Tak Dapat Hasil Dari Internet.. Oh Sedihnye~

Post kali ni tiada kaitan dengan cara nak buat duit.. jana trafik… clickbank..seo atau sebagainya tapi lebih kepada nasihat :D

Banyak juga email yang saya terima mengeluh sebab tak dapat duit dari internet. Dah beli bermacam panduan buat duit.. pergi seminar.. personal coaching.. workshop..  pun masih tak dapat satu sen dari internet.

Sebenarnya bukan anda tak dapat tapi belum dapat..

“bukannya anda gagal tapi belum berjaya”

Jangan bersedih dan jangan putus asa.. anggap semua yang telah anda lalui sebagai pengalaman dan pengajaran buat anda. Saya sendiri pun banyak melalui dugaan dan cabaran, teringat pula masa saya di tingkatan 4 pada masa tu saya memang tak tahu apa-apa saya ulang alik ke cyber cafe menggunakan duit belanja sekolah.. pada masa tu sy diberi RM3 sehari.. saya guna RM1.50 untuk makan dan selebihnya untuk ke cyber cafe sejam mereka caj RM1.50 pada masa tu..

Dah la study pun tak masuk otak.. asyik fikir duit jer dalam kepala sebab keluarga saya bukannya orang senang.. saya kena cari jalan untuk dapatkan duit yang banyak dan bantu mereka secepat mungkin.. lagipun saya satu-satunya lelaki dalam kalangan adik beradik.

Tapi tahukah anda saya mendapat USD saya yang pertama di internet 6 bulan selepas saya tamat SPM. Bayangkan berapa banyak masa yang perlu saya lalui.. Boleh kata hampir 3 tahun juga.. itu pun belum konsisten.. pada tahun 2010 barulah saya mula mendapat rentak dalam melakukan aktiviti buat duit di internet ni dan mula hasilkan produk sendiri hasil dari pengalaman pada 2011 dan kini saya semakin dikenali sehingga mengalahkan Aaron Aziz..

Kenapa saya melalui masa yang sangat lama? Sudah tentu anda tak mahu jadi seperti saya betul tak? Bagaimana nak dapatkan hasil secepat yang mungkin? Jawapannya sudah tentulah anda kena take action dan fokus pada apa yang anda buat.. itu sahaja.

Cakap memang senang tapi tak ramai yang boleh melakukannya… sama juga seperti menyimpan wang sikit-sikit lama-lama jadi bukit tapi tak ramai juga yang boleh menyimpan wang dengan konsisten..

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menjadi Fokus dan konsisten seterusnya mencapai apa yang anda inginkan?

  • Betulkan MINDSET Anda! – Anda MESTI YAKIN yang anda boleh buat. Jangan fikirkan kegagalan selagi anda belum bermula.
  • Perancangan Yang Teliti! – Rancang jalan kerja anda dengan baik. Kalau tak rancang macam mana nak jalan? betul tak?
  • Lakukannya Dengan SEGERA! –  Anda dah ada ilmu? Dah ada perancangan? Lakukannya dengan segera!
  • Selesaikan Masalah segera! – Memang tak dinafikan masalah pasti akan timbul dikala sedang melalui perjalanan.. jadi selesaikannya segera! Anda tak tahu? sila tanya dan dapatkan jawapan! Anda tak pandai? belajar sendiri sampai pandai atau Upah orang lain buatkan! Takde modal? kumpul modal..
  • Jangan PUTUS ASA! – Jangan lah sesekali putus asa.. Ingat kembali apa tujuan anda buat semua ini.. untuk keluarga anda? untuk orang sekeliling anda? apa kesannya nanti kalau anda berjaya? kalau anda putus asa? Apa akan jadi? fikirkan…. :)

Dengan mengikuti tips diatas anda sebenarnya sudah mampu melakukan semua kerja dengan konsisten!

Kalau dia (otai..guru..sifu) boleh buat kenapa tidak anda? Kalau saya pun boleh buat kenapa anda tak boleh? kita semua sama sahaja…

Comments

  1. Cikgu Cinta says:

    Inilah masalah yang saya sedang hadapi.  Masih tercari-cari rentak yang sebenar untuk mendapatkan income dari internet.   Macam2 saya dah buat, beli ebook. Pergi seminar, pergi kursus. Saya pun masih xtau tahu apa salah dan silapnya.  Segalanya masih samar2 untuk menjadi kenyataan.  Saya harap, tuan dapat membantu masalah saya ini…. :(

  2. zyanfb says:

    Ramai yang ada masalah ni cikgu… banyak email yg saya terima cerita perkara yang sama.. sebab itulah saya buat posting macam ni… cara nak selesaikan masalah ni hanya perlu fokus pada satu bidang sahaja dahulu.. tak perlu cuba semua,.. tak perlu belajar semua.. apa kata cikgu cari satu rakan niaga.. kawan baik ke.. buat sama2.. pastikan kawan tu pun minat jugak la nak buat… kalau buat sorang2 mungkin susah nak kekalkan momentum…

  3. Satellite-forpc says:

    thanx you visite
     http://adsense-arbah.blogspot.com

  4. Azam Mohd says:

    salam, dah minat tentu kita tak akan lepaskan hobi ni walaupun belum dapat hasil. dari pengalaman saya, jangan berhenti, teruskan dan Allah hanya beri kejayaaan pada mereka yang konsisten sahaja. Jangan takut gagal. Berbanggalah walau dapat RM1 dan teruskan usaha anda hingga berjaya. Liku2 yang anda lalui akan mengajar bagaimana mengatur strategi di kemudian hari, insyaAllah. Bro Zyan doakan saya berjaya!