Sniper Site Di Muka Pertama Google (Kaji Selidik)

Terima kasih kerana masih lagi setia menjadi pembaca blog ini. Post kali ni ialah berkenaan sniper site. Apa itu sniper site? Sebenarnya saya pernah buat post pasal sniper site ni pada hujung 2010 tapi masa tu saya pun masih belum jelas sangat pasal sniper site, Teknik Sniper site ni dipopularkan oleh seorang anak muda yang bernama George Brown apabila dia melancarkan panduan google sniper sebenarnya saya tak pernah beli pun produk dia sebab pada masa sekarang Google sering kali mengubah peraturan enjen carian mereka, berdasarkan dari perbincangan di forum-forum luar. Google sniper site ini mengajar cara bagaimana mendapat 1st page google dengan satu keyword yang telah kita pilih. Jadi kini anda semua dah tahu  tujuan kita buat sniper site ni hanya satu sahaja iaitu untuk masuk muka pertama Google dengan kata kunci yang kita pilih dengan usaha yang minimum.

Biasanya sniper site digunakan oleh mereka yang mempromosikan produk Amazon, ini kerana Amazon mempunyai conversion rate yang tinggi dan sniper site ni trafik tak lah banyak mana pun. Bergantung pada keyword yang kita pilih.  Keyword yang makin senang nak rank biasanya tak tinggi carian sebab itu lah promosi produk Amazon lebih sesuai berbanding produk digital seperti di clickbank yang memerlukan trafik yang lebih tinggi. Namun tetap ada juga yang menggunakan untuk adsense dan clickbank. Tak salah pun mencuba :)

Baiklah sekarang mari kita mulakan. Dibawah ni adalah hasil trafik yang saya dapat apabila berjaya muncul di muka pertama google dan berada di kedudukan yang paling atas sekali.  Saya target 2 keyword disini.. Carian keyword adalah  4k dan 23k  exact  match sebulan global search . Sebenarnya saya hanya melakukan testing sahaja pada mulanya sebab nak lihat sejauh mana keberkesanan teknik ini dan saya memang tidak mengharapkan hasil yang baik sebab kerenah Google yang sukar untuk dijangka.  Dalam kes ini saya cuba bermain dengan baik,  Saya melakukannya perlahan-lahan dan tidak tergopoh gapah.. saya tidak melakukan sebarang aktiviti berbentuk spam atau apa-apa aktiviti lain yang boleh  mendatangkan kemarahan Uncle Google..

Dan memang tak disangka trafik meledak kini melebihi 600 unik pelawat sehari ada kalanya mencecah 1000 unik pelawat! Fuhh!

Pada bulan pertama mencuba saya berjaya rank untuk keyword yang mempunyai 4k carian sebulan… pada bulan Januari 2012 pula saya berjaya rank untuk keyword yang mempunyai 23k Carian pula :D

(statistik dari plugin slimstats)

(statistik dari Cpanel awstats)

Seperti biasa untuk menghasilkan sesuatu halaman dalam kes ni ialah (sniper site)  mestilah kena sediakan bahan-bahannya dulu.. Macam dalam rancangan masterchef (teringat pulak kat Dr. Ezani yang cun tu.. oh~) .

Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1)  Keyword yang kita nak rank

2) Domain dan hosting

3) Backlink yang secukupnya

ya.. hanya 3 bahan sahaja. Nampak macam mudah kan? hehe.. ok mari kita cuba , mudah ke susah.

Mengkaji kata kunci dapatkan bahan yang pertama dahulu

Buka Google Keyword tool  (GKT)  pastikan anda sudah ada akaun google adword untuk dapatkan hasil keputusan yang lebih banyak.  Sekarang taip di halaman GKT dengan keyword niche apa yang anda ingin gunakan. Dalam contoh ini saya pilih niche relationship (perhubungan). Niche perhubungan ini sebenarnya sangat luas, hubungan antara makwe pakwer , suami isteri , ibu dan anak, adik beradik ,  hubungan antara pekerja , client, hubungan kawan , cikgu dan murid dan macam-macam lagi.. Tapi kita mestilah pilih niche yang benar-benar boleh menghasilkan wang,  caranya mestilah dengan melihat nilai CPC  (cost per click) yang diberikan oleh GKT, semakin tinggi CPC keyword semakin bermutu niche tersebut. Sekarang mari kita masukkan keyword pada halaman GKT, apa keyword nak masuk ni Zyan?

Ok tips daripada saya, katakan anda pilih niche perhubungan antara suami dan isteri. Letakkan diri anda sebagai suami atau isteri. Apa agaknya keyword yang boleh dimasukkan untuk membuatkan perhubungan anda dan pasangan anda kekal bahagia?   Masukkan unsur-unsur yang boleh buatkan dia bahagia..  hadiah? kejutan sambutan hari jadi? atau anda sedang risau pasangan anda curang.. apa keyword yang anda boleh masukkan?

Banyak keyword yang anda boleh masukkan antaranya ialah : husband birthday party , is my husband cheating , gift for husband,  dan banyak lagi..  Lihat step saya dibawah dengan memasukkan keyword is my husband cheating dan saya mahukan hasil carian yang lebih dari 500 sebulan local search,.

Pastikan anda tandakan pada Exact Match ( kiri Dashboard GKT )

Antara keyword yang saya jumpa..

 

Antara keyword yang saya peroleh ialah how to catch a cheating spouse dan saya telah memilih keyword tersebut kerana perkataan yang agak panjang… carian lebih dari 1k sebulan dan juga mempunyai nilai CPC sebanyak USD1.45  (klik pada gambar untuk melihat statistik penuh)

Sebenarnya tak susah pun cari keyword ni. Cuma prosesnya sangat memakan masa. Itulah antara sebab kebanyakan mereka yang mencuba keyword research ni mudah sangat putus asa.  Yang penting kita kena rajin mencari keyword sampai betul-betul jumpa keyword yang kita mahukan.. untuk langkah seterusnya lihat pula step dibawah…

KAJI persaingan di halaman carian Google

Semasa di halaman GKT anda terus sahaja klik pada keyword yang berkenan dan anda akan terus dibawah ke halaman carian google.com (pastikan google.com bukan google.com.my) . Kemudian lihat pada hasil keputusan yang diberikan oleh google. Lihat pada pesaing untuk keyword tersebut. Kalau jumpa pesaing seperti Amazon , wikipedia , atau official website untuk produk-produk terkenal yang kita nak promosi saya terus abaikan keyword tersebut dan cuba klik pada keyword lain pula di halaman GKT.

Dalam contoh ni  keyword how to catch a cheating spouse tidak mempunyai pesaing yang hebat-hebat..

Apabila saya memasukkan ” ” pada keyword hasilnya pula adalah 1 juta ( 1 juta hasil carian menggunakan ” ” bukanlah keyword yang bagus tetapi masih boleh diguna pakai untuk tujuan sniper site)

Saya akan copy keyword ni dan pastekannya dalam notepad . Kemudian saya akan terus lagi melakukan carian untuk keyword yang lain pula.. Saya akan cari dalam 10 keyword. Bergantung pada anda nak cari berapa banyak keyword.  langkah ini perlu dilakukan supaya kita dapat menapis keyword mana yang betul-betul bagus yang boleh digunakan sebab kita akan mendaftar domain yang baru berdasarkan keyword tersebut. Sebab itulah langkah ini sangat penting.  Kalau x nanti jadi la kes seperti dah daftar domain lepastu.. menyesal sebab tak dapat trafik atau menyesal sebab terjumpa keyword lain yang lebih mantap (hehe.. banyak kali jadi kat saya  )

Kemudian dari hasil keyword yang kita jumpa tadi, saya akan melihat statistik setiap keyword dengan menggunakan software percuma traffic travis pula. Software ni percuma anda hanya perlu bayar kalau nak upgrade sahaja.

DOWNLOAD DISINI…

Saya akan melihat dari segi Page rank (PR) Umur pesaing (Age) dan jumlah backlink Pesaing pula (BL dan BLS)  .

Ok sekarang katakan saya dah dapat 10 keyword dan lepas melihat semua statistik seperti nilai cpc , jumlah carian dan pesaing , keyword  how to catch a cheating spouse ialah yang terbaik (ini contoh sahaja) .  Saya akan pergi ke langkah yang seterusnya pula iaitu mendaftar nama domain.

Daftar Nama Domain

Untuk mendaftar nama domain anda boleh gunakan Godaddy , Namecheap atau Name.com  . (Godaddy sering juga beri kupon kod agar dapat membeli pada harga diskaun.. Komuniti kedai kopi IM sering ada member yang post kat situ pasal kupon godaddy ni.. )

Jadi domain yang saya pilih sudah tentu howtocatchacheatingspouse.com  tapi sayangnya domain ini already taken ( sudah diambil orang) tambahkan sahaja huruf lain di belakang seperti S , X , info , site .

Ada yang bertanya kepada saya boleh tak kalau masukkan  ” – ” pada nama domain seperti ini how-to-catch-a-cheating-spouse.com. Boleh jer tapi agak susah sedikit dan perlukan lebih banyak backlink untuk masuk 1st page.

Ok sekarang keyword pun dah pilih domain pun dah daftar … ( fuhh.. susah jugak nak dapat keyword ni… ) langkah seterusnya ialah Install WordPress pula.

Kita akan menggunakan platform wordpress jadi anda mestilah mempunyai akaun hosting. Saya sarankan anda pakai  Hostgator selama 3 tahun saya pakai hostgator langsung tak pernah ada masalah. Dengan kos bulanan sebanyak USD9.90 memang sangat-sangat berbaloi.

Untuk kali pertama mendaftar dengan Hosting akaun. anda mestilah menyambungkan domain yang anda sudah beli pada akaun hosting anda.

** Untuk cara pendaftaran/beli domain hosting anda boleh lihat di youtube. Taipkan sahaja.. Register domain name , register hosting, etc etc..  Kalau anda nak saya buatkan pun boleh video tutorial percuma tapi itupun kalau ada permintaan.

Ok katakan sekarang domain & hosting anda sudah sedia.  Pasang wordpress pada hosting anda pula. Untuk proses pemasangan wordpress boleh tengok video kat bawah..  (saya dah cari yang bahasa melayu  tapi tak jumpa.. huhu.. kalau anda jumpa sila komen dibawah ye.. nanti saya update post ni..  )

Kini anda sudah pun ada blog wordpress yang menggunakan domain & hosting anda sendiri.  Oh ye..  jangan lupa masukkan sekali  page about me , contact , dan privacy policy ..

apa langkah seterusnya?

Hasilkan Artikel Blog

Langkah seterusnya ialah sediakan artikel untuk blog anda. Sediakan 5 artikel pun sudah cukup.. Seperti biasa artikel mestilah 100% unik dan berkualiti. Bukannya copy paste atau ambil dari mana-mana sumber. Ramai yang tak nak guna unik artikel sebab nak jimat kos (tapi nak dapat duit banyak) . Tak perlu buat sendiri artikel melainkan kalau anda memang seorang pakar dalam penulisan artikel. Saya sekarang pun dah tak buat sendiri semua saya upah orang.

Kat mana nak upah orang ni? Kalau anda nak murah dan berkualiti kini fiverr.com ada banyak servis penulisan artikel. Fiverr sangat sesuai terutama newbie yang mempunyai modal yang sangat terhad.

http://fiverr.com/gigs/search?order=rating&query=article+writing

Cuma pastikan anda melihat dahulu feedback dari pelanggan mereka . Kalau banyak yang complain terus abaikan sahaja

Untuk permulaan order 1 artikel sahaja dan post di blog anda.  tetapi sebelum anda nak masukkan artikel pastikan anda mengubah dahulu pada bahagian PERMALINKS ini penting supaya blog anda lebih kelihatan mesra SEO.

Keyword dah cari ,  domain & hosting dah daftar , blog wordpress dah pasang , artikel pun dah dimasukkan. Nak buat apa lagi ni Zyan? ( Fuhh… penatnya.. )

Ok sekarang langkah yang seterusnya pula ialah mempromosikan blog kita yang dah siap tu.

Langkah promosi Blog

(AMARAN: Saya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kerugian yang berlaku jika anda menggunakan servis dibawah. Semua tindakan adalah tanggungjawab anda sendiri. Anda digalakkan melakukan kajian lagi sebelum melakukan sebarang pembayaran kepada pihak ketiga)

1)  Hantar ke halaman social bookmarking secara manual BUKAN PAKAI SOFTWARE

http://fiverr.com/fivvrfun/submit-your-website-manually-to-stumbleupon-folkd-delicious-digg-mixx-linkagogo-excite-bookmarks-mylinkvault-secondbrain-twitter-and-more

2)  Hantar ke halaman website yang mempunyai PR yang tinggi

http://fiverr.com/seosupremacy/manually-build-150-high-pr-backlinks

3)  EDU backlink

http://fiverr.com/brianc/give-you-20-instant-edu-and-gov-backlinks-and-send-you-the-list

4) Blog Network (  untuk yang malas atau banyak kerja lain dan tak ada masa tetapi ada modal lebih sebab perlu bayar setiap bulan)

( 3 servis diatas saya sangat sarankan sebab anda boleh daftar percuma dahulu test sistem mereka, belek-belek cara nak guna sistem mereka, kalau sesuai dengan anda sesuai dengan bajet tak salah kalau nak langgan)

(Yang ni wordpress plugin.. tiada trial atau laman pendaftaran percuma.. kena langgan terus atau anda boleh lihat video demo di website tersebut)
Namun perlu diingatkan dalam proses melakukan backlink ini anda tak perlu tergopoh-gopoh.. Beri masa paling kurang 3 bulan untuk anda target muncul di 1st page. Dalam kes saya saya muncul 1st page tak sampai sebulan dan berjaya muncul kedudukan paling atas sekali lebih kurang 2 bulan lebih..

Sekiranya blog (sniper site) anda baru mempunyai 1 artikel, disarankan melakukan bookmarking terlebih dahulu… apabila blog anda sudah mempunyai 5 artikel atau lebih barulah anda boleh menggunakan mana-mana servis yang lain. Ini saranan saya sahaja sebab semua bergantung pada keyword yang anda pilih… sekiranya keyword yang dipilih sangat kurang pesaing,  Melakukan bookmarking sahaja sudah cukup untuk masuk 1st page.

Pastikan anda sentiasa memerika kedudukan sniper site anda menggunakan software percuma traffic travis .

Terus terang saya katakan nak melakukan pemasaran dalam teknik ni tak sukar mana pun.. upah orang kat fiverr pun dah cukup.. cuma dalam bab pencarian keyword yang menjadi masalah sebab kita mahukan keyword yang banyak carian dan senang untuk masuk 1st page penyelesainnya ialah dengan menggunakan online keyword research tool iaitu Jaaxy yang diperkenalkan Kyle & Carson (Founder Kelab Wealthy Affiliate)

Saya dah pernah pakai macam-macam software tapi selalu sahaja ada masalah.. Dengan Jaaxy saya tak perlu bazir masa lama-lama, Jaxxy ni akan terus paparkan keyword-keyword serta data-data dengan sangat cepat sekali..  tak perlu nak cari satu-satu.. Domain pun dia akan tunjuk sama ada available atau tidak..  Lihat gambar dibawah maklumat seperti Jumlah carian , anggaran trafik yang anda dapat , serta tahap persaingan (yang warna hijau tu maksudnya senang nak rank)

Kebetulan semasa saya sedang menyiapkan post ini, saya ada menerima email dari Kyle & Carson mengenai promosi Februari 2012 yang mana mereka menyediakan trial USD1 sahaja untuk 7 hari! Jadi jangan tunggu lama-lama.. Daftar cepat..  Saya nasihatkan supaya anda langgan dahulu.. Dalam 7 hari jika anda masih belum berjaya jumpa keyword yang bagus boleh Cancel langganan jika tidak anda akan dikenakan USD19 setiap bulan melainkan kalau anda memang berminat nak langgan.. Saya dah pakai 2 bulan dah x silap saya.. memang berbaloi. klik sini untuk mula langgan!

Negatif pasal Jaaxy : satu perkara yang saya tak berapa suka tentang jaaxy ini ialah mereka tidak paparkan nilai CPC . Itu yang menjadi masalah tu.. Mungkin pada Update yang akan datang..  Jadi mana-mana keyword yang ada lampu Hijau monthly exacth lebih dari 1000 saya akan copy paste dan masukkan pada halaman Google Keyword tool untuk lihat nilai CPC mereka..

Maklumat : Jumlah carian di Jaxxy memang tak sama langsung dengan google keyword tool, ini kerana mereka paparkan jumlah purata carian dari google , yahoo , bing dan lain-lain. 

Namun sekiranya anda tidak mampu untuk melaburkan sebanyak USD1 untuk 7 hari trial anda boleh gunakan cara manual seperti biasa.

Sekian post kali ni…

UPDATE TERKINI : TEMPOH PERCUBAAN $1 SELAMA 7 HARI SUDAH PUN TAMAT.. ALTERNATIF LAIN YANG ANDA BOLEH GUNAKAN IALAH MENGGUNAKAN KEYWORD XP.. rujuk pos saya disini

 

p/s: post ni saya terpaksa buat 2 kali sebab post yang pertama tiba-tiba ada masalah langsung terus tak nampak apa2.. letih jugak nak buat balik….huhu

P/s/s: Jangan lupa share dan like post ni kalau anda suka..

Comments

  1. adzril says:

    salam zyan.. nak tnya apa maksud conversion rate dlm ayat zyan kat blog tu.. ” ini kerana Amazon mempunyai conversion rate yang tinggi”

  2. adzril says:

    artikel ni dah boleh wat ebook n jual ni zyan.. heheh

  3. Zyan says:

    Memang ada niat buat macam tu.. tapi ni bende kecik jer bro.. rasa patut dikongsi dengan semua.. walaupun saya bagi ilmu ni free saya yakin ganjaran pasti ada :) Mungkin lepas ni boleh dpt trafik cecah 5k sehari siapa tahu :)

  4. Zyan says:

    Comversion rate tu bermaksud kadar tukaran pelawat menjadi pembeli… Di Amazon lebih tinggi… sebab Amazon sangat dipercayai :)

  5. sofian says:

    opocot..siap blog post :D

  6. Zyan says:

    Ramai masuk blog ni bro tapi x update2… rasa bersalah pulak :D

  7. mohd saiful says:

    Slm, saya nak tanya skt pasal sniper site tu. Boleh dapat sale dari clickbank tak kalau guna sniper site tu? Ikut pengalaman zian mcmana? jazakallah wslm.

  8. Zyan says:

    Sudah tentu boleh juga Encik Saiful :) sebab kita target kata kunci yang berkualiti… ada satu kempen SEO yang saya guna promosi produk clickbank.. memang ada hasil….:)

  9. fadzil says:

    salam zyan, dalam blog ngenai “sniper site” zyan kata carian untuk keyword “how to catch a cheating spouse” adalah 1 juta dan kurang bgus untuk sniper site. so, berapa jumlah carian yang terbaik untuk sniper site? terima kasih

  10. sofian says:

    hehe..zyan, pakai brian threaded comment supaya komen hang tak lari dari komen orang lain. aku dah siap ebook pasal sniper, sekali hang buat blog post pulak..tapi takdo la mentian guna tools berbayar..semua based on free method, the foundation..dalam tu siap aku letak landing page site yang aku buat masa menulis tu..takdan nak release…workload terlalu banyak..hehe

  11. Zyan says:

    Wasalam bro Fadzil, 1 juta tu hasil pesaing selepas melakukan carian di google dengan menggunakan ” ” pada keyword.. lihat ada angka 1,190,000 .. Saya tak kata pun x bagus cuba kalau boleh kita nak kurang dari 1 juta lagi rendah lagi bagus.. biasanya saya akan ambil yang bawah 800,000 .. kalau pakai jaaxy lagi senang nak cari keyword macam ni…

  12. Zyan says:

    bro Sofian.. tak reti la den nak pasang comment treaded tu.. nak install facebook comment pun asyik problem jer.. adeh… aduh.. dah tunggang langgang dah komen kat sini.. haha….
    kalau bro buat ebook bagus lah… lagi2 kalau ada teknik yang tak payah bayar… :D blog posting ni tak lengkap mana pun.. cukup la sekadar buat faham untuk yang nak buat sniper site ni.. hehe

  13. Reys says:

    Bc post ni, rs mcm dh lengkap tp bila bc komen zyan dan lain, byk lg rupanya yg tersembunyi. Anyway, tima kasih byk br0 sbb share. Bg yg cetek ilmu cam sy ni, perkongsian percuma cmni mmg ditunggu-tunggu la :D

  14. Anonymous says:

    InsyaAllah akan ada banyak lagi perkongsian daripada saya.. rajin-rajin la sebarkan blog ni.. lagi ramai lagi meriah..  hehe

  15. Reys says:

    100% artikel yg unik tu mksudnya, klu kte amik maner2 sumber, pastu gna article spinner pon xleh ker? nk kepastian :D

  16. Anonymous says:

    Yup! betul tu.. kalau artikel kita spin paling bagus saya dapat pun dapat 60% unik sahaja..  itu pun nak kena semak betul2  artikel tu.. tunggang langgang ke tak… huhu

  17. Reys says:

    sy biasa spin ader la dpt yg 80+% tp dh nk 100, letih tu nk mngarang tp bleh ag gna teknik yg dpt dri ebook zyan klu pakej lengkap :D cma, letih la skit. tima kasih br0 zyan :)

  18. Amim says:

    Bagi saya , walaupun nmpak mcm basic je post ni , tapi saya rasa dah mcm lengkap pulak dah . . dari semua segi zyan dah sentuh . . saya rasa xde msalah kalau sapa2 nak start buat . . . 

  19. Zyan says:

    Saya dah cuba yang terbaik & mmg betul cakap bro tu saya cuba sentuh semua yang perlu kita buat cuma bab teknikal yang lain tu boleh jer rujuk tempat lain mcm kat youtube… contohnya nak install wordpress, daftar domain , hosting.. itu kena cari sendiri la.. kalau masukkan kat sini mmg tak muat la nanti jadi macam novel pulak post ni :D ekeke…

  20. Rashid says:

    zyan, antara servis

    Articles Ranks     (Daftar Percuma bayar kalau nak upgrade USD 39.99/ month)Authorithy Link Network  (Daftar Percuma Upgrade Basic  USD14.50/month )Ezarticlelink  (Daftar Silver member percuma  upgrade Gold USD34.00/month)

    dengan…

    abc plugin.. mana satu yang zyan guna?

  21. Anonymous says:

    Bro Rashid, buat masa ni saya pakai yang ezarticlelink tu.. USD34/month tapi masa tu saya tak tau lagi kewujudan Authority link network yang USD14/month tu.. lepas ni mungkin saya akan langgan yang tu pula..  :)

  22. Rashid says:

     zyan pernah guna abc plugin dak? bagus dak plugin ni?
    saya kena tanya zyan sebelum beli nak pastikan produk tu ok ke atau tidak..trima kasih

  23. Anonymous says:

    Plugin tu agak mahal bro Rashid.. USD37/month jugak.. saya tak try lagi sebab saya dah daftar ezariclelink tu..    jadi saya tak boleh komen apa2.. tapi kalau bro Rashid memang ada bajet lebih x salah cuba.. cuba tengok dalam sebulan pakai..  gunakan sebaik yang mungkin bagaimana hasilnya… kalau ok boleh teruskan langgan kalau x ok better cancel.. 

  24. Husaini says:

    Salam.. Macam mana nak tentukan sesuatu keyword tu btl2 baik/berkualiti?
    Saya kurang faham. 

  25. Avie says:

    ooo ni pula Sniper Site.  Yang saya tau johnlago buat ni untuk topsale clickbank.

  26. Zyan says:

    Bro Husaini.. Kalau nilai CPC keyword tu tinggi kira berkualiti la tu.. kalau tak berkualiti advertiser takkan sanggup bayar CPC yang tinggi :)

  27. Bro Husaini.. kalau keyword tu nilai CPC dia tinggi kiranya berkualiti la.. kalau x berkualiti advertiser takkan sanggup bayar CPC yang tinggi.. :)

  28. John lago tu sape bro? IM terkenal ke? saya tak pernah dgr pulak…

  29. Nazri Salleh says:

    Seronok la baca post Zyan ni. Kalau sendiri nak study sampai ke tahap ni memang letih. Dah ada panduan ni, boleh terus follow je. Terima kasih.

  30. zyanfb says:

    kita belajar sama-sama bro.. kalau saya kongsi kat blog boleh jadi rujukan buat saya juga dan lain2 :) sudi-sudi lah kongsi post ni kepada rakan2 ye :)

  31. dinsblog says:

    Nice post bro..ni dah kire post yg hampir2 mantap…terima kasih bro dengan perkongsian menarik nih.

  32. zyanfb says:

    sama-sama…  bro pun antara yang aktif dalam clickbank.. semoga berjaya bro :) .. kalau ada idea nak saya buatkan post boleh cadangkan ye :)

  33. Golgota18 says:

    Bro Zyan,

    Saya juga ada blueprint GS2.o tapi rulesnya begini katanya,
    keyword base on phrase “keyword”
    kemudian monthly searches 15k or below dalam phrase and bukan exact.

    boleh bro guide me?
    makasih banyak.

  34. zyanfb says:

    bro Sastra, nampaknya itu adalah rules dari GS2 saya tak boleh komen apa2 sb sy sendiri tak pernah beli.. sebenarnya menggunakan keyword phrase bg sy tak banyak beza pun sb sebelum ni pun saya banyak pakai keyword phrase sebagai maklumat carian.. cuma kalau guna exatch ni jumlah carian yang dipaparkan adalah lebih tepat.. itu sahaja.. kalau keyword phrase jumlah carian memang lagi tinggi dari exatch tapi ada banyak keyword lain yng tersembunyi dan kita tak tahu akan kualiti keyword tersebut.. kalau exatch terus dia paparkan berapa carian & jumlah cpc.. jadi data adalah lebih tepat :)

  35. Golgota18 says:

    Bro Zyan.. thanks buat replynya… ya.. coz GS2 ni sebenarnya melawan arus authority site. tapi dapat ranking dalam masa yang singkat.. 

    btw, bro kalau saya nak target “reviewteknikclickbank” ada effect tak kalau hanya gunakan drectory atau subdomain. Sebab saya ingat kalau nak beli domain lagi macam nak jimat juga.. apa pendapt bro..
    advice me..

  36. Fid 2020 says:

    Banyak jugak perlu berhabis untuk outsource ye

  37. Avie says:

    :) tak la juga… IM macam Zyan… saya tengo tutorial dia nak belajar clickbank tapi yg payahnya tu nak satu domain yg blm tentu kekal lama (masa tu tak tau pula tu SS). tapi bagusla dah jumpa blog Zyan mb nak beguru ngan Zyan la ni.

  38. xiihusaini says:

    Jaxxy ni mmg ambik keyword extact je ke? kalau software ni byk mmbantu, sy mmg nak subscribe :)

  39. Rashidabir says:

     zyan guna tak servis dari fiverr kt atas tu? atau zyan hanya guna ezarticlelink saja?

  40. Muhammed Hafeez says:

    Terima kasih Bro Zyan sbb sudi berkongsi dlm post ni. Mmg best sangat

    Saya ada 2 soalan nak tanya, harap Bro Zyan sudi juga menjawabnya :)

    1) dalam kes ini, adakah keyword-keyword yang dicari untuk penghasilan nama domain (“how to catch a cheating spouse”) digunakan juga untuk menghasilkan artikel-artikel di blog tersebut ?

    2) daripada posting ni saja, saya perhatikan banyak betul tool yang Bro Zyan cadangkan. Boleh share sikit di mana Bro Zyan biasanya mendapatkan maklumat tentang tools yang terbaik  utk digunakan ? (cth: kalau di Warrior Forum, bagaimana kaedah Bro Zyan “mencari” maklumat tersebut)

    –“Buah cempedak di luar pagar…”

  41. Rashidabir says:

    zyan, dalam blog.. saya post lima artikel. perluke buat backlink untuk kesemua artikel tu untuk rank 1 Google? atau 4 artikel hanya kandungan untuk blog saja + bookmarking dan 1 artikel lagi [review article] buat backlink untuk rank kan artikel tersebut?

  42. zyanfb says:

    kalau boleh setiap artikel post yang “unik” dan mempunyai targeted keyword perlu buat backlink.. supaya ini nampak lebih natural & perlu diingatkan jangan buat banyak sgt backlink.. even tak masuk 1st page tapi dengan backlink sikit2 tu pasti akan dapat organic trafik dari google juga.. lama kelamaan pasti akan masuk 1st page juge ;)

  43. zyanfb says:

    terima kasih atas soalan bro tu.. ok begini..

    1) Setiap keyword yang kita dah dapat digalakkan untuk hasilkan artikel tersebut.. satu keyword 2 artikel kalau boleh.. tapi untuk permulaan satu keyword satu artikel pun dah cukup..

    2) Saya tak galakkan newbie guna warrior forum sebab banyak sangat offer kat sane & kalau x berhati-hati newbie akan kehabisan wang dengan membeli bermacam produk yang akhirnya langsung tak membawa apa2 makna.. namun cara yang terbaik ialah kalau pergi ke warrior forum lihat sahaja pada review section sebelum melakukan apa2 pembelian…

    ada kalanya saya juga akan merisikokan diri sendiri untuk menguji keberkesanan produk atau tool tersebut.. rugi sikit2 takpe yang pentign hasilnya berbaloi ;)

  44. zyanfb says:

    dia boleh ambil 3 bro..broad, exact & phrase tapi sekarang option tu dah takde.. saya pun tak faham… nanti saya contact support dulu…

  45. Nieza says:

    salam..klu kita wat sniper site ni untuk adsense..n ada max 10 artikel je dlm tu..blh ke?

  46. zyanfb says:

    boleh.. asalkan artikel tu berkualiti.. kalau boleh panjang perkataan lebih dari 700 lagi bagus :)

  47. Mustaza says:

    sangat terperinci maklumat zyan, keep up the good work ;)