dari asas hinggalah ke peringkat yang lebih  advance! Saya sendiri telah mendapatkan pakej pakar ebook ini pada penghujung tahun 2010 dan pada April 2011 saya telah melancarkan ebook saya yang pertama dan hingga kini hampir 500 orang sudah pun memiliki ebook saya.

Bagi anda yang masih baru. Perniagaan ebook ni nampak macam susah nak buat betul tak? Hakikatnya anda sebenarnya boleh melakukannya dengan mudah sekali.. ya saya kata mudah sekali.. ini bukannya  penyedap ayat untuk menarik perhatian anda supaya membeli pakej pakar ebook. Saya nak anda berfikir  secara positif cuba bayangkan yang anda sudah pun memiliki sebuah ebook dan menjana pendapatan berterusan daripadanya. Anda tak nak ke rasa jualan ebook anda terus terhasil seperti yang telah saya alami

Anda boleh lupakan mengenai pakej pakar ebook dan cubalah lakukannya sendiri jika anda mampu tapi percayalah kalau anda tiada ilmu, ebook anda takkan siap. saya sudah mengalaminya sebelum ini.

Mari dapatkan pakej pakar ebook sekarang!

Ini adalah link affiliate saya : http://www.pakarebook.com/hop.php?ref=Zyan 

(Pastikan anda clearkan cookies sebelum klik link saya seterusnya melakukan pembayaran)

Bagi mereka yang ingin membeli melalui link affiliate saya, sudah tentu saya akan tawarkan sesuatu  yang menarik buat anda :)

Pertama : Anda akan dapat dua buah ebook bahasa melayu iaitu senjata membina  list dan teknik pemasaran PPC yang TERUS BOLEH DIJUAL di pasaran tempatan. Ebook ini bertujuan untuk membantu anda lebih cepat faham mengenai bisnes ebook ini. Grafik , surat jualan, produk ,  sudah disediakan. anda hanya perlu daftar domain atau buat subdomain anda sendiri dan upload ke hosting anda.

KLIK DISINI UNTUK LIHAT DEMO

Kedua : saya akan bantu anda dari segi support. kalau ada perkara yang tak faham boleh tanya saya sampailah anda berjaya hasilkan ebook yang pertama.

ketiga: Anda juga akan menerima rebet sebanyak RM25 :)    (RM25 akan dibayar apabila saya sudah terima komisen  daripada tuan Jamal)

Tapi zyan saya masih kurang yakin dengan bisnes ebook ini?

Mungkin disebabkan tiada idea ebook apa yang anda ingin tulis dibawah ini adalah senarai niche yang  sangat laris di pasaran Malaysia Ebook mengenai:

  1. Kewangan
  2. kerjaya
  3. pelaburan
  4. Buat duit sampingan
  5. hubungan – (perkahwinan)
  6. kesihatan (masalah berat badan , cara hamil)

Senarai diatas tu adalah niche yang laris di pasaran tempatan. tapi sekiranya anda mendapatkan pakej pakar ebook saya pasti anda akan perolehi lebih banyak idea nak buat ebook apa. Percayalah!

Dapatkannya sekarang! http://www.pakarebook.com/hop.php?ref=Zyan

Anda berminat dengan tawaran diatas?

Langkah 1 : clearkan cookies kemudian klik link affiliate saya

Langkah 2: Lakukan pembayaran dan hantar borang tempahan

Langkah 3: Sila tunggu sehingga komisen saya hasil pembelian anda disahkan oleh bro Jamal & saya akan menghantar bonus ke alamat email anda.  Email anda akan saya perolehi di laman akaun affiliate saya.

itu sahaja..

Ada sebarang pertanyaan? Kemusykilan? Sila komen dibawah :)

Review Ebook Rahsia Trafik – 10,000 Trafik Sebulan Adalah Satu Penipuan!

Impian untuk memiliki sebuah blog berprofil tinggi, dan mempunyai ribuan pelawat setiap bulan adalah impian majoriti blogger. Sebagai seorang blogger, kita mahukan perhatian secukupnya daripada pembaca. Kita mahu mereka menghargai setiap karya, di saat mereka pertama kali memasuki ke laman blog kita :)

Benar, ramai blogger yang mempunyai skil penulisan yang baik. Ada di antara mereka juga bijak untuk mengupas isu-isu hangat untuk menarik perhatian pembaca.

Tetapi sayangnya…

Mereka sering terlupa, asas untuk meningkatkan trafik blog adalah mengetahui cara untuk mempengaruhi mereka dari pelbagai sudut, supaya mempunyai keinginan untuk melawat domain blog kita.

Bagaimana caranya? Ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan membongkarkan apa yang kita perlu kuasai, untuk menjana 10,000 trafik setiap bulan…

  •   Tanpa perlu mengeluarkan kos berbentuk wang.
  •   Tanpa perlu menipu pembaca untuk menghasilkan headline yang kontroversi.
  •  Tanpa perlu membeli produk-produk informasi lain untuk mengetahui cara meningkatkan jumlah pembaca ke blog kita setiap  bulan.

Ada Apa Dengan Ebook Rahsia Trafik Ini?

 

Ebook ini ditulis oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill. Mereka adalah dua orang anak muda yang begitu aktif membangunkan laman web pendidikan bisnes dan keusahawanan, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini, mereka akan berkongsi sebuah sistem, yang menunjukkan langkah demi langkah untuk menjana 10,000 trafik bermula 3 bulan dari sekarang…

Tanpa melibatkan sebarang kos. Hanya berpandukan kajian dan keputusan yang mereka peroleh, selepas 6 bulan berada dalam situasi try & error .

Bukan itu sahaja, blog Majalah Niaga kini telah membuktikan sendiri mereka berjaya mengekalkan konsistensi jumlah pelawat sebanyak 10,000 setiap bulan. Buat pengetahuan kita, jumlah ini agak sukar diperoleh untuk blog yang berkaitan bisnes dan keusahawanan.

Sekiranya kita mahu membandingkan dengan blog politik, hiburan, diari peribadi yang memperoleh 100,000 pelawat setiap bulan, perbuatan ini tidak adil. Ini kerana blog-blog seperti itu kebanyakan blog yang tidak fokus pada niche. Berbeza dengan Majalah Niaga, blog ini mempunyai fokus dan pembaca tegarnya yang tersendiri. :)

Jadi apa kelebihan yang kita dapat sekiranya memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini?
Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Ebook Formula Blogging – Rahsia Trafik

 

#1 – Hasil keputusan berdasarkan kajian mereka selama 6 bulan – Ini adalah faktor utama mengapa kita mesti memiliki ebook ini. Kerana ia bukan berdasarkan teori semata-mata. Apa yang dikongsikan oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill ini adalah ilmu yang berbeza, dan jarang diceritakan oleh blogger-blogger tempatan.

Malah dalam tempoh 6 bulan, mereka sendiri bergelumang dalam kesusahan untuk mencari rentak bagi meningkatkan jumlah pelawat setiap bulan. Ini bermakna sekiranya kita memiliki ebook ini, maka kita akan memiliki ‘Ilmu Emas’ yang sukar diperoleh di mana-mana.

#2 – Kaedah yang Terbukti Berkesan Berkali-kali – Cara-cara yang mereka kongsikan dalam ebook ini adalah cara yang digunakan sendiri oleh blogger-blogger bertaraf dunia, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Glen Allsop dan ramai lagi.

Bayangkan kita menggunakan cara meningkatkan trafik blog yang sudah terbukti berkesan, malah ia digunakan berkali-kali oleh blogger bertaraf autoriti di peringkat antarabangsa…Bagaimana agaknya hasil yang bakal kita peroleh kelak? Setidak-tidaknya, penambahan 1,000 pelawat ekstra setiap bulan akan berlaku, sekiranya kita memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ hari ini.

#3 – Ibarat Teknik Copy & Paste – Baik. Secara jujurnya, kita sudah penat dengan penulis yang menulis ebook berdasarkan teori yang panjang berjela, kemudian menyukarkan kita untuk memahami. Apabila kita sukar untuk memahami, maka ia akan menyukarkan kita untuk bertindak. Berbeza dengan ebook ini, ia adalah panduan berbentuk praktikal.

Mereka tidak bercerita panjang lebar mengenai teori (Hanya sedikit sahaja di tahap permulaan… Dan itu adalah untuk kebaikan kita juga).Apa yang kita perlu lakukan, hanya tiru semula apa yang mereka lakukan. Gunakan teknik itu sebaik-baiknya dan mula lihat limpahan trafik ke blog kita.

#4 – Ia Berkesan Terhadap Blog Niche Lain – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini hanya berkesan untuk blog seperti Majalah Niaga sahaja? Jawapannya, tidak. Ia berkesan untuk semua niche blog lain. Tidak kira blog peribadi, blog keagamaan, blog percintaan dan pelbagai lagi. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi meningkatkan trafik blog secara drastik… Malah akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger autoriti.

Bagaimana Pula Dengan Kekurangan Ebook Ini?

 

Ebook ini bukan ebook yang sempurna untuk kita tatapi, bagi menguasai cara meningkatkan trafik blog tanpa sebarang kos.

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam ebook ini adalah:

Setiap kerja mengambil masa – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan memberikan hasil dalam masa 24 jam atau kurang? Tidak. Ia memerlukan usaha yang berterusan sebelum kita dapat melihat hasilnya. Tetapi apa yang berbeza adalah, teknik ini adalah teknik yang terbukti berkesan. Kita tidak perlu khuatir untuk menggunakannya.

Mempunyai skil penulisan yang baik – Antara salah satu teknik yang ditunjukkan dalam ebook ini memerlukan blogger memiliki skil penulisan yang baik. Antaranya adalah penggunaan ayat Bahasa Melayu yang lengkap, tatabahasa yang betul dan sedap dibaca. Meskipun begitu, ia adalah bonus bagi yang memiliki skil penulisan yang baik. Ebook ini akan disertakan sekali templet emel untuk menghubungi pemilik blog…

Agar mereka cair dan menerima karya kita untuk diterbitkan dalam blog mereka.
Kesimpulannya… 4/5 Untuk Ebook Ini

Ebook ini hanya sesuai dimiliki oleh blogger, atau pemilik laman web yang memahami kepentingan mempunyai jumlah pelawat yang banyak di internet. Isi kandungan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini juga adalah jauh lebih baik daripada ebook-ebook yang sama topik perbincangannya. Ia mudah difahami, dan dapat mendorong kita sebagai pembaca untuk terus bertindak.

Sekiranya berminat, boleh klik di sini untuk membeli ebook ini, dan dapatkan bonus bernilai lebih RM150 secara PERCUMA daripada Aqif Azizan & Hasbul Aqill.

Video Asas Blogger

video 1: video panduan asas bagaimana nak hasilkan blog menggunakan blogger.com

 

video 2 : Pengurusan blog bagaimana nak masukkan artikel , link affiliate, gambar , video , banner , etc (tolong kuatkan speaker sebab audio kurang kuat.. maaf ye)

 

Buat Duit Cepat Dengan Perniagaan Internet!

Adakah anda mencari-cari cara untuk menjana pendapatan melalui internet dengan cepat & pantas? Perkara ini sebenarnya tidak mustahil. Ada beberapa teknik yang anda boleh gunakan dalam perniagaan internet ini untuk menjana income yang cepat paling kurang pun dalam masa 24 JAM!

Tapi bagaimana? Biar saya dedahkan satu persatu. Antaranya ialah anda buat SERVIS!

Dengan menyediakan servis yang bertepatan dengan kehendak pasaran anda. Tidak mustahil anda akan menjana wang dengan pantas malah lebih banyak wang yang anda akan dapat. Tapi servis apa yang anda nak buat? Takpe biar saya tunjukkan kepada anda. Dibawah adalah salah satu teknik yang anda boleh aplikasikan hari ini juga untuk mendapat RM terus masuk ke akaun anda!

Langkah pertama pergi ke bahagian servis & perkhidmatan di wangcyber . Cuba lihat servis apa yang paling mendapat sambutan & cuba anda sediakan servis yang sama tetapi anda tambah keunikan anda tersendiri seperti harga yang lebih murah atau tawaran yang lebih berbaloi dari servis yang lain. Gunakan ayat-ayat yang menggoda kalau anda menulis thread iklan di wangcyber.

Tapi Zyan bagaimana pula kalau saya tak mahir nak buat servis tersebut?

Relaks.. setiap masalah kan ada penyelesaiannya.. betul tak? :) kalau anda tak mahir anda gunakan teknik duit atas angin.. hehe.. iaitu anda jadi orang tengah. Bagaimana? caranya ialah pergi ke Fiverr.com dan lihat pada 2 kategori ini iaitu business & advertising.

1) http://fiverr.com/categories/advertising/order/rating/pages/1

2)http://fiverr.com/categories/business/order/rating/pages/1

Jika anda klik link diatas, anda akan dibawah ke bahagian ketegori business & advertising yang paling tinggi rating sehingga yang paling rendah. Rating yang paling tinggi sekali ialah servis yang patut anda gunakan kerana sudah tentu servis tersebut sangat memuaskan betul tak?

Jadi apa gunanya fiverr ini? Lihat pada gigs yang ditawarkan dalam kategori di fiverr tersebut.. Ada tak yang mempunyai persamaan seperti di forum wangcyber? kalau ada anda buka satu thread pengiklanan di wangcyber dan buat servis yang sama seperti di fiverr tetapi letakkan harga anda sendiri. Kalau anda bayar USD5 di fiverr.. Di wangcyber anda boleh letakkan dengan harga yang lebih mahal seperti RM30 , RM40  :) tetapi kalau tiada gigs di fiverr yang sama seperti di wangcyber tak salah kalau anda buka di wangcyber juga sebab apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan & pemasaran biasanya akan mendapat perhatian ahli-ahli wangcyber. Gunakan/Tambah kreativit anda sendiri. Saya yakin anda boleh tweak dengan lebih hebat lagi idea ini.

Kalau dilihat teknik ni nampak biasa tapi tahukah anda ramai yang merahsiakan teknik ni? Jangan terkejut pula jika anda pernah melanggan servis dari sesiapa dengan harga yang  sangat mahal sebelum ini hakikatnya anda boleh dapatkannya lebih murah melalui Fiverr.com :D

Selain servis ada lagi teknik yang saya rasa juga sangat berkesan. Iaitu anda jual produk digital dengan tawaran yang hampir susah mereka nak tolak. Pergi ke wangcyber lagi dibahagian produk digital disini , jual produk digital anda disitu dengan harga yang istimewa dan harga yang terhad. Cakap anda buat tawaran tersebut hanya dalam tempoh 24 jam sahaja atau 2 hari atau 3 hari.. gunakan kreativiti anda sendiri. Tapi pastikan tawaran anda sangat berbaloi dan masuk akal. Perkara ini telah terjadi pada saya semasa menjual ebook teknik clickbank buat pertama kali di forum wangcyber. Jualan mencecah RM3k kurang dari sehari.. Saya bukak waktu tengah hari sebelum nak pergi solat Jumaat dan malam tu saya terpaksa tutup sampai ada yang marah-marah saya sebab dalam thread saya kata 3 hari .

Zyan boleh laaa,, ada ebook sendiri.. saya  ni ebook sendiri pun takde…nak tulis ebook pun takde idea :(

kalau macam tu.. apa lagi? dapatkanlah pakej pakar ebook dari bro Jamal! hehehe :P

Relaks.. kan saya dah kata setiap masalah ada cara penyelesaian. Anda tak nak tulis ebook sendiri atau buat produk digital sendiri? Pernah dengar mengenai produk PLR ? MRR? RR?

Produk sebegini membenarkan anda menjualnya semula dengan harga yang anda tetapkan tetapi pastikan anda lihat terma & syarat produk tersebut. Tetapi bukan semudah ABC anda beli produk PLR dan terus jualkannya semula. Ada mestilah memilih produk-produk yang bermutu tinggi dan berbaloi-baloi untuk mereka mendapatkannya. Produk PLR yang bermutu tinggi ni biasanya mahal dan sekiranya anda dapatkannya lalu jualkannya dengan harga yang murah saya pasti kurang dari sehari anda dah balik modal. Mana nak dapat produk PLR MRR ni? ada banyak sumber untuk dapatkan produk sebegini…  Kalau anda nak tahu sila komen dibawah! :)

Sekian buat masa ini.. Ada banyak lagi teknik sebenarnya.. tapi teknik diatas dah cukup untuk anda melakukan tindakan sebolehnya esok atau malam ini juga :)

Zyan Online Marketing