5 Langkah Buat Duit Affiliate Dengan Pemasaran FB ads

(mungkin anda perlu bookmark post ini untuk rujukan dikemudian hari)

Salam Hormat,

Hari ni saya ingin berkongsi bagaimana saya buat duit dengan affiliate menggunakan facebook ads sebenarnya ada banyak cara tapi berikut merupakan cara yang saya gunakan untuk menjana RM1500 (dan akan semakin meningkat).  Ada banyak kaedah menggunakan facebook ads, tapi saya lebih selesa menggunakan kaedah fanpage + promote page post (news feed sahaja)

Screen Shot 2013-12-06 at 7.49.07 PM

Tanpa melengahkan masa mari saya kongsikan.. semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua,

Langkah Pertama

Pilih produk affiliate, untuk affiliate di pasaran tempatan, anda mestilah pilih produk yang berkaitan dengan niche buat duit, kewangan , pelaburan, atau apa sahaja yang berkaitan untuk tujuan menambah pendapatan, kalau anda nak promosikan produk niche buat cokelat sekalipun, mestilah ada kaitan dengan buat duit dengan coklat.. Saya harap anda jelas. Bagainama nak cari produk dalam kategori niche ini? Rujuk forum wangcyber :)

Atau boleh rujuk link sini untuk lihat lebih banyak produk yang anda boleh promosikan : http://www.wangcyber.com/forum/cabaran-wc/

Langkah kedua

Buat Satu Fanpage di facebook, Jika anda tak tahu bagaimana nak hasilkan fanpage, boleh lihat video tutorial yang saya hasilkan dibawah

Selepas anda pasang fanpage anda, masukkan gambar profile page, timeline cover kemudian teruskan langkah yang ketiga

Langkah ketiga

Hasilkan satu Album sebagai album testimoni, crop apa sahaja testimoni yang ada di website jualan produk yang anda nak promosikan, lalu masukkan dalam album testimoni.  Kemudian setiap gambar letakkan link affiliate di bahagian description, Jangan lupa cloak link affiliate anda. Saya menggunakan Tinyurl.com Dan Juga Goo.gl

Mungkin anda tertanya-tanya Apa tujuan hasilkan album ini?

Tujuannya ialah supaya pelawat yang datang ke page kita nanti akan lebih yakin untuk membeli, selain itu apabila kita reply komen mereka kita boleh sertakan link album testimoni ini :)

Langkah keEmpat

Buat post di fanpage dengan gambar dan ayat untuk tujuan IKLAN!

Langkah ini sangat penting jadi sila baca betul-betul,

1) Cari gambar yang sesuai untuk tujuan iklan, nak senang letak gambar produk pun boleh, selain itu anda boleh juga letak gambar yang mempunyai unsur-unsur yang berkaitan dengan produk, atau gambar dalam bentuk emosi, seperti muka sedih, risau , kecewa,  terkejut.

PILIH 2-3 GAMBAR YANG BERLAINAN.

2) Jika anda dah pilih gambar langkah seterusnya ialah BUAT AYAT IKLAN!

Untuk buat ayat iklan yang power ni sebenarnya takde lah susah sangat… yang penting anda kena tahu siapa customer anda, anda kena kenali siapa bakal pembeli produk yang anda promosikan, kalau anda dah tahu siapa yang berpotensi tinggi untuk membeli produk itu senang untuk anda hasilkan ayat iklan, contohnya produk buat duit internet siapa yang paling berpotensi tinggi?  Mestilah mereka yang:

  • Gaji tak cukup
  • Tak banyak simpanan
  • Banyak tanggungan (anak, bini, mak ayah)
  • Banyak yang perlu dibayar (kereta, rumah, bil-bil)
  • Tak cukup masa nak berniaga offline
  • Banyak hutang

Contohnya jika gambar yang anda pilih ialah muka kecewa pastinya ayat iklan anda lebih kurang berbunyi begini:

sedih

SEDIH? KECEWA? GAJI BARU DAPAT TERUS HABIS?

Mahu jana pendapatan RM1000 sebulan secara part time?

Tanpa perlu hasilkan produk, Tanpa perlu Modal Yang tinggi..

Paling BEST Hanya luangkan masa 1 jam sahaja sehari..

Boleh buat dimana-mana sahaja. NAK TAHU TAK?

Mungkin Saya tidak mengenali anda tetapi saya tahu kenapa anda sedang membaca post ini,

Saya tahu gaji anda sebenarnya tak cukup, hujung bulan dapat gaji terus bayar kereta, bayar rumah, bayar bil letrik, air , astro , internet, barang keperluan, susu anak, lampin anak, duit belanja untuk isteri, mak ayah kat kampung pun nak kena kirim jugak! Oh pening-pening!

Sampai bila anda nak berlakon seolah-olah semuanya dalam kawalan anda hakikatnya anda dah hampir nazak, duit dalam akaun bank cukup-cukup jer, nak menyimpan pun susah! Hutang makin bertambah!

Sampai bila keadaan ini akan terus berlaku? Nak tunggu sampai bank hantar notis atau surat amaran baru nak bertindak?

BERITA BAIK UNTUK ANDA!

Biar saya tunjukkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan melalui facebook tanpa produk sendiri, tanpa perlu simpan stok, tanpa perlu pening kepala, semuanya 100% automatik.

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

Lihat testimoni disini (masukkan link album testimoni anda)

Bayangkan jika anda menjana tambahan RM1500 setiap bulan, anda boleh bayar semua hutang anda, anda boleh beli barang keperluan, kirim duit pada mak ayah, tanpa usik 1 sen pun duit gaji! Tiap hujung bulan boleh pergi bercuti dengan keluarga tersayang <3

Anda sedar tak yang sekarang ni peluang ada di depan mata anda, Hanya satu tindakan sahaja dari anda yang akan mengubah kewangan anda!

Jika anda dapatkan sekarang harga cuma RMXX sebelum harga naik menjadi RMXXX lebih baik anda bertindak awal!

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

Masih ragu-ragu? Jangan risau, anda akan menerima akses untuk pembelajaran dalam masa kurang dari 24 jam, anda juga akan menerima support group yang boleh di akses pada bila-bila masa, boleh bertanya apa sahaja soalan yang anda kurang faham

Masih tak cukup?

Jika selepas anda menerima akses produk tetapi ANDA TAK PUAS HATI.

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN TANPA BANYAK SOAL!

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

>> KLIK SINI (masukkan link affiliate anda disini) <<

 

Diatas ialah contoh ayat iklan yang saya hasilkan, sekiranya anda ingin tahu lebih banyak ilmu mengenai penulisan ayat iklan untuk facebook ini saya sarankan anda dapatkan panduan teknik pukau pelanggan oleh dua orang anak muda (http://internetmudah.com/blog/pukau-pelanggan ) (ketika post ini ditulis jualan sedang ditutup buat sementara)

Ayat iklan ini sebenarnya SANGAT PENTING! Sebab ini yang akan menentukan sama ada mereka mahu beli atau tidak.  Tapi berikut merupakan susunan ayat yang saya gunakan yang penting ayat mesti menyentuh EMOSI..  saya buat macam ni.. simple jer

PERSOALAN

MASALAH

PENYELESAIAN

TAWARAN

HILANGKAN KERAGUAN

 

5 Baris Ayat yang pertama (termasuk headline) – PERSOALAN

- Sangat penting disebabkan saya guna iklan NEWSFEED, jadi 5 baris ini yang akan menentukan mereka untuk baca seterusnya.. jadi saya akan masukkan unsur PERSOALAN sb itu saya masukkan tanda soal, buatkan mereka tertanya-tanya..  kemudian pada masa yg sama saya masukkan juga unsur penyelesaian tapi penyelesaian yang membuatkan tertanya-tanya..

MASALAH

- Untuk baris seterusnya Saya masukkan pula unsur-unsur masalah yang mereka sedang hadapi sekarang, ini membuatkan seolah-olah saya memahami mereka.

PENYELESAIAN

- Kemudian saya bagi tahu ada berita baik, masalah boleh selesai dengan produk sekian sekian… dalam baris ini bagi tahu sekali kelebihan produk, masukkan sekali testimoni, sama ada dalam bentuk ayat ataupun link url ke album

TAWARAN

- Berikan mereka tawaran istimewa, seperti diskaun, harga murah, tawaran terhad & sebagainya.. jangan lupa dibahagian ini anda kena masukkan link affiliate sertakan sekali ayat call to action, seperti yang anda perhatikan saya memang sengaja mengulanginya sebanyk 3 kali. supaya mereka lebih cenderung untuk KLIK!

HILANGKAN KERAGUAN

Sebagai manusia biasa memang tak lari dari sifat was-was, takut ditipu , kurang yakin dan sebagainya, untuk mengatasi masalah ini, Beritahu sahaja ada JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN jika tak puas hati. Ini yang biasa saya gunakan. Tapi pastikan pemilik produk yang ada promosikan memang ada sediakan jaminan ini. :)

Ok cukup lah bahagian ayat iklan. Bagi saya asas tulis ayat iklan ini dah cukup namun jika anda ingin belajar lebih banyak ayat-ayat yang lebih power & lebih mudah convert dapatkan pakej pukau pelanggan yang saya sebutkan tadi. sekarang langkah seterusnya pula ialah IKLAN kan post anda !

Langkah ke Lima

- Start promosikan post anda, ini dinamakan promote page post, saya lebih suka kaedah ini sebab orang boleh komen ada social proof. kita boleh reply komen mereka, jika ada komen yang negatif sila delete terus. Hanya biarkan komen-komen yang positif, semakin banyak komen yang diterima lebih banyak orang akan komen dan lebih ramai yang ambil tahu.. layan setiap komen dengan penuh berhemah, tunjukkan testimoni,  letakkan juga tips2 percuma dan nasihat pada ruangan komen untuk tingkatkan lagi keyakinan mereka,

- Target pelanggan, untuk target pelanggan saya biasanya akan letakkan umur lingkungan antara 25 – 35 iaitu golongan yang bekerja di pejabat. kemudian saya pilih lelaki sahaja yang dah berkahwin. sesuai dengan ayat iklan yang telah saya hasilkan. Nampak tak? barulah sesuai..  dalam ayat iklan saya ada masukkan ayat mengenai lampin, susu bayi, isteri, jadi x wajarlah kalau saya pilih lelaki yang masih single sbg target pelanggan saya.  Jika anda mmg bercadang untuk target pada yang masih single, pastinya ayat iklan juga berlainan, contohnya :

” Saya tahu anda masih bujang tapi nak kahwin pun tak cukup duit, awek pun takde yang minat sebab pakai kereta buruk, nak beli kereta mahal pulak tak mampu..”

- Ok itu sahaja.. jangan lupa iklankan pada newsfeed sahaja ok.

Cukup sampai sini perkongsian saya. Jika anda ingin mempelajari dengan lebih lanjut dalam bentuk video & lebih banyak yang anda boleh nampak terutama dalam bab teknikal, serta lagi banyak trick menarik untuk close sale sebagai affiliate, kebetulan ada satu produk yang baru dilancarkan yang lebih kurang sama caranya iaitu Fb affiliate income olah cikgu hafis , Saya tak sempat belek lagi video-video yang beliau hasilkan sebab esok saya dah terbang ke Indonesia, tiada banyak masa nak buat review, tapi apa yang pasti ada student cikgu hafis antara top affiliate untuk produk DVD stp, saya antara top 10 juga masa tu hehe.. Cara yang student dia promosikan adalah melalui fanpage. Oleh itu dia lancarkan panduan ebook & video khas untuk kaedah promosikan affiliate menggunakan facebook ads

(Layari  http://internetmudah.com/blog/affiliate-fb-ads )

Kalau anda tak cukup duit nak beli panduan fb affiliate income ni boleh kumpul dulu.. sementara itu boleh terus praktikkan apa yang saya kongsikan di post ini, perkongsian ini ikhlas dari saya. saya harap anda sudi share kepada rakan-rakan di facebook anda, lebih banyak pelawat yang datang lebih bersemangat untuk saya berkongsi lebih banyak ilmu yang bermanfaat! InshaAllah :)

Nantikan lebih banyak lagi perkongsian menarik dari saya!

Terima Kasih!

Ikhlas

Zyan ( fb.com/zyanfb)

10 Tip Asas SEO – Pemasaran Di Google

ings0721032

Apa itu SEO? Bagi anda yang pertama kali dengar term SEO ini pastinya anda terpinga-pinga,  SEO ni adalah short form untuk SEARCH ENGINE OPTIMIZATION.  Tak perlu lah saya huraikan panjang lebar mengenai term-term ini .. ringkasnya begini pemasaran seo adalah bertujuan untuk meletakkan website atau blog kita di halaman muka hadapan Google dengan kata kunci yang telah kita pilih.

Katakanlah kita nak promosikan ebook mengenai resepi kek coklat, sudah tentu kita mahukan blog kita muncul di muka pertama google dengan carian “resepi kek coklat” . “kekcoklat ” , “cara buat kek coklat”

Ilmu mengenai SEO ini sebenarnya sangat luas & kalau anda nak belajar mengenai SEO ini silalah rajin-rajin kan diri buat research di google , youtube ataupun forum-forum yang berkaitan ye :)

Dalam post ini saya akan kongsikan asas SEO menggunakan blog platform wordpress self-hosted,  sebab saya rasa ini adalah platform yang paling mesra pengguna untuk semua golongan newbie mahupun expert. Untuk cara ini anda mestilah mempunyai domain name & hosting sendiri,  Domain ni saya biasanya beli di website Godaddy.com manakala hosting yang saya gunakan ialah hostgator.

Sekarang mari kita mulakan ulang kaji pelajaran :)

Ok sebelum itu pastikan anda sudah pun membeli domain & hosting serta dah install blog wordpress, jika anda tidak tahu bagaimana nak pasang blog wordpress sila refer di “bahagian ini belajar buat blog” Saya bukanlah seorang yang handal dalam SEO namun yang saya tahu SEO ni terbahagi kepada 2 aktiviti yang dinamakan on-page seo & off-page SEO, Kedua-dua proses ini perlu dilakukan untuk mendapat 1st page di enjen carian google. Untuk pembelian nama domain, saya sarankan pilih domain yang berkaitan dengan kata kunci yang anda pilih serta elakkan menggunakan simbol ” – ” atau nombor pada domain anda. Kalau anda nak beli domain resepikekcoklat.com tapi dah orang lain ambil , beli sahaja domain lain yang berkaitan seperti kekcoklatlazat.com atau panduankekcoklat.com cari sampai dapat. Saya sarankan juga nama domain tidak terlalu panjang supaya pelawat anda lebih mudah ingat & senang untuk menaip di browser. Jangan terlalu banyak berfikir nak pilih domain yang sesuai, kalau anda nak fokus seo pilih domain berdasarkan keyword yang berkaitan, kalau anda nak buat untuk branding belilah domain atas nama branding anda.

5 TIP ASAS PEMASARAN SEO (ON-PAGE)

1) Selitkan keyword yang dah dipilih kedalam post anda, letakkannya di tajuk dan kandungan, jangan terlalu letak banyak keyword, jika panjang artikel anda adalah 1000 perkataan, jangan lebih dari 5 keyword, keyword yang terlalu banyak akan menjadikan artikel anda cacat malah google juga akan mengangap blog anda spam! Jadikan artikel di blog anda nampak natural

2) Masukkan link-link yang berkaitan di aritkel anda, contohnya link ke wikipedia, link ke youtube , link ke squidoo lens, link ke amazon , link ke blog-blog lain, senang cerita masukkan link-link website yang disukai oleh google, atau milik google sendiri, Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang rajin untuk berkongsi maklumat serta memberi lebih manfaat pada pelawat blog anda, Google Pasti suka!

3) Selalu update kandungan blog, pernah dengan content is king? ye dari dulu sampai sekarang content masih lagi kekal sebagai king, manakala marketing adalah sebagai Queen :P . Blog yang sentiasa update dengan info-info terbaru akan memberikan lebih banyak traffik yang natural dari google. Misalnya blog ini setiap kali update mesti pelawat meningkat mendadak.. dari kurang 100 sehari terus naik 400 – 500 pelawat sehari selepas saya update content terbaru.

4) Kayakan kandungan anda – selain dari artikel, masukkan lagi element lain seperti video youtube, gambar & sebagainya. perasan tak kenapa post-post saya ada video youtube? nampak kan? hehe, ini juga membuatkan pembaca blog anda tidak mudah bosan :)

5) Hasilkan page – contohnya bahagian about me (tentang anda) , borang hubungi , & beberapa lagi page yang mungkin anda boleh hasilkan, lihat contoh page yang saya hasilkan di blog ini di bahagian atas.

5 TIP ASAS PEMASARAN SEO (OFF-PAGE)

1) Blog comment – Komen dan letakkan link blog anda di bahagian komen blog-blog yang berkaitan dengan niche anda, pastikan blog tersebut mempunyai PR yang tinggi , mempunyai traffik yang tinggi , serta mempunyai kandungan-kandungan yang berkualiti, untuk cara ni gunakan pliugin browser yang dinamakan SEO-Quake , percuma sahaja :)

2) Pemasaran Artikel – Hasilkan artikel dan hantarkannya ke artikel-artikel direktori,  dan letakkan link ke blog anda, selitkan keyword anda sebagai anchor text (hyperlink) ke blog anda.

3) Pemasaran forum – Letakkan link di bahagian signature anda

4) Jangan terlalu kerap melakukan pemasaran off-page ini,  terutama blog yang baru siap, kayakan dahulu blog dengan kandungan selepas beberapa minggu barulah buat pemasaran off page ini, manakala jika melakukan posting di blog komen ataupun forum, pastikan baca dahulu topik yang disajikan dan komen lah dengan berertika,

5) Aktifkan diri di halaman social seperti yahoo answer , Facebook & kongsikan link blog anda.

Jika anda perhatikan aktiviti off-page seo adalah aktiviti yang sebenarnya sangat membosankan malah melambatkan, sebab itulah untuk kerja-kerja SEO ini saya hanya upah orang lain buatkan, untuk blog ini saya tak pernah buat offpage hanya on page sahaja tapi tetap juga boleh menerima traffik yang agak tinggi walaupun masih tak dapat ranking untuk keyword perniagaan internet :P

10 tips asas ini tidak menjamin untuk memberikan anda 1st page google tetapi cukup sekadar sebagai permulaan ke arah untuk mempunyai sebuah hartanah maya sendiri yang berkualiti, kerana anda tetap akan menerima traffik daripada google, malah dapat 1st page google juga tidak menjamin yang pendapatan anda bertambah, cumanya traffik yang datang mungkin lebih berkualiti, Kalau blog anda tidak mampu menjual pun tidak guna dapat 1st page, sebab itu dalam tips asas di atas saya tekankan penggunaan artikel yang berkualiti, yang memudahkan pelawat , yang kaya dengan informasi adalah sangat penting, Kalau pelawat blog sukakan anda, Google Juga pasti SUKA!

Perasan tak saya tak terangkan mengenai cara memilih keyword? nantikan post yang akan datang bagaimana nak memilih keyword yang sesuai untuk pemasaran seo anda! terima kasih kerana sudi membaca artikel ini :)

p/s: Kesimpulan dalam artikel ini ialah pastikan blog anda nampak NATURAL macam yang saya tekankan dalam panduan teknik clickbank saya.

BERHENTI KERJA & Buat Full Time Bisnes Online?

Malam tadi di facebook saya ada update status.. saja bertanya berapa ramai yang bercadang untuk berhenti kerja pada tahun hadapan (2014). Tak  sangka ramai juga yang memang plan nak berhenti kerja rupanya..  Isu ini bukan lah isu baru cuma sekarang saya sengaja bangkitkan sebab berkait rapat dengan Azam tahun baru.. Antara azam tahun baru bagi yang ada part time bisnes mesti nak berhenti kerja atas sebab2 tersendiri. :)

Sebenarnya banyak persediaan yang perlu dilakukan sekiranya anda ingin berhenti kerja. Terus terang saya bukanlah orang yang layak untuk memberi anda nasihat yang bernas sebab lain orang lain bisnesnya, Kalau anda buat bisnes offline seperti buat design & printing, saya memang tidak tahu selok belok perniagaan tersebut. Namun dalam blog post ini saya nak kongsikan bagaimana nak jadi full time jika berniaga secara online.  Sekiranya ada point-point yang anda boleh aplikasikannya dalam bisnes offline itu terserah anda ok.

Artikel ini mungkin akan membuat anda terus berhenti kerja sekarang atau anda mungkin terpaksa tangguhkan niat untuk berhenti kerja tu.. keh keh keh.. :)

Untuk pengetahuan anda saya berhenti kerja pada Februari 2012 di sebuah syarikat swasta. selepas hampir 4 tahun bekerja makan gaji selepas tamat SPM, akhirnya saya memutuskan untuk berhenti dan cari duit di internet sepenuh masa.  Banyak sebab yang mendorong untuk saya berhenti kerja,  seperti masa yg terhad, susah nak mintak cuti, masa rehat tak cukup, terkejar sana terkejar sini, gaji x cukup, asyik nak kena ikut cakap orang & sebagainya… sebab-sebab ini normal bagi kebanyakan mereka yang bekerja di pejabat betul tak?

bji03780082

Sebenarnya saya takde masalah pun dengan situasi diatas, Namun ada sebab lain lagi yang membuatkan saya mahu berhenti,  antaranya ialah:

1) Setiap hari buat benda yang sama, perkara ini membuatkan saya jadi MALAS nak buat, Bila kita malas, kerja jadi tak ikhlas, buat pun macam tak nak buat, adakah kerja yang kita lakukan tu berkat disisi Allah kelak?

2) Dikelilingi oleh kawan-kawan yang ada mentaliti makan gaji sahaja. Takde pun yang berminat untuk buat perniagaan, bagi mereka berniaga ini adalah sesuatu yang sangat susah & merugikan duit sahaja, Saya bukanlah tidak mahu berkawan dgn mereka cuma kalau boleh saya tak nak bergaul setiap hari dengan mereka kalau x nanti gaya pemikiran saya akan jadi seperti mereka juga. (namun kini walaupun sudah berhenti saya masih lagi berhubung dengan mereka melalui facebook & kadang2 berjumpa di luar. xdelah sampai putus kawan)

3) Saya mahu lebih cabaran, kalau saya terus berada di zon yang sama, saya akan jadi macam kawan-kawan pejabat yang lain sampai ke tua, ada seorang akak ni dah kerja sampai 7 tahun tapi gaji tak naik-naik namun tetap bekerja sebab nak tanggung keluarga. Bila perbelanjaan mula meningkat dia terpaksa berhenti dan cari kerja lain, Saya x nak jadi macam tu..

Tapi saya bukanlah buat keputusan berhenti kerja secara terburu-buru..  dari hujung tahun 2011 lagi saya dah plan nak berhenti, lalu pada bulan Februari 2012 barulah saya buat keputusan muktamad untuk terus berhenti.

BAGI ANDA YANG MASIH BEKERJA TETAPI ADA PERANCANGAN UNTUK BERHENTI SILA  AMBIL PERHATIAN:

1) KIRA PERBELANJAAN BULANAN ANDA -  kira semula berapa wang yang anda mesti keluarkan setiap bulan untuk memenuhi keperluan asas & sebagainya,  hutang/sewa rumah, kereta, barang dapur, bil letrik, internet, astro, bil air & semuanya! lepas anda kira semuanya, adakah jumlahnya lebih dari pendapatan bisnes anda? kalau ya teruskan bacaan.

2) PENDAPATAN BISNES LEBIH DARI GAJI – Adakah pendapatan anda sekarang melebihi gaji anda? Kalau lebih dari 3 kali ganda setiap bulan kenapa anda masih terus bekerja? Tapi kalau kurang dari gaji.. anda mungkin kena tangguhkan dahulu niat anda. tapi kalau gaji anda dah memang 5 angka sebulan , untung bisnes pun 5 angka yang itu takde masalah untuk berhenti. (klik read more untuk baca lagi seterusnya)

Continue reading

TEKNIK TRAFIK PANTAS (video)

Ketika saya sedang menulis post ini saya baru sahaja selesai makan sarapan nasi lemak di restoran nasi lemak cinta sayang.  Sambalnya yang sedap + ayam bakar yang masih panas, memang membuatkan diri ini teringin nak tambah lagi sepinggan tapi nafsu makan harus dikawal untuk menjaga berat badan yang ideal :P (ideal lah sangat kan) .  Nak balik awal pun x boleh sebab kereta dah kena blok untung saya tak kejar masa jadi stay lama sikit alang-alang boleh online kat sini.

Ok dalam pos ni saya nak kongsikan satu video yang saya terangkan bagaimana nak memperoleh trafik yang pantas & percuma. Tetapi juga traffik yang berkualiti. Teknik ni hanya untuk mereka yang rajin sahaja serta tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk tujuan outsource.  Teknik ini lebih kepada pemasaran forum yang lebih advance :) Sila tonton video yang saya sediakan dibawah ye.

Harap maaf kerana suara saya agak kurang bersemangat sebab ketika saya sedang merekod video ini. Saya tidak berapa sihat :)

Harap video diatas dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna terutama dalam pemasaran anda.

Nantikan lebih banyak perkongsian yang menarik dari saya.

Theme baru blog saya

Salam hormat..

Saya baru sahaja update blog ini dengan theme yang baru.. yang lebih kemas & padat.  cuma dari segi saiz video agak kecil jadi untuk view video yang dah saya masukkan sebelum ini terus sahaja klik pada view on youtube.. lihat terus di youtube ye..

Ok itu sahaja :P

Esok jika ada masa saya update blog ni ..  :)

 

Zyan

smile always :)