Category Archives: paypal

Buat Duit Cepat Dengan Perniagaan Internet!

Adakah anda mencari-cari cara untuk menjana pendapatan melalui internet dengan cepat & pantas? Perkara ini sebenarnya tidak mustahil. Ada beberapa teknik yang anda boleh gunakan dalam perniagaan internet ini untuk menjana income yang cepat paling kurang pun dalam masa 24 JAM!

Tapi bagaimana? Biar saya dedahkan satu persatu. Antaranya ialah anda buat SERVIS!

Dengan menyediakan servis yang bertepatan dengan kehendak pasaran anda. Tidak mustahil anda akan menjana wang dengan pantas malah lebih banyak wang yang anda akan dapat. Tapi servis apa yang anda nak buat? Takpe biar saya tunjukkan kepada anda. Dibawah adalah salah satu teknik yang anda boleh aplikasikan hari ini juga untuk mendapat RM terus masuk ke akaun anda!

Langkah pertama pergi ke bahagian servis & perkhidmatan di wangcyber . Cuba lihat servis apa yang paling mendapat sambutan & cuba anda sediakan servis yang sama tetapi anda tambah keunikan anda tersendiri seperti harga yang lebih murah atau tawaran yang lebih berbaloi dari servis yang lain. Gunakan ayat-ayat yang menggoda kalau anda menulis thread iklan di wangcyber.

Tapi Zyan bagaimana pula kalau saya tak mahir nak buat servis tersebut?

Relaks.. setiap masalah kan ada penyelesaiannya.. betul tak? :) kalau anda tak mahir anda gunakan teknik duit atas angin.. hehe.. iaitu anda jadi orang tengah. Bagaimana? caranya ialah pergi ke Fiverr.com dan lihat pada 2 kategori ini iaitu business & advertising.

1) http://fiverr.com/categories/advertising/order/rating/pages/1

2)http://fiverr.com/categories/business/order/rating/pages/1

Jika anda klik link diatas, anda akan dibawah ke bahagian ketegori business & advertising yang paling tinggi rating sehingga yang paling rendah. Rating yang paling tinggi sekali ialah servis yang patut anda gunakan kerana sudah tentu servis tersebut sangat memuaskan betul tak?

Jadi apa gunanya fiverr ini? Lihat pada gigs yang ditawarkan dalam kategori di fiverr tersebut.. Ada tak yang mempunyai persamaan seperti di forum wangcyber? kalau ada anda buka satu thread pengiklanan di wangcyber dan buat servis yang sama seperti di fiverr tetapi letakkan harga anda sendiri. Kalau anda bayar USD5 di fiverr.. Di wangcyber anda boleh letakkan dengan harga yang lebih mahal seperti RM30 , RM40  :) tetapi kalau tiada gigs di fiverr yang sama seperti di wangcyber tak salah kalau anda buka di wangcyber juga sebab apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perniagaan & pemasaran biasanya akan mendapat perhatian ahli-ahli wangcyber. Gunakan/Tambah kreativit anda sendiri. Saya yakin anda boleh tweak dengan lebih hebat lagi idea ini.

Kalau dilihat teknik ni nampak biasa tapi tahukah anda ramai yang merahsiakan teknik ni? Jangan terkejut pula jika anda pernah melanggan servis dari sesiapa dengan harga yang  sangat mahal sebelum ini hakikatnya anda boleh dapatkannya lebih murah melalui Fiverr.com :D

Selain servis ada lagi teknik yang saya rasa juga sangat berkesan. Iaitu anda jual produk digital dengan tawaran yang hampir susah mereka nak tolak. Pergi ke wangcyber lagi dibahagian produk digital disini , jual produk digital anda disitu dengan harga yang istimewa dan harga yang terhad. Cakap anda buat tawaran tersebut hanya dalam tempoh 24 jam sahaja atau 2 hari atau 3 hari.. gunakan kreativiti anda sendiri. Tapi pastikan tawaran anda sangat berbaloi dan masuk akal. Perkara ini telah terjadi pada saya semasa menjual ebook teknik clickbank buat pertama kali di forum wangcyber. Jualan mencecah RM3k kurang dari sehari.. Saya bukak waktu tengah hari sebelum nak pergi solat Jumaat dan malam tu saya terpaksa tutup sampai ada yang marah-marah saya sebab dalam thread saya kata 3 hari .

Zyan boleh laaa,, ada ebook sendiri.. saya  ni ebook sendiri pun takde…nak tulis ebook pun takde idea :(

kalau macam tu.. apa lagi? dapatkanlah pakej pakar ebook dari bro Jamal! hehehe :P

Relaks.. kan saya dah kata setiap masalah ada cara penyelesaian. Anda tak nak tulis ebook sendiri atau buat produk digital sendiri? Pernah dengar mengenai produk PLR ? MRR? RR?

Produk sebegini membenarkan anda menjualnya semula dengan harga yang anda tetapkan tetapi pastikan anda lihat terma & syarat produk tersebut. Tetapi bukan semudah ABC anda beli produk PLR dan terus jualkannya semula. Ada mestilah memilih produk-produk yang bermutu tinggi dan berbaloi-baloi untuk mereka mendapatkannya. Produk PLR yang bermutu tinggi ni biasanya mahal dan sekiranya anda dapatkannya lalu jualkannya dengan harga yang murah saya pasti kurang dari sehari anda dah balik modal. Mana nak dapat produk PLR MRR ni? ada banyak sumber untuk dapatkan produk sebegini…  Kalau anda nak tahu sila komen dibawah! :)

Sekian buat masa ini.. Ada banyak lagi teknik sebenarnya.. tapi teknik diatas dah cukup untuk anda melakukan tindakan sebolehnya esok atau malam ini juga :)

Duit Dari Paypal Cara Mudah?

Anda ada akaun paypal tapi tiada duit dalam tu?  jangan bimbang mari kita penuhkannya… haha! ingat senang ker nak dapat duit dari paypal?  Oleh itu , Hari ni nak cerita sikit macam mana kita boleh dapat duit dari paypal guna cara yang paling simple & mudah untuk diaplikasikan. tapi sebelum tu anda mestilah mempunyai akaun paypal ok.. kalau belum ada sila dapatkan panduan membuka akaun paypal  di http://www.duitdigital.com (Pakej yang cukup lengkap dari saudara Smartzul)

ok dah sedia…?  seperti biasa saya hanya akan kongsikan apa yang saya buat.. sebab saya jenis yang walks the talks bukan jenis yang suka cakap besar tapi sendiri tak serupa bikin.. dibawah adalah contoh email yang saya terima semalam.. banyak tak? 0.70 usd tu..haha! (jadi sila lah abaikan gelaran otai terhadap sy yang diberikan oleh sesetengah orang yg tersalah paham..adehh)

Bayaran di atas tu adalah hasil jualan dari produk digital yang saya letakkan di tradebit.com dan berharga 1 dollar  :) (lagi 30 sen tu diorang caj lah) jadi bayangkanlah Cheap Brand Cialis jikalau anda ada 10 produk yang berharga 7 dollar setiap satu & setiap hari ada saja jualan masuk…( lepas  bayar astro bulan-bulan..hoho! )

Apa itu Tradebit?

Tradebit merupakan halaman yang menyediakan kemudahan percuma untuk anda memasarkan produk digital anda. Anda hanya perlu upload & publish kemudian bawa trafik ke halaman jualan anda untuk terima bayaran :)

Jadi bagaimana caranya Zyan?

Sangat senang! budak darjah 5 pun boleh buat…

Produk mana nak cari?

pernah dengar pasal produk PLR ,MRR , RR kan??  Saya pasti kat komputer anda ada banyak.. ekeke… x perlu buang masa lagi.. mana-mana yang x pakai.. upload & jualkannya terus menggunakan tradebit.. :)

ok kita sambung.. saya nak anda berikan perhatian pada tajuk & description .. pastikan anda memilih kata kunci yang sesuai dan letakkannya di bahagian tajuk & description..

untuk format tajuk anda boleh gunakan seperti di atas

HOT ITEM!! -  kata kunci anda

kata kunci – HOT HOT HOT!!

kata kunci – Exclusive offer!! limited!

contoh :

HOT ITEM!! -  Learn to plant tomatoes

Tajuk & kata kunci sangat penting!

tajuk yang bagus dapat memberi perhatian lebih kepada mata pelawat.. kata kunci yang betul juga bagus untuk SEO.. lagipun google amat sukakan tradebit :D

tapi pastikan kata kunci anda tidak terlalu belakang sangat sebab kita mahukannya muncul pada URL  produk jualan kita supaya google lebih senang baca & tempatkan link ini di page hadapan…. hehe..

http://www.tradebit.com/filedetail.php/xxxxx-1-kata-kunci-anda-disini-hot-hot

langkah seterusnya adalah dengan mempromosikan link di atas.. gunakan sahaja pelbagai cara yang anda tahu.. nak buat backlink? nak letakkan kat singnature forum? facebook? xde masalah… bak kata sesetengah orang.. belasah ajer… yang penting kita buat! sekarang masih ada lagi masalah nak dapat duit dari paypal x?

ada soalan ,kritikan & cadangan lain sila komen ok… like x?

p/s: saya tak pernah keluarkan duit paypal untuk kegunaan peribadi.. semua habis upah orang tulis artikel … ngeh ngeh…

p/s/s: saya harap anda dapat kongsikan post ini bersama teman-teman anda di facebook .