Minta maaf yer bagi sesiapa yang lama menunggu untuk sambungan entri yang lepas, saya harus jawab email-email yang saya terima mengenai laporan clickbank, Alhamdulillah ada yang sudah hasilkan dollar yang pertama syabas saya ucapkan kepada beliau (member wc tapi tak aktif berforum sangat suka jadi silent reader jerk..jgn main2 Tevez tu… haha )

ok mari kita sambung disebabkan hari ni hari cuti saya ada masa nak menulis blog ni.. sekarang kita akan bincangkan macam mana nak dapat views yang tinggi untuk video kita di youtube.

sebelum itu saya nak bagi tahu anda 2  faktor yang mempengaruh jumlah views video anda. antaranya ialah:

1) Niche video

2) Kualiti video

Niche video

Jika niche anda hot di youtube maka lebih mudah anda akan mendapat views. Untuk mengetahui sama ada video anda akan mendapat sambutan ialah dengan melihat video orang lain yang sama niche dengan anda.. Adakah video mereka mempunyai views yang tinggi? Cara yang terbaik sekali untuk melakukan edisi siasat siasatan ialah melihat video yang di upload pada bulan  atau dalam minggu tersebut.. sekiranya ada video yang sama niche dengan anda diupload pada minggu lepas pun mendapat views cecah 3 angka ini bermakna video yang bakal anda upload juga berpotensi untuk mendapat views yang lebih kurang sama

Namun jika views video mereka tidak mencecah sehingga 3 angka pun itu bukanlah bermakna video anda nanti langsung tidak akan ditonton.. Penonton nya ada tapi untuk jangka masa panjang..  :) Sebagai contoh video yang saya tunjukkan iaitu niche penanaman tomoto dalam laporan buat duit dengan clickbank bukanlah sesuatu yg hot di youtube tetapi untuk mendapat kadar trafik yang berterusan untuk jangka masa panjang adalah sesuatu yang sangat penting lagipun teknik ini percuma tiada apa yang merugikan.

Kualiti Video

pills without prescription justify;”>Sekiranya anda berjaya menghasilkan video yang membuatkan penonton berasa WOW! (kagum) views anda akan meningkat dengan drastiknya disebabkan oleh viral marketing oleh pengguna youtube itu sendiri.. Jika anda mempunyai produk sendiri, syarikat sendiri & ingin menggunakan video sebagai medium mempromosi maka anda perlu menghasilkan video yang sangat-sangat berkualiti & disukai oleh penonton.. ini adalah fakta yang kita sendiri boleh nampak seperti mana video yang di gunakan oleh syarikat-syarikat besar mahupun syarikat-syarikat kecil yang baru nak menapak.

Namun dalam pemasaran affiliate seperti mempromosikan produk clickbank. Kualiti video bukanlah sesuatu yang perlu tetapi perkara yang paling penting sekali ialah anda sampaikan apa yang penonton mahukan. Kita bukannya mahu penonton ingat video kita sehingga terbayang-bayang dalam mimpi mereka sebab kita hanyalah affiliate.  cukup sekadar berikan apa yang mereka mahukan berdasarkan kata kunci yang telah anda kaji. Bagi yang ingin mengetahui video jenis macam mana haruslah download laporan clickbank. kuikui :P

Mengoptimasikan Video Anda Di Youtube

Langkah ini sangat penting supaya video anda mesra youtube. Jika anda melakukan optimasi blog agar mesra enjen carian begitu juga dengan video anda di youtube. Antara caranya ialah :

Pastikan keyword anda berada pada tajuk video , deskripsi , & juga tag. Untuk bahagian tag anda juga boleh copy paste video tag orang lain yang mempunyai views yang tinggi, dengan cara tersebut video anda berpeluang untuk muncul pada halaman related video  yang hot tersebut. mudah kan?

Selain itu anda juga perlu memaksimumkan penggunaan annotation yang disediakan. Suruh mereka like & komen pada video anda. (oh~ bab ini saya lupa nak beritahu dalam laporan clickbank.. sori yer :D ) Sekiranya anda mendapat jumlah like , komen & views yang banyak video anda akan sentiasa mendapat perhatian di mata carian youtube… ehehe…

Ada apa-apa soalan? sila komen insyaAllah saya akan jawab. Selamat Beruploading ! :)

p/s: pastikan kelajuan internet anda berada pada tahap maksima :P