10 Perkara Yang Buat Saya Menyesal Tak Buat Dari Awal

55c2d4d3327d1Salam hormat & salam sejahtera,

Ketika ini saya di ruang tamu sambil memegang laptop, ditemani dengan suara anak jiran yang sedang bermain-main di halaman luar rumah.. mak saya pula sedang menyiapkan makanan.. ini lah rutian harian kehidupan sebagai full time internet marketer.. bekerja hanya di rumah asalkan ada internet, laptop & smartphone.. saya bukan jutawan tapi hidup saya boleh kira macam jutawan la juga sebab bebas melakukan apa sahaja.

Bagi pandangan orang lain, jiran, makcik & kenalan-kenalan saya, mereka semua anggap saya ni sentiasa senang hati, tak payah kerja, duit banyak, mereka langsung tak tahu menahu apa yang telah saya lalui selama ini.. mereka cuma fikir saya ada banyak duit walaupun tak kerja..

Hakikatnya walaupun seorang full time IM dan bekerja di rumah, lebih banyak cabaran dan dugaan berbanding kerja di pejabat dahulu.. Terutama dari segi pengurusan kewangan & disiplin diri..

Entah kenapa tiba-tiba rasa ingin menulis sesuatu yang sudah lama terbuku dalam hati saya ini, iaitu antara perkara yang saya menyesal tak buat awal-awal dulu.. Mungkin perkongsian ini agak sedikit peribadi tapi saya pasti dapat memberi banyak manfaat pada yang membacanya..

10 Perkara yang paling saya menyesal ialah:

1)  Tidak rajin berkongsi dengan orang lain

Ya, ini lah antara perkara yang saya kesalkan, ilmu yang saya belajar saya simpan seorang diri, Ilmu yang saya ada tidak dikongsi dengan orang lain.. Ketika berada di seminar Dr Azizan barulah saya tersentap apabila dia sebut The more you give, the more you get! Bila datang seminar & jumpa ramai orang yang langsung tidak kedekut ilmu, baru lah minda dan hati ni terbuka untuk berkongsi ilmu dengan lebih ramai orang.. Akibatnya lebih banyak ilmu yang saya terpaksa terima. MEMANG TAK RUGI kalau anda share ilmu! Percaya lah!

Hanya dengan share ebook, video percuma dan status yang bermanfaat di facebook, saya dapat banyak like, banyak followers , banyak database malah ada juga rekemen saya sebagai rujukan ilmu kepada orang lain.

Seorang kawan pernah tanya saya, dia kata dia tak tahu nak kongsi apa sedangkan dia sudah melakukan bisnes online full time hampir 4 tahun. Mungkin dia nak kongsi tapi dia tidak tahu cara sampaikan atau dia memang selesa untuk tidak berkongsi untuk menjaga privacy. lain orang lain caranya saya hormati pendirian mereka.

2) Tidak kumpul & follow up database

Ini antara kesilapan saya yang paling saya sangat kesalkan sampai ke hari ini. Apabila saya sudah berkongsi saya tidak pula kumpul database dengan rajin, database yang ada tidak pula saya follow up. Bukankah itu satu kerugian yang besar?

Database ada banyak kategori antaranya:

  • Nama & email
  • No telefon
  • Alamat
  • Facebook profile

Anda gunalah apa jenis platform untuk menyimpan kesemua database ini, saya menggunakan autoresponder untuk menyimpan data nama & email. Bagi anda yang menjalankan perniagaan fizikal no telefon antara database yang anda wajib simpan. Mungkin anda boleh letakkan dalam fail microsof excel ataupun dalam sistem bulk sms.

Manakala bagi anda yang tidak mempunyai bajet yang tinggi, mungkin anda boleh gunakan facebook group buat sementara untuk menyimpan database, hasilkan group khas dan invite prospek atau pelanggan anda masuk kedalam group.

Tetapi pastikan anda tidak melakukan kesalahan yang sama seperti saya iaitu tidak rajin follow up. seorang pelanggan boleh membeli lebih dari sekali dari anda. Bukannya beli sekali sahaja & anda terus cari pelanggan baru. lama kelamaan anda akan penat walaupun keuntungan meningkat kos pengeluaran akan turut meningkat dengan mendadak.

Bagaimana pula melakukan follow up?

Caranya ialah mulakan dengan pengenalan mengenai anda atau syarikat anda atau boleh jadi produk anda, Kemudian anda boleh ceritakan kelebihan-kelebihan produk anda, sama sahaja seperti anda menulis ayat jualan untuk iklan produk anda (Copywriting) tetapi ayat tersebut sudah dipecah-pecahkan dan dijadikan sebagai rujukan untuk ayat follow up anda.

Mungkin saya akan sediakan posting khas mengenai follow up pada masa akan datang di blog ini, jadi pastikan anda sentiasa melawati blog ini agar tidak terlepas pandang informasi yang sudah dikemaskini.

3) Jarang update blog

Blog sudah ada tapi saya pula jarang update. sedangkan blog adalah antara sumber trafik yang evergreen sejak zaman berzaman. follower juga saya dah ada.. ramai yang ternanti-nanti update blog dari saya tapi saya pula jarang update.

Ramai blogger di Malaysia yang menjana pendapatan lumayan secara senyap-senyap tanpa sebarang bantuan dari iklan berbayar seperti facebook ads. Ini kerana mereka rajin update blog, apatah lagi jika mereka gabungkan teknik blog + kumpul database + facebook ads, bukankah itu antara strategi yang power & sangat efektif?

Ada yang tanya saya tiada idea nak tulis artikel kat blog, tapi yang peliknya boleh pula update status di facebook hampir setiap hari, status panjang-panjang pula tu, tiada idea bukanlah bermakna jalan buntu, tiada idea kena lah fikir!

Katalah saya ni nak update blog tapi takde idea, tambahan pula saya malas nak menaip, apa saya buat? saya mungkin boleh guna facebook status orang lain yang bermanfaat tapi dengan syarat minta kebenaran & meletakkan kredit kepada penulis asal. Pernah layari the vocket? Boleh kira tak berapa banyak artikel yang mereka post berkenaan perkongsian orang lain di Facebook? Banyak kan.. Tapi lihat pelawat yang mereka terima setiap hari.. beribu pelawat!

Itu baru satu idea yang sempat saya fikir semasa menulis post ini..

Bagi anda yang masih belum ada blog, jika boleh buatlah blog secepat mungkin. tak perlu tangguh-tangguh lagi, Tak susah pun, daftar domain, hosting & install wordpress, boleh rujuk video youtube ada banyak panduan & cara memasang blog.

4) Tidak hasilkan produk digital sendiri dengan lebih awal

Dahulu masa mula-mula terlibat dengan pemasaran internet, saya langsung tidak berminat untuk hasilkan produk informasi/digital sendiri. Selepas 3 tahun terlibat dengan pemasaran internet barulah saya buat Ebook pertama saya pada tahun 2011. Kemudian pada tahun 2013 saya buat produk digital saya yang kedua. Ya, Selepas 2 tahun baru terhegeh hegeh nak buat produk lagi. sejak 2 tahun lepas saya dah mula hasilkan beberapa produk digital sendiri sehingga ke hari ini.

Screen Shot 2015-08-06 at 10.11.29 AMDengan produk digital/informasi ini lah saya dikenali, saya dapat database, saya mula berkembang, saya dikenali di media sosial walaupun saya tak pernah promosikan diri saya. Maka ramailah yang berpusu-pusu add saya sebagai friend di facebook sampai tak muat. Semua kerana produk digital yang saya hasilkan & ilmu yang saya kongsi melalui FB dan juga BLOG.

Dulu saya fikir produk digital hanya sekadar hasilkan produk dan jual kemudian dapatkan keuntungan, hakikatnya tidak, tapi lebih lagi.

Kenapa? Kerana jika anda sudah dikenali, lebih mudah untuk anda hasilkan jualan tanpa mengunakan facebook ads, nak cari agen atau stokis? Pasti ramai yang akan berebut kerana mereka sudah percaya & yakin dengan anda. Hanya hasil dari perkongsian anda melalui produk digital sama ada berbayar mahupun percuma.

Nak jual pada pelanggan yang sama juga sangat mudah, saya ada pelanggan yang setia sanggup beli semua produk digital yang saya hasilkan. Itulah kelebihan & kebaikan produk digital.

5) Tidak jadi lebih berani sejak awal lagi

Saya pasti ada dikalangan anda yang sering rasa takut-takut nak cuba perkara baru, takut rugi, takut tak dapat hasil, takut apa orang lain kata, sama lah juga seperti saya. Tetapi rasa takut itu boleh hilang apabila saya mula ada ilmu.. Ya.. ketakutan hanya terjadi disebabkan kita tiada/kurang ilmu, Jadi perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk hilangkan ketakutan ialah berani untuk belajar dan menimba ilmu, Berani melabur untuk ilmu, Belilah banyak buku atau datang banyak kelas, anda tidak akan rugi, cuma pastikan anda berada di haluan yang betul, nak belajar jadi usahawan online jangan pula masuk kelas pelaburan, masuk lah kelas atau beli panduan berkenaan usahawan online..

Kalau saya lebih berani dari dulu lagi pastinya perkara-perkara lain diatas dapat dilaksanakan dengan lebih pantas. Setuju? 🙂

Disamping itu anda kena banyakkan bergaul dengan orang-orang yang sudah berjaya, jika anda dikelilingi oleh mereka, anda tidak akan mudah rasa malas atau takut-takut lagi. Cuba lah!  🙂

6) Tidak utamakan pemasaran berbayar

Pada awalnya saya terlalu utamakan pemasaran percuma seperti youtube dan juga blogging. Pemasaran percuma juga bagus, seperti anda yang sedang membaca post ini sekarang adalah dari hasil pemasaran percuma yang saya lakukan. Anda mungkin terjumpa blog saya ini di google, di facebook profile saya ataupun hasil orang lain yang share di media sosial.

Namun ada juga yang datang ke blog ini hasil dari email yang saya hantar ke subscriber saya. anda mungkin salah satunya.. ini adalah pemasaran berbayar dalam kategori email, apabila menggunakan pemasaran berbayar, jumlah pengunjung blog saya mendadak meningkat sehingga 5 kali ganda dari biasa.

Selain itu, Facebook ads juga antara sumber pemasaran terbaik yang saya tidak utamakan sejak awal lagi. saya mula aktif menggunakan facebook ads adalah pada tahun 2013. Namun hanya tahun ini saya menggunakan facebook ads dengan sebaiknya. Sebelum ni cuma update post kat page kemudian boost page post. Sedangkan fungsi facebook ads ada banyak lagi yang perlu saya terokai. Power editor, custum audience, retargeting & lain-lain.

7) Tidak belajar ilmu pengurusan kewangan lebih awal 

Ini juga antara perkara yang saya sangat kesalkan, mana taknya ada duit sikit jer mulalah shopping, Saya kerap beli secara online. Terutama website lelong.my. Memang susah nak kawal diri bila nampak banyak barang yang “konon” nampak murah tu. Disebabkan nampak murah tu saya terbeli banyak barang yang sebenarnya tidak penting pun.

Walaupun pada awalnya niat nak berjimat tapi akhirnya berakhir dengan pembaziran.

Saya ada rujukan peribadi mengenai pengurusan kewangan iaitu blog pakdi dan juga facebook tuan zaidi ismail . Anda juga dijemput untuk follow mereka. Banyak ilmu kewangan yang anda akan peroleh terutama bab pengurusan dan harta.

Sehingga hari ini saya hanya ada 1 sahaja hartanah dan insyaAllah akan ditambah lagi dari masa ke semasa.

Bagi anda yang mahukan kebebasan dari segi kewangan, mulakan dengan menabung & penjimatan. Barulah fikir untuk cari pendapatan sampingan seperti meniaga dan sebagainya.

Nak berjaya dalam bisnes pun kena pandai berjimat barulah bisnes tu boleh berkembang betul tak? 🙂

8) Terikut-ikut bisnes orang lain

Orang lain jual produk A kita pun nak jual produk A.. Sentap? Rilek, saya pun buat perkara yang sama sehingga hari ini, tak salah pun sebenarnya ikut orang lain jual produk yang sama. Yang jadi masalah dan buat saya menyesal ialah tidak fokus dalam menjual produk yang sedia ada disebabkan terikut-ikut orang lain.

Katalah anda sudah buat keputusan nak jual produk A tak sampai 2 minggu, ternampak orang lain jual produk B ramai orang order kita pun nak jual produk B juga. Bagaimana dengan produk A? Tersimpan bawah katil lalu duit modal pun hangus.

Bagaimana nak mengatasi masalah produk tersimpan bawah katil?

Dengan melakukan pemasaran & menjual produk tersebut dahulu sebelum membeli stok apabila ada yang nak beli baru ambil stok. Namun jangan terkejut jika saya katakan ada juga individu yang tidak sesuai dengan cara ini. Ini kerana teknik ini terlalu selesa & kurang berisiko. 

Ada individu yang lebih baik membeli stok produk dahulu apabila melihat orang lain sudah berjaya jual, apabila stok yang dibeli tidak berjaya dijual, sebenarnya bukan masalah produk tetapi stok yang diambil tidak cukup banyak! Dah berlambak sangat baru terhegeh-hegeh nak push diri untuk jual stok baru boleh terjual dengan banyaknya.. Ha ha ha..

Namun sebaiknya anda cuba promosi & menjual dahulu, orang panggil validation. 

Kemudian fokus sehingga anda boleh capai hasil jualan yang diinginkan. Kini mudah hanya dengan menggunakan facebook ads sahaja. Tak sampai 5 minit iklan berjalan dah ada sms masuk kata nak beli.

9) Kelilingi diri dengan individu yang lebih bijak dari kita!

Sebab itu pentingnya menghadiri kelas atau seminar yang dihadiri oleh ramai usahawan atau individu yang mempunyai minat yang sama dengan kita. Jangan merasa yang diri kita ni lebih bijak dari sesiapa pun. Saya pernah datang kelas facebook ads yang ajar basic-basic sahaja tapi yang datang kelas tersebut ada yang dah menjana pendapatan 5-6 angka sebulan!

Kalau nak ikutkan apa yang diajar dalam kelas tersebut saya sudah tahu semua (perasan bijak) tapi disamping itu saya boleh bersembang dan menyedut ilmu dari peserta yang sudah berjaya hasilkan pendapatan yang sangat-sangat lumayan.

Jika anda mahu berjumpa atau berkenalan dengan lebih ramai individu yang hebat-hebat, tak lain tak bukan sila hadiri seminar Dr Azizan, sama ada yang percuma atau yang berbayar. Tapi anda kena BERANI menegur & bercakap dengan mereka. Jangan sombong ye!

Percaya atau tidak, apabila diri anda dikelilingi dengan orang yang lebih bijak & lebih kaya dari diri anda. Anda akan merasakan sesuatu dalam diri anda yang mengatakan anda perlu jadi seperti mereka juga. Jika sebelum itu anda rasa malas-malas anda akan jadi rajin.. jika sebelum itu anda sering tangguh kerja anda akan berjaya siapkan dalam masa yang singkat. Itu yang dipanggil kesan aura dari orang-orang yang berjaya. 🙂

10) Tiada Mentor

Mesti nasihat ini anda sudah banyak kali dengar betul tak? Cari mentor, cari mentor , cari mentor, tapi berapa ramai yang ada mentor? berapa ramai yang mencari mentor?

Anda sudah ada? Kalau belum ada cari sekarang.. saya sendiri ada mentor, terutama mentor untuk pemasaran & jualan..

Apabila sebut mentor, mesti akan ada yang bayangkan mentor ni kena selalu jumpa dia, belajar depan-depan face to face, datang kelas dia, datang personal coaching yang di buat, ya itu memang. Tapi tidak semestinya yang tidak berjumpa face to face tidak layak digelar mentor.

Tip berkenaan mentor:

Saya pun ada mentor mat salleh tapi tak pernah jumpa tak pernah tegur cuma saya sering baca blog & baca email-email dia, bagi saya mentor saya adalah sumber rujukan utama!

kalau saya buntu tiada idea & perlukan pertolongan saya akan rujuk mentor saya. Di Malaysia mentor untuk motivasi saya ialah Dr Azizan, Mentor untuk facebook Ads ialah SifuFBads, untuk Copywriting ialah tuan suffian salahuddin.

Namun terlalu ramai sangat mentor boleh turut membahayakan bisnes anda kerana anda mungkin akan menghadapi masalah informasi overload. Ok saya beri contoh:

Anda rujuk sifu A untuk perkara berkaitan dengan masalah A , belum sempat anda praktik apa yang dia ajarkan atau kongsi anda rujuk pula sifu B untuk perkara yang sama. maklumat yang diterima berbeza-beza. Itu yang membuatkan anda akan menghadapi masalah informasti overload (terlebih muatan)

 

====

Itulah sedikit sebanyak 10 perkara yang saya kesalkan, terima kasih kerana anda sudi membaca sehingga habis artikel ini, semoga anda dapat pengajaran dengan apa yang telah saya lalui, jangan buang masa lagi. Namun saya nak ingatkan anda supaya sentiasalah bergembira & berbahagia, Carilah apa cara pun untuk rasai nikmat tersebut. Alhamdulillah saya sekarang happy dengan keluarga saya.

Jika anda tanya saya apakah yang anda perlu lakukan untuk jadi full time internet marketer, saya akan jawab mula hasilkan produk digital sendiri, tak kiralah apa jenis produk digital pun, banyak manfaat yang bakal anda terima untuk jangka masa panjang. Selain itu anda juga perlu ada platform yang anda boleh kawal sendiri 100%. Bukannya hanya bergantung 100% pada facebook profile atau facebook page sahaja untuk buat bisnes. Sebab itu saya sarankan paling mudah sekali ialah menggunakan blog kemudian anda gabungkan blog anda dengan medium social atau iklan berbayar kesannya sangat hebat!

Anda juga boleh mulakan dengan mengumpul database pelanggan anda agar boleh mendapat jualan yang berulang.

Rujukan Panduan Bagi Yang Berminat

1) Panduan Bisnes Produk Digital

2) Video Panduan WordPress

Suka dengan artikel ini?

Like & Share di Facebook anda agar saya lebih bersemangat untuk kongsikan lebih banyak ilmu di blog ini.


Share This