Duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank

*  kalau tulisan di blog ni nampak kecil anda boleh zoom di komputer anda dengan hold butang Ctrl dan tekan butang +

  | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang cantik, segak lagi bergaya. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya yang cantik ini. Maaf lah kalau saya update blog ni jarang-jarang kadang sebulan tu  1- 2 kali jer . Sebab saya ni bukan blogger, saya hanya seorang yang suka buat duit dengan mempromosikan produk orang lain itulah yang dinamakan affiliate. Saya lebih kearah itu disamping itu saya juga ada melakukan jualan produk fizikal di facebook seperti rakan-rakan yang lain juga. Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan maklumat yang saya peroleh di facebook.

Ok cukup la sedikit pengenalan (saje letak pengenalan mana tahu ada pelawat blog yg masih baru dan tak mengenali saya.. hehe). Ok kita sambung berkenaan pos kita pada kali ini. Seperti tajuk yang saya letakkan.. duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank. Macam mana tu?

Disebabkan di facebook ramai yang komen nak tahu saya akan kongsikannya disini.

Kenapa dalam gambar tu saya nampak happy dan kata itu adalah 1st sale? sebab tu mmg 1st sale untuk produk baru yang saya pilih dan promosikan.

Tapi bagaimana Zyan duduk diam-diam pun boleh dapat komisen tu? Jawapannya.. Kita jadi BOS..  kita serahkan semua pada orang lain yang lebih pakar.

Dalam kes ini saya menggunakan wordpress + seo untuk menjana wang diatas. ( oh blog wordpress lagi , seo lagi.. takde benda lain ke Zyan? Susah la semua tu… >_< )

Relak relak.. sebab cara itu sahaja yang berkesan buat saya & kebanyakan mereka yang lain. Kalau anda beli apa-apa panduan buat duit dengan clickbank ke affiliate ke.. anda pusing-pusing pergi mana pun anda akan jumpa cara yang sama cuma cara yang diaplikasikan tu yang berlainan :)

Contohnya macam disini saya tak buat banyak kerja, outsource sahaja pada orang lain.  Sebelum ni saya buat sendiri sebab tak cukup modal.

Dan untuk outsos ni bukan sekadar bayar & lupakan. Bahaya tu.

Ini langkah-langkah yang saya lakukan:

1) Buat keyword research cari 4 – 5 keyword (pembeli ebook teknik cb boleh refer video yang saya buatkan)

2) Pilih sumber nak outsos di mana ( Saya pilih servis di warrior forum yang menyediakan servis guaranteed 1st page)

3) Dah pilih, terus bayar & buat persetujuan keyword apa yang nak rank di 1st page Google

4) Beli domain & install wordpress

5) Serahkan usernama & password wp admin wordpress pada mereka

6) Tunggu sahaja sementara mereka melakukan kesemuanya seperti , masukkan theme yang sesuai , tulis artikel yang mesra SEO, banner , on page & off page SEO  sampai lah berjaya rank di 1st page google untuk salah satu keyword yang kita pilih, (kalau anda tak faham apa yang saya tulis di no 6 ni pun takpe sebab semua mereka yang lakukan. Yang penting kita dapat berada di 1st page google. Itu sahaja )

hek eleh.. senang jer rupanya Zyan..

Senang? Nampak memang senang tapi risikonya macam mana? :)  dah bayar takde apa2 hasil kita juga yang rugi.. rugi dari segi modal & masa (saya lebih rela rugi wang dari rugi masa)

Jadi sebelum melakukan sebarang tindakan untuk outsos ni berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu diambil :

Langkah-langkah keselamatan

1) Pastikan servis tersebut mendapat feedback yang positif dari berpuluh-puluh atau beratus customers. jangan terpengaruh dengan komen sedikit yang positif sebab kemungkinan kalau feedback yang positif itu ada tetapi rendah mereka mungkin “dibayar” untuk mengaburi mata bakal pelanggan seperti kita ni

2) Ini PALING PENTING. ada  1st PAGE GUARANTEED kalau ada MONEY BACK guaranteed lagi bagus

3) Sebelum melakukan pembayaran cuba berhubung dengan mereka melalui email. Tanya apa-apa soalan yang meragukan anda. kalau mereka dapat jawab semuanya dengan bagus dan meyakinkan anda. Baru bayar.

4) Sebagai pelanggan kita juga perlu bertolak ansur. Bukan bayar hari ni minggu depan masih belum nampak di 1st page terus mintak refund. Saya sendiri mengambil masa lebih dari sebulan baru nampak di 1s page. Sebab SEO ni memamg memakan masa ( bergantung pada keyword yang kita pilih).  Mereka yang buat servis ni pun bukan urus kita punya sahaja. Banyak lagi customer mereka yang lain :)

Ok mungkin ada yang nak tahu servis apa yang saya langgan,  ini dia (saya memang tak suka berahsia melainkan info tu saya akan jual.. hehehe)

http://www.warriorforum.com/warrior-special-offers-forum/297112-penguin-proof-blog-creation-services-plus-search-engine-optimization-services-until-your-site-reaches-page-one.html

Sebenarnya ada banyak lagi servis seperti ini di warrior forum tu. Cuma saya pilih yang ini sebab ada banyak feedback yang positif. Servis yang baru-baru pun banyak juga feedback yang bagus-bagus.. yang lebih murah pun ada. Rajin-rajin lah belek ye :) . Kalau anda aktif di sana cuba-cuba lah langgan servis seperti ini daripada membeli panduan-panduan 9 dollar yang pusing-pusing benda sama jer.

Kemudian kalau dah masuk 1st page apa nak buat Zyan?

kekalkan kedudukan! & sentiasa mengawasi kedudukan blog kita tu di google.

Saya menggunakan software traffik travis  dalam melakukan pengawasan. Nampak macam leceh (kalau kita cek satu-satu kat google secara manual) kalau pakai software ni, kita on pc jer dia akan auto run dan akan paparkan semua data-data. kita tinggal tengok jer.

Kalau kita dapat kesan kedudukan dah terkeluar dari 1st page,  ambil tindakan dengan menambah backlink dengan outsos lagi.. boleh refer pada mereka lagi. atau anda boleh gunakan servis yang lebih murah seperti di fiverr. Tapi pastikan backlink adalah backlink yang selamat seperti dari artikel directories , edu site , web 2.0 ,  Bukan dari backlink yang kita sendiri tak tahu mana datangnya. Bahaya lagi2 dengan sistem google yang kini lebih “semarter” . kita perlu  ” play safe”

 

(contoh screenshot dalam traffic travis dalam kempen pemasaran saya yang lain, untuk projek ni saya tak masukkan dalam software lagi)

Dan akhir sekali jangan lupa sediakan modal yang secukupnya. Modal saya dalam kes ini ialah USD99 sahaja (RM300)  dapat 1st sale produk clickbank USD41 bersamaan RM123 lagi 2 sales dah balik modal dah.

Asyik CLICKBANK jer.. ? saya pilih clickbank sebab komisen yang lumayan & dah terbiasa dengan clickbank ni . ada banyak lagi network yang anda boleh pilih sebenarnya seperti  Amazon, markethealth , Commision Junction , kalau buat untuk ADSENSE pun boleh juga dan lain-lain network yang anda rasa sesuai. Cuma saya masih lagi setia dengan clickbank ni.  :)

Ada soalan, pandangan , kritikan? Sila nyatakan dibawah.

 *Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang anda lakukan dari hasil pembacaan di blog ini yang melibatkan sebarang kerugian, masalah dan sebagainya. Saya hanya berkongsi pengalaman. Segala tindakan anda adalah keputusan anda sendiri