Teknik Video SEO Yang Tak Ramai Orang Buat..

Salam hormat dan salam sejahtera…

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana teknik video seo ini boleh bantu anda dalam melakukan pemasaran dan membantu bisnes online anda supaya lebih berkembang dengan kos yang minimum atau hampir tiada (Zero Cost marketing)

Sebelum itu… Tahukah anda pelawat Google adalah antara pelawat yang paling berkualiti kerana mereka “mencari solusi” bukan untuk bersosial seperti Facebook..twitter… instagram.. untuk laman social pemainan dia lain sikit… 😀

Yang membezakan tahap kualiti pelawat adalah keyword yang ditaip…

Contohnya kalau pelawat google menaip…  “lirik lagu sedetik lebih anuar zain” 

Pelawat ini sudah semestinya hanya sekadar mahu menghafal lirik atau nak berlatih sebab nak kena perform live karaoke kat Uptown malam nanti… :p

Tapi kalau pelawat menaip “kurus sebelum kawin” … nampak sangat dia ni pelawat yang lapar… maksud lapar disini ialah pelawat yang terdesak…  sanggup buat apa sahaja asalkan dia boleh kurus sebelum kawin…

Sebab itu ramai yang berlumba-lumba untuk buat iklan di Google menggunakan Google Adwords..

Namun kaedah ini memerlukan kos…nama pun iklan berbayar..  sama juga seperti facebook ads…

Berbeza dengan teknik video seo…

jeng jeng jeng….!

Biar saya terangkan apakah teknik video seo ini..

Pernah anda buat carian di Google kemudian anda jumpa video youtube?

Contohnya seperti ini..

Ok nampak tak ada hasil video kat situ…

Walaupun bukan berada paling atas… tetap nampak menyerlah berbanding hasil carian yang lain… betul tak??

Ini lah yang dinamakan Video SEO..

Anda hanya perlu upload video ke youtube..

Optimasikan agar mesra carian..

Kemudian sebarkan video anda di laman social untuk dapatkan views..

Tunggu ranking dan prospek akan hubungi anda..

Nampak macam mudah kan…

Tapi sebenarnya tidak lah semudah itu…

Ada beberapa proses yang anda kena lalui antaranya seperti melakukan Kajian Kata kunci.. 

Kata kunci carian apa yang kurang persaingan tapi berpotensi tinggi untuk mereka buat belian…

Tak guna kalau video anda bagus macam mana pun.. tapi kata kunci carian yang anda pilih tidak berkualiti..

Kemudian dari segi proses optimasi… Anda perlu gunakan kata kunci yang dipilih sebagai tajuk video, nama video dan juga pada bahagian description..

Ini semua langkah-langkah penting yang anda perlu lakukan agar video anda lebih mudah untuk ditemukan di Google dan juga Youtube…

Apabila video anda sudah mula muncul di muka pertama Google , anda akan mula menerima trafik yang konsisten malah berkualiti walaupun trafik yang anda terima itu tidak banyak… (namun anda tidak perlu keluarkan lebihan kos lagi untuk pemasaran…) 🙂

Dari segi menjual pula atau closing adalah bergantung pada video yang anda gunakan..

Video anda ni ibarat agen pemasaran produk..

Mereka yang akan bekerja dan hasilkan jualan untuk anda..

Jadi pastikan apabila anda buat video… mesti lah ada matlamat yang jelas..

Ada orang buat video yang memang untuk menjual…

Ada yang untuk beri tutorial…

Ada yang untuk branding…

Yang pasti kalau video anda berkualiti kemudian digabungkan dengan kaedah video seo..

Saya jamin video anda akan menerima limpahan trafik yang banyak!

Sebenarnya kaedah video SEO ini saya sudah pun tunjukkan dengan lebih detail dan lebih terperinci dalam pakej video seo saya yang berharga RM47 ..

Anda boleh belajar langkah demi langkah bagaimana nak buat kaedah ini dengan lebih jelas..

Pakej Video ini mengandungi lebih 15 video ..

Dengan harga RM47 sahaja anda boleh belajar..

Jika berminat boleh layari : Pakejvideo.com/seo

Jaminan wang dikembalikan sekiranya anda tidak berpuas hati.

Sekian terima kasih

Yang Kacak..

-Zyan

 

 

 

 


Share This