Category Archives: Ulasan

Mudahnya bina perniagaan internet?

Salam hormat,

Hari ni saya agak gembira kerana diberi peluang untuk melakukan ulasan untuk satu produk yang pada saya agak ringkas tapi penulisnya berjaya menyusun kesemua kandungan dengan begitu teratur sekali..

Produk ini adalah berbentuk Ebook (Fail PDF) mempunyai 75 muka surat disertakan juga beberapa video tutorial supaya pembeli mudah faham terutama bahagian yang perlu kemahiran teknikal.

Tajuk ebook ini ialah “mudahnya bina perniagaan internet” nama penulis ebook ini pula ialah Tuan Syahmi Ahmad

Halaman jualan >> http://binaperniagaaninternet.com/specialoffer2014/

Siapakah golongan yang sesuai untuk mendapatkan produk ini?

Pada pendapat saya semua golongan yang nak memulakan perniagaan mesti dapatkan produk ini, setelah saya teliti kandungan yang dihasilkan, memang ternyata penulis menghasilkan produk ini dengan bersungguh-sungguh.

Walaupun panjangnya 75 muka surat, sedikit pun saya tidak merasa bosan membaca, ini kerana penulis ada sertakan gambar rujukan supaya mudah untuk kita fahamkan.

Sampaikan saya merasa seolah-olah menonton video tutorial sedangkan saya sedang membaca ebook!

Apa yang menariknya produk ini dengan produk-produk lain di pasaran?

KANDUNGANNYA!!

Saya sendiri terkejut, info yang dipaparkan dalam produk ini boleh dimuatkan sebanyak 75 muka surat sahaja.  Setiap perkataan yang ditaip adalah straight to the point, saya jamin sesiapa yang baca pasti terus faham!

Tinggal nak buat sahaja!

Video juga ada disertakan antaranya ialah:

1)   Cara nak edit fail html

2)   Cara design footer & header tanpa photoshop

3)   Cara hasilkan sistem pembayaran

4)   Cara upload fail ke hosting

Selain itu penulis juga ada menyediakan FACEBOOK GROUP untuk support, dalam group tersebut anda boleh mendapatkan support terus dari penulis

Preview Ruangan Download

Screen Shot 2014-03-13 at 3.00.07 PM

Preview Kandungan

Screen Shot 2014-03-13 at 2.56.11 PM

 

Seminar Hartanah Tuan Bri

Pada tahun ni saya sudah mula berjumpa dengan ramai orang bermula pada Januari 2013 saya dah mula hadiri pelbagai seminar boleh kata setiap bulan tahun ni ada sahaja event yang saya hadiri sama ada percuma atau berbayar. Pada 24 Mei 2013 yang lepas saya telah menyertai seminar hartawan hartanah oleh Tuan Bri selama 3 hari berturut-turut di Hotel Puteri Park di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan gambar-gambar yang saya berjaya snap menggunakan henpon saya.

Kalau anda ingin belajar selok belok hartanah boleh hubungi Tuan Bri.. tanya lah dia beribu soalan berkaitan dengan hartanah atau seminar atau workshop . Ni fb beliau

https://www.facebook.com/tuanbri?fref=ts

Kalau anda hubungi dia bagi tau anda dapat info dari internetmudah.com nanti boleh kot dapat diskaun untuk seminar dia itupun kalau dia sudi bagi.

Itu sahaja dari saya. Sekarang doakan saya berjaya dalam bidang hartanah ini.

p/s: banyak lagi gambar sebenarnya tapi saiz besar-besar yang kat bwah ni pun saya dah compress kalau tak nanti nak loading slow

20130524_155252

berbincang sebelum masuk ke dewan seminar…

20130524_170102

Ini bukan mahjong.. ni permainan cashflow.. permainan ni ajar macam mana anda boleh kawal kewangan anda… nak keluar dari perlumbaan tikus

20130525_202902

Ini lah Tuan Bri yang sebelum ni saya ingat dia ni mungkin pemain basketball sb ketinggian dia… dia yang mendidik kami selama 3 hari ni

20130525_174846

Berkenalan dgn ramai kawan-kawan .. best!

20130525_180024

tuan Bri yang hensem & pandai control emosi peserta… kami sentiasa bersemangat & ceria

20130525_202908

Ini team hartawan hartanah saya area subang pj shah damansara.. hehehe! otai facebook pun ada.. faisal abdullah tuuuu…

20130525_190828

Lepas aktiviti jual beli kondo KLCC

 

 

20130526_181727

Kami dapat baju.. walaupun baju xdelah cantik sangat tapi saya rasa bangga.. ketika saya sedang menaip ni saya sedang pakai baju ni.. hehehe!

20130526_185834

Ni Adie Khairie kawan baik saya kenal melalui online tahun ni kami baru start jumpa walaupun dah bertahun contact secara online

20130526_210422

Muka2 ceria sb Tuan Bri belanja nasi lemak.. dalam hati saya kata.. ek eleh nasi lemak sebungkus je? rupanya berbungkus-bungkus nasi lemak ada & lauk seperti ayam , sambal kerang , ikan bilis , tempe & banyak lagi.. saya habis 3 bungkus , satu orange jus .. fuhh.. memang terbaik.. !

20130526_211017

haaa.. nampak x lauk2 tu??

20130524_155219

ni saje jer.. akak yg berdiri tu cantik… (akak ke? ntah aku teka je sb umur aku 23)

 

 

 

20130526_213132

Ni bro Ariff.. dia ni programmer… bukan kembar raja kamil…selera betul tengok dia makan…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jana tambahan RM500 – RM1000 setiap bulan dengan facebook

Salam sejahtera, terima kasih kerana masih setia menjadi pembaca blog saya. Best tak tajuk pos blog saya kali ni. RM500- RM1000 tambahan dengan senang lenang melalui facebook.

Sebenarnya nilai tersebut tidak lah terlalu sukar untuk dihasilkan melalui medium pemasaran facebook kalau anda tahu dan kena dengan caranya.

Kenapa? Ok mula-mula sekali anda mesti set target. Ok katakan anda nak dapatkan RM500 pada bulan hadapan sebagai pendapatan tambahan melalui facebook.

Ada beberapa cara antaranya ialah:

1) Jual produk fizikal atau digital dengan keuntungan bersih sebanyak RM50 seunit sebanyak 10 unit hasilnya anda dah menghasilkan keuntungan bersih RM500 pada bulan tersebut

2) Jual fanpage yang mempunyai 50 000 like dengan harga RM500

3) Buat servis tarik like dengan memasang skrip pada fan page klien dan kenakan caj RM100 untuk setiap customer (dapatkan 5 orang anda dah dapat untung bersih RM500)

4) Promosi produk affiliate yang mempunyai komisen RM50 seunit sebanyak 10 unit

Ada banyak lagi cara lain tapi 4 cara diatas adalah antara yang paling banyak mendapat sambutan dan paling banyak dilakukan oleh rakyat Malaysia

Cara no 1 dan 4 lebih kurang sama dan agak sukar dilakukan oleh kebanyakan orang dan sudah pasti anda memerlukan modal untuk pengiklanan betul x? Misalnya saya sendiri nak jual produk dropship saya laburkan lebih kurang RM30 sehari untuk memastikan produk dropship saya terjual.

Manakala cara no 2 – 3 nampak sukar bagi kebanyakan orang namun kalau anda tahu caranya sebenarnya sangat mudah. Pertama sekali anda mesti tahu bagaimana nak dapatkan like yang banyak kalau guna facebook ads untuk tarik like pun boleh tapi sudah pasti memakan kos betul x? saya ulang memakan kos yang sangat mahal.

Jadi apa macam mana ni? perhatikan pada no 3 pasang skrip app untuk tarik like. Disinilah rahsia yang x ramai orang tahu & tak ramai orang ambik peduli sedangkan mereka sedar mereka sanggup bayar berapa pun asalkan jumlah like page mereka meningkat dan anda sendiri mungkin dah pernah langgan servis untuk dapatkan like ini.

Kini dengan adanya skrip viral samurai x keluaran saudara Affendi Hussin masalah anda kini boleh diselesaikan dengan mudah. Dapatkan skrip viral samuraix ni dan pelajari cara nak pasang lalu lakukan teknik no 2 – 3 mulai minggu hadapan dan tak musthil RM500 – RM1000 atau lebih menjadi milik anda sebagai extra income untuk bulan-bulan yang seterusny..

Untuk melihat video yang saya hasilkan mengenai produk ini sila tonton video dibawah

Untuk dapatkan skrip ini sila layari http://internetmudah.com/blog/samuraix

 

Review Ebook Rahsia Trafik – 10,000 Trafik Sebulan Adalah Satu Penipuan!

Impian untuk memiliki sebuah blog berprofil tinggi, dan mempunyai ribuan pelawat setiap bulan adalah impian majoriti blogger. Sebagai seorang blogger, kita mahukan perhatian secukupnya daripada pembaca. Kita mahu mereka menghargai setiap karya, di saat mereka pertama kali memasuki ke laman blog kita :)

Benar, ramai blogger yang mempunyai skil penulisan yang baik. Ada di antara mereka juga bijak untuk mengupas isu-isu hangat untuk menarik perhatian pembaca.

Tetapi sayangnya…

Mereka sering terlupa, asas untuk meningkatkan trafik blog adalah mengetahui cara untuk mempengaruhi mereka dari pelbagai sudut, supaya mempunyai keinginan untuk melawat domain blog kita.

Bagaimana caranya? Ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan membongkarkan apa yang kita perlu kuasai, untuk menjana 10,000 trafik setiap bulan…

  •   Tanpa perlu mengeluarkan kos berbentuk wang.
  •   Tanpa perlu menipu pembaca untuk menghasilkan headline yang kontroversi.
  •  Tanpa perlu membeli produk-produk informasi lain untuk mengetahui cara meningkatkan jumlah pembaca ke blog kita setiap  bulan.

Ada Apa Dengan Ebook Rahsia Trafik Ini?

 

Ebook ini ditulis oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill. Mereka adalah dua orang anak muda yang begitu aktif membangunkan laman web pendidikan bisnes dan keusahawanan, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini, mereka akan berkongsi sebuah sistem, yang menunjukkan langkah demi langkah untuk menjana 10,000 trafik bermula 3 bulan dari sekarang…

Tanpa melibatkan sebarang kos. Hanya berpandukan kajian dan keputusan yang mereka peroleh, selepas 6 bulan berada dalam situasi try & error .

Bukan itu sahaja, blog Majalah Niaga kini telah membuktikan sendiri mereka berjaya mengekalkan konsistensi jumlah pelawat sebanyak 10,000 setiap bulan. Buat pengetahuan kita, jumlah ini agak sukar diperoleh untuk blog yang berkaitan bisnes dan keusahawanan.

Sekiranya kita mahu membandingkan dengan blog politik, hiburan, diari peribadi yang memperoleh 100,000 pelawat setiap bulan, perbuatan ini tidak adil. Ini kerana blog-blog seperti itu kebanyakan blog yang tidak fokus pada niche. Berbeza dengan Majalah Niaga, blog ini mempunyai fokus dan pembaca tegarnya yang tersendiri. :)

Jadi apa kelebihan yang kita dapat sekiranya memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini?
Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Ebook Formula Blogging – Rahsia Trafik

 

#1 – Hasil keputusan berdasarkan kajian mereka selama 6 bulan – Ini adalah faktor utama mengapa kita mesti memiliki ebook ini. Kerana ia bukan berdasarkan teori semata-mata. Apa yang dikongsikan oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill ini adalah ilmu yang berbeza, dan jarang diceritakan oleh blogger-blogger tempatan.

Malah dalam tempoh 6 bulan, mereka sendiri bergelumang dalam kesusahan untuk mencari rentak bagi meningkatkan jumlah pelawat setiap bulan. Ini bermakna sekiranya kita memiliki ebook ini, maka kita akan memiliki ‘Ilmu Emas’ yang sukar diperoleh di mana-mana.

#2 – Kaedah yang Terbukti Berkesan Berkali-kali – Cara-cara yang mereka kongsikan dalam ebook ini adalah cara yang digunakan sendiri oleh blogger-blogger bertaraf dunia, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Glen Allsop dan ramai lagi.

Bayangkan kita menggunakan cara meningkatkan trafik blog yang sudah terbukti berkesan, malah ia digunakan berkali-kali oleh blogger bertaraf autoriti di peringkat antarabangsa…Bagaimana agaknya hasil yang bakal kita peroleh kelak? Setidak-tidaknya, penambahan 1,000 pelawat ekstra setiap bulan akan berlaku, sekiranya kita memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ hari ini.

#3 – Ibarat Teknik Copy & Paste – Baik. Secara jujurnya, kita sudah penat dengan penulis yang menulis ebook berdasarkan teori yang panjang berjela, kemudian menyukarkan kita untuk memahami. Apabila kita sukar untuk memahami, maka ia akan menyukarkan kita untuk bertindak. Berbeza dengan ebook ini, ia adalah panduan berbentuk praktikal.

Mereka tidak bercerita panjang lebar mengenai teori (Hanya sedikit sahaja di tahap permulaan… Dan itu adalah untuk kebaikan kita juga).Apa yang kita perlu lakukan, hanya tiru semula apa yang mereka lakukan. Gunakan teknik itu sebaik-baiknya dan mula lihat limpahan trafik ke blog kita.

#4 – Ia Berkesan Terhadap Blog Niche Lain – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini hanya berkesan untuk blog seperti Majalah Niaga sahaja? Jawapannya, tidak. Ia berkesan untuk semua niche blog lain. Tidak kira blog peribadi, blog keagamaan, blog percintaan dan pelbagai lagi. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi meningkatkan trafik blog secara drastik… Malah akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger autoriti.

Bagaimana Pula Dengan Kekurangan Ebook Ini?

 

Ebook ini bukan ebook yang sempurna untuk kita tatapi, bagi menguasai cara meningkatkan trafik blog tanpa sebarang kos.

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam ebook ini adalah:

Setiap kerja mengambil masa – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan memberikan hasil dalam masa 24 jam atau kurang? Tidak. Ia memerlukan usaha yang berterusan sebelum kita dapat melihat hasilnya. Tetapi apa yang berbeza adalah, teknik ini adalah teknik yang terbukti berkesan. Kita tidak perlu khuatir untuk menggunakannya.

Mempunyai skil penulisan yang baik – Antara salah satu teknik yang ditunjukkan dalam ebook ini memerlukan blogger memiliki skil penulisan yang baik. Antaranya adalah penggunaan ayat Bahasa Melayu yang lengkap, tatabahasa yang betul dan sedap dibaca. Meskipun begitu, ia adalah bonus bagi yang memiliki skil penulisan yang baik. Ebook ini akan disertakan sekali templet emel untuk menghubungi pemilik blog…

Agar mereka cair dan menerima karya kita untuk diterbitkan dalam blog mereka.
Kesimpulannya… 4/5 Untuk Ebook Ini

Ebook ini hanya sesuai dimiliki oleh blogger, atau pemilik laman web yang memahami kepentingan mempunyai jumlah pelawat yang banyak di internet. Isi kandungan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini juga adalah jauh lebih baik daripada ebook-ebook yang sama topik perbincangannya. Ia mudah difahami, dan dapat mendorong kita sebagai pembaca untuk terus bertindak.

Sekiranya berminat, boleh klik di sini untuk membeli ebook ini, dan dapatkan bonus bernilai lebih RM150 secara PERCUMA daripada Aqif Azizan & Hasbul Aqill.

Pakar E-Book Jamal – Pakar lah sangat ~~

Assalamualaikum & salam sejahtera

Pada post kali ni saya ingin melakukan review berkenaan produk dari bro Jamal kita iaitu PakarEbook.com

Sejak awal tahun 2010 sebenarnya saya sudah rancang nak jual ebook tapi tak kesampaian sebab setiap kali saya  mula menaip ebook,  saya jadi buntu dan tersangkut. Saya ada kaji ebook yang saya beli sebelum ini untuk dijadikan sebagai rujukan tetapi saya tetap juga tidak boleh menghasilkan ebook sampaikan saya rasa saya memang tak layak untuk tulis ebook. Kemudian apabila Saudara Jamal lancarkan Pakarebook.com , saya jadi tertarik.. mana taknya.. saya kenal beliau sejak beliau newbie di forum wangcyber lagi..  semasa dia masih malu-malu lagi berforum siap pakai ID pelik2 lagi .. tak lama kemudian beliau dah berjaya  jual bermacam jenis ebook & mendapat hasil yang sangat menguntungkan jadi mengapa tidak saya cuba dapatkan ebook beliau..?

Selepas beli ebook beliau saya berjaya menghasilkan ebook saya yang pertama yang dinamakan Teknik Clickbank (TCB) . Penghasilan Ebook TCB adalah hasil  dari panduan dari PakarEbook.com .  Dalam pakar ebook memang banyak sangat maklumat kalau nak baca semua sekali gus dan praktikkannya terus memang akan mengambil masa. Seperti saya, saya hanya memfokuskan pada bahagian bagaimana nak hasilkan ebook dan cara menghasilkan surat jualan.. bahagian pemasaran produk saya tidak sempat nak khatamkan..

Sebab itulah semasa pelancaran ebook saya pada bulan April yang lepas agak kelam kabut.. mana taknya.. ajak JV pun last minute.. masa yang tak sesuai.. banyak kali tangguh dan macam2 lagi perkara.. tetapi disebabkan kualiti ebook yang dihasilkan dari panduan pakar ebook , ebook pertama saya yang mempunyai 94 halaman ni tetap juga berjaya menghasilkan jualan sebanyak RM20,000+ UNTUNG BERSIH dan jualan masih berterusan sehinggalah hari ini..

(sekarang saya tutup jualan ebook sempena hari cuti.. lagipun saya dah penat sebenarnya nak support pembeli sebelum ini.. kalau tutup mungkin saya dapat beri perhatian lebih kepada mereka )

Dibawah ini merupakan hasil yang saya dapat pada hari pertama saya lancarkan ebook saya di forum wangcyber sahaja. sehinggakan saya terpaksa tutup jualan untuk memberi ruang JV partner dan pembeli terawal mempromosikan ebook saya.


Tempahan masuk email tak henti-henti~~ oh~

Bagi anda yang ingin menjalankan perniagaan ebook. saya sarankan dapatkan pakej ebook dari Saudara Jamal.  Antara produk yang terhebat pernah saya beli!

Jual ebook ni bukan hanya keuntungan semata-mata, sebenarnya lebih dari itu.. pengalaman saya jual ebook ni saya kini lebih dikenali saya juga telah kenal ramai orang yang sama minat dengan saya.  Membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadi seorang usahawan internet!