Category Archives: ebay

USD makin turun… Ekonomi Dunia Merosot.. Takut lah nak masuk pasaran International?

 

Sejak kebelakangan ni saya kerap dapat email bertanyakan mengenai ekonomi dunia yang semakin merosot dan bimbang hasil usaha untuk jana wang USD sangat tipis, berita ni sebenarnya saya dah dengar lama dah. Sejak 3 – 4 tahun yang lepas masa saya sekolah menengah lagi. Malah semasa saya baru nak ceburi bidang perniagaan online , nak mulakan clickbank pun dah dengar mengenai kemerosotan ekonomi.  Tapi pada masa tu saya tak fikir pun semua tu sebab saya tengok orang lain ok jer buat duit jadi saya teruskan juga belajar tanpa fikir mengenai masalah ekonomi yang melanda dunia.

Hakikatnya selagi wujudnya manusia selagi itulah akan wujudnya urusan jual beli. Ini pendapat saya yang seorang bukan pakar ekonomi. Saya hanya peniaga biasa dan orang biasa dan hanya mahu mencari rezeki dengan cara berniaga sama juga seperti peniaga peniaga yang lain. Kenapa perlu saya fikirkan soal ekonomi dunia? Sekiranya anda terlibat dengan perniagaan online anda sebenarnya tak perlu risau disebabkan sistem perhubungan yang terlalu luas, satu dunia boleh beli produk anda , satu dunia boleh akses website anda, satu dunia boleh beli produk yang anda promosikan. Cuma anda perlu melakukannya dengan cara yang BETUL sahaja terutama pada bahagian pemasaran.

Ini contoh pendapatan saya pada minggu pertama Januari tahun ini 2012 dari clickbank sahaja.  Dengan menggunakan teknik promosi clickbank dengan betul  saya berjaya memperoleh USD500 (RM1500) untuk minggu pertama ni sahaja. Malah saya dah lama tak buat promosi. Pelanggan yang melakukan pembelian mungkin datang dari video yang saya hantar ke youtube  setahun yang lepas atau artikel yang saya hantar ke artikel direktori pada bulan lepas.  Kedai saya (landing page menggunakan blog) beroperasi 24 jam tanpa henti.  Ada yang saya bayar sewa USD9.90 sebulan (pakai hosting hostgator) ada juga yang saya tak bayar bulanan langsung (pakai blogspot).

Ini pun saya buat secara part time.. Bukannya full time, kalau full time pasti dapat lebih banyak lagi.. Bukan clickbank sahaja kalau anda tanya mereka yang lain yang jana income USD juga seperti  menjual di ebay, promosi produk amazon, pun lumayan juga. Lebih-lebih lagi yang buat full time. Jadi tak perlu lah anda berasa risau atau takut sekiranya mendengar berita-berita mengenai kemerosotan ekonomi. Mungkin berita itu betul tapi sebagai peniaga kita teruskan sahaja berniaga seperti biasa dan sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah rezeki pasti akan terus mencurah-curah. Yang penting semangat dan usaha mesti kuat!  Itu sahaja dari saya.

====================================

Masih mencari-cari cara menjana pendapatan dengan USD secara part time tetapi hasil lumayan? Dapatkan E-buku saya (teknik clickbank)

Dapatkannya di www.teknikclickbank.com

 

 

Cara mencari permintaan tinggi di pasaran antarabangsa! produk fizikal

Sekiranya anda ingin menjana pendapatan di arena antarabangsa secara online, anda mestilah mengetahui apa yang mereka mahukan, apa yang telah mereka beli secara online, apa yang menjadi kegilaan mereka sehingga sanggup mengeluarkan wang!

Caranya adalah dengan mengkaji di website-website popular yang menjalankan urusan jual beli (e-commerce website) .

Antaranya ialah:

Amazon.com

Bila sebut sahaja Amazon ramai yang ingat amazon ni hanya menjual buku-buku fizikal tapi sebenarnya amazon banyak menjual produk-produk lain seperti barangan elektrik, dvd & lain-lain lagi.. jadi bagaimana untuk mencari permintaan tinggi? caranya adalah dengan melihat pada best seller disini http://www.amazon.com/gp/bestsellers

Ebay.com

Halaman ebay pula menyediakan http://pulse.ebay.com/ yang mana anda boleh mengetahui barangan apa yang paling laris untuk di jual di ebay. sekiranya anda berminat untuk berniaga di ebay, ebay pulse  adalah rujukan yang paling sesuai.

Onsale.com

Onsale pun lebih kurang sama dengan ebay, anda boleh melihat di    http://www.onsale.com/n/Top-100-Searches/msc-146 anda boleh nampak top 100 barangan apa yang mereka cari & sudah tentunya ingin membeli ;)

senarai di atas adalah untuk barangan-barangan fizikal jadi sekiranya anda ingin mempromosikan produk fizikal seperti amazon affiliate. Kajian di atas sudah tentunya sangat membantu :

Macam mana nak buat? pilih satu barangan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Lakukan kajian kata kunci seperti yang saya tunjukkan pada post saya yang sebelum ini ;) nama produk adalah lebih baik!

Buat masa ni saya masih lagi enjoy dengan mempromosikan produk digital  manakala  produk fizikal mungkin akan dilakukan pada tahun hadapan lagipun sekarang dah hujung tahun… lebih molek sekiranya pergi bercuti & rehatkan minda..

Ok selamat hari raya Aidiladha & Selamat bercuti :)