Tag Archives: cloak link

Soal Jawab Clickbank part 2 ( VIDEO )

Assalamualaikum & salam sejahtera

 

Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan 4 tahun 2012. Pada tahun ini antara projek yang saya lakukan dan boleh dikatakan sangat mencabar adalah menjual produk fizikal melalui facebook. Lagipun jualan produk clickbank yang saya promosikan sudahpun autopilot nak lupakan terus pun tiada masalah sebab jualan tetap boleh maintain setiap 2 minggu tunggu payment dari clickbank jer jadi apa salahnya saya cuba sesuatu yang baru seperti menjual produk fizikal betul tak? saya ni budak baru belajar saya harap ada yang sudi berkongsi pengalaman atau tips dalam berniaga di facebook ni. Buat permulaan sekarang saya menjual produk mainan kanak-kanak :) (pasti ramai tanya ni)

Baiklah dalam post pada kali ni saya cuma nak tunjukkan video yang saya hasilkan percuma buat anda berkenaan soalan-soalan yang kerap saya terima melalui email.

Antaranya ialah:

1) cara menghasilkan link affiliate clickbank
2) cara sembunyikan link affiliate
3) Apa itu anchor text
4) WordPress atau blogpot
5) Berapa jumlah upload video ke youtube

(Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh pilih setting HD dan tukar kepada full screen mode)

 

video bonus: Demo software article rewriter yang saya gunakan

 

Video Soal jawab sebelum ini pun saya ada buat mengenai :

  • Apa itu clickbank
  • Cara pilih produk di clickbank
  • kenapa perlu buat keyword research
  • kenapa perlu landing page?

Anda boleh rujuk pada post blog saya disini kalau  anda terlepas pandang –>  http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Mungkin ada yang tertanya-tanya saya ni masih aktif dengan clickbank ke? masih buat duit dengan clickbank? Atau dah berhenti.. sebenarnya saya tak lah aktif sangat sekarang sebab nak juga fokus pada sumber kewangan yang lain cuma seperti pendapatan dari clickbank , adsense & beberapa affiliate network yang lain sudah pun autopilot.

Ni antara bayaran yang baru diterima dari clickbank

kalau nak lepas tangan pun boleh sebab pendapatan tetap mengalir walaupun tak banyak tapi saya rasa dah lebih dari cukup dan saya perlu tambahkan lagi sumber kewangan. Bukan nak bersifat tamak tapi sebagai langkah berjaga-jaga lagipun saya tak banyak pakai duit pun semua saya simpan buat kahwin   simpanan masa hadapan untuk tujuan yang lebih penting. Itu lebih bagus betul tak?

Sekian buat masa ni kalau ada persoalan/komen/kritikan sila gunakan ruangan komen di bawah ok :)