Assalamualaikum & salam sejahtera
Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan 4 tahun 2012. Pada tahun ini antara projek yang saya lakukan dan boleh dikatakan sangat mencabar adalah menjual produk fizikal melalui facebook. Lagipun jualan produk clickbank yang saya promosikan sudahpun autopilot nak lupakan terus pun tiada masalah sebab jualan tetap boleh maintain setiap 2 minggu tunggu payment dari clickbank jer jadi apa salahnya saya cuba sesuatu yang baru seperti menjual produk fizikal betul tak? saya ni budak baru belajar saya harap ada yang sudi berkongsi pengalaman atau tips dalam berniaga di facebook ni. Buat permulaan sekarang saya menjual produk mainan kanak-kanak
(pasti ramai tanya ni)
Baiklah dalam post pada kali ni saya cuma nak tunjukkan video yang saya hasilkan percuma buat anda berkenaan soalan-soalan yang kerap saya terima melalui email.
Antaranya ialah:
1) cara menghasilkan link affiliate clickbank
2) cara sembunyikan link affiliate
3) Apa itu anchor text
4) WordPress atau blogpot
5) Berapa jumlah upload video ke youtube
(Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh pilih setting HD dan tukar kepada full screen mode)
video bonus: Demo software article rewriter yang saya gunakan
Video Soal jawab sebelum ini pun saya ada buat mengenai :
- Apa itu clickbank
- Cara pilih produk di clickbank
- kenapa perlu buat keyword research
- kenapa perlu landing page?
Anda boleh rujuk pada post blog saya disini kalau anda terlepas pandang –> http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/
Mungkin ada yang tertanya-tanya saya ni masih aktif dengan clickbank ke? masih buat duit dengan clickbank? Atau dah berhenti.. sebenarnya saya tak lah aktif sangat sekarang sebab nak juga fokus pada sumber kewangan yang lain cuma seperti pendapatan dari clickbank , adsense & beberapa affiliate network yang lain sudah pun autopilot.
Ni antara bayaran yang baru diterima dari clickbank
kalau nak lepas tangan pun boleh sebab pendapatan tetap mengalir walaupun tak banyak tapi saya rasa dah lebih dari cukup dan saya perlu tambahkan lagi sumber kewangan. Bukan nak bersifat tamak tapi sebagai langkah berjaga-jaga lagipun saya tak banyak pakai duit pun semua saya simpan buat kahwin simpanan masa hadapan untuk tujuan yang lebih penting. Itu lebih bagus betul tak?
Sekian buat masa ni kalau ada persoalan/komen/kritikan sila gunakan ruangan komen di bawah ok
Goyang kaki hype sangat ker?
ok lah… sori-sori.. sales masuk secara automatik ok? hehe.. ni berkenaan post saya yang sebelum ni > http://internetmudah.com/blog/sniper-site-ranked-kat-google-dapat-hasil-cara-mudah/
perkara paling penting disini ialah kita harus mendapatkan kata kunci yang benar-benar berkualiti, mempunyai carian yang tinggi & juga lemah persaingan dari segi pemasaran SEO,
ini adalah hasil satu produk yang saya promosikan dan berjaya rank dengan kata kunci yang saya target!
biar saya terangkan step by step macam mana saya buat ok
Untuk langkah pertama macam biasa lah pilih produk dahulu yang anda mahu promosikan kemudian pergi ke google keyword tool untuk melakukan kajian kata kunci.
kemudian lihat kata kunci yang mempunyai jumlah competition yang tinggi (semakin tinggi semakin berkualiti keyword tersebut) kemudian lihat pada bahagian local monthly searches .. biasanya saya akan ambil yang atas 2000 .. saya cari dalam 5 – 10 kata kunci dan savekannya di notepad
Ini untuk memudahkan kita melakukan penyiasatan terhadap persaingan kata kunci tersebut pada google.
Dah dapat kata kunci ? (dalam 5 – 10 )
sekarang kita pergi ke google
kaji setiap satu keyword tersebut dengan cara melihat berapa jumlah result yang keluar
ni antara contoh kata kunci yang telah saya kaji… cuba lihat berapa banyak result yang keluar? 383,000 sahaja..
tips: pastikan tidak lebih 400,000
kemudian cuba cari lagi dgn menggunakan intitle:keyword
lihat.. jumlah pesaing semakin kurang.. kini cuma 25,400 sahaja ..
tips: lagi rendah lagi bagus sebab kita akan jadikan keyword ni sebagai title blog kita..
(bawah 50,000 lagi best!)
kemudian akhir sekali lihat pula hasil dgn menggunakan phrase quote … “kata kunci”
wow! lagi rendah… ini lah kata kunci yang kita nak? ( bawah 10,000 lagi bagus)
jadi apa langkah seterusnya? Daftar domain (.com , .net atau .org) dengan keyword tersebut..
buat blog , letakkan content & buat backlink (jangan over sangat serang… slow-slow jer)
kurang dari 3 bulan insyaAllah blog anda akan berada di mata google
kenapa perlu ada intitle ?
jikalau kita taip intitle:keyword pada google hasil yang keluar ialah laman yang mempunyai keyword tersebut pada halaman title/tajuk mereka
kenapa perlu ada ” ” ??
sebenarnya ada 3 iaitu broad ,[exact] & juga “phrase” (digunakan oleh pengiklan adwords untuk mendapatkan trafik )
katakan produk yang mereka promosikan berkenaan cara hamil
trafik broad : datang dari keyword cara hamil , ibu mengandung , sukar hamil ( apa-apa sahaja yang berkaitan dengan cara hamil )
[trafik exact]: datang keyword cara hamil sahaja
“trafik phrase” : datang dari keyword cara mudah hamil , cara berkesan untuk mudah hamil , mudah hamil usia pada 29 . (apa-apa sahaja yg berkaitan tetapi kata kunci utama masih lagi kekal)
sebab itu kita target trafik phrase tujuaanya ialah untuk mengetahui tahap kepayahan sesuatu keyword untuk dirank , jadi semakin rendah maksudnya semakin senang lah
jikalau ada yang perlu di perbaiki lagi marilah kita sama-sama bincangkan.. mana tahu kalau saya tersilap ker atau ada cara power lagi yang saya tak tau kan..
sebenarnya banyak lagi cara power ranger & cara pahlawan samurai.. tapi tak perlu lah rasanya beli software yg mahal2 kalau kita masih baru.. gunakan sahaja teknik percuma & asas dahulu
SELAMAT MENCUBA!
macam biasa sila tekan like FB di bawah kalau anda suka.. saya akan berikan banyak lagi tips kalau semakin ramai pelawat datang ke blog saya..
untuk belajar teknik lebih mendalam berkenaan pemasaran online dan buat duit melalui clickbank ni dapatkan produk saya pakej teknik clickbank
http://internetmudah.com/blog/ebook-teknik-clickbank-masih-lagi-berkesan/
















Komen Rakan-Rakan