Category Archives: my story

BERHENTI KERJA & Buat Full Time Bisnes Online?

Malam tadi di facebook saya ada update status.. saja bertanya berapa ramai yang bercadang untuk berhenti kerja pada tahun hadapan (2014). Tak  sangka ramai juga yang memang plan nak berhenti kerja rupanya..  Isu ini bukan lah isu baru cuma sekarang saya sengaja bangkitkan sebab berkait rapat dengan Azam tahun baru.. Antara azam tahun baru bagi yang ada part time bisnes mesti nak berhenti kerja atas sebab2 tersendiri. :)

Sebenarnya banyak persediaan yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin berhenti kerja. Terus terang saya bukanlah orang yang layak untuk memberi anda nasihat yang bernas sebab lain orang lain bisnesnya, Kalau anda buat bisnes offline seperti buat design & printing, saya memang tidak tahu selok belok perniagaan tersebut. Namun dalam blog post ini saya nak kongsikan bagaimana nak jadi full time jika berniaga secara online.  Sekiranya ada point-point yang anda boleh aplikasikannya dalam bisnes offline itu terserah anda ok.

Artikel ini mungkin akan membuat anda terus berhenti kerja sekarang atau anda mungkin terpaksa tangguhkan niat untuk berhenti kerja tu.. keh keh keh.. :)

Untuk pengetahuan anda saya berhenti kerja pada Februari 2012 di sebuah syarikat swasta. selepas hampir 4 tahun bekerja makan gaji selepas tamat SPM, akhirnya saya memutuskan untuk berhenti dan cari duit di internet sepenuh masa.  Banyak sebab yang mendorong untuk saya berhenti kerja,  seperti masa yg terhad, susah nak mintak cuti, masa rehat tak cukup, terkejar sana terkejar sini, gaji x cukup, asyik nak kena ikut cakap orang & sebagainya… sebab-sebab ini normal bagi kebanyakan mereka yang bekerja di pejabat betul tak?

bji03780082

Sebenarnya saya takde masalah pun dengan situasi diatas, Namun ada sebab lain lagi yang membuatkan saya mahu berhenti,  antaranya ialah:

1) Setiap hari buat benda yang sama, perkara ini membuatkan saya jadi MALAS nak buat, Bila kita malas, kerja jadi tak ikhlas, buat pun macam tak nak buat, adakah kerja yang kita lakukan tu berkat disisi Allah kelak?

2) Dikelilingi oleh kawan-kawan yang ada mentaliti makan gaji sahaja. Takde pun yang berminat untuk buat perniagaan, bagi mereka berniaga ini adalah sesuatu yang sangat susah & merugikan duit sahaja, Saya bukanlah tidak mahu berkawan dgn mereka cuma kalau boleh saya tak nak bergaul setiap hari dengan mereka kalau x nanti gaya pemikiran saya akan jadi seperti mereka juga. (namun kini walaupun sudah berhenti saya masih lagi berhubung dengan mereka melalui facebook & kadang2 berjumpa di luar. xdelah sampai putus kawan)

3) Saya mahu lebih cabaran, kalau saya terus berada di zon yang sama, saya akan jadi macam kawan-kawan pejabat yang lain sampai ke tua, ada seorang akak ni dah kerja sampai 7 tahun tapi gaji tak naik-naik namun tetap bekerja sebab nak tanggung keluarga. Bila perbelanjaan mula meningkat dia terpaksa berhenti dan cari kerja lain, Saya x nak jadi macam tu..

Tapi saya bukanlah buat keputusan berhenti kerja secara terburu-buru..  dari hujung tahun 2011 lagi saya dah plan nak berhenti, lalu pada bulan Februari 2012 barulah saya buat keputusan muktamad untuk terus berhenti.

BAGI ANDA YANG MASIH BEKERJA TETAPI ADA PERANCANGAN UNTUK BERHENTI SILA  AMBIL PERHATIAN:

1) KIRA PERBELANJAAN BULANAN ANDA -  kira semula berapa wang yang anda mesti keluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan asas & sebagainya,  hutang/sewa rumah, kereta, barang dapur, bil letrik, internet, astro, bil air & semuanya! lepas anda kira semuanya, adakah jumlahnya lebih dari pendapatan bisnes anda? kalau ya teruskan bacaan.

2) PENDAPATAN BISNES LEBIH DARI GAJI – Adakah pendapatan anda sekarang melebihi gaji anda? Kalau lebih dari 3 kali ganda setiap bulan kenapa anda masih terus bekerja? Tapi kalau kurang dari gaji.. anda mungkin kena tangguhkan dahulu niat anda. tapi kalau gaji anda dah memang 5 angka sebulan , untung bisnes pun 5 angka yang itu takde masalah untuk berhenti. (klik read more untuk baca lagi seterusnya)

Continue reading

Apa itu pemasaran video G?

Salam hormat & salam sejahtera

setelah sebulan dilancarkan pada bulan lepas akhirnya kini jualan melebihi 100 unit. Yang rata2 pembeli telah memilih untuk membeli pakej oto yang kini berharga RM180.

Namun bagi anda yang masih belum memiliki pakej ini mungkin masih tertanya-tanya apakah yang terkandung dalam pakej ini? kenapa mahal sangat? berbaloi ke tak? dulu dah beli teknik clickbank berbaloi ke beli pakej yang ini pula? ke zyan saje nak cari duit sb nak beli baju raya tahun ini? kenapa itu kenapa ini berbaloi ke ? he he he!

Baiklah dalam post ini saya akan terangkan apa itu pemasaran video G. (G bermaksud Google)

Konsepnya simple. Buat video upload ke youtube kemudian rank video tersebut di 1st page google dengan keyword-keyword (kata kunci) yang telah kita pilih. Kalau anda dah tahu cara ini & dah buat riban-riban atau ratus-ratus sehari sila jangan beli. Thats it!

(sebenarnya penerangan saya dah terangkan di website jualan pemasaranvideo.com tapi takpe saya terangkan lagi kat sini)

ok untuk langkah pertama : saya tunjukkan macam mana nak pilih produk di clickbank , hakikatnya anda boleh pilih apa sahaja produk selain clickbank seperti amazon , markethealth , peerfly , neverblue & banyak lagi.. kalau anda nak promosikan produk di pasaran tempatan pun takde masalah. Ataupun kalau anda dah sedia ada video di youtube lagi la senang anda hanya tinggal nak rankkan sahaja video tersebut di gooogle. Dalam langkah pertama clickbank ni sebagai rujukan sahaja sb mmg saya guna produk clickbank untuk tujuan ekperimen pakej ini

Kemudian saya tunjukkan pula bagaimana nak dapatkan keyword (kata kunci) yang boleh digunakan untuk pemasaran video G anda ini. Untuk teknik ni saya tunjukkan dgn cara yang lebih santai berbanding dalam pakej teknik clickbank yang agak kelam kabut sedikit sb terlalu banyak karakteristik yang perlu di ambil berat. Dalam pakej ini lebih santai.

langkah ke 3 saya tunjukkan pula bagaimana nak hasilkan video – sama ada buat sendiri (saya tunjukkan demo macam mana nak buat) atau upah orang lain.

langkah yang seterusnya ke 4 ialah bagaimana upload & optimasi. Ini adalah langkah yang paling penting disebabkan ramai orang terlepas pandang. dan langkah terakhir bagaimana nak lakukan promosi . Saya tunjukkan prosesnya dengan betul malah step by step saya tunjukkan setelah sekian lama bereksperimentasi.. :D

ramai tertanya-tanya berbaloi atau tidak dapatkan pakej ini. Bukannya murah RM100 pulak tu untuk 6 video tutorial sahaja. Untuk pengetahuan anda 6 video yang di hasilkan bukan setakat berhenti di situ sahaja. pada masa hadapan mungkin lagi 3 bulan , 4 bulan , 6 bulan pasti akan ada perubahan yang berlaku sama ada di youtube mahupun google. dan jika ada sebarang perubahan saya orang yang bertanggungjawab mencari penyelesaian lalu hasilkan video baru (update) untuk diserahkan kepada anda. Malah kalau anda cara baru yang mungkin boleh percepatkan lagi proses saya juga akan berikan kepada anda. Itulah yang dinamakan video update. selain itu anda juga akan terima support dari saya.. kalau tak faham boleh tanya saya bila2..

support

contoh support

Jadi adakah RM100 masih agak mahal bagi anda?

Selain itu saya juga ingin menapis golongan pembeli yang benar-benar serius sahaja. Tapi RM100 ni pun macam x berapa serius. Mungkin lepas ni naik terus RM197.

Kalau anda masih berminat untuk mendapatkan pakej ini beserta bonus-bonus yang ditawarkan oleh ejen affiliate pake ini boleh layari link berikut sementara harga masih kekal RM100: http://internetmudah.com/blog/bonus-pemasaran-video/

Eleh zyan nak cari duit lebih la tu nak beli baju raya..

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati sekalian, percayalah kalau takde 3 website ini,

http://internetmudah.com , http://teknikclickbank.com , http://pemasaranvideo.com

Saya masih boleh beli baju raya :D gambar menunjukkan jumlah “pengeluaran” sepanjang bulan Jun yang lepas sahaja sudah melebihi hasil jualan produk informasi saya kerana saya ada sumber income lain yang lebih ” Umph” … pengeluaran ini termasuk kos iklan ,kos produk serta kos komisen yang perlu dibayar untuk memastikan bisnes berjalan lancar.. jadi agak2 berapa wang yang masuk? hehehe! xde lah banyak.. tapi Alhamdulillah sangat-sangat bagi orang macam saya yang x banyak hutang , belum berkahwin , & 90% masa hanya berada di rumah.. selebihnya saya attend seminar..

1071626_680671945283397_743238431_o

saya boleh berhenti menjual atau berkongsi ilmu pada bila-bila masa sahaja kalau saya nak. Tapi apakan daya… mentor saya pesan kita kena banyak berkongsi ilmu sebab itu lah saya hasilkan blog ini. Saya juga pernah berada dalam situasi (tidak berduit ) & saya tahu bagaimanakah perasaannya ketika itu.. semua benda nak buat sangat-sangat terhad.. Nak pilih makanan pun cari menu yang murah2 , nak pergi jalan-jalan pun fikir 10 kali.. nak keluar pun kena belek dompet ada berapa yang tinggal, keyakinan diri pun sangat-sangat low, kalau ada lebih RM10 baru hati rasa ok sikit.. sekarang ni dah lain… 360 darjah berubah.. anda boleh rasa tak perasaan tersebut?
Jadi sebab itu lah saya berkongsi ilmu.. saya mahu ubah kehidupan orang lain yang mungkin masih dalam keadaan seperti saya sebelum ini atau mungkin lebih teruk lagi.

itu adalah tanggungjawab saya.. sebab itu lah saya jual ebook atau video. Bila kita jual akan ada ejen yang sudi promosikan maka lebih tersebarlah ilmu tersebut berbanding kalau saya berkongsi di blog seperti ini sahaja, hanya pembaca blog sahaja yang boleh dapat ilmu yang saya share secara percuma. Selain itu ilmu yang dibayar juga akan menunjukkan seseorang itu serius untuk belajar kalau percuma kebanyakan orang “tidak menghargai” ilmu tersebut.

Akhir sekali.. selamat berpuasa..  berhati-hati di bazar ramadhan.. kawal perbelanjaan , kawal mata :D

Semua benda nak buat… Tolong Saya!

Semua benda saya nak buat.. macam-macam ebook saya beli.. seminar & workshop pun semua saya pergi, duit gaji beribu habis.. duit simpanan pun saya dah guna! Tolong!

itulah sebenarnya yang terjadi pada kebanyakan orang yang ingin mencari sumber pendapatan tambahan terutama melalui internet. Percayalah saya sendiri juga sudah lalui semua situasi ini. Anda mungkin juga mengalaminya sekarang! & tiada sesiapa dapat menolong anda kecuali diri sendiri kerana ini melibatkan sikap.

Kalau buat semua, jadi semua bagus! Tahniah!

Tapi kalau sebaliknya? Duit dah habis beli macam-macam panduan tapi sebarang hasil tak nampak.
Apakah penyelesaiannya?

1) Rujuk balik apa tujuan anda nak cari duit tambahan, apa matlamat anda?

- Anda kena tahu apa nak buat dengan duit tu nanti bila dah dapat? Kalau tujuan pun tiada lebih baik tak payah cari duit. Ada orang yang beria-ria nak cari duit tambahan tapi dia sendiri pun tak pasti apa nak buat dengan duit tu. Bila dah ada tujuan kita pasti akan berusaha bersungguh-sungguh.

Contohnya anda nak kahwin.. anda perlukan RM20ribu sebelum hujung tahun ni. Pastinya anda akan berusaha bersungguh-sungguh tak nak pasangan anda kena kebas orang lain!

2) Siapa yang perlu diberi atau dibantu?

-Anda kena tahu siapa yang memerlukan bantuan daripada anda? Orang yang anda sayang? keluarga? Adakah duit tu nanti untuk anda seorang sahaja?

Sebaiknya biarlah rezeki yang diperoleh itu dapat dikongsi dengan orang lain. Sekali sekala belikan rantai atau gelang emas untuk emak.. Belikan TV LED untuk ayah.. Derma pada anak Yatim.. Belanja kawan-kawan makan!

Percayalah anda ada RM10Juta tapi naik private jet sorang-sorang travel keliling dunia, memang x berbaloi.. Baik ajak saya sekali…

3) Beli panduan atau datang workshop/seminar yang perlu SAHAJA!

- Tak salah nak beli banyak panduan atau datang banyak2 seminar. Tapi anda kena tahu yang mana untuk anda! Kalau nak beli pun belilah dengan “guru sebenar” bukan “yang pandai berlakon hebat” Macam mana nak kenal pasti? Tanya kawan-kawan, atau sesiapa sahaja yang mungkin mengenali beliau. Paling bagus tanya pembeli beliau sendiri.

- Jangan “TERSILAP BELI” anda beli ilmu ke beli harapan? Ini ramai yang terkena.. Beli tanpa selidik terlebih dahulu.. Nampak testimoni orang buat duit terus beli.. nampak screenshot pendapatan terus sahaja beli. Akhirnya informasi overload. Anda kena faham. Tugas penjual ialah menjual & mereka akan lakukan apa sahaja supaya anda melakukan pembelian (Ye termasuk saya yang menjual produk informasi) .

4) FOKUS & TINDAKAN DENGAN KONSISTEN!

- Beli tapi simpan dalam komputer… Datang seminar or workshop catat macam-macam tapi dirumah tak pernah bukak pun nota yang dah catat.. Ada yang terasa? Kalau anda berterusan macam ni anda takkan berjaya sampai bila-bila..

- Saya sendiri dah belajar macam-macam? Nak tengok proses saya? Mari ikuti cerita dibawah:

Saya bermula dengan affiliate marketing iaitu mempromosikan produk orang lain. Apabila pendapatan sudah mula bertambah saya gunakan wang yang ada untuk mengupah orang lain melakukan kerja-kerja affiliate marketing. Saya dah boleh relak & semak komisen sahaja…

Kemudian saya jual ebook, mula-mula memang mencabar dari segi penghasilkan tetapi bila dah siap, Jualan ebook hampir 100% dipromosikan oleh ejen affiliate sahaja. Jadi saya boleh relak & semak email tempahan sahaja…

Kemudian saya jual pula barang-barang fizikal melalui facebook, Saya buat page , saya buat iklan & sebagainya.. X lama kemudian saya ambil staff handel page manakala sms pula saya gunakan fungsi autoreply.. Akhirnya saya boleh relak & hanya cek tempahan & run/pause iklan sahaja…

Ini baru sikit saya cerita.. belum masuk lagi pelaburan & sebagainya.. Tapi anda nampak tak prosesnya dimana pada bahagian.. Akhirnya saya boleh relak.. Antara tujuan saya buat duit ialah nak ada lebih banyak masa lapang & buat perkara yang saya suka.. Yes! Saya dah dapat!

Saya melakukan semuanya secara berperingkat, bukannya buat semua sekaligus, Saya memang ada banyak beli panduan & datang banyak seminar sebab saya tak nak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan terutama bahagian pemasaran online,  tapi bila dah belajar saya melakukannya satu demi satu (TINDAKAN) secara berperingkat dan KONSISTEN!

Namun sebenarnya anda tak perlu buat semua perkara pun.  Buat yang mana anda rasa perlu & menggembirakan anda sahaja! Macam  saya Income dari pelbagai sumber pendapatan walaupun tak banyak & ada banyak masa terluang itu dah cukup buat saya gembira. Tak perlu rasanya saya nak kena berusaha sungguh-sungguh bina empayar perniagaan bernilai berbillion-billion & perlu korbankan lebih banyak masa serta lebih banyak wang.. Melainkan kalau memang itu impian saya..

Cukuplah hari-hari boleh tengok mak saya sediakan makanan kalau sebelum ni masa bekerja makan bersama keluarga pun x sempat. Apatah lagi kalau dah kawin nanti, hari-hari boleh jaga anak tengok dia membesar tak perlu cari baby sister.. opps…

youdontneed

Cek Clickbank Terakhir Buat Saya :(

Genap 3 tahun sudah kini saya bersama clickbank menjana pendapatan melalui Internet.. sungguh tidak sangka apabila tahun ini 2012 merupakan tahun terakhir saya menerima cek dari syarikat berkenaan.

Ini cek terakhir yang saya terima dari clickbank lepas ni tiada lagi cek.. tiada lagi waktu dimana setiap hari khamis saya akan semak di peti surat..  setiap hujung bulan tiada lagi penantian menunggu cek clickbank saya cair.. kenangan yang tak mungkin saya lupakan sampai bila-bila..

ini kerana…….

Clickbank telah menyediakan sistem pembayaran menggunakan wire transfer :D  Ini bermakna komisen akan dimasukkan terus ke akaun bank kurang dari tempoh 24 JAM!  Berita baik buat semua rakyat malaysia!  Tapi ada syaratnya.. Anda mestilah menerima cek paling kurang 2 kali kemudian barulah boleh memohon untuk menggunakan wire transfer..   dan minimum payout mestilah USD500 dan mereka juga akan kenakan caj sebanyak USD35 bagi setiap transaksi.

*kalau anda nak maklumat yang lebih tepat, sila hubungi bahagian support clickbank :) Mungkin peraturan sudah berubah.

ini dia bukti wire transfer yang saya terima dari clickbank dan paling best kurang dari 24 jam dah masuk akaun!  Rugi kalau anda tak berusaha untuk  jana pendapatan melalui clickbank ni. Clickbank ialah  duit poket sampingan saya yang paling lumayan…

Bagi anda newbie yang masih tak tahu asas bagaimana jana wang melalui clickbank rujuk video di post saya disini > http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Selain itu ada beberapa posting blog saya yang menarik
dan mendapat perhatian pembaca antaranya ialah:

1) kajian kes sniper site yang mendatangkan sehingga 1000 pelawat sehari buat saya.

- http://internetmudah.com/blog/sniper-site-di-muka-pertama-google-kaji-selidik/

2) Sumber trafik yang terbaik sepanjang 2011 yang menghasilkan pendapatan paling banyak..

- http://internetmudah.com/blog/kaji-selidik-sumber-trafik-terbaik-sepanjang-2011/

 

 

 

Tak Dapat Hasil Dari Internet.. Oh Sedihnye~

Post kali ni tiada kaitan dengan cara nak buat duit.. jana trafik… clickbank..seo atau sebagainya tapi lebih kepada nasihat :D

Banyak juga email yang saya terima mengeluh sebab tak dapat duit dari internet. Dah beli bermacam panduan buat duit.. pergi seminar.. personal coaching.. workshop..  pun masih tak dapat satu sen dari internet.

Sebenarnya bukan anda tak dapat tapi belum dapat..

“bukannya anda gagal tapi belum berjaya”

Jangan bersedih dan jangan putus asa.. anggap semua yang telah anda lalui sebagai pengalaman dan pengajaran buat anda. Saya sendiri pun banyak melalui dugaan dan cabaran, teringat pula masa saya di tingkatan 4 pada masa tu saya memang tak tahu apa-apa saya ulang alik ke cyber cafe menggunakan duit belanja sekolah.. pada masa tu sy diberi RM3 sehari.. saya guna RM1.50 untuk makan dan selebihnya untuk ke cyber cafe sejam mereka caj RM1.50 pada masa tu..

Dah la study pun tak masuk otak.. asyik fikir duit jer dalam kepala sebab keluarga saya bukannya orang senang.. saya kena cari jalan untuk dapatkan duit yang banyak dan bantu mereka secepat mungkin.. lagipun saya satu-satunya lelaki dalam kalangan adik beradik.

Tapi tahukah anda saya mendapat USD saya yang pertama di internet 6 bulan selepas saya tamat SPM. Bayangkan berapa banyak masa yang perlu saya lalui.. Boleh kata hampir 3 tahun juga.. itu pun belum konsisten.. pada tahun 2010 barulah saya mula mendapat rentak dalam melakukan aktiviti buat duit di internet ni dan mula hasilkan produk sendiri hasil dari pengalaman pada 2011 dan kini saya semakin dikenali sehingga mengalahkan Aaron Aziz..

Kenapa saya melalui masa yang sangat lama? Sudah tentu anda tak mahu jadi seperti saya betul tak? Bagaimana nak dapatkan hasil secepat yang mungkin? Jawapannya sudah tentulah anda kena take action dan fokus pada apa yang anda buat.. itu sahaja.

Cakap memang senang tapi tak ramai yang boleh melakukannya… sama juga seperti menyimpan wang sikit-sikit lama-lama jadi bukit tapi tak ramai juga yang boleh menyimpan wang dengan konsisten..

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi Fokus dan konsisten seterusnya mencapai apa yang anda inginkan?

  • Betulkan MINDSET Anda! - Anda MESTI YAKIN yang anda boleh buat. Jangan fikirkan kegagalan selagi anda belum bermula.
  • Perancangan Yang Teliti! – Rancang jalan kerja anda dengan baik. Kalau tak rancang macam mana nak jalan? betul tak?
  • Lakukannya Dengan SEGERA! –  Anda dah ada ilmu? Dah ada perancangan? Lakukannya dengan segera!
  • Selesaikan Masalah segera! – Memang tak dinafikan masalah pasti akan timbul dikala sedang melalui perjalanan.. jadi selesaikannya segera! Anda tak tahu? sila tanya dan dapatkan jawapan! Anda tak pandai? belajar sendiri sampai pandai atau Upah orang lain buatkan! Takde modal? kumpul modal..
  • Jangan PUTUS ASA! – Jangan lah sesekali putus asa.. Ingat kembali apa tujuan anda buat semua ini.. untuk keluarga anda? untuk orang sekeliling anda? apa kesannya nanti kalau anda berjaya? kalau anda putus asa? Apa akan jadi? fikirkan…. :)

Dengan mengikuti tips diatas anda sebenarnya sudah mampu melakukan semua kerja dengan konsisten!

Kalau dia (otai..guru..sifu) boleh buat kenapa tidak anda? Kalau saya pun boleh buat kenapa anda tak boleh? kita semua sama sahaja…