Category Archives: review

Mudahnya bina perniagaan internet?

Salam hormat,

Hari ni saya agak gembira kerana diberi peluang untuk melakukan ulasan untuk satu produk yang pada saya agak ringkas tapi penulisnya berjaya menyusun kesemua kandungan dengan begitu teratur sekali..

Produk ini adalah berbentuk Ebook (Fail PDF) mempunyai 75 muka surat disertakan juga beberapa video tutorial supaya pembeli mudah faham terutama bahagian yang perlu kemahiran teknikal.

Tajuk ebook ini ialah “mudahnya bina perniagaan internet” nama penulis ebook ini pula ialah Tuan Syahmi Ahmad

Halaman jualan >> http://binaperniagaaninternet.com/specialoffer2014/

Siapakah golongan yang sesuai untuk mendapatkan produk ini?

Pada pendapat saya semua golongan yang nak memulakan perniagaan mesti dapatkan produk ini, setelah saya teliti kandungan yang dihasilkan, memang ternyata penulis menghasilkan produk ini dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun panjangnya 75 muka surat, sedikit pun saya tidak merasa bosan membaca, ini kerana penulis ada sertakan gambar rujukan supaya mudah untuk kita fahamkan.

Sampaikan saya merasa seolah-olah menonton video tutorial sedangkan saya sedang membaca ebook!

Apa yang menariknya produk ini dengan produk-produk lain di pasaran?

KANDUNGANNYA!!

Saya sendiri terkejut, info yang dipaparkan dalam produk ini boleh dimuatkan sebanyak 75 muka surat sahaja.  Setiap perkataan yang ditaip adalah straight to the point, saya jamin sesiapa yang baca pasti terus faham!

Tinggal nak buat sahaja!

Video juga ada disertakan antaranya ialah:

1)   Cara nak edit fail html

2)   Cara design footer & header tanpa photoshop

3)   Cara hasilkan sistem pembayaran

4)   Cara upload fail ke hosting

Selain itu penulis juga ada menyediakan FACEBOOK GROUP untuk support, dalam group tersebut anda boleh mendapatkan support terus dari penulis

Preview Ruangan Download

Screen Shot 2014-03-13 at 3.00.07 PM

Preview Kandungan

Screen Shot 2014-03-13 at 2.56.11 PM

 

Apa itu pemasaran video G?

Salam hormat & salam sejahtera

setelah sebulan dilancarkan pada bulan lepas akhirnya kini jualan melebihi 100 unit. Yang rata2 pembeli telah memilih untuk membeli pakej oto yang kini berharga RM180.

Namun bagi anda yang masih belum memiliki pakej ini mungkin masih tertanya-tanya apakah yang terkandung dalam pakej ini? kenapa mahal sangat? berbaloi ke tak? dulu dah beli teknik clickbank berbaloi ke beli pakej yang ini pula? ke zyan saje nak cari duit sb nak beli baju raya tahun ini? kenapa itu kenapa ini berbaloi ke ? he he he!

Baiklah dalam post ini saya akan terangkan apa itu pemasaran video G. (G bermaksud Google)

Konsepnya simple. Buat video upload ke youtube kemudian rank video tersebut di 1st page google dengan keyword-keyword (kata kunci) yang telah kita pilih. Kalau anda dah tahu cara ini & dah buat riban-riban atau ratus-ratus sehari sila jangan beli. Thats it!

(sebenarnya penerangan saya dah terangkan di website jualan pemasaranvideo.com tapi takpe saya terangkan lagi kat sini)

ok untuk langkah pertama : saya tunjukkan macam mana nak pilih produk di clickbank , hakikatnya anda boleh pilih apa sahaja produk selain clickbank seperti amazon , markethealth , peerfly , neverblue & banyak lagi.. kalau anda nak promosikan produk di pasaran tempatan pun takde masalah. Ataupun kalau anda dah sedia ada video di youtube lagi la senang anda hanya tinggal nak rankkan sahaja video tersebut di gooogle. Dalam langkah pertama clickbank ni sebagai rujukan sahaja sb mmg saya guna produk clickbank untuk tujuan ekperimen pakej ini

Kemudian saya tunjukkan pula bagaimana nak dapatkan keyword (kata kunci) yang boleh digunakan untuk pemasaran video G anda ini. Untuk teknik ni saya tunjukkan dgn cara yang lebih santai berbanding dalam pakej teknik clickbank yang agak kelam kabut sedikit sb terlalu banyak karakteristik yang perlu di ambil berat. Dalam pakej ini lebih santai.

langkah ke 3 saya tunjukkan pula bagaimana nak hasilkan video – sama ada buat sendiri (saya tunjukkan demo macam mana nak buat) atau upah orang lain.

langkah yang seterusnya ke 4 ialah bagaimana upload & optimasi. Ini adalah langkah yang paling penting disebabkan ramai orang terlepas pandang. dan langkah terakhir bagaimana nak lakukan promosi . Saya tunjukkan prosesnya dengan betul malah step by step saya tunjukkan setelah sekian lama bereksperimentasi.. :D

ramai tertanya-tanya berbaloi atau tidak dapatkan pakej ini. Bukannya murah RM100 pulak tu untuk 6 video tutorial sahaja. Untuk pengetahuan anda 6 video yang di hasilkan bukan setakat berhenti di situ sahaja. pada masa hadapan mungkin lagi 3 bulan , 4 bulan , 6 bulan pasti akan ada perubahan yang berlaku sama ada di youtube mahupun google. dan jika ada sebarang perubahan saya orang yang bertanggungjawab mencari penyelesaian lalu hasilkan video baru (update) untuk diserahkan kepada anda. Malah kalau anda cara baru yang mungkin boleh percepatkan lagi proses saya juga akan berikan kepada anda. Itulah yang dinamakan video update. selain itu anda juga akan terima support dari saya.. kalau tak faham boleh tanya saya bila2..

support

contoh support

Jadi adakah RM100 masih agak mahal bagi anda?

Selain itu saya juga ingin menapis golongan pembeli yang benar-benar serius sahaja. Tapi RM100 ni pun macam x berapa serius. Mungkin lepas ni naik terus RM197.

Kalau anda masih berminat untuk mendapatkan pakej ini beserta bonus-bonus yang ditawarkan oleh ejen affiliate pake ini boleh layari link berikut sementara harga masih kekal RM100: http://internetmudah.com/blog/bonus-pemasaran-video/

Eleh zyan nak cari duit lebih la tu nak beli baju raya..

Tuan-tuan & puan-puan yang saya hormati sekalian, percayalah kalau takde 3 website ini,

http://internetmudah.com , http://teknikclickbank.com , http://pemasaranvideo.com

Saya masih boleh beli baju raya :D gambar menunjukkan jumlah “pengeluaran” sepanjang bulan Jun yang lepas sahaja sudah melebihi hasil jualan produk informasi saya kerana saya ada sumber income lain yang lebih ” Umph” … pengeluaran ini termasuk kos iklan ,kos produk serta kos komisen yang perlu dibayar untuk memastikan bisnes berjalan lancar.. jadi agak2 berapa wang yang masuk? hehehe! xde lah banyak.. tapi Alhamdulillah sangat-sangat bagi orang macam saya yang x banyak hutang , belum berkahwin , & 90% masa hanya berada di rumah.. selebihnya saya attend seminar..

1071626_680671945283397_743238431_o

saya boleh berhenti menjual atau berkongsi ilmu pada bila-bila masa sahaja kalau saya nak. Tapi apakan daya… mentor saya pesan kita kena banyak berkongsi ilmu sebab itu lah saya hasilkan blog ini. Saya juga pernah berada dalam situasi (tidak berduit ) & saya tahu bagaimanakah perasaannya ketika itu.. semua benda nak buat sangat-sangat terhad.. Nak pilih makanan pun cari menu yang murah2 , nak pergi jalan-jalan pun fikir 10 kali.. nak keluar pun kena belek dompet ada berapa yang tinggal, keyakinan diri pun sangat-sangat low, kalau ada lebih RM10 baru hati rasa ok sikit.. sekarang ni dah lain… 360 darjah berubah.. anda boleh rasa tak perasaan tersebut?
Jadi sebab itu lah saya berkongsi ilmu.. saya mahu ubah kehidupan orang lain yang mungkin masih dalam keadaan seperti saya sebelum ini atau mungkin lebih teruk lagi.

itu adalah tanggungjawab saya.. sebab itu lah saya jual ebook atau video. Bila kita jual akan ada ejen yang sudi promosikan maka lebih tersebarlah ilmu tersebut berbanding kalau saya berkongsi di blog seperti ini sahaja, hanya pembaca blog sahaja yang boleh dapat ilmu yang saya share secara percuma. Selain itu ilmu yang dibayar juga akan menunjukkan seseorang itu serius untuk belajar kalau percuma kebanyakan orang “tidak menghargai” ilmu tersebut.

Akhir sekali.. selamat berpuasa..  berhati-hati di bazar ramadhan.. kawal perbelanjaan , kawal mata :D

Bonus Teknik Simple Clickbank Oleh Raja Kamil

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman,

Seperti tajuk yang tertera saya sediakan bonus khas kepada mereka yang sudi melakukan pembelian teknik simple clickbank oleh Raja kamil melalui link affiliate saya.

Bonus yang saya sediakan ialah senarai servis yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan tempat pertama di muka hadapan google hanya dengan video youtube.

Disebabkan produk Raja Kamil ini ada kaitan dengan video jadi saya merasakan bonus ini berbaloi untuk dimiliki.

Kenapa anda perlu memiliki bonus ini?

 

1) Anda tidak perlu memilih servis mana yang bagus kerana saya sudah pilihkan.

2) Anda tak perlu bazir banyak duit labur untuk servis-servis yang tak bagus di fiverr seperti mana yang telah saya lalui.

3) Anda juga tak perlu hasilkan video sebab ada servis yang saya gunakan x perlu buat apa-apa, semua dia boleh buatkan sendiri.

Kenapa pula anda perlu memiliki produk Teknik Simple Oleh Raja Kamil ini?

 

1) Teknik yang cukup simple untuk dilakukan dengan modal yang minimum

2) Tak perlu buat blog, artikel , video

3) Tak perlu susah-susah promosi

Semua yang baik jer Zyan cerita nampak sangat nak menjual kaut untung kan …

Sabar sabar.. memang la saya nak menjual boleh dapat duit tapi kalau saya tak promosi teknik simple clickbank ni pun saya tak rugi apa. Cuma nak bagi peluang pada mereka yang belum ada rezeki lagi dengan clickbank mana tahu kalau teknik simple clickbank ni berkesan. Sebab memang tak perlu buat kerja.

Namun risiko teknik ini cuma satu, kurang kukuh anda perlu bergantung dengan youtube sahaja untuk hasilkan jualan. Risiko seperti video di ban atau akaun kena delete adalah perkara biasa dalam video marketing. Lagu-lagu kat youtube yang x promosi apa-apa pun boleh kena delete apatah lagi kita yang terang-terang nak menjual di youtube :) Itu lah pentingnya melakukan percubaan beberapa kali.

Kalau anda seorang yang cepat putus asa misalnya baru upload video xde hasil atau video kene delete terus kecewa , jangan dapatkan produk ini. Bukan produk ini sahaja, apa sahaja produk yang ajar buat duit x perlu dapatkan sebabnya hasilnya kepada diri anda adalah sama berakhir dengan kekecewaan :)

Apa nak buat sekarang ni Zyan kalau saya berminat?

 

1) Beli melalui link saya disini : http://tekniksimpleclickbank.com/hop.php?ref=Zyan

2) Klik pada borang tempahan di forum tersebut, lakukan pembayaran dan teruskan isi maklumat pembayaran anda.

3) Hubungi saya melalui borang contact pada link dibawah ini

http://internetmudah.com/blog/hubungi-saya/

Ebook Teknik Clickbank Masih Lagi Berkesan

Ada yang bertanya saya teknik dalam ebook saya ni masih lagi berkesan atau tidak? Jawapannya sudah tentu berkesan kalau tak berkesan takkanlah saya nak  post kat blog saya ni :D Nak bukti yang lebih solid? Jom tengok video yang saya baru jer rakam pagi ni..maaf lah sebab kurang terang saya rakam guna henpon jer..

Dah tengok video kat atas? Banyak tak pendapatan sampingan yang saya dapat tu? Bulan depan pun saya tak perlu risau sgt sebab dah siapkan income santai sebanyak RM1700+ tanpa perlu fikir apa-apa lagi dan tidak menggangu projek lain yang lebih penting..

mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli ebook teknik clickbank manakala yang dah beli pula mungkin ragu-ragu nak mencuba. Teknik yang didedahkan dalam ebook saya tu saya dah praktikkannya selama 2 tahun . Bukan saya sahaja malah ramai affiliate yang lebih hebat pun melakukan perkara yang sama kalau lain cara pun tak jauh sangat.  Semua orang buat perkara yang sama.

Jadi apa yang terkandung dalam ebook teknik clickbank yang konon-kononnya hebat sangat? Biar saya ceritakan sedikit.

Langkah pertama anda mesti pilih produk di clickbank! kalau tak pilih macam mana nak ada produk untuk kita promosi betul tak? Dalam ebook ini saya tunjukkan cara bagaimana memilih produk yang bagus.. (kalau anda pilih pakej upgrade saya akan bagi senarai produk-produk di clickbank yang laris jualan)

Langkah kedua anda mestilah melakukan kajian kata kunci. kata kunci atau mat salleh panggil keyword ini sangat penting sebab menjadi asas kepada segala pemasaran anda kelak! (Saya tunjukkan langkah demi langkah dalam ebook ini.. Anda ikut anda pasti dapat!)

Langkah ketiga anda hasilkan landing page! ada yang panggil sebagai money site.. landing page ni boleh jadi bermacam jenis.. ada yang suka guna squidoo , weebly , blog wordpress , blogpsot mengikut cita rasa masing-masing.. ada yang guna squezzpage untuk dapatkan email dahulu & bermacam jenis lagi landing page. Tapi dalam ebook teknik clickbank saya tunjukkan bagaimana menggunakan blogspot lagipun blogspot ni kepunyaan google juga.

Langkah keempat .. promosikan landing page tersebut dalam pelbagai medium seperti artikel & video & seo. Ini adalah langkah yang paling penting untuk mendapatkan trafik ke landing page anda!

Anda ikut apa yang saya tunjuk pasti akan dapat hasil.. Tapi kalau anda asyik persoalkan boleh dapat hasil ke tak? Untung ke tak? Masyuk ke?  Buat teknik tu berkesan ke tak?  Teknik ni berkesan ke tak?  Jawapannya tetap sama… No action No money…

Anda tak buat anda takkan dapat apa-apa…

Anda buat tapi belum dapat duit… At least ada pengalaman…

Pengalaman = menjadikan anda lebih berilmu & seterusnya akan berjaya capai apa yang anda usahakan!

Saya dah lalui semua ni :) giliran anda bila lagi?

Itu sahaja..

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TEKNIK CLICKBANK

(HARGA NAIK RM10 ISNIN 3/10/2011)

Review Ebook Rahsia Trafik – 10,000 Trafik Sebulan Adalah Satu Penipuan!

Impian untuk memiliki sebuah blog berprofil tinggi, dan mempunyai ribuan pelawat setiap bulan adalah impian majoriti blogger. Sebagai seorang blogger, kita mahukan perhatian secukupnya daripada pembaca. Kita mahu mereka menghargai setiap karya, di saat mereka pertama kali memasuki ke laman blog kita :)

Benar, ramai blogger yang mempunyai skil penulisan yang baik. Ada di antara mereka juga bijak untuk mengupas isu-isu hangat untuk menarik perhatian pembaca.

Tetapi sayangnya…

Mereka sering terlupa, asas untuk meningkatkan trafik blog adalah mengetahui cara untuk mempengaruhi mereka dari pelbagai sudut, supaya mempunyai keinginan untuk melawat domain blog kita.

Bagaimana caranya? Ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan membongkarkan apa yang kita perlu kuasai, untuk menjana 10,000 trafik setiap bulan…

  •   Tanpa perlu mengeluarkan kos berbentuk wang.
  •   Tanpa perlu menipu pembaca untuk menghasilkan headline yang kontroversi.
  •  Tanpa perlu membeli produk-produk informasi lain untuk mengetahui cara meningkatkan jumlah pembaca ke blog kita setiap  bulan.

Ada Apa Dengan Ebook Rahsia Trafik Ini?

 

Ebook ini ditulis oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill. Mereka adalah dua orang anak muda yang begitu aktif membangunkan laman web pendidikan bisnes dan keusahawanan, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini, mereka akan berkongsi sebuah sistem, yang menunjukkan langkah demi langkah untuk menjana 10,000 trafik bermula 3 bulan dari sekarang…

Tanpa melibatkan sebarang kos. Hanya berpandukan kajian dan keputusan yang mereka peroleh, selepas 6 bulan berada dalam situasi try & error .

Bukan itu sahaja, blog Majalah Niaga kini telah membuktikan sendiri mereka berjaya mengekalkan konsistensi jumlah pelawat sebanyak 10,000 setiap bulan. Buat pengetahuan kita, jumlah ini agak sukar diperoleh untuk blog yang berkaitan bisnes dan keusahawanan.

Sekiranya kita mahu membandingkan dengan blog politik, hiburan, diari peribadi yang memperoleh 100,000 pelawat setiap bulan, perbuatan ini tidak adil. Ini kerana blog-blog seperti itu kebanyakan blog yang tidak fokus pada niche. Berbeza dengan Majalah Niaga, blog ini mempunyai fokus dan pembaca tegarnya yang tersendiri. :)

Jadi apa kelebihan yang kita dapat sekiranya memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini?
Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Ebook Formula Blogging – Rahsia Trafik

 

#1 – Hasil keputusan berdasarkan kajian mereka selama 6 bulan – Ini adalah faktor utama mengapa kita mesti memiliki ebook ini. Kerana ia bukan berdasarkan teori semata-mata. Apa yang dikongsikan oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill ini adalah ilmu yang berbeza, dan jarang diceritakan oleh blogger-blogger tempatan.

Malah dalam tempoh 6 bulan, mereka sendiri bergelumang dalam kesusahan untuk mencari rentak bagi meningkatkan jumlah pelawat setiap bulan. Ini bermakna sekiranya kita memiliki ebook ini, maka kita akan memiliki ‘Ilmu Emas’ yang sukar diperoleh di mana-mana.

#2 – Kaedah yang Terbukti Berkesan Berkali-kali – Cara-cara yang mereka kongsikan dalam ebook ini adalah cara yang digunakan sendiri oleh blogger-blogger bertaraf dunia, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Glen Allsop dan ramai lagi.

Bayangkan kita menggunakan cara meningkatkan trafik blog yang sudah terbukti berkesan, malah ia digunakan berkali-kali oleh blogger bertaraf autoriti di peringkat antarabangsa…Bagaimana agaknya hasil yang bakal kita peroleh kelak? Setidak-tidaknya, penambahan 1,000 pelawat ekstra setiap bulan akan berlaku, sekiranya kita memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ hari ini.

#3 – Ibarat Teknik Copy & Paste – Baik. Secara jujurnya, kita sudah penat dengan penulis yang menulis ebook berdasarkan teori yang panjang berjela, kemudian menyukarkan kita untuk memahami. Apabila kita sukar untuk memahami, maka ia akan menyukarkan kita untuk bertindak. Berbeza dengan ebook ini, ia adalah panduan berbentuk praktikal.

Mereka tidak bercerita panjang lebar mengenai teori (Hanya sedikit sahaja di tahap permulaan… Dan itu adalah untuk kebaikan kita juga).Apa yang kita perlu lakukan, hanya tiru semula apa yang mereka lakukan. Gunakan teknik itu sebaik-baiknya dan mula lihat limpahan trafik ke blog kita.

#4 – Ia Berkesan Terhadap Blog Niche Lain – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini hanya berkesan untuk blog seperti Majalah Niaga sahaja? Jawapannya, tidak. Ia berkesan untuk semua niche blog lain. Tidak kira blog peribadi, blog keagamaan, blog percintaan dan pelbagai lagi. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi meningkatkan trafik blog secara drastik… Malah akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger autoriti.

Bagaimana Pula Dengan Kekurangan Ebook Ini?

 

Ebook ini bukan ebook yang sempurna untuk kita tatapi, bagi menguasai cara meningkatkan trafik blog tanpa sebarang kos.

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam ebook ini adalah:

Setiap kerja mengambil masa – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan memberikan hasil dalam masa 24 jam atau kurang? Tidak. Ia memerlukan usaha yang berterusan sebelum kita dapat melihat hasilnya. Tetapi apa yang berbeza adalah, teknik ini adalah teknik yang terbukti berkesan. Kita tidak perlu khuatir untuk menggunakannya.

Mempunyai skil penulisan yang baik – Antara salah satu teknik yang ditunjukkan dalam ebook ini memerlukan blogger memiliki skil penulisan yang baik. Antaranya adalah penggunaan ayat Bahasa Melayu yang lengkap, tatabahasa yang betul dan sedap dibaca. Meskipun begitu, ia adalah bonus bagi yang memiliki skil penulisan yang baik. Ebook ini akan disertakan sekali templet emel untuk menghubungi pemilik blog…

Agar mereka cair dan menerima karya kita untuk diterbitkan dalam blog mereka.
Kesimpulannya… 4/5 Untuk Ebook Ini

Ebook ini hanya sesuai dimiliki oleh blogger, atau pemilik laman web yang memahami kepentingan mempunyai jumlah pelawat yang banyak di internet. Isi kandungan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini juga adalah jauh lebih baik daripada ebook-ebook yang sama topik perbincangannya. Ia mudah difahami, dan dapat mendorong kita sebagai pembaca untuk terus bertindak.

Sekiranya berminat, boleh klik di sini untuk membeli ebook ini, dan dapatkan bonus bernilai lebih RM150 secara PERCUMA daripada Aqif Azizan & Hasbul Aqill.