Impian untuk memiliki sebuah blog berprofil tinggi, dan mempunyai ribuan pelawat setiap bulan adalah impian majoriti blogger. Sebagai seorang blogger, kita mahukan perhatian secukupnya daripada pembaca. Kita mahu mereka menghargai setiap karya, di saat mereka pertama kali memasuki ke laman blog kita :)

Benar, ramai blogger yang mempunyai skil penulisan yang baik. Ada di antara mereka juga bijak untuk mengupas isu-isu hangat untuk menarik perhatian pembaca.

Tetapi sayangnya…

Mereka sering terlupa, asas untuk meningkatkan trafik blog adalah mengetahui cara untuk mempengaruhi mereka dari pelbagai sudut, supaya mempunyai keinginan untuk melawat domain blog kita.

Bagaimana caranya? Ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan membongkarkan apa yang kita perlu kuasai, untuk menjana 10,000 trafik setiap bulan…

  •   Tanpa perlu mengeluarkan kos berbentuk wang.
  •   Tanpa perlu menipu pembaca untuk menghasilkan headline yang kontroversi.
  •  Tanpa perlu membeli produk-produk informasi lain untuk mengetahui cara meningkatkan jumlah pembaca ke blog kita setiap  bulan.

Ada Apa Dengan Ebook Rahsia Trafik Ini?

 

Ebook ini ditulis oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill. Mereka adalah dua orang anak muda yang begitu aktif membangunkan laman web pendidikan bisnes dan keusahawanan, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini, mereka akan berkongsi sebuah sistem, yang menunjukkan langkah demi langkah untuk menjana 10,000 trafik bermula 3 bulan dari sekarang…

Tanpa melibatkan sebarang kos. Hanya berpandukan kajian dan keputusan yang mereka peroleh, selepas 6 bulan berada dalam situasi try & error .

Bukan itu sahaja, blog Majalah Niaga kini telah membuktikan sendiri mereka berjaya mengekalkan konsistensi jumlah pelawat sebanyak 10,000 setiap bulan. Buat pengetahuan kita, jumlah ini agak sukar diperoleh untuk blog yang berkaitan bisnes dan keusahawanan.

Sekiranya kita mahu membandingkan dengan blog politik, hiburan, diari peribadi yang memperoleh 100,000 pelawat setiap bulan, perbuatan ini tidak adil. Ini kerana blog-blog seperti itu kebanyakan blog yang tidak fokus pada niche. Berbeza dengan Majalah Niaga, blog ini mempunyai fokus dan pembaca tegarnya yang tersendiri. :)

Jadi apa kelebihan yang kita dapat sekiranya memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini?
Berikut adalah kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan Ebook Formula Blogging – Rahsia Trafik

 

#1 – Hasil keputusan berdasarkan kajian mereka selama 6 bulan – Ini adalah faktor utama mengapa kita mesti memiliki ebook ini. Kerana ia bukan berdasarkan teori semata-mata. Apa yang dikongsikan oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill ini adalah ilmu yang berbeza, dan jarang diceritakan oleh blogger-blogger tempatan.

Malah dalam tempoh 6 bulan, mereka sendiri bergelumang dalam kesusahan untuk mencari rentak bagi meningkatkan jumlah pelawat setiap bulan. Ini bermakna sekiranya kita memiliki ebook ini, maka kita akan memiliki ‘Ilmu Emas’ yang sukar diperoleh di mana-mana.

#2 – Kaedah yang Terbukti Berkesan Berkali-kali – Cara-cara yang mereka kongsikan dalam ebook ini adalah cara yang digunakan sendiri oleh blogger-blogger bertaraf dunia, seperti Darren Rowse, Pat Flynn, Glen Allsop dan ramai lagi.

Bayangkan kita menggunakan cara meningkatkan trafik blog yang sudah terbukti berkesan, malah ia digunakan berkali-kali oleh blogger bertaraf autoriti di peringkat antarabangsa…Bagaimana agaknya hasil yang bakal kita peroleh kelak? Setidak-tidaknya, penambahan 1,000 pelawat ekstra setiap bulan akan berlaku, sekiranya kita memiliki ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ hari ini.

#3 – Ibarat Teknik Copy & Paste – Baik. Secara jujurnya, kita sudah penat dengan penulis yang menulis ebook berdasarkan teori yang panjang berjela, kemudian menyukarkan kita untuk memahami. Apabila kita sukar untuk memahami, maka ia akan menyukarkan kita untuk bertindak. Berbeza dengan ebook ini, ia adalah panduan berbentuk praktikal.

Mereka tidak bercerita panjang lebar mengenai teori (Hanya sedikit sahaja di tahap permulaan… Dan itu adalah untuk kebaikan kita juga).Apa yang kita perlu lakukan, hanya tiru semula apa yang mereka lakukan. Gunakan teknik itu sebaik-baiknya dan mula lihat limpahan trafik ke blog kita.

#4 – Ia Berkesan Terhadap Blog Niche Lain – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini hanya berkesan untuk blog seperti Majalah Niaga sahaja? Jawapannya, tidak. Ia berkesan untuk semua niche blog lain. Tidak kira blog peribadi, blog keagamaan, blog percintaan dan pelbagai lagi. Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi meningkatkan trafik blog secara drastik… Malah akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang blogger autoriti.

Bagaimana Pula Dengan Kekurangan Ebook Ini?

 

Ebook ini bukan ebook yang sempurna untuk kita tatapi, bagi menguasai cara meningkatkan trafik blog tanpa sebarang kos.

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti dalam ebook ini adalah:

Setiap kerja mengambil masa – Adakah teknik-teknik yang ditunjukkan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini akan memberikan hasil dalam masa 24 jam atau kurang? Tidak. Ia memerlukan usaha yang berterusan sebelum kita dapat melihat hasilnya. Tetapi apa yang berbeza adalah, teknik ini adalah teknik yang terbukti berkesan. Kita tidak perlu khuatir untuk menggunakannya.

Mempunyai skil penulisan yang baik – Antara salah satu teknik yang ditunjukkan dalam ebook ini memerlukan blogger memiliki skil penulisan yang baik. Antaranya adalah penggunaan ayat Bahasa Melayu yang lengkap, tatabahasa yang betul dan sedap dibaca. Meskipun begitu, ia adalah bonus bagi yang memiliki skil penulisan yang baik. Ebook ini akan disertakan sekali templet emel untuk menghubungi pemilik blog…

Agar mereka cair dan menerima karya kita untuk diterbitkan dalam blog mereka.
Kesimpulannya… 4/5 Untuk Ebook Ini

Ebook ini hanya sesuai dimiliki oleh blogger, atau pemilik laman web yang memahami kepentingan mempunyai jumlah pelawat yang banyak di internet. Isi kandungan dalam ebook ‘Formula Blogging – Rahsia Trafik’ ini juga adalah jauh lebih baik daripada ebook-ebook yang sama topik perbincangannya. Ia mudah difahami, dan dapat mendorong kita sebagai pembaca untuk terus bertindak.

Sekiranya berminat, boleh klik di sini untuk membeli ebook ini, dan dapatkan bonus bernilai lebih RM150 secara PERCUMA daripada Aqif Azizan & Hasbul Aqill.