Theme baru blog saya

Salam hormat..

Saya baru sahaja update blog ini dengan theme yang baru.. yang lebih kemas & padat.  cuma dari segi saiz video agak kecil jadi untuk view video yang dah saya masukkan sebelum ini terus sahaja klik pada view on youtube.. lihat terus di youtube ye..

Ok itu sahaja :P

Esok jika ada masa saya update blog ni ..  :)

 

Zyan

smile always :)

RM810 Komisen Affiliate Guna Facebook Profile

Salam hormat :)

Saya baru sahaja menghasilkan video panduan bagaimana nak generate pendapatan melalui affiliate di pasaran tempatan. Yang paling best saya tidak gunakan sebarang bonus atau sebarang promosi secara besar-besaran. Hanya menggunakan facebook profile saya sahaja. Sila tonton dibawah dan komen untuk sebarang pertanyaan :)

Video diatas adalah atas permintaan rakan-rakan di facebook sekiranya anda belum menjadi rakan saya di facebook sila add dulu ye  supaya anda tidak terlepas update-update yang menarik :)

Link FB saya :  http://facebook.com/zyanfb

 

Cara buat duit dengan affiliate tempatan?

Salam hormat,

Untuk artikel di blog kali ni ialah berkaitan dengan affiliate, ramai pm saya di facebook macam mana nak buat duit dengan affiliate. Sebabnya saya juga adalah salah seorang yang menganjurkan program affiliate untuk produk saya seperti Teknikclickbank.com & juga Pemasaranvideo.com. Setiap hujung bulan saya akan membayar komisen kepada ejen-ejen affiliate saya supaya mereka berterusan mempromosikan produk saya.

Konsep affiliate ialah anda menjadi orang tengah yang mempromosikan produk orang lain. anda hanya perlu sebarkan link affiliate anda di mana-mana sahaja yang anda ingin promosikan bila pelawat klik link affiliate anda dan melakukan pembelian maka disitulah terhasilnya komisen buat anda. Anda tak perlu berurusan dengan pelanggan kecuali kalau anda ada sertakan bonus jadi anda perlu hubungi mereka untuk memberikan bonus affiliate tersebut.

affiliates

Persoalan sekarang bagaimana nak buat duit dengan program affiliate ni dengan betul?

Ramai yang bagi nasihat sila kumpul list.. kumpul list..

Apa itu list? List ialah senarai database maklumat pelanggan atau bakal pelanggan dalam bentuk email. Semakin banyak list seseorang itu semakin tinggi peluang untuk dia menghasilkan jualan. Sebab itu lah ramai marketer sangat menekankan penggunaaan email marketing atau dalam bahasa melayu dipanggil pemasaran email.

Memang tak dinafikan ramai marketer yang berjaya dengan menggunakan pemasaran email. lihat sahaja nama-nama seperti tuan Najib (Pakar Ebay ) , Razif Yusof , Raja Kamil, Zamri Nanyan , Jamaludin Bahari , Rahman Basri , Ammar Zahar , CIkgu Hafiz Anwar & banyak lagi..

Mereka ni antara marketer yang hebat dalam melakukan pemasaran email. Jadi tidak hairanlah mereka ni selalu bagi saranan supaya kumpul list, kumpul list, kumpul list.

Tapi sebelum itu mari kita ingat-ingat semula kenapa manusia membeli? Apa yang menjadi faktor mereka untuk membeli? Antaranya ialah KEPERCAYAAN & KEYAKINAN.. betul x? Kemudian faktor KEHENDAK & KEPERLUAN betul x? Lagi? EMOSI .. takut , bimbang , risau , kan? & banyak lagi lah faktor-faktornya.. Jadi silalah gunakan faktor-faktor ini dalam melakukan pemasaran untuk menghasilkan apa sahaja jualan termasuk affiliate..

Jadi bagaimana nak buat duit dengan affiliate ni Zyan?

Perkara Pertama:

Anda mesti tahu & faham produk apa yang anda sedang promosikan. kalau anda sendiri pun tak faham produk apa yang anda promosikan macam mana anda nak buat pemasaran? Siapa golongan yang memerlukan produk tersebut? Adakah produk tersebut boleh menyelesaikan masalah orang lain? Apakah manfaatnya jika orang membeli? Adakah orang lain akan gembira apabila memilikinya? adakah produk itu yang selama ini dicari oleh golongan tersebut?

Perkara Kedua:

Bina kredibiliti! Kalau anda orang pun x kenal, macam mana anda nak hasilkan jualan dengan banyak? Saya ambil contoh.. anda sedang makan di restoran masa tu anda tgh makan lobster.. fuhh memang sedap.. tiba2 ada orang yang x dikenali macam orang pakistan dia offer minyak wangi berharga RM10. Anda nak beli x? Dah lah x kenal pastu offer minyak wangi pulak. Tapi bandingkan kalau kawan baik anda sendiri yang offer minyak wangi tersebut dengan harga RM15. Atas dasar percaya & yakin kemungkinan besar anda akan beli 3 botol terus.

Macam mana nak bina kredibiliti? BANYAKKAN SHARING MAKLUMAT YANG BERGUNA UNTUK MANUSIA! Tak kiralah melalui medium FACEBOOK atau BLOG. Yang penting anda SHARING! Bila orang dah mula kenal anda, Anda jual apa pun InsyaAllah Laku sama ada produk sendiri atau pun produk orang lain (Affiliate) terutama produk digital.

Perkara Ketiga:

Gunakan teknik pemasaran yang betul. Contohnya salah satu pemasaran ialah melalui email. Pemasaran email ini bukan hanya sekadar tulis email promosi lepastu tekan butang hantar ke list anda. Tidak! Anda juga kena melakukan banyak SHARING MELALUI EMAIL sebelum mempromosi sebarang produk kepada list anda. Sama lah juga menggunakan update status facebook anda. Kalau tiap kali anda update status promosi produk, mesti ramai akan remove anda sebagai kawan. Sebaliknya kalau anda melakukan banyak perkongsian yang menarik orang akan suka & percaya pada anda dan tak segan2 nak beli melalui anda. Misalnya saya sendiri dapat PM dia tanya saya, ada bonus tak kalau dia beli produk XX melalui link affiliate saya.. Lihat.. sampai macam tu sekali walaupun saya tak buat apa-apa promosi untuk produk tersebut malah daftar affiliate pun tak lagi.. haaa,.. ini dah masuk kembali bab krebitiliti dah..

Ok sambung semula.. Bila sebut sahaja mengenai pemasaran untuk buat duit melalui affiliate di pasaran tempatan. Gunakan 3 medium ini sahaja iaitu BLOG , FACEBOOK & EMAIL. Anda nak guna ketiga-tiga medium ini atau salah satu pun tiada masalah. Tapi syaratnya medium yang anda pilih mestilah mempunyai ramai pelawat. Kalau blog anda tiada pelawat atau pelawat sikit? macam mana nak hasilkan duit affiliate yang banyak? Sama lah juga kalau facebook anda tak ramai kawan atau senarai email anda sedikit atau tiada langsung anda tidak akan mengasilkan sebarang jualan affiliate.

Bagaimana dengan teknik berbayar Zyan?

Well.. contohnya macam FB ads.. ada juga ejen affiliate yang menggunakan kaedah fb ads ni tapi anda ada satu lagi kemahiran yang perlu anda kuasai iaitu AYAT CINTA. Anda kena pandai buat AYAT IKLAN YANG POWER! GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN. Kebanyakan orang apabila menggunakan element berbayar mereka mengabaikan elemet KREDIBILITI jadi AYAT-AYAT CINTA ini lah yang akan menggantikan element krebiliti tersebut untuk menghasilkan jualan. Sama lah macam penjual-penjual produk fizikal di facebook yang rata-rata menggunakan ayat-ayat cinta seperti ini.

Bagaimana pula dengan teknik Bonus?

Teknik ini pun antara yang paling ramai orang gunakan. Iaitu offer bonus! Kalau anda nak offer bonus sila offer dengan bonus yang susah orang nak lepaskan. Contohnya produk anda sendiri yang mahal harganya.. atau apa sahaja yang nilainya sangat berbaloi untuk dimiliki.

Kebetulan ketika saya menulis artkel ini saya ternampak satu program yang dilancarkan iaitu program tentera Affiliate anjuran Tuan Haszoor. Saya tak berapa rapat dengan beliau kami hanya kenal melaui online sahaja. Haritu kat bengkel pun terserempak tapi x sempat nak tegur. Yang pasti beliau adalah antara individu yang hebat dalam pemasaran email.

Mengenai Program Tentera Affiliate.

Ianya adalah gabungan:

  • Online Coaching & Mentoring
  • Support Group + 7 Ebook Ringkas
  • Segala bantuan akan diberikan dalam group.
  • Temph pembelajaran: LIFETIME MEMBERSHIP
  • Hanya dibuka untuk 300 orang pertama sahaja.

LINK PENDAFTARAN

Semoga artikel ini bermanfaat. jangan lupa kongsikan di facebook :)

Adakah dengan affiliate anda boleh buat full time?

Sabtu lepas ada seorang hamba Allah menelefon saya, kalau anda nak tahu saya ni susah sangat nak bagi no telefon pada orang kalau untuk tujuan sekadar cakap2 pasal bisnes kecuali kalau pernah jumpa diluar seperti di seminar atau workshop, sb calling atau sms saya lebih utamakan utk close deal terus dengan customer, Tetapi entah kenapa saya baik hati sgt bagi no telefon saya pada beliau…

ok ceritanya begini, dia mintak saya berikan nasihat mengenai internet marketing sebab ini mempengaruhi karier beliau sekarang. Pada mulanya saya menyangka beliau seorang usahawan internet part time yang ingin mengubah haluan menjadi full time & meninggalkan karier sekarang.. Tetapi hakikatnya beliau hanya seorang affiliate marketer yang tidak berapa nak aktif malah kerjaya sekarang ni mungkin akan diterminate pada bila-bila masa sahaja.. ditambah lagi dengan kerja yang sangat tertekan.. ini yang diberitahu pada saya.

Untuk pengetahuan anda.. Perkara sebegini bukanlah pertama kali berlaku, sebelum ni banyak dah yang hantar email pada saya yang meluahkan masalah yang melibatkan kewangan..

Ok persoalan sekarang ni… adakah dengan affiliate marketing sahaja sudah cukup untuk anda jana pendapatan secara full time?

aff

Jawapannya ya & tidak..

Ini pendapat saya..

Kalau anda sekadar fokus pada affiliate tempatan anda tak boleh buat full time, sebabnya affiliate untuk pasaran tempatan belum lagi meluas, malah produk yang benar2 boleh menghasilkan jualan juga terhad, pusing2 pun produk pasal duit, pasal pelaburan, pasal perniagaan internet, kerjaya, asalkan ada kaitan dengan duit, selain duit tak lain tak bukan.. seks.. maaf ni mmg realiti..

melainkan kalau anda ada buat seminar , ceramah & produk sendiri mengenai affiliate marketing. Contohnya anda menjadi top 5 affiliate untuk produk XYZ , anda boleh tunjukkan bukti pendapatan anda pada umum lalu hasilkan satu panduan bagaimana anda peroleh kejayaan tersebut lalu anda jualkan pada umum.. kemudian bila produk anda dah laku banyak.. anda boleh buat seminar pula, kemudian workshop , personal coaching, kemudian premium workshop & sebagainya.. berapa banyak dah duit anda dah dapat?

Nah! Dari sini anda boleh jadi full time bukan sahaja sebagai affiliate marketer malah sebagai penjual produk informasi , penceramah/speaker. Atau mungkin anda dah takkan buat affiliate lagi sebab income dari memberi talk lebih banyak (jual air liur jer) – Namun cara ini bukanlah mudah seperti yang disangka. Perlu dilakukannya peringkat demi peringkat supaya kredbiliti terjaga.

Tapi takkanlah baru sekali jadi top affiliate anda terus nak ajar orang? Anda mestilah berkali-kali barulah orang akan percaya & yakin dengan anda .. :)

Tapi Zyan kalau saya tak nak buat semua tu macam mana? Saya tak mahu dikenali.. saya nak stay under radar.. tapi income banyak melalui affiliate.

Jawapannya boleh tapi syaratnya anda mesti aktif di pasaran antarabangsa. Sebabnya target pasaran anda satu dunia.. walaupun produk yang anda promosikan hanya 1 atau 2 tapi memang lumayan.

Kalau anda ada tonton video case study saya clickbank + fb ads iaitu pakej oto pemasaranvideo.com anda akan nampak bagaimana saya peroleh USD900 atau bersamaan RM1800 setiap bulan hanya promosikan 1 produk sahaja. Produk pula berkaitan dengan hobi tiada sebarang kaitan dengan wang.. itu baru 1 produk & satu teknik promosi.. belum campur produk lain serta promosi yang dilakukan menggunakan teknik video. katakanlah paling busuk pun RM5000 anda boleh dapat dari 3 produk yang anda promosikan.. anda boleh maintain selama 6 bulan berturut-turut kemudian Anda nak berhenti kerja? logik la jugak kan? Kalau saya nak buat full time hanya melalui affiliate macam ni pun boleh cuma saya tak suka bergantung pada 1 sumber pendapatan sahaja.

Tapi Kalau anda promosi panduan cara nak main piano atau gitar atau main drum di pasaran tempatan dalam bahasa melayu (itupun kalau ada) anda rasa ada orang beli ke? ye sudah tentu ada tapi boleh ke anda maintain RM1800 setiap bulan jual panduan bermain piano yang mungkin komisen RM30 – RM50? lalu anda berharap dapat berhenti kerja? Boleh fikir sendiri..

Nak buat full time di pasaran tempatan ini ada banyak cara sebenarnya, cara yang terbaik ialah dengan mempunyai produk sendiri & anda ada banyak ejen yang promosikan produk anda tersebut dengan aktif. Lagi mantap kalau ada banyak cawangan macam kedai burger abang burn :D  Bagi saya inilah cara paling berkesan. Kalau setakat affiliate memang x cukup :)

Ini hanya pendapat saya mungkin ada pihak yang x sukakan pendapat saya ni..lain orang lain pendapat kan…ini kan belog saya jadi saya berhak suarakan apa saja..  he he he..

Oh ye.. berbalik kepada kisah hamba Allah yang saya sebutkan pada awal tadi.. Saya sarankan beliau untuk menjual barangan fizikal melalui facebook untuk pendapatan yang lebih mudah & pantas..  cara ini juga lebih solid & boleh dijadikan sebagai ilmu persediaan untuk buat secara Full Time ;)

Seminar Hartanah Tuan Bri

Pada tahun ni saya sudah mula berjumpa dengan ramai orang bermula pada Januari 2013 saya dah mula hadiri pelbagai seminar boleh kata setiap bulan tahun ni ada sahaja event yang saya hadiri sama ada percuma atau berbayar. Pada 24 Mei 2013 yang lepas saya telah menyertai seminar hartawan hartanah oleh Tuan Bri selama 3 hari berturut-turut di Hotel Puteri Park di Kuala Lumpur.

Berikut merupakan gambar-gambar yang saya berjaya snap menggunakan henpon saya.

Kalau anda ingin belajar selok belok hartanah boleh hubungi Tuan Bri.. tanya lah dia beribu soalan berkaitan dengan hartanah atau seminar atau workshop . Ni fb beliau

https://www.facebook.com/tuanbri?fref=ts

Kalau anda hubungi dia bagi tau anda dapat info dari internetmudah.com nanti boleh kot dapat diskaun untuk seminar dia itupun kalau dia sudi bagi.

Itu sahaja dari saya. Sekarang doakan saya berjaya dalam bidang hartanah ini.

p/s: banyak lagi gambar sebenarnya tapi saiz besar-besar yang kat bwah ni pun saya dah compress kalau tak nanti nak loading slow

20130524_155252

berbincang sebelum masuk ke dewan seminar…

20130524_170102

Ini bukan mahjong.. ni permainan cashflow.. permainan ni ajar macam mana anda boleh kawal kewangan anda… nak keluar dari perlumbaan tikus

20130525_202902

Ini lah Tuan Bri yang sebelum ni saya ingat dia ni mungkin pemain basketball sb ketinggian dia… dia yang mendidik kami selama 3 hari ni

20130525_174846

Berkenalan dgn ramai kawan-kawan .. best!

20130525_180024

tuan Bri yang hensem & pandai control emosi peserta… kami sentiasa bersemangat & ceria

20130525_202908

Ini team hartawan hartanah saya area subang pj shah damansara.. hehehe! otai facebook pun ada.. faisal abdullah tuuuu…

20130525_190828

Lepas aktiviti jual beli kondo KLCC

 

 

20130526_181727

Kami dapat baju.. walaupun baju xdelah cantik sangat tapi saya rasa bangga.. ketika saya sedang menaip ni saya sedang pakai baju ni.. hehehe!

20130526_185834

Ni Adie Khairie kawan baik saya kenal melalui online tahun ni kami baru start jumpa walaupun dah bertahun contact secara online

20130526_210422

Muka2 ceria sb Tuan Bri belanja nasi lemak.. dalam hati saya kata.. ek eleh nasi lemak sebungkus je? rupanya berbungkus-bungkus nasi lemak ada & lauk seperti ayam , sambal kerang , ikan bilis , tempe & banyak lagi.. saya habis 3 bungkus , satu orange jus .. fuhh.. memang terbaik.. !

20130526_211017

haaa.. nampak x lauk2 tu??

20130524_155219

ni saje jer.. akak yg berdiri tu cantik… (akak ke? ntah aku teka je sb umur aku 23)

 

 

 

20130526_213132

Ni bro Ariff.. dia ni programmer… bukan kembar raja kamil…selera betul tengok dia makan…