SEO Quake? Pembantu Pemasaran SEO

Jika anda penggemar SEO (Search Engine Optimization) , saya pasti nama SEO Quake ini sudah tidak asing lagi bagi anda bukan? Tapi bagi mereka yang tak pernah dengar langsung apa benda SEO Quake ni yer? Ini adalah plugin bagi web browser anda untuk membantu kerja-kerja pemasaran anda. Sebelum itu jika anda belum ada silalah download dahulu yer. Plugin ni percuma ajee..  —–> www.seoquake.com

Apa yang bagus sangat pasal plugin ni? dengan plugin ini anda boleh melihat statistik website seperti Page Rank (PR), Rank Alexa, Google Index, Umur Website & macam-macam lagi..

Ya! Sangat mudah, anda hanya perlu install plugin ini dan ianya terus boleh digunakan di browser anda, plugin ini akan memaparkan segala maklumat secara automatik,

Ok ok.. untuk mengelakkan anda daripada pening kepala apa kata tonton video penerangan mengenai SEO quake dibawah , lagipun saya tak pernah post video kat blog saya kan? ini kali pertama.. hehe

Ok dah jelas?

Seperti saya yang bukan pakar SEO, saya hanya menggunakan maklumat seperti Page Rank jika ingin melakukan proses backlinking, kalau Page rank tinggi kita boleh tumpang sedikit populariti dengan letakkan link kita pada web tersebut, dan lama kelamaan PR blog kita pun akan meningkat, saya ada satu blog PR3 khas untuk main clickbank, trafik memang berduyun-duyun masuk, selain itu blog PR tinggi-tinggi ni mahal harganya kalau dijual.. hehe..

Selain itu saya juga selalu refer Rank Alexa, sebagai contoh jika kita nak promosikan blog kita menggunakan forum, kita tengok forum tu macam tak ramai ahli tapi rank alexa pula rendah, maksudnya forum tersebut mempunyai banyak trafik tetapi tidak ramai yang daftar sebagai ahli.. trafik mungkin banyak datang dari google, siapa tahu? Jadi itu lah peluang kita melakukan posting di forum tersebut sambil letakkan link blog kita pada thread yang kita post atau pada ruangan signature…

Kalau anda bina blog baru & nak semak sama ada sudah tersenarai di google atau belum tak perlu guna cara manual lagi seperti menaip site:url blog di google, anda hanya perlu refer pada google index di toolbar Seo Quake sahaja.. mudah kan?

Sebenarnya banyak lagi fungsi yang terdapat pada SEO quake ni, Anda perlu banyak explore lagi, saya sendiri pun tak habis explore sebab saya hanya fokus pada term PR & Rank ALexa sahaja buat masa ni.  Asalkan trafik & duit masuk sudah, tak perlu pening kepala.

Sekian post saya buat kali ni. saya tahu ada yang merindukan post dari saya, saya minta maaf sebab sibuk siapkan ________ tunggu kemunculannya  ok .. Tayangan di seluruh Malaysia.  :D

Comments

  1. SobriMansor says:

    Terbaekkk info nih. amat berguna seperti saya yang newbie nih….

  2. Zyan says:

    Thanks bro… kalau suka jangan lupa kongsi yer :)

  3. Azeri says:

    Terima kasih bro Zyan kerana info yang berguna ni. SQ merupa jalan pintas untuk melihat ranking. Memang membantu.

  4. Baru tahu deh SEO Quake itu apa.

  5. Yusri Chezainol says:

    SEO  ni bagus thanks Azian..