Cara Buat Duit Dengan Affiliate Walaupun Anda Tak Femes Atau Bukan Otai

Entah kenapa petang ni saya tiba-tiba rajin pulak nak menulis.. ditemani kucing kat sebelah.  Mungkin sebab ada kawan nak belanja saya steak sempena besday saya agaknya..

Lagipun saya dah janji nak post artikel mengenai affilite di facebook saya minggu lepas.

Screen Shot 2016-06-24 at 4.17.05 PM

lebih 300 orang respon menambah semangat saya untuk menulis artikel ini…

Untuk pengetahuan anda saya dah terlibat dengan affiliate sejak tahun 2009 lagi.  Dan saya dah tahu segala sepak terajang dalam dunia pemasaran affiliate. Tak banyak beza pun dengan menjual produk sendiri sebenarnya. Disebabkan sudah bertahun lamanya saya promosi produk orang lain sebagai agen affiliate, saya pun buat keputusan untuk buat produk sendiri dan jual sendiri. Seperti ebook, video dan sebagainya.

Cara promosi untuk produk affiliate ini ada banyak. Namun cara yang paling berkesan ialah dengan membuat orang yakin terlebih dahulu sebelum mereka klik link affiliate kita lagi. Tidak kiralah anda promosi di youtube, facebook, email, forum dan sebagainya. Semua itu useless kalau anda tidak boleh buat orang percayakan anda.

Sebab tu jangan promot link affiliate, tapi promot lah value yang anda ingin jual kepada mereka.

Ya .. promosikan nilai produk tersebut… ingat! pembeli bukan beli sebab produk tapi beli sebab nilai yang ada pada produk berkenaan.

Screen Shot 2016-06-24 at 4.16.27 PM

Jadi apakah strategi paling berkesan untuk buat jualan dengan produk affiliate ni?

Terutama bagi anda yang orang tak berapa kenal atau tak femes?

yelah.. dalam Malaysia ni yang top-top affiliate mesti dah sifu, dah ramai orang kenal, ramai orang percaya, dia jual produk affiliate ke, produk sendiri ke, ramai lah orang beli.

Ok mari saya dedahkan..

Gunakan strategi “Testimoni Review”

Apa tuuu Zyan?

Pernah nampak testimoni produk tak?

Yes, itu yang anda perlu lakukan..

The power of recommendation..

Prospek mudah percaya dengan testimoni, Testimoni ini sangat memberi kesan terhadap bisnes seseorang. Malah ada bisnes owner yang sanggup buat testimoni palsu untuk melariskan produk mereka.  Jangan pula ditiru ye..

Jadi apakah pula testimoni review.

Anda berikan testimoni dan pada masa yang sama anda memberikan review terhadap produk tersebut. Jika boleh anda tambahkan pula bonus. Kalau  takde bonus pun takpe tapi pastikan testimoni & review anda berkualiti!

Itu sahaja?

Ya! Nampak macam mudah tapi tak ramai orang mampu buat.

Ok biar saya terangkan dengan lebih jelas.

Kita ambil 1 contoh produk saya yang anda boleh promosikan sebagai affiliate iaitu Panduan video wordpress.

Produk ini berharga RM70 buat masa ini dan komisen ialah RM35 untuk setiap jualan.

Jika anda mahu berikan testimoni dan review yang berkualiti anda mestilah seorang pembeli panduan berkenaan.

Namun jangan pula beli sebab semata-semata anda nak promosi sebagai affiliate dan beroleh komisen.

Beli sebab anda memang benar-benar mahu panduan tersebut, jika panduan itu ok dan anda puas hati berikan testimoni anda serta review yang jujur mengenai produk berkenaan.

Ye lah kalau anda tak beli macam mana anda nak bagi testimoni & review betul tak? Testimoni tanpa beli produk menipu lah namanya tu!

Ok ini pula strategi memberikan testimoni dan review.

Mulakan dengan pengenalan diri anda. PENTING!

Sekarang dah masuk 2016! Anda tak boleh harap prospek membeli dari anda tanpa kenal siapa anda. Just kenalkan diri. Tidak susah mana pun. Orang takkan datang rumah anda atau pukul anda kalau nampak anda di luar.

Selepas itu, dengan produk tersebut jawab soalan berikut:

  • Kenapa anda beli?
  • Apa yang anda dapat bila sudah beli?
  • Apa yang anda tidak puas hati?
  • Apa yang owner produk patut perbaiki lagi?
  • Apa yang kurang dengan produk tu?
  • Berbaloi tak beli produk tu?

Ok kita bagi contoh Encik Nazri ni.. dia dah beli produk saya Panduan video wordpress tu dengan harga RM70 , soalan-soalan diatas dia dah jawab dan hasilkan artikel khas dari jawapan yang dia dapat.

Dia buat satu artikel begini..

Sebastian Stan-TYG-034581Hai, nama saya Nazri, minggu lepas saya ada beli panduan video mengenai wordpress, Saya beli sebab saya berminat nak belajar wordpress, nak datang bengkel atau kelas agak mahal, nak belajar kat youtube pula kebanyakannya bahasa inggeris.

Kebetulan pula ternampak pakej video oleh tuan Azian usman. Dia ajar wordpress. Paling menarik saya hanya perlu bayar RM70 sahaja sekali bayar dan saya akan dapat update percuma untuk edisi seterusnya.

Ada lebih 14 video kesemuanya dan akan ditambah dari masa ke semasa.

Saya rasa dah tiba masanya untuk saya ada website sendiri. Daripada saya upah orang beribu untuk buat website, lebih baik saya buat sendiri dan custom sendiri. Nak handel marketing pun senang, nak buat offer baru ke kumpu database pun senang.

Tambahan pula facebook kini sudah perkenalkan fungsi retargeting untuk pengiklanan, kalau takde website macam mana nak buat kempen retargeting. Berita baiknya, Tuan Azian usman ada turut sediakan video mengenai retargeting ads dalam panduan wordpress beliau. Serius berbaloi dengan harga RM70 tu.

Capture

Namun ada sedikit kekurangan yang saya nampak dalam pakej  ini. Tuan zyan memang ada sediakan banyak video tutorial tapi dia tidak sediakan sumber dan tool yang perlu digunakan untuk pembangunan wordpress, Contohnya wordpress theme, kita kena cari sendiri, sebagai newbie kita tidak tahu nak pilih theme macam mana yang sesuai dengan niche kita.

Bagi tuan Zyan mencari theme ni mungkin kerja yang mudah sebab hanya perlu google dengan keyword yang betul untuk mendapatkan theme.  Kita yang masih baru pasti ada masalah. Oleh sebab itu saya telah sediakan koleksi theme yang anda boleh muat turun. bukan itu sahaja. Saya juga berikan senarai plugin yang wajib download kalau anda nak bisnes online anda lebih lancar menggunakan wordpress.

Itu pun jika anda berminat nak mendapatkan pakej video wordpress oleh tuan zyan ni melalui link saya.. KLIK DISINI. (masukkan link affiliate anda)

Selepas bayaran anda disahkan saya akan email koleksi theme dan plugin tu yer.

Bagi anda yang masih ragu-ragu, jangan risau sebab tuan zyan ada sediakan jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan panduan ini. Namun saya sendiri sebagai pembeli sangat berpuas hati  sebab  saya dah nampak semua kandungan dalam pakej tersebut. Kalau tak bagus saya tidak akan rekemenkan kepada anda.

============

Ok sekarang nampak tak?

Ini yang dinamakan testimoni review, Encik nazri dia bagi testimoni dan review mengenai produk panduan wordpress.

Contoh encik nazri ni saya tulis x sampai 10 minit jadi ada nampak macam kurang tersusun. Kalau anda tulis elok-elok pasti lebih menarik dan boleh membuatkan si pembaca lebih tertarik untuk membeli.

Anda tidak perlu ikut 100% macam yang Encik Nazri tu cakap, point kat sini ialah bagaimana anda boleh buat pembaca rasa lebih yakin untuk membeli panduan tersebut.

Bila anda dah ada artikel seperti encik nazri itu..

Boleh lah anda promosikan di wall facebook anda ke.. di blog anda .. facebook page dan sebagainya.. Asalkan ada orang yang boleh baca.

Kebanyakan orang banyak membazir trafik,  1000 orang yang nampak iklan tapi yang beli x sampai 10 orang pun.. 500 orang yang nampak iklan tapi satu jualan pun tiada. Ini disebabkan tiada elemen-elemen seperti yang ditunjukkan oleh En Nazri. Jika anda boleh buat orang yakin untuk membeli dari anda.  Tak mustahil dari 10 orang yang nampak iklan anda. 1 orang pasti beli. itu baru power 🙂

Bagaimana?

Anda belajar sesuatu dari artikel ini?

Sebenarnya apa yang saya kongsikan disini hanya 3% sahaja .. 

Jika anda mahu belajar lebih detail lagi dan lebih jelas step by step video dari asas sampai advance…  Anda boleh dapatkan Pakej tutorial terbaru dari saya iaitu RAHSIA INCOME AFFILIATE. 

BERITA BAIK!

Harga pakej ini sangat mahal iaitu RM67

Tapi jika anda dapatkan hari ini cuma RM47 sahaja

KLIK DISINI ATAU KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH


Share This