Tag Archives: buat duit di facebook

Bagaimana Nak Buat Lebih Banyak Duit Dengan Facebook?

Salam hormat,

Saya tahu ramai yang tahu menjana pendapatan melalui facebook & kebanyakan daripada anda menjual produk fizikal betul x? sama ada produk sendiri ataupun dropship :) saya juga salah seorang penjual yang tegar di facebook. Cuma bulan puasa ni saya tak berapa aktif sangat sebab itulah saya rajin update blog ni. He he he!

Jual produk fizikal memang bagus malah dikalangan anda yang membaca post ini mungkin ada yang dah jana pendapatan ratusan ribu ringgit setiap bulan dengan produk sendiri atau berpuluh ribu ringgit setiap bulan melalui dropship. Tapi sampai bila anda nak berada di “situ-situ” sahaja? Banyak perkara yang tak diduga boleh berlaku.. kalau anda dah lama berniaga pasti anda faham kan.. produk habis stok.. barang x sampai2.. pesaing.. & macam2 kerenah dugaan & cabaran dalam berniaga ni :)

Jadi disinilah saya akan kongsikan antara cara lain bagaimana anda boleh jana wang melalui medium facebook.

Facebook-Money

1) Jual borong / offer jadi ejen

- Kalau sebelum ni anda jual direct terus pada customer, selepas ini anda mungkin boleh jual secara borong pula. Dalam banyak-banyak customer yang beli 1 atau 2 barang dari anda sebelum ini pasti ada dikalangan mereka yang berminat beli 10 – 20 sebenarnya.. Nah anda dah dapat banyak untung, pesaing memang akan meningkat itu normal.. tapi pada masa yang sama anda sebenarnya dah buat lebih banyak wang. Kalau anda ada produk jenama sendiri  pula facebook lah antara medium yang paling sesuai untuk anda tarik ejen :D

2) Jual beli fanpage

- Perasan tak ramai yang berlumba-lumba nak dapat like yang banyak. lagi banyak like lagi berkualiti nilai fanpage tersebut. apabila like dah banyak mereka boleh jual fanpage tersebut dengan harga yang tinggi. Dianggarkan fanpage niche “suka-suka” mencecah RM2000 ke atas untuk like yang melebihi 100ribu ke atas. Manakala kalau fanpage bisnes yang telah menghasilkan jualan produk mungkin nilainya lebih lagi walaupun like tak banyak. kalau anda ada page nak jual anda boleh iklankanya di group-group yang mempunyai ahli yang ramai contohnya kedai kopi IM , sembang IM , PUIM ,

3) Jual beli group

Yang ni mungkin x ramai perasan tapi sebenarnya group pun boleh jual, terutama group yang ada banyak ahli yang aktif bersosial. Bagaimana nak kumpul ahli group yang banyak? Anda boleh buat contest macam ni.. “nak beriklan percuma di group ini anda kena invite 10 orang rakan anda masuk dalam group ini” keh keh keh! perasan tak teknik ini? saya pun pernah kena invite masuk supaya kawan saya yg invite tu dapat iklan free :D

3) Jual perkhidmatan (servis)

- Kalau anda ada kemahiran yang spesifik, misalnya kalau anda pandai design anda boleh offer servis design di facebook. Pernah nampak tak.. ? servis tarik like , servis design cover timeline, servis tulis ebook , servis pasang blog & banyak lagi. Biasanya servis ni tidak perlu pemasaran yang terlampau, pelanggan anda sendiri akan cari anda disebabkan recommendation pelanggan anda sebelum ini. Banyak lagi sebenarnya jenis2 servis yang anda boleh buat & ramai orang belum buat lagi.

4) Luaskan jaringan sehingga ke luar negara

- Kalau sebelum ini anda hanya menjual di pasaran tempatan. Anda sebenarnya boleh beriklan di luar negara juga. Kalau anda ada produk sendiri yang boleh dipasarkan diluar negara, kenapa anda tidak cuba? Kalau anda takde produk sendiri produk orang lain kan anda. Kannn?? clickbank , amazon , cpa offer .. semua ni pun boleh buat duit juga dengan facebook. Selain case study clickbank + facebook ads yang saya jual di pakej oto pemsaran video. saya ada juga terjumpa case study ni pagi tadi dari saudara zack Johson beliau ni super affiliate tau.. masa kecik-kecik dulu kami selalu main gasing & konda kondi bersama.. kekeke..

http://zacjohnson.com/253-roi-facebook-ads-case-study/

5) Jual tutorial & panduan

Kalau anda rasa anda dah berjaya menambah nilai “hidup anda” inilah masanya anda menambah nilai hidup orang lain pula, sampai bila anda nak berjaya seorang diri? kalau anda seorang pakar hartanah, anda boleh jual seminar atau workshop atau ebook pasal hartanah, Kalau selama 3-4 bulan ni anda berjaya jual 1 juta bungkus kerepek di facebook, kenapa tidak anda berkongsi case study jual kerepek tu & jualkannya di facebook juga? Tidakkah ini memberi manfaat pada orang lain. Tapi kalau anda nak bagi free tu terpulanglah :D . Anda boleh offer coaching , paid secret group , & macam-macam lagi sebenarnya. Sikit masa lagi saya pun akan jual satu lagi panduan mengenai dropship. Nantikan ye..

Banyak lagi sebenarnya kalau nak difikirkan, tapi 5 perkara ni pun dah boleh buat anda kelam kabut nak buat masa satu.. kui kui.. pilih yang berkenan di hati yang penting hidup anda bahagia & ada banyak masa untuk buat apa sahaja yang anda suka!

Sebagai penutup apa kata kita tonton video ini.. video motivasi :)  jangan mengalah.. usaha usaha usaha! yeah!

* Terima kasih sudi baca sampai habis sudi2 lah tekan butang like dibawah tu untuk sharing dengan kawan-kawan anda :)

VIDEO – Berniaga di facebook dengan produk fizikal

Salam ceria buat anda semua yang masih sudi menjadi pembaca blog saya. Perkongsian pada kali ini ialah berkenaan dengan berniaga di Facebook menggunakan produk fizikal. Saya rasa patut berkongsi  video ini kepada anda sebab saya & ramai lagi orang sudah berjaya jana wang menggunakan teknik ini. Teknik ini sangat mudah & berkesan malah sangat sesuai untuk dilakukan oleh semua golongan.

Yang anda perlukan ialah

1) Produk ( sama ada simpan sendiri/dropship)

2) Facebook Page

Kemudian anda perlu update status page anda dalam bentuk ayat iklan & promosikannya menggunakan Facebook ads

Untuk maklumat lebih lanjut tonton video yang saya hasilkan dibawah ini ye :)

Daripada video diatas saya harap dapat membantu mereka yang masih belum pernah buat duit melalui facebook.  kemudian hanya ulang dan ulang untuk keuntungan berganda.

Namun sekiranya anda ingin memiliki panduan lengkap daripada pakar mengenai pemasaran facebook ads yang telah menjana 5 angka setiap bulan melalui facebook boleh layari laman web TeknikFBO

** Untuk Update  VIDEO diatas saya akan postkan disini ( Kalau ada banyak pertanyaan & permintaan)

P/S: Dalam hidup ini semakin banyak kita memberi semakin banyak yang kita akan terima. Sebab itu saya suka berkongsi di blog  ini. Anda pun boleh turut melakukan perkara yang sama hanya sekadar share atau like :)