Anda bayar untuk iklan? Kesian Kalau Anda Tak Tahu Perkara Ini..

Image from www.bbs.chinadaily.com.cn

Sad Eyes – Image from www.bbs.chinadaily.com.cn

 

Sejak 5 Tahun yang lepas, dah ramai yang mula menggunakan fb sebagai medium pengiklanan, Jumlah pengguna ini semakin lama semakin meningkat. Ditambah pula seminar & kelas yang dianjurkan oleh otai-otai facebook yang tumbuh bagai cendawan,

Tidak kurang juga panduan mengenai facebook, sangat banyak yang percuma mahupun berbayar.. malah saya sendiri juga ada menyediakn banyak tips2 menarik di channel telegram saya, Anda boleh terus buka App telegram di smartphone anda dan taip ID Channel sy iaitu : zyan007

Cuma yang jadi masalah sekarang ialah ramai yang menggunakan facebook ads tidak manfaatkan sepenuhnya potensi iklan yang mereka lakukan.

Yang biasa dilakukan, Upload gambar produk, tulis ayat iklan & call to action , set bajet , run iklan kemudian tunggu sms atau wassap masuk henpon,

Kemudian kalau sms/whatapp kurang, terus naikkan bajet, naikkan lagi & lagi.

Kesannya, jualan meningkat namun kos pemasaran juga turut meningkat.

Untung bersih tak sampai 2k pun sedangkan jualan lebih 10k, adakah ini berlaku kepada anda?

Jika ya, maka ada perkara yang anda terlepas pandang iaitu SPLIT TEST.

Apakah itu split test?

Split test adalah satu proses untuk menguji kempen pemasaran mana yang paling berkesan untuk bisnes anda. Bukan sekadar FB ads tetapi untuk apa sahaja jenis pemasaran, dalam topik ini saya tekankan mengenai pemasaran online.

Apabila iklan anda kurang atau tiada respon, menaikkan bajet bukanlah cara yang terbaik, jika anda lakukan teknik ini pada 2-3 tahun yang lepas mungkin masih logik tetapi apabila dah semakin ramai yang menggunakan medium pemasaran yang sama, anda perlu lebih kreatif dalam mengatur strategi pemasaran.

Ibarat panglima perang yang ingin melawan musuh seramai 10 ribu orang sedangkan tenteranya cuma ada 2 ribu orang sahaja. Apakah strateginya untuk melawan musuh, takkan lah main serang macam itu sahaja betul tak? Pasti panglima tersebut sudah memikirkan cara sebelum berperang, mungkin dia akan bina perangkap atau apa sahaja yang tidak terfikirkan oleh pihak musuh. Kerana dia sudah banyak kali berperang sebelum ini dan tahu taktik perang apa yang sesuai untuk dia menang!

Begitu juga dengan kempen pemasaran, anda juga harus menggunakan strategi yang paling berkesan untuk perniagaan anda. Oleh sebab itu split test ini sangat penting. .

Bagaimana melakukan split test?

Bergantung pada bajet anda.

Buat beberapa jenis iklan yang benar-benar spesifik dengan apa yang anda pilih.

Contoh produk bina otot

*Semua contoh iklan dibawah menggunakan bajet pemasaran & jenis iklan yang sama

Contoh Iklan 1

  • Target Anda lelaki & wanita
  • Umur 18 ke atas
  • Tinggal di seluruh malaysia
  • Gambar & Ayat iklan sama

Contoh Iklan 2

  • Target lelaki
  • Umur 21 – 28
  • Status Bujang
  • Tinggal di kawasan bandar
  • Gambar & Ayat iklan sama

Contoh Iklan 3

  • Target lelaki
  • Umur 21-28
  • Status Bujang
  • Tinggal di kawasan bandar
  • Gambar & Ayat iklan lain

Contoh Iklan 4

  • Target lelaki
  • Umur 21-28
  • Status Bujang
  • Tinggal di kawasan bandar
  • Gambar & Ayat sama iklan 3
  • Yang minat pada sukan gusti, tinju & Taekwando

Ini contoh split test yang saya boleh berikan. perhatikan perkataan warna merah yang saya ubah di setiap iklan. Dari hasil split test diatas anda akan ketahui iklan mana yang paling memberi respon yang tinggi untuk bisnes anda.

Tetapi bagaimana nak tahu iklan yang bagus?

Artikel ini masih ada sambungannya, saya juga turut kongsikan bagaimana cara nak tingkatkan lagi keuntungan bisnes anda hasil dari iklan yang sama,  sila tekan share untuk baca selebihnya jika anda mahu teruskan.  Tiada sebarang bayaran dikenakan.

Video berkenaan split test juga ada saya sediakan

 


Share This