seo

10 Tip Asas SEO – Pemasaran Di Google

ings0721032

Apa itu SEO? Bagi anda yang pertama kali dengar term SEO ini pastinya anda terpinga-pinga,  SEO ni adalah short form untuk SEARCH ENGINE OPTIMIZATION.  Tak perlu lah saya huraikan panjang lebar mengenai term-term ini .. ringkasnya begini pemasaran seo adalah bertujuan untuk meletakkan website atau blog kita di halaman muka hadapan Google dengan kata kunci yang telah kita pilih.

Katakanlah kita nak promosikan ebook mengenai resepi kek coklat, sudah tentu kita mahukan blog kita muncul di muka pertama google dengan carian “resepi kek coklat” . “kekcoklat ” , “cara buat kek coklat”

Ilmu mengenai SEO ini sebenarnya sangat luas & kalau anda nak belajar mengenai SEO ini silalah rajin-rajin kan diri buat research di google , youtube ataupun forum-forum yang berkaitan ye :)

Dalam post ini saya akan kongsikan asas SEO menggunakan blog platform wordpress self-hosted,  sebab saya rasa ini adalah platform yang paling mesra pengguna untuk semua golongan newbie mahupun expert. Untuk cara ini anda mestilah mempunyai domain name & hosting sendiri,  Domain ni saya biasanya beli di website Godaddy.com manakala hosting yang saya gunakan ialah hostgator.

Sekarang mari kita mulakan ulang kaji pelajaran :)

Ok sebelum itu pastikan anda sudah pun membeli domain & hosting serta dah install blog wordpress, jika anda tidak tahu bagaimana nak pasang blog wordpress sila refer di “bahagian ini belajar buat blog” Saya bukanlah seorang yang handal dalam SEO namun yang saya tahu SEO ni terbahagi kepada 2 aktiviti yang dinamakan on-page seo & off-page SEO, Kedua-dua proses ini perlu dilakukan untuk mendapat 1st page di enjen carian google. Untuk pembelian nama domain, saya sarankan pilih domain yang berkaitan dengan kata kunci yang anda pilih serta elakkan menggunakan simbol ” – ” atau nombor pada domain anda. Kalau anda nak beli domain resepikekcoklat.com tapi dah orang lain ambil , beli sahaja domain lain yang berkaitan seperti kekcoklatlazat.com atau panduankekcoklat.com cari sampai dapat. Saya sarankan juga nama domain tidak terlalu panjang supaya pelawat anda lebih mudah ingat & senang untuk menaip di browser. Jangan terlalu banyak berfikir nak pilih domain yang sesuai, kalau anda nak fokus seo pilih domain berdasarkan keyword yang berkaitan, kalau anda nak buat untuk branding belilah domain atas nama branding anda.

5 TIP ASAS PEMASARAN SEO (ON-PAGE)

1) Selitkan keyword yang dah dipilih kedalam post anda, letakkannya di tajuk dan kandungan, jangan terlalu letak banyak keyword, jika panjang artikel anda adalah 1000 perkataan, jangan lebih dari 5 keyword, keyword yang terlalu banyak akan menjadikan artikel anda cacat malah google juga akan mengangap blog anda spam! Jadikan artikel di blog anda nampak natural

2) Masukkan link-link yang berkaitan di aritkel anda, contohnya link ke wikipedia, link ke youtube , link ke squidoo lens, link ke amazon , link ke blog-blog lain, senang cerita masukkan link-link website yang disukai oleh google, atau milik google sendiri, Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang rajin untuk berkongsi maklumat serta memberi lebih manfaat pada pelawat blog anda, Google Pasti suka!

3) Selalu update kandungan blog, pernah dengan content is king? ye dari dulu sampai sekarang content masih lagi kekal sebagai king, manakala marketing adalah sebagai Queen :P . Blog yang sentiasa update dengan info-info terbaru akan memberikan lebih banyak traffik yang natural dari google. Misalnya blog ini setiap kali update mesti pelawat meningkat mendadak.. dari kurang 100 sehari terus naik 400 – 500 pelawat sehari selepas saya update content terbaru.

4) Kayakan kandungan anda – selain dari artikel, masukkan lagi element lain seperti video youtube, gambar & sebagainya. perasan tak kenapa post-post saya ada video youtube? nampak kan? hehe, ini juga membuatkan pembaca blog anda tidak mudah bosan :)

5) Hasilkan page – contohnya bahagian about me (tentang anda) , borang hubungi , & beberapa lagi page yang mungkin anda boleh hasilkan, lihat contoh page yang saya hasilkan di blog ini di bahagian atas.

5 TIP ASAS PEMASARAN SEO (OFF-PAGE)

1) Blog comment – Komen dan letakkan link blog anda di bahagian komen blog-blog yang berkaitan dengan niche anda, pastikan blog tersebut mempunyai PR yang tinggi , mempunyai traffik yang tinggi , serta mempunyai kandungan-kandungan yang berkualiti, untuk cara ni gunakan pliugin browser yang dinamakan SEO-Quake , percuma sahaja :)

2) Pemasaran Artikel – Hasilkan artikel dan hantarkannya ke artikel-artikel direktori,  dan letakkan link ke blog anda, selitkan keyword anda sebagai anchor text (hyperlink) ke blog anda.

3) Pemasaran forum – Letakkan link di bahagian signature anda

4) Jangan terlalu kerap melakukan pemasaran off-page ini,  terutama blog yang baru siap, kayakan dahulu blog dengan kandungan selepas beberapa minggu barulah buat pemasaran off page ini, manakala jika melakukan posting di blog komen ataupun forum, pastikan baca dahulu topik yang disajikan dan komen lah dengan berertika,

5) Aktifkan diri di halaman social seperti yahoo answer , Facebook & kongsikan link blog anda.

Jika anda perhatikan aktiviti off-page seo adalah aktiviti yang sebenarnya sangat membosankan malah melambatkan, sebab itulah untuk kerja-kerja SEO ini saya hanya upah orang lain buatkan, untuk blog ini saya tak pernah buat offpage hanya on page sahaja tapi tetap juga boleh menerima traffik yang agak tinggi walaupun masih tak dapat ranking untuk keyword perniagaan internet :P

10 tips asas ini tidak menjamin untuk memberikan anda 1st page google tetapi cukup sekadar sebagai permulaan ke arah untuk mempunyai sebuah hartanah maya sendiri yang berkualiti, kerana anda tetap akan menerima traffik daripada google, malah dapat 1st page google juga tidak menjamin yang pendapatan anda bertambah, cumanya traffik yang datang mungkin lebih berkualiti, Kalau blog anda tidak mampu menjual pun tidak guna dapat 1st page, sebab itu dalam tips asas di atas saya tekankan penggunaan artikel yang berkualiti, yang memudahkan pelawat , yang kaya dengan informasi adalah sangat penting, Kalau pelawat blog sukakan anda, Google Juga pasti SUKA!

Perasan tak saya tak terangkan mengenai cara memilih keyword? nantikan post yang akan datang bagaimana nak memilih keyword yang sesuai untuk pemasaran seo anda! terima kasih kerana sudi membaca artikel ini :)

p/s: Kesimpulan dalam artikel ini ialah pastikan blog anda nampak NATURAL macam yang saya tekankan dalam panduan teknik clickbank saya.

Bonus Teknik Simple Clickbank Oleh Raja Kamil

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman,

Seperti tajuk yang tertera saya sediakan bonus khas kepada mereka yang sudi melakukan pembelian teknik simple clickbank oleh Raja kamil melalui link affiliate saya.

Bonus yang saya sediakan ialah senarai servis yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan tempat pertama di muka hadapan google hanya dengan video youtube.

Disebabkan produk Raja Kamil ini ada kaitan dengan video jadi saya merasakan bonus ini berbaloi untuk dimiliki.

Kenapa anda perlu memiliki bonus ini?

 

1) Anda tidak perlu memilih servis mana yang bagus kerana saya sudah pilihkan.

2) Anda tak perlu bazir banyak duit labur untuk servis-servis yang tak bagus di fiverr seperti mana yang telah saya lalui.

3) Anda juga tak perlu hasilkan video sebab ada servis yang saya gunakan x perlu buat apa-apa, semua dia boleh buatkan sendiri.

Kenapa pula anda perlu memiliki produk Teknik Simple Oleh Raja Kamil ini?

 

1) Teknik yang cukup simple untuk dilakukan dengan modal yang minimum

2) Tak perlu buat blog, artikel , video

3) Tak perlu susah-susah promosi

Semua yang baik jer Zyan cerita nampak sangat nak menjual kaut untung kan …

Sabar sabar.. memang la saya nak menjual boleh dapat duit tapi kalau saya tak promosi teknik simple clickbank ni pun saya tak rugi apa. Cuma nak bagi peluang pada mereka yang belum ada rezeki lagi dengan clickbank mana tahu kalau teknik simple clickbank ni berkesan. Sebab memang tak perlu buat kerja.

Namun risiko teknik ini cuma satu, kurang kukuh anda perlu bergantung dengan youtube sahaja untuk hasilkan jualan. Risiko seperti video di ban atau akaun kena delete adalah perkara biasa dalam video marketing. Lagu-lagu kat youtube yang x promosi apa-apa pun boleh kena delete apatah lagi kita yang terang-terang nak menjual di youtube :) Itu lah pentingnya melakukan percubaan beberapa kali.

Kalau anda seorang yang cepat putus asa misalnya baru upload video xde hasil atau video kene delete terus kecewa , jangan dapatkan produk ini. Bukan produk ini sahaja, apa sahaja produk yang ajar buat duit x perlu dapatkan sebabnya hasilnya kepada diri anda adalah sama berakhir dengan kekecewaan :)

Apa nak buat sekarang ni Zyan kalau saya berminat?

 

1) Beli melalui link saya disini : http://tekniksimpleclickbank.com/hop.php?ref=Zyan

2) Klik pada borang tempahan di forum tersebut, lakukan pembayaran dan teruskan isi maklumat pembayaran anda.

3) Hubungi saya melalui borang contact pada link dibawah ini

http://internetmudah.com/blog/hubungi-saya/

Koleksi Video Di Internet Mudah

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman.

Post kali ni saya hanya nak bagi tahu berkenaan beberapa video yang saya sudah hasilkan semenjak kebelakangan ini.

Antaranya ialah video demo software traffic travis & software keyword XP berdasarkan ramai permintaan yang nak saya buatkan video demo untuk kedua software ni berfungsi

DEMO SOFTWARE TRAFFIC TRAVIS

DEMO SOFTWARE KEYWORD XP

* Untuk Info lebih lanjut mengenai software ini dan cara pembayaran boleh layari post >> keyword xp mudah dan pantas!

Selain itu saya juga anda menyediakan video mengenai pemasaran facebook dan juga blogging dan masih dalam proses pembikinan. Oleh itu saya minta kerjasama daripada anda sekiranya nak saya masukkan apa-apa info lagi untuk video yang akan datang sila komen dibawah ok..

Untuk Mengases video yang saya nyatakan sila layari bahagian menu di ruangan atas blog ini :)  semoga bermanfaat.

Duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank

*  kalau tulisan di blog ni nampak kecil anda boleh zoom di komputer anda dengan hold butang Ctrl dan tekan butang +

  | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang cantik, segak lagi bergaya. Terima kasih kerana masih sudi singgah di blog saya yang cantik ini. Maaf lah kalau saya update blog ni jarang-jarang kadang sebulan tu  1- 2 kali jer . Sebab saya ni bukan blogger, saya hanya seorang yang suka buat duit dengan mempromosikan produk orang lain itulah yang dinamakan affiliate. Saya lebih kearah itu disamping itu saya juga ada melakukan jualan produk fizikal di facebook seperti rakan-rakan yang lain juga. Terima kasih atas semua tunjuk ajar dan maklumat yang saya peroleh di facebook.

Ok cukup la sedikit pengenalan (saje letak pengenalan mana tahu ada pelawat blog yg masih baru dan tak mengenali saya.. hehe). Ok kita sambung berkenaan pos kita pada kali ini. Seperti tajuk yang saya letakkan.. duduk diam-diam pun ada komisen dari clickbank. Macam mana tu?

Disebabkan di facebook ramai yang komen nak tahu saya akan kongsikannya disini.

Kenapa dalam gambar tu saya nampak happy dan kata itu adalah 1st sale? sebab tu mmg 1st sale untuk produk baru yang saya pilih dan promosikan.

Tapi bagaimana Zyan duduk diam-diam pun boleh dapat komisen tu? Jawapannya.. Kita jadi BOS..  kita serahkan semua pada orang lain yang lebih pakar.

Dalam kes ini saya menggunakan wordpress + seo untuk menjana wang diatas. ( oh blog wordpress lagi , seo lagi.. takde benda lain ke Zyan? Susah la semua tu… >_< )

Relak relak.. sebab cara itu sahaja yang berkesan buat saya & kebanyakan mereka yang lain. Kalau anda beli apa-apa panduan buat duit dengan clickbank ke affiliate ke.. anda pusing-pusing pergi mana pun anda akan jumpa cara yang sama cuma cara yang diaplikasikan tu yang berlainan :)

Contohnya macam disini saya tak buat banyak kerja, outsource sahaja pada orang lain.  Sebelum ni saya buat sendiri sebab tak cukup modal.

Dan untuk outsos ni bukan sekadar bayar & lupakan. Bahaya tu.

Ini langkah-langkah yang saya lakukan:

1) Buat keyword research cari 4 – 5 keyword (pembeli ebook teknik cb boleh refer video yang saya buatkan)

2) Pilih sumber nak outsos di mana ( Saya pilih servis di warrior forum yang menyediakan servis guaranteed 1st page)

3) Dah pilih, terus bayar & buat persetujuan keyword apa yang nak rank di 1st page Google

4) Beli domain & install wordpress

5) Serahkan usernama & password wp admin wordpress pada mereka

6) Tunggu sahaja sementara mereka melakukan kesemuanya seperti , masukkan theme yang sesuai , tulis artikel yang mesra SEO, banner , on page & off page SEO  sampai lah berjaya rank di 1st page google untuk salah satu keyword yang kita pilih, (kalau anda tak faham apa yang saya tulis di no 6 ni pun takpe sebab semua mereka yang lakukan. Yang penting kita dapat berada di 1st page google. Itu sahaja )

hek eleh.. senang jer rupanya Zyan..

Senang? Nampak memang senang tapi risikonya macam mana? :)  dah bayar takde apa2 hasil kita juga yang rugi.. rugi dari segi modal & masa (saya lebih rela rugi wang dari rugi masa)

Jadi sebelum melakukan sebarang tindakan untuk outsos ni berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu diambil :

Langkah-langkah keselamatan

1) Pastikan servis tersebut mendapat feedback yang positif dari berpuluh-puluh atau beratus customers. jangan terpengaruh dengan komen sedikit yang positif sebab kemungkinan kalau feedback yang positif itu ada tetapi rendah mereka mungkin “dibayar” untuk mengaburi mata bakal pelanggan seperti kita ni

2) Ini PALING PENTING. ada  1st PAGE GUARANTEED kalau ada MONEY BACK guaranteed lagi bagus

3) Sebelum melakukan pembayaran cuba berhubung dengan mereka melalui email. Tanya apa-apa soalan yang meragukan anda. kalau mereka dapat jawab semuanya dengan bagus dan meyakinkan anda. Baru bayar.

4) Sebagai pelanggan kita juga perlu bertolak ansur. Bukan bayar hari ni minggu depan masih belum nampak di 1st page terus mintak refund. Saya sendiri mengambil masa lebih dari sebulan baru nampak di 1s page. Sebab SEO ni memamg memakan masa ( bergantung pada keyword yang kita pilih).  Mereka yang buat servis ni pun bukan urus kita punya sahaja. Banyak lagi customer mereka yang lain :)

Ok mungkin ada yang nak tahu servis apa yang saya langgan,  ini dia (saya memang tak suka berahsia melainkan info tu saya akan jual.. hehehe)

http://www.warriorforum.com/warrior-special-offers-forum/297112-penguin-proof-blog-creation-services-plus-search-engine-optimization-services-until-your-site-reaches-page-one.html

Sebenarnya ada banyak lagi servis seperti ini di warrior forum tu. Cuma saya pilih yang ini sebab ada banyak feedback yang positif. Servis yang baru-baru pun banyak juga feedback yang bagus-bagus.. yang lebih murah pun ada. Rajin-rajin lah belek ye :) . Kalau anda aktif di sana cuba-cuba lah langgan servis seperti ini daripada membeli panduan-panduan 9 dollar yang pusing-pusing benda sama jer.

Kemudian kalau dah masuk 1st page apa nak buat Zyan?

kekalkan kedudukan! & sentiasa mengawasi kedudukan blog kita tu di google.

Saya menggunakan software traffik travis  dalam melakukan pengawasan. Nampak macam leceh (kalau kita cek satu-satu kat google secara manual) kalau pakai software ni, kita on pc jer dia akan auto run dan akan paparkan semua data-data. kita tinggal tengok jer.

Kalau kita dapat kesan kedudukan dah terkeluar dari 1st page,  ambil tindakan dengan menambah backlink dengan outsos lagi.. boleh refer pada mereka lagi. atau anda boleh gunakan servis yang lebih murah seperti di fiverr. Tapi pastikan backlink adalah backlink yang selamat seperti dari artikel directories , edu site , web 2.0 ,  Bukan dari backlink yang kita sendiri tak tahu mana datangnya. Bahaya lagi2 dengan sistem google yang kini lebih “semarter” . kita perlu  ” play safe”

 

(contoh screenshot dalam traffic travis dalam kempen pemasaran saya yang lain, untuk projek ni saya tak masukkan dalam software lagi)

Dan akhir sekali jangan lupa sediakan modal yang secukupnya. Modal saya dalam kes ini ialah USD99 sahaja (RM300)  dapat 1st sale produk clickbank USD41 bersamaan RM123 lagi 2 sales dah balik modal dah.

Asyik CLICKBANK jer.. ? saya pilih clickbank sebab komisen yang lumayan & dah terbiasa dengan clickbank ni . ada banyak lagi network yang anda boleh pilih sebenarnya seperti  Amazon, markethealth , Commision Junction , kalau buat untuk ADSENSE pun boleh juga dan lain-lain network yang anda rasa sesuai. Cuma saya masih lagi setia dengan clickbank ni.  :)

Ada soalan, pandangan , kritikan? Sila nyatakan dibawah.

 *Saya tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang tindakan yang anda lakukan dari hasil pembacaan di blog ini yang melibatkan sebarang kerugian, masalah dan sebagainya. Saya hanya berkongsi pengalaman. Segala tindakan anda adalah keputusan anda sendiri

Sniper Site Di Muka Pertama Google (Kaji Selidik)

Terima kasih kerana masih lagi setia menjadi pembaca blog ini. Post kali ni ialah berkenaan sniper site. Apa itu sniper site? Sebenarnya saya pernah buat post pasal sniper site ni pada hujung 2010 tapi masa tu saya pun masih belum jelas sangat pasal sniper site, Teknik Sniper site ni dipopularkan oleh seorang anak muda yang bernama George Brown apabila dia melancarkan panduan google sniper sebenarnya saya tak pernah beli pun produk dia sebab pada masa sekarang Google sering kali mengubah peraturan enjen carian mereka, berdasarkan dari perbincangan di forum-forum luar. Google sniper site ini mengajar cara bagaimana mendapat 1st page google dengan satu keyword yang telah kita pilih. Jadi kini anda semua dah tahu  tujuan kita buat sniper site ni hanya satu sahaja iaitu untuk masuk muka pertama Google dengan kata kunci yang kita pilih dengan usaha yang minimum.

Biasanya sniper site digunakan oleh mereka yang mempromosikan produk Amazon, ini kerana Amazon mempunyai conversion rate yang tinggi dan sniper site ni trafik tak lah banyak mana pun. Bergantung pada keyword yang kita pilih.  Keyword yang makin senang nak rank biasanya tak tinggi carian sebab itu lah promosi produk Amazon lebih sesuai berbanding produk digital seperti di clickbank yang memerlukan trafik yang lebih tinggi. Namun tetap ada juga yang menggunakan untuk adsense dan clickbank. Tak salah pun mencuba :)

Baiklah sekarang mari kita mulakan. Dibawah ni adalah hasil trafik yang saya dapat apabila berjaya muncul di muka pertama google dan berada di kedudukan yang paling atas sekali.  Saya target 2 keyword disini.. Carian keyword adalah  4k dan 23k  exact  match sebulan global search . Sebenarnya saya hanya melakukan testing sahaja pada mulanya sebab nak lihat sejauh mana keberkesanan teknik ini dan saya memang tidak mengharapkan hasil yang baik sebab kerenah Google yang sukar untuk dijangka.  Dalam kes ini saya cuba bermain dengan baik,  Saya melakukannya perlahan-lahan dan tidak tergopoh gapah.. saya tidak melakukan sebarang aktiviti berbentuk spam atau apa-apa aktiviti lain yang boleh  mendatangkan kemarahan Uncle Google..

Dan memang tak disangka trafik meledak kini melebihi 600 unik pelawat sehari ada kalanya mencecah 1000 unik pelawat! Fuhh!

Pada bulan pertama mencuba saya berjaya rank untuk keyword yang mempunyai 4k carian sebulan… pada bulan Januari 2012 pula saya berjaya rank untuk keyword yang mempunyai 23k Carian pula :D

(statistik dari plugin slimstats)

(statistik dari Cpanel awstats)

Seperti biasa untuk menghasilkan sesuatu halaman dalam kes ni ialah (sniper site)  mestilah kena sediakan bahan-bahannya dulu.. Macam dalam rancangan masterchef (teringat pulak kat Dr. Ezani yang cun tu.. oh~) .

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1)  Keyword yang kita nak rank

2) Domain dan hosting

3) Backlink yang secukupnya

ya.. hanya 3 bahan sahaja. Nampak macam mudah kan? hehe.. ok mari kita cuba , mudah ke susah.

Read More

Zyan Online Marketing