Apa itu pemasaran video G?

Salam hormat & salam sejahtera

setelah sebulan dilancarkan pada bulan lepas akhirnya kini jualan melebihi 100 unit. Yang rata2 pembeli telah memilih untuk membeli pakej oto yang kini berharga RM180.

Namun bagi anda yang masih belum memiliki pakej ini mungkin masih tertanya-tanya apakah yang terkandung dalam pakej ini? kenapa mahal sangat? berbaloi ke tak? dulu dah beli teknik clickbank berbaloi ke beli pakej yang ini pula? ke zyan saje nak cari duit sb nak beli baju raya tahun ini? kenapa itu kenapa ini berbaloi ke ? he he he!

Baiklah dalam post ini saya akan terangkan apa itu pemasaran video G. (G bermaksud Google)

Konsepnya simple. Buat video upload ke youtube kemudian rank video tersebut di 1st page google dengan keyword-keyword (kata kunci) yang telah kita pilih. Kalau anda dah tahu cara ini & dah buat riban-riban atau ratus-ratus sehari sila jangan beli. Thats it!

(sebenarnya penerangan saya dah terangkan di website jualan pemasaranvideo.com tapi takpe saya terangkan lagi kat sini)

ok untuk langkah pertama : saya tunjukkan macam mana nak pilih produk di clickbank , hakikatnya anda boleh pilih apa sahaja produk selain clickbank seperti amazon , markethealth , peerfly , neverblue & banyak lagi.. kalau anda nak promosikan produk di pasaran tempatan pun takde masalah. Ataupun kalau anda dah sedia ada video di youtube lagi la senang anda hanya tinggal nak rankkan sahaja video tersebut di gooogle. Dalam langkah pertama clickbank ni sebagai rujukan sahaja sb mmg saya guna produk clickbank untuk tujuan ekperimen pakej ini

Kemudian saya tunjukkan pula bagaimana nak dapatkan keyword (kata kunci) yang boleh digunakan untuk pemasaran video G anda ini. Untuk teknik ni saya tunjukkan dgn cara yang lebih santai berbanding dalam pakej teknik clickbank yang agak kelam kabut sedikit sb terlalu banyak karakteristik yang perlu di ambil berat. Dalam pakej ini lebih santai.

langkah ke 3 saya tunjukkan pula bagaimana nak hasilkan video – sama ada buat sendiri (saya tunjukkan demo macam mana nak buat) atau upah orang lain.

langkah yang seterusnya ke 4 ialah bagaimana upload & optimasi. Ini adalah langkah yang paling penting disebabkan ramai orang terlepas pandang. dan langkah terakhir bagaimana nak lakukan promosi . Saya tunjukkan prosesnya dengan betul malah step by step saya tunjukkan setelah sekian lama bereksperimentasi.. :D

ramai tertanya-tanya berbaloi atau tidak dapatkan pakej ini. Bukannya murah RM100 pulak tu untuk 6 video tutorial sahaja. Untuk pengetahuan anda 6 video yang di hasilkan bukan setakat berhenti di situ sahaja. pada masa hadapan mungkin lagi 3 bulan , 4 bulan , 6 bulan pasti akan ada perubahan yang berlaku sama ada di youtube mahupun google. dan jika ada sebarang perubahan saya orang yang bertanggungjawab mencari penyelesaian lalu hasilkan video baru (update) untuk diserahkan kepada anda. Malah kalau anda cara baru yang mungkin boleh percepatkan lagi proses saya juga akan berikan kepada anda. Itulah yang dinamakan video update. selain itu anda juga akan terima support dari saya.. kalau tak faham boleh tanya saya bila2..

support

contoh support

Jadi adakah RM100 masih agak mahal bagi anda?

Selain itu saya juga ingin menapis golongan pembeli yang benar-benar serius sahaja. Tapi RM100 ni pun macam x berapa serius. Mungkin lepas ni naik terus RM197.

Kalau anda masih berminat untuk mendapatkan pakej ini beserta bonus-bonus yang ditawarkan oleh ejen affiliate pake ini boleh layari link berikut sementara harga masih kekal RM100: http://internetmudah.com/blog/bonus-pemasaran-video/

Eleh zyan nak cari duit lebih la tu nak beli baju raya..

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati sekalian, percayalah kalau takde 3 website ini,

http://internetmudah.com , http://teknikclickbank.com , http://pemasaranvideo.com

Saya masih boleh beli baju raya :D gambar menunjukkan jumlah “pengeluaran” sepanjang bulan Jun yang lepas sahaja sudah melebihi hasil jualan produk informasi saya kerana saya ada sumber income lain yang lebih ” Umph” … pengeluaran ini termasuk kos iklan ,kos produk serta kos komisen yang perlu dibayar untuk memastikan bisnes berjalan lancar.. jadi agak2 berapa wang yang masuk? hehehe! xde lah banyak.. tapi Alhamdulillah sangat-sangat bagi orang macam saya yang x banyak hutang , belum berkahwin , & 90% masa hanya berada di rumah.. selebihnya saya attend seminar..

1071626_680671945283397_743238431_o

saya boleh berhenti menjual atau berkongsi ilmu pada bila-bila masa sahaja kalau saya nak. Tapi apakan daya… mentor saya pesan kita kena banyak berkongsi ilmu sebab itu lah saya hasilkan blog ini. Saya juga pernah berada dalam situasi (tidak berduit ) & saya tahu bagaimanakah perasaannya ketika itu.. semua benda nak buat sangat-sangat terhad.. Nak pilih makanan pun cari menu yang murah2 , nak pergi jalan-jalan pun fikir 10 kali.. nak keluar pun kena belek dompet ada berapa yang tinggal, keyakinan diri pun sangat-sangat low, kalau ada lebih RM10 baru hati rasa ok sikit.. sekarang ni dah lain… 360 darjah berubah.. anda boleh rasa tak perasaan tersebut?
Jadi sebab itu lah saya berkongsi ilmu.. saya mahu ubah kehidupan orang lain yang mungkin masih dalam keadaan seperti saya sebelum ini atau mungkin lebih teruk lagi.

itu adalah tanggungjawab saya.. sebab itu lah saya jual ebook atau video. Bila kita jual akan ada ejen yang sudi promosikan maka lebih tersebarlah ilmu tersebut berbanding kalau saya berkongsi di blog seperti ini sahaja, hanya pembaca blog sahaja yang boleh dapat ilmu yang saya share secara percuma. Selain itu ilmu yang dibayar juga akan menunjukkan seseorang itu serius untuk belajar kalau percuma kebanyakan orang “tidak menghargai” ilmu tersebut.

Akhir sekali.. selamat berpuasa..  berhati-hati di bazar ramadhan.. kawal perbelanjaan , kawal mata :D

PANAS! Bonus Pemasaran Video

Seperti mana yang sedia maklum saya sudah pun melancarkan pakej pemasaran video pada 10 jun yang lepas dan dibawah ini merupakan senarai bonus bonus yang anda dapat sekiranya membeli melalui link affiliate mereka.

1) Saudara Ferdy : http://itsferd.com/bonus-pembelian-ebook-pemasaran-video/ 

2) Saudara Muhammad Wira : http://allinoneaffiliates.com/rahsiapemasaranvideo/

3) Saudara Khairul Azhar : http://bonuspemasaranvideo.com/

4) Saudara Samm Hamid : http://bonus-pemasaran-video.webs.com/

5) Saudara Zamri Nanyan : http://usahawaninternet.com/PemasaranVideo/

6) Saudara Nik Syukrie : http://www.nimosy.com/bonuspemasaranvideo/

7) Saudara Akmal : http://www.duitsabar.com/cb/

8) Saudara Amim Najmie : http://topniaga.com/bonuspemasaranvideo/

9) Saudara Oswald Justin : http://buatduitcarajutawan.com/landingpage.html

 

 

Pilihan di tangan anda. kalau anda perhatikan di web jualan pemasaran video saya sendiri belum tawarkan sebarang bonus :)

Sekiranya anda ejen affiliate & ingin menawarkan bonus sila komen dibawah.

Ikhlas Zyan

 

 

Cara Hasilkan Video & Artikel Rewrite

Salam sejahtera, untuk pos kali ni saya tunjuk cara saya hasilkan video dan artikel rewrite. Saya harap video tutorial dibawah dapat membantu anda ok :) Kalau ada soalan komen kat bawah ni..

HASILKAN VIDEO

Sumber

Movie Maker 

Gambar : http://sxc.hu

*Untuk audio backgound anda boleh gunakan audio yang disediakan oleh youtube sendiri. cari butang “audio”  .

 

HASILKAN ARTIKEL REWRITE

Sumber

Content Professor

 

 

 

Kaji Selidik : Sumber Trafik Terbaik Sepanjang 2011

Terima kasih kerana masih setia menjadi pembaca blog saya yang cantik ini walaupun tuan dia yang hensem ni jarang betul update blog kan? hehe..

Ok lah pada post kali ni saya ingin berkongsi kepada anda berkenaan sumber trafik terbaik yang pernah saya peroleh sepanjang tahun 2011 yang lepas.  Dengan hasil perkongsian ini saya harap anda dapat melihat potensi setiap trafik dengan jelas dan boleh disesuaikan dengan perniagaan yang anda jalankan terutama dari segi pemasaran.

Mungkin ada pihak yang tak berapa nak setuju dengan apa yang saya sampaikan dibawah. Perlu diingat bahawa ini adalah hasil dari kaji selidik dan pengalaman saya pada tahun 2011 yang lepas. Dikira berdasarkan jumlah trafik yang saya peroleh, berapa lama prosesnya , dan hasil pendapatan dari setiap sumber trafik tersebut.

Sekarang mari kita lihat apakah yang berada pada no 1 sekali.

1) Rakan JV dan Affiliate (Percuma)

Inilah sumber trafik yang paling bermutu sekali dan paling menguntungkan malah hasilnya juga boleh dilihat dengan pantas. Dan paling seronok sekali pendapatan boleh meletup walaupun tak sampai sebulan. Ini boleh dilihat dari penjualan ebook saya sendiri yang mencecah 5 angka tak sampai sebulan hanya dari promosi rakan JV dan affiliate.

Apa beza Rakan JV dan affiliate ni.. Rakan JV ni biasanya sudah ada nama besar atau ramai orang dah kenal biasanya orang selalu panggil otai dan paling penting mereka ni ada senarai email yang banyak.   Dan biasanya penjual produk mengenali rakan JV berbanding affiliate biasa kerana sering berhubungan.

Manakala affiliate ni bukanlah orang yang ada nama besar tetapi mereka ini  mempunyai kemahiran promosi tersendiri, ada yang promosi menggunakan forum , blog , iklan berbayar dan pelbagai lagi medium yang lain. Namun sebagai penjual kita kena hati-hati sekiranya ada agen yang menggunakan teknik spam dalam promosi kerana boleh menjatuhkan imej penjual juga.

2) Pemasaran email (Bayaran bulanan dikenakan)

Ini adalah sumber trafik kedua terbaik bagi saya. Hanya dengan satu klik kita boleh menghantar promosi ke prospek kita. Lagi banyak senarai email lagi tinggi jualan yang boleh dihasilkan. Dan yang paling menarik kita boleh melakukannya berulang ulang kali. Selagi mereka berada dalam senarai email kita selagi itulah kita boleh menghantar promosi kepada mereka.

Namun perlu diingat kualiti senarai email lagi penting berbanding kuantiti.  buat masa ini saya ada 3000+ senarai email dari malaysia.  Jumlah ini adalah sangat sedikit berbanding otai lain yang melebihi 10 ribu list keatas.  Tapi dengan list yang sedikit pun kalau berkualiti lebih senang untuk anda menghasilkan jualan.

Bagaimana nak hasilkan list yang berkualiti?

Jangan kerap melakukan promosi sebaliknya banyakkan beri info-info yang berguna. Apabila mereka mula berterima kasih kepada kita itu tandanya juga mereka mula percayakan kita. Dengan kepercayaan yang diberi lebih mudah untuk membuatkan mereka membeli produk yang kita promosikan kepada mereka.

Pada December 2011 yang lepas saya dah mulakan satu kempen pemasaran email untuk salah satu produk yang saya promosikan di clickbank iaitu produk Grow taller for idiots. Sangat rugi rasanya kalau Aweber yang saya langgan tidak digunakan untuk pasaran international.  Dibawah merupakan screenshot list yang saya telah kumpul sejak december yang lepas dan hasilnya sekarang hampir setiap hari ada sahaja komisen yang terhasil dari produk ini berbanding sebelum ini yang hanya 3 -4 kali komisen seminggu.  Nampaknya tahun 2012 ini saya akan lebih fokus pada pemasaran email untuk produk clickbank berbanding pasaran tempatan  :)

(klik pada setiap  gambar untuk Zoom)

3) Pemasaran Forum (Percuma)

Forum merupakan sumber trafik pertama saya yang berjaya menghasilkan jualan sewaktu saya masih lagi baru dalam bidang pemasaran online ni. Dan pada tahun lepas forum juga lah yang membuatkan sale ebook saya meletop walaupun pada 3 hari pelancaran kemudian terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada JV dan affiliate promosikan ebook saya. Forum yang saya maksudkan ialah forum wangcyber.com

Macam mana boleh meletop jualan?

Antara sebabnya ialah saya ni seorang yang agak aktif di forum tersebut dan banyak melakukan posting mengenai clickbank masa tu. Jadi kalau orang nampak saya jer mesti akan ingat clickbank malah ada yang panggil saya sifu , otai walaupun hakikatnya saya tak lah hebat mana pun. Jadi semasa saya lancarkan produk pertama saya di forum tersebut, memang terus mendapat sambutan tinggi. Ada yang beranggapan bahawa screenshot atau bukti pendapatan yang ditunjukkan yang menjadi punca ramai nak beli. Mereka silap sebab pembeli kini semua semakin bijak. Mereka beli bukan sebab bukti pendapatan tapi kredibitliti seorang penjual tersebut :)

Sekiranya anda ingin menggunakan forum sebagai medium pemasaran, pastikan anda sentiasa aktif dan banyakkan memberi maklumat-maklumat yang berguna. Kongsikan di forum tersebut. Tak kiralah produk apa yang anda jual pastikan forum yang anda target tu sesuai dengan produk anda.

4) Optimasi Engin Carian (SEO) – (Berbayar dan percuma)

Ini adalah sumber trafik terbaik yang ke -4 bagi saya kerana walaupun saya tak menjana trafik yang tinggi tapi hasil jualan (produk clickbank) boleh maintain untuk jangka masa yang lama. Ini telah terbukti apabila produk clickbank yang saya promosikan menggunakan teknik SEO ini masih terhasil jualan asalkan website kita kekal berada di muka hadapan Google dengan kata kunci (keyword) yang kita target.

Bagaimana nak tahu keyword yang berkualiti?

Antara keyword yang paling berkualiti ialah yang mempunyai perkataan seperti review dan nama produk. Biasanya pelawat yang menaip keyword-keyword memang sudah bersedia untuk melakukan pembelian sebab mereka sudah pun tahu mengenai produk tersebut.

Namun perkara yang saya tidak suka mengenai SEO ini ialah kita kena sentiasa mengawasi dan memantau kedudukan website kita kerana pasti akan ada pesaing-pesaing yang cuba merampas tempat. Sekiranya tempat saya dirampas biasanya apa yang saya buat ialah menambah jumlah backlink dan update post, itu sahaja sudah cukup untuk saya muncul kembali di tangga teratas.

5) Pemasaran video (Percuma)

Pemasaran video menjadi pilihan ke-5 saya kerana dari teknikalnya yang mudah. Kita buat video dalam bentuk slide show dan uploadkannya ke youtube dan kita akan terus menerima trafik dari youtube selagi video kita kekal disitu. ada video saya yang sudah berusia melebihi 2 tahun dan masih lagi memberikan trafik kepada saya serta hasil jualan. 

Teknik pemasaran video ni ada banyak tapi saya fokuskan pada penghasilan video sendiri yang unik ataupun menggunakan video yang di sediakan oleh penjual produk cara ini lebih selamat  dan bagus untuk jangka masa panjang . Saya tak gemar ambil video orang lain dan terus uploadkannya di youtube kerana bimbang akan di flag oleh pemilik asal video tersebut dan menyebabkan video kita akhirnya didelete atau akaun kita di tamatkan oleh pihak youtube.

Buat masa ini hanya Youtube yang menjadi tempat saya melakukan pemasaran walaupun ada banyak lagi laman web video direktori yang lain.

6) Pemasaran Artikel (Percuma dan berbayar)

Pemasaran artikel ini adalah sebahagian dari pemasaran SEO. Dengan memasarkan artikel sebenarnya anda sedang menambah backlink ke halaman web anda.  semakin banyak artikel yang anda hantar semakin banyak backlink dan semakin tinggi rank anda di google. Namun pemasaran artikel ini sangat sukar bagi mereka yang tidak mahir dalam bahasa inggeris dan untuk mengupah orang pula terlalu mahal bagi mereka yang masih baru dalam pemasaran ini.

Tetapi tahukah anda backlink yang paling berkualti ialah backlink dari halaman artikel direktori. Ini kerana kebanyakan artikel direktori mempunyai page rank yang tinggi. Page rank yang tinggi menandakan website tersebut sangat disukai oleh Google.  Selain itu google juga sangat mementingkan kerelevenan. Jadi lain tak bukan memang artikel direktori lah yang menjadi target utama Google.

Saya bagi contoh macam ni lah. bayangkan google itu macam ibu/ayah mertua kita. artikel direktori itu ialah anak mereka.. dan kita pula website adalah menantu mereka.. mula2 tak suka tak kenal dengan kita.. bila dah ada hubungan suami isteri barulah mereka akan anggap seperti anak mereka sendiri.. faham? hoho!

Jadi tak hairanlah mereka yang sangat serius dalam pemasaran artikel ni sanggup berbelanja puluhan dollar untuk satu artikel sahaja.  Kerana sangat bagus untuk jangka masa panjang.

Antara artikel direktori yang popular ialah  seperti  Ezinearticles.com , Articlebase.com , Goarticles.com  .

OK TAMAT

Ehhh Zyan.. mana Facebook ?

Ok saya tahu Facebook sekarang menjadi fenomena pemasaran di internet.  tetapi saya tak pernah fokus  pemasaran sosial ini. Saya tak fokus bukan kerana trafik dari facebook tak bagus, tapi macam tak kena dengan jiwa saya. Lagipun lebih baik saya fokus pada pemasaran yang dah sedia ada. Kalau Facebook saya kene belajar dari mula balik nak hasilkan fanpage la.. nak invite rakan lah..upload skrip dan macam-macam lagi.. Mungkin apabila adik saya nak berniaga produk fizikal di pasaran tempatan nanti baru saya akan fokus pada Facebook ni untuk bantu dia berniaga :D

** Walaupun saya tak gunakan Facebook untuk internet marketing tapi setiap hari saya buka FB sebab nak sembang dengan rakan , komen gambar , kutuk2 gambar.. senyum sorang-sorang depan facebook.. hehehe.. sama seperti anda juga :)

Baiklah tamat sudah satu lagi episod dalam blog ini. Kalau anda nak saya terangkan lagi mengenai setiap trafik diatas sila komen dan bagi tahu bahagian mana yang anda nak tahu lebih lanjut.. Memang ada lagi sumber trafik yang saya jana tetapi diatas adalah yang memberi paling banyak impak pada perniagaan saya. Anda ada kritikan? Jom kita bincangkan dibawah…

Jangan lupa like dan kongsi artikel ini kalau anda suka, Lagi banyak like lagi tambah semangat saya nak buat post di blog ini :)

Yang Ikhlas

ZYAN

Ebook Teknik Clickbank Masih Lagi Berkesan

Ada yang bertanya saya teknik dalam ebook saya ni masih lagi berkesan atau tidak? Jawapannya sudah tentu berkesan kalau tak berkesan takkanlah saya nak  post kat blog saya ni :D Nak bukti yang lebih solid? Jom tengok video yang saya baru jer rakam pagi ni..maaf lah sebab kurang terang saya rakam guna henpon jer..

Dah tengok video kat atas? Banyak tak pendapatan sampingan yang saya dapat tu? Bulan depan pun saya tak perlu risau sgt sebab dah siapkan income santai sebanyak RM1700+ tanpa perlu fikir apa-apa lagi dan tidak menggangu projek lain yang lebih penting..

mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli ebook teknik clickbank manakala yang dah beli pula mungkin ragu-ragu nak mencuba. Teknik yang didedahkan dalam ebook saya tu saya dah praktikkannya selama 2 tahun . Bukan saya sahaja malah ramai affiliate yang lebih hebat pun melakukan perkara yang sama kalau lain cara pun tak jauh sangat.  Semua orang buat perkara yang sama.

Jadi apa yang terkandung dalam ebook teknik clickbank yang konon-kononnya hebat sangat? Biar saya ceritakan sedikit.

Langkah pertama anda mesti pilih produk di clickbank! kalau tak pilih macam mana nak ada produk untuk kita promosi betul tak? Dalam ebook ini saya tunjukkan cara bagaimana memilih produk yang bagus.. (kalau anda pilih pakej upgrade saya akan bagi senarai produk-produk di clickbank yang laris jualan)

Langkah kedua anda mestilah melakukan kajian kata kunci. kata kunci atau mat salleh panggil keyword ini sangat penting sebab menjadi asas kepada segala pemasaran anda kelak! (Saya tunjukkan langkah demi langkah dalam ebook ini.. Anda ikut anda pasti dapat!)

Langkah ketiga anda hasilkan landing page! ada yang panggil sebagai money site.. landing page ni boleh jadi bermacam jenis.. ada yang suka guna squidoo , weebly , blog wordpress , blogpsot mengikut cita rasa masing-masing.. ada yang guna squezzpage untuk dapatkan email dahulu & bermacam jenis lagi landing page. Tapi dalam ebook teknik clickbank saya tunjukkan bagaimana menggunakan blogspot lagipun blogspot ni kepunyaan google juga.

Langkah keempat .. promosikan landing page tersebut dalam pelbagai medium seperti artikel & video & seo. Ini adalah langkah yang paling penting untuk mendapatkan trafik ke landing page anda!

Anda ikut apa yang saya tunjuk pasti akan dapat hasil.. Tapi kalau anda asyik persoalkan boleh dapat hasil ke tak? Untung ke tak? Masyuk ke?  Buat teknik tu berkesan ke tak?  Teknik ni berkesan ke tak?  Jawapannya tetap sama… No action No money…

Anda tak buat anda takkan dapat apa-apa…

Anda buat tapi belum dapat duit… At least ada pengalaman…

Pengalaman = menjadikan anda lebih berilmu & seterusnya akan berjaya capai apa yang anda usahakan!

Saya dah lalui semua ni :) giliran anda bila lagi?

Itu sahaja..

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TEKNIK CLICKBANK

(HARGA NAIK RM10 ISNIN 3/10/2011)