Banyak Sangat TER-Beli Produk SAMPAH?

Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya di Internetmudah.com Saya tahu ada ramai yang tertunggu-tunggu post saya yang terkini. Baru-baru ini blog saya telahdiserang oleh link-link yang tak diundang akibat dari perbuatan saya yang menggunakan plugin wordpress yang saya sendiri tidak tahu akan kualitinya sepatutnya saya melihat rating pengguna dahulu tapi tidak mengapalah pengajaran buat saya dan anda juga :) .

Ok marilah kita teruskan dengan entry saya kali ni berdasarkan tajuk yang anda lihat, Pernah tak anda membeli sesuatu produk tetapi tidak berpuas hati dengan produk tersebut? Atau pernah tak anda beli kemudian bila dah dapat… “hurmm… aku halalkan je la duit tu” nampak sangat yang anda tidak berpuas hati dengan produk tersebut.

Terutama lambakan produk-produk informasi atau produk-produk yang berkaitan buat duit , sebelum itu anda perlulah mengetahui tujuan sebenar anda membeli produk tersebut. Tidak salah jika anda melabur untuk ilmu tetapi jangan pula ilmu yang salah ataupun ilmu yang tidak sesuai dengan diri anda.

Membeli Dengan Bijak

Jika anda ingin membeli sesuatu pastikan anda mengetahui apa yang bakal anda dapat. Terutama jika produk digital seperti ebook atau software yang bertujuan untuk mengajar/mendapat duit dari internet. Sejak kebelakangan ni saya dapat banyak email & tawaran-tawaran mengenai software atau panduan buat duit dari mat salleh.

Katakan anda ingin membeli software X. Dalam surat jualan mengatakan software X tersebut akan memberikan anda trafik yang sangat tinggi dan boleh menjana lebih dari 4 angka setiap hari. Wow! siapa yang tak nak  software macam tu? klik klik jer boleh dapat duit sampai 4 angka sehari. Sebelum anda beli software begitu pastikan anda tahu & kenal pasti apa software tersebut, apa yang boleh software itu lakukan. Bagaimana software itu berfungsi dan benar-benar boleh membantu anda menjana sehingga 4 angka (seperti yang diperkatakan dalam surat jualan)

Berhati-hati dengan Surat Jualan

Saya dah banyak kali jadi mangsa dengan surat-surat jualan yang Hype (cakap besar cerita bagai nak rak tapi sendiri x serupa bikin).  Zaman sekarang semua dah canggih. Jika dalam surat jualan tu tunjuk bukti sahih macam mana pun anda tidak boleh percaya 100%. Di internet sesiapa sahaja boleh jadi penipu.. termasuk orang yang anda percaya (walaupun saya sekalipun). Di internet, dunia maya yang serba canggih ni segala-galanya boleh dilakukan untuk mempengaruhi kita agar melakukan pembayaran masuk ke akaun mereka. Contohnya video log in masuk akaun clickbank tunjuk sampai 1 k usd sehari. Pendapatan memang betul tapi sesetengah mereka ada yang claim kata dari produk affiliate padahal sebenarnya hasil jualan dari produk sendiri niche make money pulak tuh.. kalau betul-betul dari produk jualan affliate pun besar kemungkinan hasil jualan dari produk niche money juga .  Namun ini tidaklah bermakna semua yang menjual di internet tu menipu.  pastikan anda faham & jelas apa yang bakal anda dapat! itu ajee…

Mendapatkan Review atau Pandangan Mengenai Produk

Langkah ini penting. Anda boleh minta pandangan mereka-mereka yang sudah pun membeli produk tersebut. Sebagai contoh di wangcyber sekarang ada bahagian produk review. Gunakan bahagian itu sebaik yang mungkin :)

Manakala jika produk dari luar negara. Gunakan worrior forum. Disitu juga mempunyai bahagian review produk. Anda gunakan sahaja fungsi search dan taipkan nama produk yang anda ingin beli pasti  ada review produk tersebut (biasanyalah)

Akhir sekali kalau tak puas hati MINTA REFUND AJE.. tak perlulah kutuk-kutuk owner produk :)

Sekian buat masa ini… :)

Comments

  1. adie says:

    betul2.. banyak sangat produk sampah..
    first time aku masuk IM pun produk pertama yg aku beli dr IM malaysia gak la.. keluaran xxx
    xnak cakap la produk apa.. mahal.. surat jualan hype gile.. aku yg noob time tuh pun beli la produk tuh harga xxx lebih gitu xsilap..
    dah follow sebijik2 ebook die siap print-out jadikan buku senang aku nak baca.. last2 harrrrrrrrrrrrrrr
    xdapat ape2..
    terus sampai sekarang aku xnak beli sebarang produk dari mereka
    walaupun produk diorang bagus mana..

  2. Ali Hanafiah says:

    Nasihat yang sangat berguna. Hi, Zyan. Fisrt time sampai sini :)

  3. Zyan says:

    Hi bro Ali.. thanks kerana singgah.. selamat datang :D sudi-sudi lah kritik ye.. saya ni blogger baru kat malaysia.. hihi

  4. Zyan says:

    xpe bro adie.. ok lah tu RMxxx saya kene tipu RM5k lebih sb join PC yang kononnya hebat sangat… dah dekat 2 tahun sampai hari ni x dapat-dapat refund.. xpe.. saya jadikannya sebagai pengajaran.. Guru yang terbaik sekali ialah pengalaman sendiri.. betul x?

  5. safwan seth says:

    lagi satu boleh check rating produk IM luar negara di http://imreportcard.com

  6. zmshar says:

    sbr la bro..mgkn ade hikmah disebalik tu..slmt maju jaya..

  7. Rushaidin says:

    Memang betul tu… perlu barhati-hati
    dalam membuat pembelian produk di
    internet…

    Terkadang tu kita boleh terpengaruh
    dengan surat jualan yg ditulis…

  8. Amim says:

    nasihat dan info yang bermanfaat :)

  9. Mader says:

    Aku pun pernah terkena.. dengan IM luar dan Malaysia sendiri,kalau IM luar ni banyak pakai clickbank,so aku terus refund je bila tengok produk hampeh… tapi yg IM Malaysia ni aku terkena kat produk upsell dia.. aku terbeli produk sampah dari upsell dia.. grafik cantik.. produk sampah..minta refund tak dapat sebab upsell tak termasuk dalam refund policy tu (mungkin sebab tu dia langsung tak reply refund email aku)… so tu semua pengajaran untuk aku sendiri dan juga org lain… fikir dulu betul-betul sebelum membuat apa-apa keputusan… sebab dah semulajadi kita membeli ikut emosi…

    *Bukan nak mengata.. cuma nak bercerita.. hehe…

  10. adibpharm says:

    thanks bro zyan, sy suke newsletter tuan. banyak info berguna

  11. beba says:

    Saya tak pernah beli dengan IM luar..tapi IM Malaysia macam banyak gak laa..ade gak beli yang RM XXX ni..some of it mmg ok..puas hati gak dengan content…tapi ade gak yang harga jek mahal and sales letter mmg cambest..tapi content..cam tak berapa berpatutan ngan harga..and tak seperti yang digembar gemburkan dalam surat jualan..huu..

  12. fakhrulzakry says:

    as-salam, salam kenal dari saya.
    Informasi yang berguna!!!
    :)

  13. Good info Bro Zyan,

    Sebelum ini mmg saya tak ambik kisah dengan ebook yang saya beli dan memang betul… ada kala nya saya akan cakap…”Hmmm.. aku sedekah je la duit aku…. hampeh nye ebook”….. haaa… ni memang kadang2 berlaku bila beli produk yg dikategorikan sebagai sampah..

    yang menariknya, sekarang saya dah tahu kat mana nak rujuk ‘review produk’ sebelum membeli ebook/produk internet.. esp. dari oversea… Good info Bro Zyan… harapan saya semoga dgn info ini, ramai lagi pembeli ebook/produk internet tahu kat mana nak buat rujukan dan yang paling penting tidak akan lagi rasa ‘DITIPU’ lagi dengan PRODUK-PRODUK SAMPAH nie…!! Insyaallah..

    -Saiful

  14. Kamal Khalid says:

    IM luar tak semua yang menipu.Salah satu contoh ialah Rosalind Gardner , Dia yang memperkenalkan dunia IM kepada saya , itu produk pertama yang saya beli pada tahun 2005 iaitu super affiliate handbook.Memang berkualiti masa tu.

    Kena tipu pun ada tapi tak banyak dalam US$100 dalam forum IM jugak.
    Hati2 bila beli produk especially sekarang ni byk software yg kononnya boleh tarik duit beribu2 sehari.Kalau dah boleh tarik jualan beribu2 dollar sebulan tak perlulah lagi jual software tu kan?
    Selamat berjaya.

    Kamal Khalid

  15. cipta sasa says:

    aku pun dah beli 2ke3 produk………tapi hampas.terima kasih Zyan maklumat yang berguna

  16. amar says:

    aduh………… sales 00000

  17. amar says:

    baru je try ni
    tp xtaw nk promote barang cmane… pls someone teach me, im newbie
    T_T