Cara Betul BUAT DUIT Dengan WordPress?

wpduit

Ketika pos ini ditulis saya masih di kampung, dengan udara yang dingin dan ditemani dengan suara-suara burung yang berkicauan merdu membuat saya rasa nak menulis pula..

Dengan serta merta saya nak menulis pos berkaitan dengan wordpress. Yang pada saya masih tak ramai orang Malaysia gunakan untuk menjana pendapatan online..

Masih terlalu ramai yang bergantung sepenuhnya dengan facebook page dan facebook profile sahaja..

Seperti yang anda tahu dengan sistem wordpress ini anda boleh hasilkan: 

  1. Blog
  2. website
  3. minisite
  4. squeeze page
  5. kupon page & lain-lain..

Tapi macam mana nak buat duit?

Ni bukan sekadar buat duit.. tapi buat duit dengan tempoh yang lama, konsisten malah tidak bergantung sepenuhnya dengan platform lain seperti facebook.

Untuk hasilkan jualan yang berterusan pertama sekali yang anda perlu bina ialah TRUST .

Ya. kepercayaan,,

Bagaimana?

Dengan menggunakan kaedah content marketing.

Content marketing ni lebih berkesan jika anda menggunakan blog,

Dengan blog anda boleh memperkenalkan diri anda, produk anda dan lain-lain yang berkaitan dengan bisnes anda seperti kelebihan produk, testimoni produk, semua anda boleh masukkan di blog. Ini dapat memudahkan pelawat blog untuk tahu dengan lebih lanjut sebelum melakukan pembelian. 

Ditambah pula dengan perkongsian yang bermanfaat di blog anda. pasti si pembaca blog akan lebih mudah untuk percaya dan beli produk tersebut dari anda berbanding dia beli di tempat lain yang dia tidak kenal siapa penjualnya..

Pemasaran Email

Selain blog anda boleh menggunakan medium email marketing untuk buat content marketing, dan untuk melakukan email marketing anda juga perlu sebuah halaman khas untuk mengumpul database email, ini yang kita panggil squeeze page..

Seterusnya.. jika anda nak menjual pula anda perlukan halaman menjual seperti shopping cart (Jika banyak barang) atau ministe (jika jual satu barang)

Halaman yang saya sebutkan diatas anda boleh hasilkan dengan menggunakan sistem wordpress..

Strategi pemasaran berbayar yang lebih advance

Dengan menggunakan wordpress.. anda boleh menggunakan kaedah pemasaran yang lebih advance seperti retargeting & custom audience jika anda menggunakan facebook ads..

Dengan retargeting anda boleh mengiklankan produk anda pada mereka yang pernah lawati blog/website anda sahaja. Anda boleh iklankan pada mereka yang sudah membeli atau belum membeli di website anda.. anda boleh jadikan mereka audience khas (custum audience)

Selain itu anda juga boleh mengiklankan produk anda melalui platform adwords..

Bayangkan..

Orang buka facebook nampak produk anda..

Orang buka google pun nampak produk anda..

Hanya dengan menambah penggunaan sistem wordpress dalam pengiklanan anda!

Trafik percuma dari Google

Jika kandungan blog/website anda sentiasa dikemas kini dan banyak di kongsi di media sosial, google akan memberikan anda trafik percuma secara organik.

Jangan terkejut sekiranya suatu hari nanti anda akan menerima pelanggan yang berterusan hanya melalui organik trafik dari google!

Cukuplah setakat ini yang saya nak bebel mengenai sistem wordpress..

Ini saya tak sebut lagi mengenai pemasaran viral, content idea , dan lain-lain..

Percayalah.. dengan wordpress, semuanya akan menjadi lebih mudah malah boleh bertahan dalam tempoh yang lama.

Apa yang saya kongsikan disini hanya 3% sahaja. Kalau tulis semua memang tak muat la blog saya ni.

Untuk ilmu marketing yang lebih advance menggunakan wordpress saya akan kongsikan dengan lebih banyak lagi dalam pakej video wordpress saya

Saya akan kongsikan antara plugin wordpress  yang saya gunakan serta kaedah pemasaran yang berkesan menggunakan wordpress..  ya kaedah yang saya sudah gunakan lebih dari 5 tahun untuk menjana pendapatan online secara full time dan konsisten!

Klik gambar di bawah untuk maklumat lanjut..


Share This