Jenis Buat Duit Dan Perniagaan Online Di Malaysia.. Anda Yang Mana?

Tahukah anda semakin hari semakin meningkat jumlah peniaga dalam talian..

Dalam akhbar utusan malaysia mac 2016, lebih kurang 31000 jumlah peniaga online yang telah berdaftar dengan pihak SSM .

Wow!! banyak tuuu!

Namun begitu.. jangan pula anda rasa bimbang atau takut bisnes anda tidak boleh berkembang disebabkan terlalu ramai pesaing.

Saya pasti dari jumlah itu tidak semua berniaga dengan serius termasuklah saya :p

Tambahan pula jumlah itu terdiri dari pelbagai kategori perniagaan..

Mari saya kongsikan antara jenis perniagaan yang dijalankan oleh Rakyat Malaysia secara online! Saya juga turut kongsikan antara kaedah pemasaran online yang banyak digunakan.

Perlu diingatkan kaedah marketing yang saya sebut dibawah ialah antara kaedah yang menurut saya paling berkesan. Kaedah lain juga tetap boleh digunakan. Cuma jika anda pilih untuk fokus 1 kaedah maka saya sudah mudahkan anda untuk buat pilihan:)

Jom baca!

1 – Penjual Produk Fizikal 

Ini yang paling popular, mereka perlu ada stok produk yang sedia untuk di poskan ke pelanggan. Biasanya stok boleh didapati melalui:

  1. Kilang dari Malaysia atau luar negara
  2. Kedai-kedai Pemborong seperti GMklang
  3. Penyertaan sebagai agen atau stokis

Kaedah yang banyak digunakan untuk promosi pula adalah melalui Facebook, laman web jualan seperti Mudah.my, lelong.my , Lazada, 11street dan lain-lain platform yang membenarkan untuk menjual produk di website mereka.

Selain itu ada juga yang menggunakan website sendiri. Ini dipanggil website ecommerce yang mana di website berkenaan mempunyai sistem shopping cart. Biasanya peniaga yang menggunakan kaedah ini sudah mempunyai brand yang cukup dikenali.

Jika anda baru bermula, mempunyai website shopping cart bukanlah satu cara yang sesuai. Sebaiknya mulakan dengan Facebook page dan facebook ads sebagai medium promosi sahaja dulu.. Ini bertujuan untuk menjimatkan kos anda.

Modal permulaan sebaiknya banyak digunakan untuk tujuan promosi daripada anda habiskan untuk menghasilkan website. Jika anda upah orang untuk membuat sebuah website Ecommerce, paling murah pun RM2000.

Selain itu ada juga yang menggunakan Google Adwords sebagai medium pengiklanan terutama produk-produk kesihatan. Untuk  Google adword at least anda mesti ada satu halaman bertujuan untuk menjual.

2 –  Penyedia Servis/consultant

Penyedia servis yang paling popular di Malaysia sudah tentunya agen takaful atau insurance.. kaedah marketing paling powerfull untuk bisnes seperti ini adalah online positioning..

Yang mana anda perlu bina followers anda di social media.. Banyakkan perkongsian. Walaupun ada banyak kaedah pemasaran yang lain namun ini kaedah yang saya nampak paling berkesan apabila melibatkan pemasaran online.

Untuk ilmu online positioning ni saya sarankan anda belajar dengan Cikgu June . 

Apakata tonton sedikit bebelan dari cikgu June.

Selain itu penyedia servis seperti Design, Printing dan lain-lain juga tidak kurang hebatnya.. kaedah pemasaran terbaik untuk bisnes ini adalah mempunyai website yang ada portfolio + Facebook page + Facebook ads.

Cadangan saya untuk bisnes design , buat servis percuma untuk peniaga di Facebook, buatkan mereka grafik dengan syarat setiap gambar yang anda hasilkan ada brand servis anda.  letak je lah ayat simple.. design by : brand anda

Dari situ sahaja anda dah dapat banyak free marketing.. orang lain bayar iklan untuk produk dia namun pada masa yang sama brand anda turut terpapar.. haaa.. bijak tak saye :p

3 – Founder / Owner Produk 

Bisnes ni ada yang kata bisnes jerung.. yes.. modal paling kurang pun masih puluh-puluh ribu tak termasuk kos untuk marketing lagi.. Biasanya owner produk hanya akan fokus dalam pencarian agen & stokis untuk melariskan jualan produk mereka.

Namun mereka gunakan beberapa strategi untuk mendapatkan agen atau stokis antaranya ialah:

  1. Buat kelas percuma
  2. Buat seminar percuma
  3. Berikan panduan percuma

Biasanya mereka gunakan FB ads untuk mendapatkan peserta atau leads.

4 – Penjual Produk Digital

Haa.. ini yang tak ramai orang  buat..

Bisnes produk digital ni ialah menjual produk informasi seperti Ebook & Video. Dan saya salah seorang penjual produk digital anda boleh lihat senarai produk saya di : Pakejvideo.com

Selain itu bisnes ini sangat mudah dilakukan.. kerana untuk hasilkannya boleh kata hampir tidak memerlukan modal, Untuk hasilkan ebook, anda hanya perlu taip menggunakan microsoft word kemudian tukarkannya menjadi format PDF, buat ecover khas. DONE! Anda dah siap sebuah EBOOK!

Video? Lagi lah senang.. Record jer..  siap record dah boleh jual!

Tapi cakap memang la senang kan Zyan..

Saya sendiri kadang nak record video 10 minit pun ambil masa sejam. Ha Ha!

Biasanya kaedah marketing untuk bisnes ini ialah menggunakan Pemasaran Email . Yes! macam yang saya buat sekarang lah.. Tapi saya banyak gabungkan lagi kaedah pemasaran seperti menggunakan Blog dan FB profile.

Anda nak cuba? Boleh belajar dengan saya.. :p

5 – Agen Dropship

Dropship adalah kaedah buat duit yang paling popular dikalangan student dan pekerja pejabat atau suri rumah. Antara sebabnya tak perlukan modal, tak perlu simpan stok mahupun ke pejabat pos.

Jika anda masih kurang faham apa itu dropship rujuk gambar berikut:
Tapi tak semestinya anda perlukan website,  di Malaysia kebanyakan agen dropship hanya menggunakan fb profile sahaja dan promosi di wall dan group-group yang aktif jual beli.  Untuk makluman anda pihak saya juga ada menyediakan program dropship untuk baju sokongan tulang belakang SPINEED. Boleh join group kami disini 

6 – Agen Affiliate

Pasti ada yang tertanya-tanya apa perbezaan affiliate dengan dropship.

Dengan affiliate kita akan dapat link khas. Link tersebut kita akan gunakan untuk promosi dan apabila ada yang membuat pembelian melalui link affiliate, kita akan menerima komisen.

Nampak macam sama dengan dropship tapi tak serupa. Biasanya produk-produk affiliate kebanyakan adalah produk digital dan mempunyai minisite sendiri.  Jika anda masih kurang jelas boleh cuba daftar sebagai agen affiliate secara percuma disini : zyan.my/onpay

Selepas itu cuba log in dan anda akan nampak link-link affiliate untuk setiap produk. Jika anda promosikan link tersebut anda akan menerima komisen untuk setiap jualan.

Kaedah pemasaran yang banyak digunakan untuk affiliate ialah pemasaran email,  setiap program affiliate yang saya nampak top agen pasti menggunakan kaedah pemasaran email.

7 – Trainer & Speaker

Sifu FBads, Tuan Firdaus Azizi, Tuan Fahdi Ghazali, Mereka antara speaker & trainer online yang saya kenal. Mereka kerap membuat kelas dan seminar, Jika ada orang tanya saya mengenai kelas-kelas marketing saya akan sebut nama mereka.

Anda juga boleh buat training, untuk tempat training anda tidak semestinya perlu menyewa office atau dewan. Boleh buat di rumah kalau ada ruang, boleh sewa bilik khas yang lebih kecil untuk 5-6 orang peserta dan pastinya kos sewa lebih murah.

Nak training mengenai apa?

Anda ada kemahiran yang boleh beri manfaat kepada orang lain?

Contohnya buat cheese tart, masak western food, kemahiran2 seperti ini belum ramai lagi orang buat training.

Saya kalau ada kursus buat masakan western saya pasti hadir.

Kaedah marketing yang saya nampak sesuai untuk model bisnes ini ialah gabungan video + paid ads. Tak kira google adword atau FB ads. Video sangat penting untuk membuktikan yang anda seorang yang layak untuk mengajar..

Anda mahu ajar orang buat KEK, mestilah anda kena tunjuk yang anda tahu buat KEK. Tunjuk video jenis-jenis kek yang berjaya anda buat pastinya ramai orang kagum dan berebut-rebut untuk datang ke kelas anda!

====

Fuhh..  penat juga taip..

Inilah dia 7 senarai pendek kaedah buat duit dan perniagaan online di Malaysia.

Anda berada dalam kategori yang mana?

Tahniah bagi anda yang sudah berjaya dalam perniagaan internet, bagi anda yang belum bermula lagi saya harap artikel ini dapat bantu anda buat keputusan yang mana pilihan paling sesuai buat anda.

Carilah yang sesuai dengan minat anda.. kemahiran anda…

Namun tidak kira jenis perniagaaan apa pun.

Ada 4 perkara utama yang anda perlu utamakan iaitu:

  • Trafik yang  berterusan (Konsisten)
  • Tawaran yang menarik
  • Convertion (Close sale)
  • Hubungan anda dengan pelanggan

Apakah kaedah pemasaran online yang paling berkesan? 

Saya kerap ditanya soalan seperti ini.

Anda dah sedia untuk berniaga tapi anda tidak tahu nak mula pemasaran macam mana. Pertama sekali cuba rujuk kaedah pemasaran yang saya sebut dalam setiap jenis perniagaan di atas kemudian anda belajar kaedah berkenaan dengan lebih mendalam.

Belajar sekadar basic sahaja untuk permulaan sudah cukup, apabila yang basic sudah anda berjaya praktikkan, baru lah belajar yang advance,

Contohnya untuk belajar FB ads basic anda boleh rujuk panduan saya tapi kalau anda nak belajar yang lebih advance anda boleh belajar seperti ilmu power editor dari Tuan Firdaus Azizi.

Namun kaedah marketing apa pun.. 3 lagi perkara lain yang saya sebutkan diatas jangan lupa pula.. Terutama hubungan anda dengan pelanggan.

Bagaimana nak jaga pelanggan? 

Hubungi mereka dengan bertanya khabar atau bertanya bagaimana perkembangan mereka setelah menggunakan produk anda. Ramai yang buat silap hanya hubungi bila nak buat promosi sahaja.

Selain itu anda boleh berkongsi dengan mereka tips atau maklumat menarik .

Saya secara peribadi menggunakan kaedah pemasaran email & fb profile untuk tujuan follow up atau perkongsian maklumat dengan pelanggan.

Sebagai contoh..  apabila artikel ini siap, saya akan emailkan ke semua pembeli produk saya, saya juga akan turut kongsikan di wall facebook saya agar semua rakan-rakan saya boleh membaca artikel ini.

Belajar sesuatu untuk blog post kali ini?

Kongsikan di wall facebook anda.

Semoga artikel ini dapat bantu anda atau sesiapa sahaja yang belum buat keputusan jenis perniagaan online apa yang ingin diceburi 🙂

Sekian terima kasih

– Zyan

 

 

 

 


Share This