Cara Mudah Buat Video Untuk Bisnes Online Anda?

Tahun 2017 adalah tahun dimana video menjadi satu perkara yang saya boleh kata wajib untuk pemasaran online anda.

Jika anda ada tonton video mk2017 disini saya juga ada banyak bagi tahu mengenai strategi pemasaran yang menggunakan elemen video.

Namun antara masalah yang paling ramai orang hadapi ialah dari segi penghasilan video.

  1. Tak tahu nak buat video
  2. Tak cukup modal nak upah orang buat video
  3. Tiada idea nak video macam mana
  4. Tiada bahan nak buat video
  5. Tiada peralatan yang canggih untuk video
  6. Takde pelakon
  7. Takde kamera..

Ahhh..

Tahu tak semua tu cuma alasan sahaja…

Kalau anda nak tahu.. sebenarnya video lah elemen yang paling senang nak buat..

Ya.. lebih senang berbanding tulis artikel panjang-panjang macam ni kat blog..  Ekekeke…

Kenapa saya kata senang?

Suka hati saya lah.. sebab memang senang pun..

Pembuatan video ni ada banyak cara dan banyak kategori video yang anda boleh buat..

Kalau anda nak buat video macam filem transformer tu.. memang lah susah sebab makan bajet yang tinggi..

Tapi kalau anda sekadar buat video untuk tujuan bisnes apatah lagi untuk bisnes yang kecil macam kite-kite ni..

Video simple-simple udah lah..

Bro zyan cakap senang lah.. dah biasa… 

Hello…

Meh saya tunjuk antara video paling malas yang saya buat dan hasilkan pendapatan buat saya..

Cuba tengok video ni..  saya cuma rekod suara saya.. baca skrip.. gunakan gambar kat google. Tak sampai 5 minit siap..

Upload di youtube.. gunakan strategi video SEO untuk rank di google dengan keyword Punca sakit belakang. 

Boom..! Terima order untuk tempahan back support ni..  Ya.. ada orang beli walau pun guna gambar orang angkat moto. ha ha!

Apakah elemen yang paling penting dalam penghasilan video?

Adakah mesti ada kualiti HD? 4K?

Adakah perlu ada lighting yang bagus?

Adalah perlu audio yang sangat-sangat clear sampai bunyi nafas pun boleh dengar?

Tidak! Tidak!

Untuk video marketing perkara paling utama yang anda perlu fokuskan ialah OBJEKTIF anda!

Sama macam kempen pemasaran.. setiap kempen mesti ada objektif..

Jadi apakah objektif video anda tu?

Katalah untuk buat testimoni.

Rekod aje lah testimoni customer anda.

Boleh minta mereka rekod atau anda terus jumpe mereka.. tak payah skrip panjang-panjang.  kita bukannya nak buat drama 7 hari kau belum tentu mencintaiku..  😛

Tengok video testimoni untuk >>  pakej pemasaran email saya ni <<  jumpa sekejap kat restoran, sembang-sembang lepastu sebelum balik saya mintak testimoni.

Dan dia pun okay! Rekod 22 saat je dah siap! Saya pasti anda boleh buat video lagi baik daripada saya ni.. ni yang tahap paling malas nak buat video.. pun boleh jadi juga.

Selain testimoni apa lagi yang mudah nak rekod? 

  • Video Demo..
  • Video cara guna produk..
  • Video kesan menggunakan produk
  • Video event yang berlangsung
  • Video tutorial
  • Video Temu ramah

So dapat tak idea setakat ni.

Paling penting apakah objektif video anda tu..

Untuk engagement atau convertion?

Atau untuk tingkatkan lagi marketing sedia ada..

Semoga perkongsian ni sedikit sebanyak dapat bantu anda untuk mula buat video sekarang!

Maaf lah sebab artikel ni agak pendek dan agak garang apa yang saya tulis kat atas ni..

Bukannya apa.. saya tengah bad mood masa tengah tulis artikel ni..

Lepastu rambut pun saya tak potong lagi.. dah macam Anuar Zain saya tengok..

Terima Kasih sudi baca.

— Zyan


Share This