Category Archives: clickbank

Bonus Teknik Simple Clickbank Oleh Raja Kamil

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman,

Seperti tajuk yang tertera saya sediakan bonus khas kepada mereka yang sudi melakukan pembelian teknik simple clickbank oleh Raja kamil melalui link affiliate saya.

Bonus yang saya sediakan ialah senarai servis yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan tempat pertama di muka hadapan google hanya dengan video youtube.

Disebabkan produk Raja Kamil ini ada kaitan dengan video jadi saya merasakan bonus ini berbaloi untuk dimiliki.

Kenapa anda perlu memiliki bonus ini?

 

1) Anda tidak perlu memilih servis mana yang bagus kerana saya sudah pilihkan.

2) Anda tak perlu bazir banyak duit labur untuk servis-servis yang tak bagus di fiverr seperti mana yang telah saya lalui.

3) Anda juga tak perlu hasilkan video sebab ada servis yang saya gunakan x perlu buat apa-apa, semua dia boleh buatkan sendiri.

Kenapa pula anda perlu memiliki produk Teknik Simple Oleh Raja Kamil ini?

 

1) Teknik yang cukup simple untuk dilakukan dengan modal yang minimum

2) Tak perlu buat blog, artikel , video

3) Tak perlu susah-susah promosi

Semua yang baik jer Zyan cerita nampak sangat nak menjual kaut untung kan …

Sabar sabar.. memang la saya nak menjual boleh dapat duit tapi kalau saya tak promosi teknik simple clickbank ni pun saya tak rugi apa. Cuma nak bagi peluang pada mereka yang belum ada rezeki lagi dengan clickbank mana tahu kalau teknik simple clickbank ni berkesan. Sebab memang tak perlu buat kerja.

Namun risiko teknik ini cuma satu, kurang kukuh anda perlu bergantung dengan youtube sahaja untuk hasilkan jualan. Risiko seperti video di ban atau akaun kena delete adalah perkara biasa dalam video marketing. Lagu-lagu kat youtube yang x promosi apa-apa pun boleh kena delete apatah lagi kita yang terang-terang nak menjual di youtube :) Itu lah pentingnya melakukan percubaan beberapa kali.

Kalau anda seorang yang cepat putus asa misalnya baru upload video xde hasil atau video kene delete terus kecewa , jangan dapatkan produk ini. Bukan produk ini sahaja, apa sahaja produk yang ajar buat duit x perlu dapatkan sebabnya hasilnya kepada diri anda adalah sama berakhir dengan kekecewaan :)

Apa nak buat sekarang ni Zyan kalau saya berminat?

 

1) Beli melalui link saya disini : http://tekniksimpleclickbank.com/hop.php?ref=Zyan

2) Klik pada borang tempahan di forum tersebut, lakukan pembayaran dan teruskan isi maklumat pembayaran anda.

3) Hubungi saya melalui borang contact pada link dibawah ini

http://internetmudah.com/blog/hubungi-saya/

Koleksi Video Di Internet Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman.

Post kali ni saya hanya nak bagi tahu berkenaan beberapa video yang saya sudah hasilkan semenjak kebelakangan ini.

Antaranya ialah video demo software traffic travis & software keyword XP berdasarkan ramai permintaan yang nak saya buatkan video demo untuk kedua software ni berfungsi

DEMO SOFTWARE TRAFFIC TRAVIS

DEMO SOFTWARE KEYWORD XP

* Untuk Info lebih lanjut mengenai software ini dan cara pembayaran boleh layari post >> keyword xp mudah dan pantas!

Selain itu saya juga anda menyediakan video mengenai pemasaran facebook dan juga blogging dan masih dalam proses pembikinan. Oleh itu saya minta kerjasama daripada anda sekiranya nak saya masukkan apa-apa info lagi untuk video yang akan datang sila komen dibawah ok..

Untuk Mengases video yang saya nyatakan sila layari bahagian menu di ruangan atas blog ini :)  semoga bermanfaat.

Duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank

*  kalau tulisan di blog ni nampak kecil anda boleh zoom di komputer anda dengan hold butang Ctrl dan tekan butang +

  | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang cantik, segak lagi bergaya. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya yang cantik ini. Maaf lah kalau saya update blog ni jarang-jarang kadang sebulan tu  1- 2 kali jer . Sebab saya ni bukan blogger, saya hanya seorang yang suka buat duit dengan mempromosikan produk orang lain itulah yang dinamakan affiliate. Saya lebih kearah itu disamping itu saya juga ada melakukan jualan produk fizikal di facebook seperti rakan-rakan yang lain juga. Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan maklumat yang saya peroleh di facebook.

Ok cukup la sedikit pengenalan (saje letak pengenalan mana tahu ada pelawat blog yg masih baru dan tak mengenali saya.. hehe). Ok kita sambung berkenaan pos kita pada kali ini. Seperti tajuk yang saya letakkan.. duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank. Macam mana tu?

Disebabkan di facebook ramai yang komen nak tahu saya akan kongsikannya disini.

Kenapa dalam gambar tu saya nampak happy dan kata itu adalah 1st sale? sebab tu mmg 1st sale untuk produk baru yang saya pilih dan promosikan.

Tapi bagaimana Zyan duduk diam-diam pun boleh dapat komisen tu? Jawapannya.. Kita jadi BOS..  kita serahkan semua pada orang lain yang lebih pakar.

Dalam kes ini saya menggunakan wordpress + seo untuk menjana wang diatas. ( oh blog wordpress lagi , seo lagi.. takde benda lain ke Zyan? Susah la semua tu… >_< )

Relak relak.. sebab cara itu sahaja yang berkesan buat saya & kebanyakan mereka yang lain. Kalau anda beli apa-apa panduan buat duit dengan clickbank ke affiliate ke.. anda pusing-pusing pergi mana pun anda akan jumpa cara yang sama cuma cara yang diaplikasikan tu yang berlainan :)

Contohnya macam disini saya tak buat banyak kerja, outsource sahaja pada orang lain.  Sebelum ni saya buat sendiri sebab tak cukup modal.

Dan untuk outsos ni bukan sekadar bayar & lupakan. Bahaya tu.

Ini langkah-langkah yang saya lakukan:

1) Buat keyword research cari 4 – 5 keyword (pembeli ebook teknik cb boleh refer video yang saya buatkan)

2) Pilih sumber nak outsos di mana ( Saya pilih servis di warrior forum yang menyediakan servis guaranteed 1st page)

3) Dah pilih, terus bayar & buat persetujuan keyword apa yang nak rank di 1st page Google

4) Beli domain & install wordpress

5) Serahkan usernama & password wp admin wordpress pada mereka

6) Tunggu sahaja sementara mereka melakukan kesemuanya seperti , masukkan theme yang sesuai , tulis artikel yang mesra SEO, banner , on page & off page SEO  sampai lah berjaya rank di 1st page google untuk salah satu keyword yang kita pilih, (kalau anda tak faham apa yang saya tulis di no 6 ni pun takpe sebab semua mereka yang lakukan. Yang penting kita dapat berada di 1st page google. Itu sahaja )

hek eleh.. senang jer rupanya Zyan..

Senang? Nampak memang senang tapi risikonya macam mana? :)  dah bayar takde apa2 hasil kita juga yang rugi.. rugi dari segi modal & masa (saya lebih rela rugi wang dari rugi masa)

Jadi sebelum melakukan sebarang tindakan untuk outsos ni berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu diambil :

Langkah-langkah keselamatan

1) Pastikan servis tersebut mendapat feedback yang positif dari berpuluh-puluh atau beratus customers. jangan terpengaruh dengan komen sedikit yang positif sebab kemungkinan kalau feedback yang positif itu ada tetapi rendah mereka mungkin “dibayar” untuk mengaburi mata bakal pelanggan seperti kita ni

2) Ini PALING PENTING. ada  1st PAGE GUARANTEED kalau ada MONEY BACK guaranteed lagi bagus

3) Sebelum melakukan pembayaran cuba berhubung dengan mereka melalui email. Tanya apa-apa soalan yang meragukan anda. kalau mereka dapat jawab semuanya dengan bagus dan meyakinkan anda. Baru bayar.

4) Sebagai pelanggan kita juga perlu bertolak ansur. Bukan bayar hari ni minggu depan masih belum nampak di 1st page terus mintak refund. Saya sendiri mengambil masa lebih dari sebulan baru nampak di 1s page. Sebab SEO ni memamg memakan masa ( bergantung pada keyword yang kita pilih).  Mereka yang buat servis ni pun bukan urus kita punya sahaja. Banyak lagi customer mereka yang lain :)

Ok mungkin ada yang nak tahu servis apa yang saya langgan,  ini dia (saya memang tak suka berahsia melainkan info tu saya akan jual.. hehehe)

http://www.warriorforum.com/warrior-special-offers-forum/297112-penguin-proof-blog-creation-services-plus-search-engine-optimization-services-until-your-site-reaches-page-one.html

Sebenarnya ada banyak lagi servis seperti ini di warrior forum tu. Cuma saya pilih yang ini sebab ada banyak feedback yang positif. Servis yang baru-baru pun banyak juga feedback yang bagus-bagus.. yang lebih murah pun ada. Rajin-rajin lah belek ye :) . Kalau anda aktif di sana cuba-cuba lah langgan servis seperti ini daripada membeli panduan-panduan 9 dollar yang pusing-pusing benda sama jer.

Kemudian kalau dah masuk 1st page apa nak buat Zyan?

kekalkan kedudukan! & sentiasa mengawasi kedudukan blog kita tu di google.

Saya menggunakan software traffik travis  dalam melakukan pengawasan. Nampak macam leceh (kalau kita cek satu-satu kat google secara manual) kalau pakai software ni, kita on pc jer dia akan auto run dan akan paparkan semua data-data. kita tinggal tengok jer.

Kalau kita dapat kesan kedudukan dah terkeluar dari 1st page,  ambil tindakan dengan menambah backlink dengan outsos lagi.. boleh refer pada mereka lagi. atau anda boleh gunakan servis yang lebih murah seperti di fiverr. Tapi pastikan backlink adalah backlink yang selamat seperti dari artikel directories , edu site , web 2.0 ,  Bukan dari backlink yang kita sendiri tak tahu mana datangnya. Bahaya lagi2 dengan sistem google yang kini lebih “semarter” . kita perlu  ” play safe”

 

(contoh screenshot dalam traffic travis dalam kempen pemasaran saya yang lain, untuk projek ni saya tak masukkan dalam software lagi)

Dan akhir sekali jangan lupa sediakan modal yang secukupnya. Modal saya dalam kes ini ialah USD99 sahaja (RM300)  dapat 1st sale produk clickbank USD41 bersamaan RM123 lagi 2 sales dah balik modal dah.

Asyik CLICKBANK jer.. ? saya pilih clickbank sebab komisen yang lumayan & dah terbiasa dengan clickbank ni . ada banyak lagi network yang anda boleh pilih sebenarnya seperti  Amazon, markethealth , Commision Junction , kalau buat untuk ADSENSE pun boleh juga dan lain-lain network yang anda rasa sesuai. Cuma saya masih lagi setia dengan clickbank ni.  :)

Ada soalan, pandangan , kritikan? Sila nyatakan dibawah.

 *Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang anda lakukan dari hasil pembacaan di blog ini yang melibatkan sebarang kerugian, masalah dan sebagainya. Saya hanya berkongsi pengalaman. Segala tindakan anda adalah keputusan anda sendiri

Soal Jawab Clickbank part 2 ( VIDEO )

Assalamualaikum & salam sejahtera

 

Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan 4 tahun 2012. Pada tahun ini antara projek yang saya lakukan dan boleh dikatakan sangat mencabar adalah menjual produk fizikal melalui facebook. Lagipun jualan produk clickbank yang saya promosikan sudahpun autopilot nak lupakan terus pun tiada masalah sebab jualan tetap boleh maintain setiap 2 minggu tunggu payment dari clickbank jer jadi apa salahnya saya cuba sesuatu yang baru seperti menjual produk fizikal betul tak? saya ni budak baru belajar saya harap ada yang sudi berkongsi pengalaman atau tips dalam berniaga di facebook ni. Buat permulaan sekarang saya menjual produk mainan kanak-kanak :) (pasti ramai tanya ni)

Baiklah dalam post pada kali ni saya cuma nak tunjukkan video yang saya hasilkan percuma buat anda berkenaan soalan-soalan yang kerap saya terima melalui email.

Antaranya ialah:

1) cara menghasilkan link affiliate clickbank
2) cara sembunyikan link affiliate
3) Apa itu anchor text
4) WordPress atau blogpot
5) Berapa jumlah upload video ke youtube

(Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh pilih setting HD dan tukar kepada full screen mode)

 

video bonus: Demo software article rewriter yang saya gunakan

 

Video Soal jawab sebelum ini pun saya ada buat mengenai :

  • Apa itu clickbank
  • Cara pilih produk di clickbank
  • kenapa perlu buat keyword research
  • kenapa perlu landing page?

Anda boleh rujuk pada post blog saya disini kalau  anda terlepas pandang –>  http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Mungkin ada yang tertanya-tanya saya ni masih aktif dengan clickbank ke? masih buat duit dengan clickbank? Atau dah berhenti.. sebenarnya saya tak lah aktif sangat sekarang sebab nak juga fokus pada sumber kewangan yang lain cuma seperti pendapatan dari clickbank , adsense & beberapa affiliate network yang lain sudah pun autopilot.

Ni antara bayaran yang baru diterima dari clickbank

kalau nak lepas tangan pun boleh sebab pendapatan tetap mengalir walaupun tak banyak tapi saya rasa dah lebih dari cukup dan saya perlu tambahkan lagi sumber kewangan. Bukan nak bersifat tamak tapi sebagai langkah berjaga-jaga lagipun saya tak banyak pakai duit pun semua saya simpan buat kahwin   simpanan masa hadapan untuk tujuan yang lebih penting. Itu lebih bagus betul tak?

Sekian buat masa ni kalau ada persoalan/komen/kritikan sila gunakan ruangan komen di bawah ok :)

Cek Clickbank Terakhir Buat Saya :(

Genap 3 tahun sudah kini saya bersama clickbank menjana pendapatan melalui Internet.. sungguh tidak sangka apabila tahun ini 2012 merupakan tahun terakhir saya menerima cek dari syarikat berkenaan.

Ini cek terakhir yang saya terima dari clickbank lepas ni tiada lagi cek.. tiada lagi waktu dimana setiap hari khamis saya akan semak di peti surat..  setiap hujung bulan tiada lagi penantian menunggu cek clickbank saya cair.. kenangan yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila..

ini kerana…….

Clickbank telah menyediakan sistem pembayaran menggunakan wire transfer :D  Ini bermakna komisen akan dimasukkan terus ke akaun bank kurang dari tempoh 24 JAM!  Berita baik buat semua rakyat malaysia!  Tapi ada syaratnya.. Anda mestilah menerima cek paling kurang 2 kali kemudian barulah boleh memohon untuk menggunakan wire transfer..   dan minimum payout mestilah USD500 dan mereka juga akan kenakan caj sebanyak USD35 bagi setiap transaksi.

*kalau anda nak maklumat yang lebih tepat, sila hubungi bahagian support clickbank :) Mungkin peraturan sudah berubah.

ini dia bukti wire transfer yang saya terima dari clickbank dan paling best kurang dari 24 jam dah masuk akaun!  Rugi kalau anda tak berusaha untuk  jana pendapatan melalui clickbank ni. Clickbank ialah  duit poket sampingan saya yang paling lumayan…

Bagi anda newbie yang masih tak tahu asas bagaimana jana wang melalui clickbank rujuk video di post saya disini > http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Selain itu ada beberapa posting blog saya yang menarik
dan mendapat perhatian pembaca antaranya ialah:

1) kajian kes sniper site yang mendatangkan sehingga 1000 pelawat sehari buat saya.

- http://internetmudah.com/blog/sniper-site-di-muka-pertama-google-kaji-selidik/

2) Sumber trafik yang terbaik sepanjang 2011 yang menghasilkan pendapatan paling banyak..

- http://internetmudah.com/blog/kaji-selidik-sumber-trafik-terbaik-sepanjang-2011/