Banyak Sangat TER-Beli Produk SAMPAH?

Terima kasih kerana masih lagi setia bersama saya di Internetmudah.com Saya tahu ada ramai yang tertunggu-tunggu post saya yang terkini. Baru-baru ini blog saya telahdiserang oleh link-link yang tak diundang akibat dari perbuatan saya yang menggunakan plugin wordpress yang saya sendiri tidak tahu akan kualitinya sepatutnya saya melihat rating pengguna dahulu tapi tidak mengapalah pengajaran buat saya dan anda juga :) .

Ok marilah kita teruskan dengan entry saya kali ni berdasarkan tajuk yang anda lihat, Pernah tak anda membeli sesuatu produk tetapi tidak berpuas hati dengan produk tersebut? Atau pernah tak anda beli kemudian bila dah dapat… “hurmm… aku halalkan je la duit tu” nampak sangat yang anda tidak berpuas hati dengan produk tersebut.

Terutama lambakan produk-produk informasi atau produk-produk yang berkaitan buat duit , sebelum itu anda perlulah mengetahui tujuan sebenar anda membeli produk tersebut. Tidak salah jika anda melabur untuk ilmu tetapi jangan pula ilmu yang salah ataupun ilmu yang tidak sesuai dengan diri anda.

Membeli Dengan Bijak

Jika anda ingin membeli sesuatu pastikan anda mengetahui apa yang bakal anda dapat. Terutama jika produk digital seperti ebook atau software yang bertujuan untuk mengajar/mendapat duit dari internet. Sejak kebelakangan ni saya dapat banyak email & tawaran-tawaran mengenai software atau panduan buat duit dari mat salleh.

Katakan anda ingin membeli software X. Dalam surat jualan mengatakan software X tersebut akan memberikan anda trafik yang sangat tinggi dan boleh menjana lebih dari 4 angka setiap hari. Wow! siapa yang tak nak  software macam tu? klik klik jer boleh dapat duit sampai 4 angka sehari. Sebelum anda beli software begitu pastikan anda tahu & kenal pasti apa software tersebut, apa yang boleh software itu lakukan. Bagaimana software itu berfungsi dan benar-benar boleh membantu anda menjana sehingga 4 angka (seperti yang diperkatakan dalam surat jualan)

Berhati-hati dengan Surat Jualan

Saya dah banyak kali jadi mangsa dengan surat-surat jualan yang Hype (cakap besar cerita bagai nak rak tapi sendiri x serupa bikin).  Zaman sekarang semua dah canggih. Jika dalam surat jualan tu tunjuk bukti sahih macam mana pun anda tidak boleh percaya 100%. Di internet sesiapa sahaja boleh jadi penipu.. termasuk orang yang anda percaya (walaupun saya sekalipun). Di internet, dunia maya yang serba canggih ni segala-galanya boleh dilakukan untuk mempengaruhi kita agar melakukan pembayaran masuk ke akaun mereka. Contohnya video log in masuk akaun clickbank tunjuk sampai 1 k usd sehari. Pendapatan memang betul tapi sesetengah mereka ada yang claim kata dari produk affiliate padahal sebenarnya hasil jualan dari produk sendiri niche make money pulak tuh.. kalau betul-betul dari produk jualan affliate pun besar kemungkinan hasil jualan dari produk niche money juga .  Namun ini tidaklah bermakna semua yang menjual di internet tu menipu.  pastikan anda faham & jelas apa yang bakal anda dapat! itu ajee…

Mendapatkan Review atau Pandangan Mengenai Produk

Langkah ini penting. Anda boleh minta pandangan mereka-mereka yang sudah pun membeli produk tersebut. Sebagai contoh di wangcyber sekarang ada bahagian produk review. Gunakan bahagian itu sebaik yang mungkin :)

Manakala jika produk dari luar negara. Gunakan worrior forum. Disitu juga mempunyai bahagian review produk. Anda gunakan sahaja fungsi search dan taipkan nama produk yang anda ingin beli pasti  ada review produk tersebut (biasanyalah)

Akhir sekali kalau tak puas hati MINTA REFUND AJE.. tak perlulah kutuk-kutuk owner produk :)

Sekian buat masa ini… :)