Saya pasti kebanyakan pembaca blog ini tahu betapa pentingnya langkah melakukan keyword research. Dengan memilih keyword yang salah segala usaha anda adalah sia-sia sahaja. Anda berkemungkinan besar rugi dalam bentuk masa , tenaga ataupun wang!
Sekiranya anda ada membeli Produk saya iaitu teknik clickbank, saya ada menunjukkan langkah demi langkah dalam ebook dan video cara nak buat keyword research ni. Tapi apa yang saya tunjukkan tu cara manual. Walaupun percuma tapi sangat mengambil masa yang lama adakalanya berjam-jam malah ada yang tak jumpa-jumpa walau sehari suntuk depan pc buat keyword research.
Jadi disini saya ingin memperkenalkan kepada anda satu software yang dinamakan keyword xp yang sangat mudah digunakan dan mesra pengguna. Malah software ni juga sangat ringan dan pantas melakukan kerja.
Tidak seperti software-software lain yang sebelum ni saya pakai, dengan harga yang mahal dan sangat berat untuk beroperasi serta memerlukan internet connection yang laju.
Dengan keyword XP ni anda boleh jumpa keyword yang anda mahukan dengan lebih cepat.
Mari kita lihat apa yang ada pada software ini:
Nampak tak? Anda hanya perlu masukkan keyword utama niche anda dan tekan butang search , kemudian untuk semak persaingan anda tandakan keyword apa yang anda nak semak lalu anda tekan butang check competition dalam contoh gambar di atas saya tandakan semua. Saya tak galakkan anda tandakan semua sebab nanti google akan minta anda masukkan captcha (kod yang pelik untuk kenal pastu sama ada anda ni robot atau manusia) jadi seeloknya anda tandakan sahaja keyword apa yang anda rasa nak semak. Tak perlu lah tanda semua. Kalau google minta captcha, apa yang anda boleh lakukan ialah masukkan sahaja kod yang disuruh banyak kali sampai boleh dan kedua ialah restart modem internet anda. Itu sahaja.
Kemudian anda nampak tak yang penanda warna HIJAU? itu menunjukkan keyword tersebut sangat mudah untuk mendapat rank pada Google. Tapi tak bermakna keyword lain sukar. Sekiranya title competition yang ditunjukkan adalah sekitar bawah 10k keyword tersebut sebenarnya agak senang untuk rank.
Kalau anda dah dapat senarai keyword yang anda mahukan, langkah seterusnya ialah untuk menyemak semula keyword tersebut pada halaman google . Tapi sebelum tu anda boleh menggunakan Google Keyword Tool untuk menyemak berapa carian keyword setiap bulan dan nilai CPC adakah ianya berbaloi untuk digunakan.
CONTOH HASIL KAJIAN UNTUK SALAH SATU KEYWORD YANG DITANDA WARNA HIJAU
Keyword hair loss treatment 2012 menunjukkan pesaing hanya 377,000 sekiranya kita masukkan ” ” ini bermakna keyword ini sangat senang untuk mendapat ranking pertama di Google. Manakala Google Keyword Tool memberi hasil carian hanya sebanyak 91 carian sebulan tetapi nilai CPC adalah sangat tinggi iaitu USD6.72 untuk setiap klik yang perlu dibayar oleh pengiklan pada google sekiranya ingin menggunakan keyword ini! Jadi adakah saya akan menggunakan keyword ini? Jawapannya YA! Saya akan menggunakan keyword ini dan masukkan pada artikel-artikel pada blog saya yang berkaitan dengan niche ini tapi saya takkan fokus untuk mendapat 1st page kerana faktor carian adalah sangat sedikit. Kalau boleh carian sebulan tu biarlah beratus-ratus biasanya saya ambil atas 500.
CONTOH KE DUA DENGAN MEMILIH HASIL COMPETITION YANG DIPAPARKAN SOFTWARE BERJUMLAH TAK LEBIH DARI 10 RIBU
Keyword hair loss for men menunjukkan pesaing hanya 688,000 (dapat bawah 1 juta masih dah dikira senang nak rank tapi kalau dapat bawah 500k lagi bagus) . Google Keyword Tool pula menunjukkan nilai yang berikut :
Keyword seperti ini lah yang saya boleh gunakan untuk fokus pada ranking! Carian tidak kurang dari 500 sebulan nilai kos per click pula tinggi USD5.89 malah persaingan pula kurang dari 1 Juta! Best tak?
Untuk video demo pula sila tonton video dibawah. Video adalah dalam bahasa Inggeris. Saya cadang nak buat tadi tapi tak sempat. Lagipun saya rasa apa yang saya sampaikan kat atas tu dah cukup jelas.
Adakah anda berminat untuk mendapatkan software ini?
harga special offer ialah RM2o sahaja!
BAGI YANG BERMINAT INGIN MENDAPATKAN SOFTWARE INI :
Cara nak order:
Bank in RM20 ke salah satu akaun berikut:
Maybank 564191029147 ZYAN ONLINE MARKETING
CIMB 12500070180525 AZIAN BIN USMAN
Kemudian hubungi saya menggunakan borang contact
http://internetmudah.com/blog/hubungi-saya/
Masukkan subjek bertajuk “pembelian software keyword XP ” sertakan maklumat pembayaran anda serta alamat email atau anda boleh terus hantar bukti pembayaran ke email saya azian.usman(at)gmail.com
Ada sebarang soalan? sila komen dibawah
Terima kasih.
















Komen Rakan-Rakan