Rahsia 4 Angka 4 Hari Dengan Affiliate

Fuhh lama juga tak update blog ini. Nasib baik masih ada pelawat yang setia macam anda. :p

Terima kasih kerana masih sudi melayari blog ini ye.. 🙂

Ok berkenaan tajuk yang anda nampak diatas. 4 angka dengan affiliate dalam masa 4 hari betul ke? atau hanya propa semata-mata?

Ni zyan lah.. takkan la zyan nak tipu kan?

Tengok gambar rajah di bawah. Menunjukkan pendapatan affiliate dalam masa kurang 24 jam!
Yes yang anda lihat ialah 4 angka kurang dari 24 jam!

Bukan takat 4 hari.

Screen Shot 2016-07-30 at 6.54.51 AM

Pendapatan affiliate di atas ialah milik tuan firdaus Azizi , yes beliau berjaya buat komisen bersih sebanyak RM2600 dalam masa sehari pada 11 Julai yang lepas. Jumlah komisen beliau cecah RM7k+ keseluruhan tidak termasuk bonus.

Beberapa rakan yang join affiliate turut menjana pendapatan 4 angka seperti si gemok Safuan borhan, bro faiz edzahar, sifu instagram tuan aulis uwais.

Saya merupakan salah satu penganjur program affiliate pada hari raya aidilfitri baru-baru ni.
Dan saya tahu siapa yang buat sehari 4 angka.. 3 angka .. saya tahu strategi mereka, sumber trafik mereka dan sebagainya. semua data ada direkodkan dalam sistem onpay yang saya baru daftar baru-baru ini.

jadi anda mesti percaya apa yang saya kongsikan disini.. ha ha ha!
Ok jadi apakah strategi paling berkesan untuk menjana pendapatan dengan affiliate sebanyak 4 dalam masa 24 jam?

Sebelum itu saya nak beritahu, sebenarnya tiada rahsia pun saje buat gempak tajuk, jom baca kat bawah ni.

Yang pertama
Pilih produk yang berkualiti. Yelah kalau anda promosikan produk yang takde kualiti, Pada masa hadapan orang tak nak beli dengan anda lagi. Walaupun kita promosikan produk orang lain sebagai affiliate anda perlu ambil tahu juga akan kualiti produk tersebut. berbaloi kah jika mereka beli? Adakah anda sendiri berpuas hati dengan produk tersebut. Jika soalan-soalan tersebut telah terjawab maka anda boleh gunakan produk tersebut untuk dipromosikan.

Jika anda sendiri kurang pasti akan kualiti produk berkenaan, sebaiknya anda beli sendiri dahulu baru lah anda boleh tahu kualiti ke tak. Betul tak?

Sebagai contoh jika anda ingin mempromosikan produk panduan wordpress yang saya hasilkan tu, apa salahnya anda beli dahulu untuk diri anda supaya lebih mudah faham apa yang anda mahu promosikan kelak. Mudah untuk anda tentukan apakah kelebihan produk dan kekurangan produk. Jika anda nampak kekurangan itu lebih baik kerana anda boleh gunakan kekurangan tersebut sebagai idea bonus kepada bakal pembeli anda.

Yang kedua
Bina kepercayaan. Jika anda perasan kebanyakan top affiliate yang tersenarai dikenali sebagai otai atau sifu sebab ramai orang dah kenal, jadi tidak hairanlah mereka mudah mendapat komisen walaupun update status biasa-biasa sahaja di facebook.

Bagi anda yang tiada follower, atau tidak ramai orang kenal boleh ikuti posting saya disini. Mohon baca dengan teliti.

Selain itu anda juga boleh gunakan fb ads untuk tingkatan jualan anda. tak perlu jadi otai atau kumpul followers bertahun-tahun. Run pengiklanan berbayar sahaja sudah cukup + Bonus yang sesuai.

Yang ketiga
Strategi urgency. Cabaran affiliate baru-baru ni saya hanya buka untuk masa yang terhad sahaja iaitu pada hari raya aidilfitri. hanya 5 hari sahaja dibuka .

Maka tidak hairanlah ramai yang berebut nak buat bayaran dan komisen affiliate bertubi-tubi masuk.
Namun bagaimana jika produk yang kita promosikan itu tiada urgency?

Jawapan : Kita boleh buat urgency kita sendiri terhadap bonus yang kita offer. Contohnya jika anda nak beri bonus plugin untuk panduan wordpress tu. Cuba anda offer untuk 5 hari sahaja. jadi komisen yang masuk akan lebih cepat dari biasa.

*Sentiasa alert dengan pengumuman cabaran-cabaran affiliate yang diadakan sama ada dari saya atau dari penganjur affiliate yang lain.

Keempat
Berikan bonus yang super power dan sesuai dengan produk yang anda pilih. sebagai contoh tuan uwais dia offer pemasaran instagram gerila sebagai bonus. Tahukah anda pakej berkenaan berharga lebih dari RMXXX?

Jadi tidak hairanlah beliau dengan mudah menduduki carta nombor dua walaupun jumlah trafik yang beliau berjaya bawa tidak terlalu ramai.

Bonus yang dioffer oleh tuan Firdaus azizi dan yang lain-lain juga tidak kurang hebatnya.

Bonus ini sebenarnya sangat penting kerana ada 2 sebab:

  1. Si pembeli mahukan sesuatu yang lebih bernilai dengan bayaran yang dilakukan
  2. Si pembeli juga memang benar-benar mahu beli melalui link affiliate agar menerima bonus

Namun tujuan bonus tetap sama iaitu meningkatkan convertion produk affiliate yang di promosikan.

Kelima
Promosikan di tempat yang betul dengan cara yang betul, saya cadangkan anda perkenalkan diri terlebih dahulu sebelum kenalkan produk yang anda ingin promosikan. Sekarang sudah tahun 2016 semua orang berkira dalam melakukan pembelian. Ditambah pula dengan kes scammer yang semakin berleluasa. Cara terbaik ialah dengan kenalkan diri dahulu.

Anda tidak perlu malu dengan memperkenalkan diri. Tidak perlu tunggu jadi pakar atau dapat gelaran otai baru nak perkenalkan diri. Cukup sekadar beritahu nama tunjuk gambar wajah anda.

Proses ini perlu dilakukan untuk mendapatkan trust.
Trust + Bonus + Trafik = $$$$$ Affiliate komisen

keEnam
Anda mesti bertindak dengan pantas. Jangan tangguh-tangguh kerana jika anda semakin lambat bertindak semakin tinggi persaingan anda. Jika program affiliate masih lagi baru dan belum ramai lagi orang yang promosikna produk berkenaan, anda masih mempunyai peluang yang sangat tinggi.

ANDA MAHU BELAJAR LEBIH LAGI MENGENAI AFFILIATE? 

BERITA BAIK!

Saya baru sahaja lancarkan pakej terbaru iaitu Rahsia Income Affiliate. Dalam pakej ini mengandungi 18 video tutorial yang saya terangkan lebih detail daripada post ini..

KLIK DISINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Share This