Tag Archives: teknik clickbank

Soal Jawab Clickbank part 2 ( VIDEO )

Assalamualaikum & salam sejahtera

 

Pejam celik sekarang sudah pertengahan bulan 4 tahun 2012. Pada tahun ini antara projek yang saya lakukan dan boleh dikatakan sangat mencabar adalah menjual produk fizikal melalui facebook. Lagipun jualan produk clickbank yang saya promosikan sudahpun autopilot nak lupakan terus pun tiada masalah sebab jualan tetap boleh maintain setiap 2 minggu tunggu payment dari clickbank jer jadi apa salahnya saya cuba sesuatu yang baru seperti menjual produk fizikal betul tak? saya ni budak baru belajar saya harap ada yang sudi berkongsi pengalaman atau tips dalam berniaga di facebook ni. Buat permulaan sekarang saya menjual produk mainan kanak-kanak :) (pasti ramai tanya ni)

Baiklah dalam post pada kali ni saya cuma nak tunjukkan video yang saya hasilkan percuma buat anda berkenaan soalan-soalan yang kerap saya terima melalui email.

Antaranya ialah:

1) cara menghasilkan link affiliate clickbank
2) cara sembunyikan link affiliate
3) Apa itu anchor text
4) WordPress atau blogpot
5) Berapa jumlah upload video ke youtube

(Untuk paparan yang lebih jelas anda boleh pilih setting HD dan tukar kepada full screen mode)

 

video bonus: Demo software article rewriter yang saya gunakan

 

Video Soal jawab sebelum ini pun saya ada buat mengenai :

  • Apa itu clickbank
  • Cara pilih produk di clickbank
  • kenapa perlu buat keyword research
  • kenapa perlu landing page?

Anda boleh rujuk pada post blog saya disini kalau  anda terlepas pandang –>  http://internetmudah.com/blog/video-asas-clickbank/

Mungkin ada yang tertanya-tanya saya ni masih aktif dengan clickbank ke? masih buat duit dengan clickbank? Atau dah berhenti.. sebenarnya saya tak lah aktif sangat sekarang sebab nak juga fokus pada sumber kewangan yang lain cuma seperti pendapatan dari clickbank , adsense & beberapa affiliate network yang lain sudah pun autopilot.

Ni antara bayaran yang baru diterima dari clickbank

kalau nak lepas tangan pun boleh sebab pendapatan tetap mengalir walaupun tak banyak tapi saya rasa dah lebih dari cukup dan saya perlu tambahkan lagi sumber kewangan. Bukan nak bersifat tamak tapi sebagai langkah berjaga-jaga lagipun saya tak banyak pakai duit pun semua saya simpan buat kahwin   simpanan masa hadapan untuk tujuan yang lebih penting. Itu lebih bagus betul tak?

Sekian buat masa ni kalau ada persoalan/komen/kritikan sila gunakan ruangan komen di bawah ok :)

Ebook Teknik Clickbank Masih Lagi Berkesan

Ada yang bertanya saya teknik dalam ebook saya ni masih lagi berkesan atau tidak? Jawapannya sudah tentu berkesan kalau tak berkesan takkanlah saya nak  post kat blog saya ni :D Nak bukti yang lebih solid? Jom tengok video yang saya baru jer rakam pagi ni..maaf lah sebab kurang terang saya rakam guna henpon jer..

Dah tengok video kat atas? Banyak tak pendapatan sampingan yang saya dapat tu? Bulan depan pun saya tak perlu risau sgt sebab dah siapkan income santai sebanyak RM1700+ tanpa perlu fikir apa-apa lagi dan tidak menggangu projek lain yang lebih penting..

mungkin ada yang masih ragu-ragu untuk membeli ebook teknik clickbank manakala yang dah beli pula mungkin ragu-ragu nak mencuba. Teknik yang didedahkan dalam ebook saya tu saya dah praktikkannya selama 2 tahun . Bukan saya sahaja malah ramai affiliate yang lebih hebat pun melakukan perkara yang sama kalau lain cara pun tak jauh sangat.  Semua orang buat perkara yang sama.

Jadi apa yang terkandung dalam ebook teknik clickbank yang konon-kononnya hebat sangat? Biar saya ceritakan sedikit.

Langkah pertama anda mesti pilih produk di clickbank! kalau tak pilih macam mana nak ada produk untuk kita promosi betul tak? Dalam ebook ini saya tunjukkan cara bagaimana memilih produk yang bagus.. (kalau anda pilih pakej upgrade saya akan bagi senarai produk-produk di clickbank yang laris jualan)

Langkah kedua anda mestilah melakukan kajian kata kunci. kata kunci atau mat salleh panggil keyword ini sangat penting sebab menjadi asas kepada segala pemasaran anda kelak! (Saya tunjukkan langkah demi langkah dalam ebook ini.. Anda ikut anda pasti dapat!)

Langkah ketiga anda hasilkan landing page! ada yang panggil sebagai money site.. landing page ni boleh jadi bermacam jenis.. ada yang suka guna squidoo , weebly , blog wordpress , blogpsot mengikut cita rasa masing-masing.. ada yang guna squezzpage untuk dapatkan email dahulu & bermacam jenis lagi landing page. Tapi dalam ebook teknik clickbank saya tunjukkan bagaimana menggunakan blogspot lagipun blogspot ni kepunyaan google juga.

Langkah keempat .. promosikan landing page tersebut dalam pelbagai medium seperti artikel & video & seo. Ini adalah langkah yang paling penting untuk mendapatkan trafik ke landing page anda!

Anda ikut apa yang saya tunjuk pasti akan dapat hasil.. Tapi kalau anda asyik persoalkan boleh dapat hasil ke tak? Untung ke tak? Masyuk ke?  Buat teknik tu berkesan ke tak?  Teknik ni berkesan ke tak?  Jawapannya tetap sama… No action No money…

Anda tak buat anda takkan dapat apa-apa…

Anda buat tapi belum dapat duit… At least ada pengalaman…

Pengalaman = menjadikan anda lebih berilmu & seterusnya akan berjaya capai apa yang anda usahakan!

Saya dah lalui semua ni :) giliran anda bila lagi?

Itu sahaja..

KLIK DISINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TEKNIK CLICKBANK

(HARGA NAIK RM10 ISNIN 3/10/2011)