youtube

Bonus Teknik Simple Clickbank Oleh Raja Kamil

Salam sejahtera kepada pembaca blog saya yang budiman,

Seperti tajuk yang tertera saya sediakan bonus khas kepada mereka yang sudi melakukan pembelian teknik simple clickbank oleh Raja kamil melalui link affiliate saya.

Bonus yang saya sediakan ialah senarai servis yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan tempat pertama di muka hadapan google hanya dengan video youtube.

Disebabkan produk Raja Kamil ini ada kaitan dengan video jadi saya merasakan bonus ini berbaloi untuk dimiliki.

Kenapa anda perlu memiliki bonus ini?

 

1) Anda tidak perlu memilih servis mana yang bagus kerana saya sudah pilihkan.

2) Anda tak perlu bazir banyak duit labur untuk servis-servis yang tak bagus di fiverr seperti mana yang telah saya lalui.

3) Anda juga tak perlu hasilkan video sebab ada servis yang saya gunakan x perlu buat apa-apa, semua dia boleh buatkan sendiri.

Kenapa pula anda perlu memiliki produk Teknik Simple Oleh Raja Kamil ini?

 

1) Teknik yang cukup simple untuk dilakukan dengan modal yang minimum

2) Tak perlu buat blog, artikel , video

3) Tak perlu susah-susah promosi

Semua yang baik jer Zyan cerita nampak sangat nak menjual kaut untung kan …

Sabar sabar.. memang la saya nak menjual boleh dapat duit tapi kalau saya tak promosi teknik simple clickbank ni pun saya tak rugi apa. Cuma nak bagi peluang pada mereka yang belum ada rezeki lagi dengan clickbank mana tahu kalau teknik simple clickbank ni berkesan. Sebab memang tak perlu buat kerja.

Namun risiko teknik ini cuma satu, kurang kukuh anda perlu bergantung dengan youtube sahaja untuk hasilkan jualan. Risiko seperti video di ban atau akaun kena delete adalah perkara biasa dalam video marketing. Lagu-lagu kat youtube yang x promosi apa-apa pun boleh kena delete apatah lagi kita yang terang-terang nak menjual di youtube :) Itu lah pentingnya melakukan percubaan beberapa kali.

Kalau anda seorang yang cepat putus asa misalnya baru upload video xde hasil atau video kene delete terus kecewa , jangan dapatkan produk ini. Bukan produk ini sahaja, apa sahaja produk yang ajar buat duit x perlu dapatkan sebabnya hasilnya kepada diri anda adalah sama berakhir dengan kekecewaan :)

Apa nak buat sekarang ni Zyan kalau saya berminat?

 

1) Beli melalui link saya disini : http://tekniksimpleclickbank.com/hop.php?ref=Zyan

2) Klik pada borang tempahan di forum tersebut, lakukan pembayaran dan teruskan isi maklumat pembayaran anda.

3) Hubungi saya melalui borang contact pada link dibawah ini

http://internetmudah.com/blog/hubungi-saya/

Soal Jawab Clickbank part 2 ( VIDEO )

Assalamualaikum & salam sejahtera

 

Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan 4 tahun 2012. Pada tahun ini antara projek yang saya lakukan dan boleh dikatakan sangat mencabar adalah menjual produk fizikal melalui facebook. Lagipun jualan produk clickbank yang saya promosikan sudahpun autopilot nak lupakan terus pun tiada masalah sebab jualan tetap boleh maintain setiap 2 minggu tunggu payment dari clickbank jer jadi apa salahnya saya cuba sesuatu yang baru seperti menjual produk fizikal betul tak? saya ni budak baru belajar saya harap ada yang sudi berkongsi pengalaman atau tips dalam berniaga di facebook ni. Buat permulaan sekarang saya menjual produk mainan kanak-kanak :) (pasti ramai tanya ni)

Baiklah dalam post pada kali ni saya cuma nak tunjukkan video yang saya hasilkan percuma buat anda berkenaan soalan-soalan yang kerap saya terima melalui email.

Antaranya ialah:

1) cara menghasilkan link affiliate clickbank
2) cara sembunyikan link affiliate
3) Apa itu anchor text
4) WordPress atau blogpot
5) Berapa jumlah upload video ke youtube

(Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh pilih setting HD dan tukar kepada full screen mode)

 

video bonus: Demo software article rewriter yang saya gunakan

 

Video Soal jawab sebelum ini pun saya ada buat mengenai :

  • Apa itu clickbank
  • Cara pilih produk di clickbank
  • kenapa perlu buat keyword research
  • kenapa perlu landing page?

Anda boleh rujuk pada post blog saya disini kalau  anda terlepas pandang –>  http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Mungkin ada yang tertanya-tanya saya ni masih aktif dengan clickbank ke? masih buat duit dengan clickbank? Atau dah berhenti.. sebenarnya saya tak lah aktif sangat sekarang sebab nak juga fokus pada sumber kewangan yang lain cuma seperti pendapatan dari clickbank , adsense & beberapa affiliate network yang lain sudah pun autopilot.

Ni antara bayaran yang baru diterima dari clickbank

kalau nak lepas tangan pun boleh sebab pendapatan tetap mengalir walaupun tak banyak tapi saya rasa dah lebih dari cukup dan saya perlu tambahkan lagi sumber kewangan. Bukan nak bersifat tamak tapi sebagai langkah berjaga-jaga lagipun saya tak banyak pakai duit pun semua saya simpan buat kahwin   simpanan masa hadapan untuk tujuan yang lebih penting. Itu lebih bagus betul tak?

Sekian buat masa ni kalau ada persoalan/komen/kritikan sila gunakan ruangan komen di bawah ok :)

Ebook Teknik Clickbank Masih Lagi Berkesan

Ada yang bertanya saya teknik dalam ebook saya ni masih lagi berkesan atau tidak? Jawapannya sudah tentu berkesan kalau tak berkesan takkanlah saya nak  post kat blog saya ni :D Nak bukti yang lebih solid? Jom tengok video yang saya baru jer rakam pagi ni..maaf lah sebab kurang terang saya rakam guna henpon jer..

Dah tengok video kat atas? Banyak tak pendapatan sampingan yang saya dapat tu? Bulan depan pun saya tak perlu risau sgt sebab dah siapkan income santai sebanyak RM1700+ tanpa perlu fikir apa-apa lagi dan tidak menggangu projek lain yang lebih penting..

mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli ebook teknik clickbank manakala yang dah beli pula mungkin ragu-ragu nak mencuba. Teknik yang didedahkan dalam ebook saya tu saya dah praktikkannya selama 2 tahun . Bukan saya sahaja malah ramai affiliate yang lebih hebat pun melakukan perkara yang sama kalau lain cara pun tak jauh sangat.  Semua orang buat perkara yang sama.

Jadi apa yang terkandung dalam ebook teknik clickbank yang konon-kononnya hebat sangat? Biar saya ceritakan sedikit.

Langkah pertama anda mesti pilih produk di clickbank! kalau tak pilih macam mana nak ada produk untuk kita promosi betul tak? Dalam ebook ini saya tunjukkan cara bagaimana memilih produk yang bagus.. (kalau anda pilih pakej upgrade saya akan bagi senarai produk-produk di clickbank yang laris jualan)

Langkah kedua anda mestilah melakukan kajian kata kunci. kata kunci atau mat salleh panggil keyword ini sangat penting sebab menjadi asas kepada segala pemasaran anda kelak! (Saya tunjukkan langkah demi langkah dalam ebook ini.. Anda ikut anda pasti dapat!)

Langkah ketiga anda hasilkan landing page! ada yang panggil sebagai money site.. landing page ni boleh jadi bermacam jenis.. ada yang suka guna squidoo , weebly , blog wordpress , blogpsot mengikut cita rasa masing-masing.. ada yang guna squezzpage untuk dapatkan email dahulu & bermacam jenis lagi landing page. Tapi dalam ebook teknik clickbank saya tunjukkan bagaimana menggunakan blogspot lagipun blogspot ni kepunyaan google juga.

Langkah keempat .. promosikan landing page tersebut dalam pelbagai medium seperti artikel & video & seo. Ini adalah langkah yang paling penting untuk mendapatkan trafik ke landing page anda!

Anda ikut apa yang saya tunjuk pasti akan dapat hasil.. Tapi kalau anda asyik persoalkan boleh dapat hasil ke tak? Untung ke tak? Masyuk ke?  Buat teknik tu berkesan ke tak?  Teknik ni berkesan ke tak?  Jawapannya tetap sama… No action No money…

Anda tak buat anda takkan dapat apa-apa…

Anda buat tapi belum dapat duit… At least ada pengalaman…

Pengalaman = menjadikan anda lebih berilmu & seterusnya akan berjaya capai apa yang anda usahakan!

Saya dah lalui semua ni :) giliran anda bila lagi?

Itu sahaja..

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TEKNIK CLICKBANK

(HARGA NAIK RM10 ISNIN 3/10/2011)

Rahsia Duit Dari Youtube Version 2~ PANAS

Minta maaf yer bagi sesiapa yang lama menunggu untuk sambungan entri yang lepas, saya harus jawab email-email yang saya terima mengenai laporan clickbank, Alhamdulillah ada yang sudah hasilkan dollar yang pertama syabas saya ucapkan kepada beliau (member wc tapi tak aktif berforum sangat suka jadi silent reader jerk..jgn main2 Tevez tu… haha )

ok mari kita sambung disebabkan hari ni hari cuti saya ada masa nak menulis blog ni.. sekarang kita akan bincangkan macam mana nak dapat views yang tinggi untuk video kita di youtube.

sebelum itu saya nak bagi tahu anda 2  faktor yang mempengaruh jumlah views video anda. antaranya ialah:

1) Niche video

2) Kualiti video

Niche video

Jika niche anda hot di youtube maka lebih mudah anda akan mendapat views. Untuk mengetahui sama ada video anda akan mendapat sambutan ialah dengan melihat video orang lain yang sama niche dengan anda.. Adakah video mereka mempunyai views yang tinggi? Cara yang terbaik sekali untuk melakukan edisi siasat siasatan ialah melihat video yang di upload pada bulan  atau dalam minggu tersebut.. sekiranya ada video yang sama niche dengan anda diupload pada minggu lepas pun mendapat views cecah 3 angka ini bermakna video yang bakal anda upload juga berpotensi untuk mendapat views yang lebih kurang sama

Namun jika views video mereka tidak mencecah sehingga 3 angka pun itu bukanlah bermakna video anda nanti langsung tidak akan ditonton.. Penonton nya ada tapi untuk jangka masa panjang..  :) Sebagai contoh video yang saya tunjukkan iaitu niche penanaman tomoto dalam laporan buat duit dengan clickbank bukanlah sesuatu yg hot di youtube tetapi untuk mendapat kadar trafik yang berterusan untuk jangka masa panjang adalah sesuatu yang sangat penting lagipun teknik ini percuma tiada apa yang merugikan.

Kualiti Video

pills without prescription justify;”>Sekiranya anda berjaya menghasilkan video yang membuatkan penonton berasa WOW! (kagum) views anda akan meningkat dengan drastiknya disebabkan oleh viral marketing oleh pengguna youtube itu sendiri.. Jika anda mempunyai produk sendiri, syarikat sendiri & ingin menggunakan video sebagai medium mempromosi maka anda perlu menghasilkan video yang sangat-sangat berkualiti & disukai oleh penonton.. ini adalah fakta yang kita sendiri boleh nampak seperti mana video yang di gunakan oleh syarikat-syarikat besar mahupun syarikat-syarikat kecil yang baru nak menapak.

Namun dalam pemasaran affiliate seperti mempromosikan produk clickbank. Kualiti video bukanlah sesuatu yang perlu tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda sampaikan apa yang penonton mahukan. Kita bukannya mahu penonton ingat video kita sehingga terbayang-bayang dalam mimpi mereka sebab kita hanyalah affiliate.  cukup sekadar berikan apa yang mereka mahukan berdasarkan kata kunci yang telah anda kaji. Bagi yang ingin mengetahui video jenis macam mana haruslah download laporan clickbank. kuikui :P

Mengoptimasikan Video Anda Di Youtube

Langkah ini sangat penting supaya video anda mesra youtube. Jika anda melakukan optimasi blog agar mesra enjen carian begitu juga dengan video anda di youtube. Antara caranya ialah :

Pastikan keyword anda berada pada tajuk video , deskripsi , & juga tag. Untuk bahagian tag anda juga boleh copy paste video tag orang lain yang mempunyai views yang tinggi, dengan cara tersebut video anda berpeluang untuk muncul pada halaman related video  yang hot tersebut. mudah kan?

Selain itu anda juga perlu memaksimumkan penggunaan annotation yang disediakan. Suruh mereka like & komen pada video anda. (oh~ bab ini saya lupa nak beritahu dalam laporan clickbank.. sori yer :D ) Sekiranya anda mendapat jumlah like , komen & views yang banyak video anda akan sentiasa mendapat perhatian di mata carian youtube… ehehe…

Ada apa-apa soalan? sila komen insyaAllah saya akan jawab. Selamat Beruploading ! :)

p/s: pastikan kelajuan internet anda berada pada tahap maksima :P

Zyan Online Marketing