Buat Duit USD? Ini Dia Realiti Dan Sepak Terajang Yang Nak Sangat Income USD

Salam hormat,

Zyan disini..

Lama kita tak bersua di blog saya yang cantik ini kan..

Hari ini saya nak kongsi bagaimana anda boleh jana pendapatan dalam USD

Sebelum ini kita dikecohkan dengan lubuk pendapatan USD dengan berniaga melalui Ebay ataupun Shopify..

Kemudian ada juga buat duit usd dengan adsense & juga instant article..

Biar saya terangkan satu persatu mengenai lubuk USD yang saya sebutkan diatas dan juga hakikat sebenar yang anda perlu tahu kalau nak buat sangat income USD ni…

Supaya anda lebih jelas dan mudah faham.

Ebay

Ebay adalah online marketplace yang sangat terkenal di dunia.  Sehingga produk tempatan seperti baju kurung dah tudung pun ada dijual di ebay dan di pos ke seluruh dunia.  Ya, jika anda ada produk yang mahu dipasarkan ke seluruh dunia.. Ebay adalah tempat yang paling bagus kerana pelawat di ebay adalah pelawat yang sudah bersedia untuk membeli..

Namun begitu anda mesti lah jual produk yang ada permintaan..

Kabarnya ramai yang menggunakan kaedah dropship melalui ebay..  yang mana mereka menggunakan website supplier seperti Alibaba dan Aliexpress untuk membeli pada harga murah dan jual semula di ebay dengan harga yang sedikit mahal.

Nampak macam mudah kan? 

Hakikatnya, peraturan ebay yang begitu ketat sangat menyukarkan urusan dropship ini.

Anda boleh bertanya pada mereka yang pernah berniaga di Ebay..

Sepak terajang dunia ebay bukan semudah yang disangka..

  • Barang lambat sampai..
  • Barang tidak sama seperti yang digambarkan… (Kalau main dropship)
  • Customer mintak refund
  • Customer buat dispute
  • Yuran transaksi yang tinggi
  • dan lain-lain lagi..

Ya.. berniaga di Ebay bukan semudah order barang murah di aliexpress dan jual balik di Ebay…

Hanya yang kuat dan kental sahaja sanggup mengharungi dugaan dan cabaran dalam berniaga melalui Ebay..

Shopify

Apa pula itu shopify?

Shopify adalah sebuah website servis yang menyediakan sistem e-commerce . Bermaksud anda boleh menghasilkan online store anda sendiri serta menerima bayaran.

Oh… ada yuran sebanyak USD29 setiap bulan dikenakan ok 🙂

Di shopify anda perlu letakkan barang anda di online store anda sendiri lalu promosikannya untuk memperoleh jualan,  berbanding dengan Ebay anda tak perlu nak promosi dah.. cuma perlu buat listing produk sahaja.

Namun begitu… pemilihan produk mestilah betul dan berkualiti..  produk juga mestilah unik dan tidak dijual di mana-mana store seperti ebay atau wallmart..

Apa guna anda jual barang di shopify sekiranya barang tersebut sudah dijual di tempat lain malah lebih murah lagi?

Masalah yang akan anda hadapi lebih kurang sama seperti Ebay..

Produk lambat sampai, kualiti kurang , customer complain..

Akhirnya akaun pembayaran anda pula yang akan bermasalah..

Untuk bab costing pula..

Bukan sahaja yuran bulanan shopify kena bayar..

Pastinya anda memerlukan lagi plugin tambahan untuk menjadikan store shopify anda lebih menarik,

Ada juga plugin yang perlu dibayar setiap bulan..

Nak promosi kena keluar duit lagi..

Jadi sebelum nak buat duit dengan shopify atau ebay.

Anda mestilah bersedia untuk segala perkara diatas..

Terutama dari segi research, pemilihan produk , juga costing.

Jangan fikir cuma nak untung dalam USD sahaja.

Adsense & Instant Article (IA)

Program adsense sudah terkenal sejak dari dulu lagi kerana anda boleh jana wang USD tanpa perlu menjual atau berurusan dengan customer, cukup amount boleh withdraw terus masuk akaun bank…

Program adsense ini dianjurkan oleh Google, yang mana iklan google akan muncul di blog atau website anda. Setiap kali orang klik anda akan dibayar.  Bukan sahaja di Blog.. tetapi di video youtube anda ataupun app yang anda buat..

Begitu juga dengan instant article (IA) program yang lebih kurang sama tapi dianjurkan oleh Facebook.

Nampak macam senang kan?

Tapi hakikatnya..

Anda mestilah seorang content creator yang betul-betul serius..

Content creator ini perlukan minat dan kesabaran yang tinggi dalam menghasilkan content-content yang berkualiti.

Berapa ramai dari kalangan anda minat menulis? Minat menghasilkan video?

Ramai yang kecundang bila buat adsense sebab buat content untuk tujuan duit semata-mata, bukannya untuk sharing.

Dari content yang berkualiti lah baru anda dapat menarik pelawat yang berkualiti.

Content berkualiti kena buat, promosi juga kena buat.

Content bagus macam mana pun tapi orang tak nampak pun tak guna.

Di Malaysia ramai yang cuba bermacam kaedah untuk tarik trafik..

Ada yang pakai software, ada yang buat spamming, ada yang kongsi trafik ( kau klik iklan aku, nanti aku klik iklan kau balik)

Ini semua golongan-golongan yang pemalas… nak dapat duit mudah. Bila kantoi akaun mereka akan dibekukan.

Jadilah content creator macam youtubers yang terkenal seperti MKBHD, Casey Neistat, Mark Wiens, Unbox Therapy

Kalau di Malaysia kita ada.. Wanmnasran , BobYP, untuk niche motorbike ,

Vitdaily , Warung Hunter , Laparpo untuk niche makanan,

Banyak lagi niche-niche kat Malaysia ni yang masih kekurangan content creator..

Affiliate USD

Tahukah anda ada lagi satu lubuk USD yang lumayan dan mudah untuk dilakukan jika ada ilmu yang betul?

Dan kaedah ini juga yang paling saya suka sebab:

  • Tak perlu sibuk nak kena pos barang
  • Tak perlu berurusan dengan pelanggan
  • Tak perlu tulis artikel banyak-banyak untuk dapatkan trafik
  • Paling best komisen sangat lumayan walau untuk satu jualan

Program ini dinamakan sebagai Affiliate USD…

Anda hanya perlu daftar percuma untuk menjadi agen lalu promosikan produk yang anda telah pilih.

Antara Program affiliate USD yang terkenal ialah clickbank . Walaupun ada banyak lagi affiliate program di luar sana clickbank yang paling senang nak daftar dan  yang paling mudah untuk buat research produk.

Namun begitu buat duit usd dengan clickbank juga bukan semudah ABC, ada beberapa step yang kritikal dan flow marketing yang anda kena tahu.  Tapi apa yang boleh saya katakan,  Affiliate USD antara cara yang paling mudah untuk saya berbanding cara lain di atas.

Tambahan pula Clickbank ada menyediakan pembayaran setiap 1 hingga 2 minggu.

Pendapatan USD dengan clickbank setiap minggu

 

Namun begitu clickbank tidak lah semudah yang disangka..

Saya fikir nak sambung menaip lagi tapi post ni sudah agak panjang..

jadi  saya rekod sahaja video khas  pengenalan clickbank dan bagaimana anda boleh buat duit usd dengan clickbank ni..

Panjang video ini cuma 10 minit sahaja..

Video ini PERCUMA namun sekiranya anda ingin menonton sila tekan butan share dibawah untuk unlock supaya lebih ramai sedar bahawa buat duit usd bukan lah semudah yang disangka 🙂

 

 

 

Share This